Thursday, March 29, 2012

Wishlist # 1 : La Tour Eiffel

Hari ni tiba-tiba teringin nak pegi Eiffel Tower, Paris. Pergh bunyi macam boleh tunggu dekat bus stop depan ni, naik free Gong shuttle bus, duduk dalam tu barang setengah jam, and then tadaaaa! Sampai dekat Eiffel Tower. Serious ni. Teringin yang amat-amat nak pegi melawat tempat simbolik Kota Cinta tu.


Wake up Amirah, wake up! Tepuk-tepuk pipi kembung tu sikit biar sedar diri kau tu sekarang kat dunia mana, si Eiffel Tower tu pulak entah kat dunia mana. Ala, bukan apa. Tak pernah sampai situ. Sebab tu teringin. Tapi apa ke jauh sangat teringinnya tu? Apesal bukan teringin nak makan kebab ayam kat kedai Omar Kebab tu je huh?


Bila sentuh pasal teringin, biasanya mesti yang bukan-bukan. Paling tidak pun mesti yang tak mungkin akan dapat dalam waktu tu. Lepas tu bila timbul perasaan teringin, mula la berangan. Lepas dah berangan tinggi-tinggi sampai ke langit, tiba-tiba kedebukkkk jatuh kembali ke tanah. Ohh, baru sedar tu angan-agan rupanya. Lantas kecewa. T__T


And that cycle goes on and on. Okay, mungkin mulai hari ni I patut senaraikan benda-benda teringin yang I selalu dok berangan tak kira masa ni. Mana tau nanti semua akan jadi kenyataan. Kan? Kan? So untuk wishlist yang pertama ni, Eiffel Tower menjadi pilihan. 


What a beauty
[photo courtesy]


Un jour, je vais mettre mon pied sur la Tour Eiffel vous! 


(baca: One day I'll set my foot on you, Eiffel Tower!!)
Ihsan Google Translate. kihkihkih. :p


Wednesday, March 28, 2012

The woman I call sister is a blessing from the Almighty

Assalamualaikum wbt,


I'm the first daughter in the family and I have been raised and groomed as a big sister with certain responsibilities that I need to behold. Not until when I come here (in Australia) when I finally know how beautiful does it feels to have someone that you can actually call a big sister, like Kak Ean, my so called ex-housemate now.


We had literally lived together for more than two years since October 2009. Walaupun rasanya dalam tempoh tu banyak masa yang I ataupun Kak Ean duduk sorang-sorang sebab salah sorang balik Malaysia. But by some means, we know that we always have each other.


Dari segi luaran, people wouldn't notice the existence of that personal bonding. It is just between me and her. And only we know how tight it was, and hopefully it will be there forever. We never got too attached with each other, but I know somewhere, somehow, she's always there for me. 


Kak Ean tak pernah jemu kongsi ilmu and nasihat yang I sangat-sangat perlukan especially bila hidup sorang-sorang dekat tempat orang macam ni. Ada masa yang kadang-kadang I terleka, Kak Ean tarik balik I ke jalan yang sepatutnya dengan cara yang paling berhikmah. Dengan kata-kata nasihat dari seorang kakak.


And today when she finally went back to Malaysia for goods, I can feel that it is such a big lost for me. I will miss the time when we can sit there for hours sharing things about life. Tapi sekarang I rasa yang I kehilangan seseorang yang I selalu jadikan contoh untuk teruskan amalan-amalan yang boleh lead me to a better life. I think I will miss that one more.


Housemate.
 9 Oct 2009 - 28 Mar 2012


But it's alright, I think dengan doa Kak Ean and dengan izin Allah swt, I mampu teruskan hidup I dekat sini dengan lancar. With the support of my other sisters like Kak Fish and Fatin, insyaAllah kita semua boleh sama-sama balik dengan cemerlang. 


Kakak-kakak saya


Terngiang-ngiang lagi pesanan Kak Ean sebelum bertolak tadi, "Banyakkan mengaji Mira, kita taktau dalam banyak-banyak hasanah (kebaikan) huruf-huruf Al-Quran yang kita sebut tu, satu hari Allah akan terima dan bagi kebaikan dalam bentuk yang kita tak sangka". InsyaAllah.


Life must go on.
I'm glad that I still have you here Kak Fish.


Tuesday, March 27, 2012

Self healing through song


Destinasi Cinta by Mestica


~ Calming effect ~

~ Stabilize mood ~

~ Influence one's state of mind ~


Friday, March 23, 2012

Inspirational Sunrise


The day was cold and freezing

As I strolled down the road

I walked on over to the coast

Without having anything to see

I sat there and watched the waves

But as fast as they rolled up

They were pulled away with a bound

And then when the sun was just coming up

As I stood there waiting

There's something about the sunrise

When the first rays start to show

Everything was so peaceful

I just love watching it

The display of lights and colours

Dramatically changed the world


[photo courtesy]

Thursday, March 22, 2012

Great Ocean Road :: One of the world's most spectacular coastlines

Assalamualaikum semua!


Eh rajin pulak report duti kat Encik Diari dua tiga hari ni ye? As if I've got nothing else to do where in fact, there are thousands things calling for my attention now. Okay I promise you it's not gonna be long this time. I mean less words, but more pictures. =)


I went to say hello to the Great Ocean Road, the most scenic coastal view that I've ever seen while I was in Melbourne earlier this week. Pemandangan yang cukup indah, menggambarkan betapa besarnya ciptaan Allah SWT. Hmm, ni baru keindahan semulajadi dunia yang hanya secebis dari indahnya syurga. Bayangkan betapa indahnya syurga pulak kan? :)


Now I'm sharing with you the magnificent view of the 12 Apostles that rise up majestically from the Southern Ocean on Victoria's dramatic coastline.


The entrance of the underground route to the lookout bases




















The formation of the limestone cliffs


The 12 apostles are beautiful, aren't they? I lupa nak record bunyi deruan ombak yang sangat menenangkan tu. It must have been more lively then. To those yang ada peluang ke sana nanti, you go and witness them yourself, it's gonna be the most exquisite experience that you will remember forever. Trust me! =)


Wednesday, March 21, 2012

Rombongan Cik Mira ke UOW


Hai!


Hari ni I nak kongsi gambar-gambar masa family I and family pakcik datang melawat uni minggu lepas. Cousin I cakap UOW banyak pokok besar macam dalam hutan. haha. Tapi memang pun. If you come from the entrance, you wouldn't expect there is one beautiful, modern library, proudly standing right in the middle of the all-green atmosphere. 


In front of my house. Rombongan Cik Mira dah ready.
On my left is my family. On my right is my uncle's family


Tercapai jugak hasrat nak ambil gambar dengan mak and bapak dekat sini


Dua budak bertuah yang belom sampai masa masuk universiti lagi
InsyaAllah one day. Aminn.


Bontot library.  Eh.  Watch your words Amirah.!! ;O
Bahagian belakang library kan sounds better.


Papan iklan atau berita-berita terkini UOW
No more board tampal announcement guna paku tekan. hihi.


Luar kawasan uni hall. Tempat tengok wayang super murah.
Hmm, it has been a while. :(


Unibar. Tempat student melepak especially time lunch.
Kalau kebuluran, kat sini la I selalu beli chips or wedges.


Okay, cukup setakat tu jalan-jalan melawat uni. Tak boleh bawak pusing jauh-jauh sebab nak cepat hantar diorang semua pi airport untuk ke Gold Coast. Plus student ramai sangat time tu. Paham-paham aje lah bila bawak budak-budak berlari ke sana ke sini, hilang satgi sapa nak jawab. So rombongan Cik Mira ke UOW tamat di situ. :)


Tapi kami singgah jap kat Bald Hill.
Cantik kan pemandangan? Tak lah jauh sangat dari Wollongong pun.


Tuesday, March 20, 2012

You know you've been here too long when...

Assalamualaikum semua,


After spending three wonderful days in Melbourne with my family, now I'm back in Wollongong safe and sound. Sedih. hukhuk. Ohh please la Amirah, rindu-rindu tu semua tolong letak tepi. Belajar pandai-pandai, habis cepat-cepat, nanti balik Malaysia boleh bergembira dengan family okay?


Tadi flight I dengan family kat Melbourne lebih kurang sama masa. Cuma diorang ke bahagian international departure, I pulak pegi bahagian domestic. Pastu I dengan macho nya cakap, "It's okay mak, Mirah send sampai dekat departure hall". Confident kan? haha.


So, lepas dah salam-salam, hug-hug and kiss-kiss semua orang, diorang pun bergerak masuk ke departure gate. Time tu I still boleh senyum-senyum and melawak dengan adik-adik lagi. Tapi Huda dah tarik muka time tu. Sedih la konon nak tinggalkan kakak dia.hehe.


Tapi!! Lepas kelibat semua orang dah tak nampak, pusing je nak jalan pegi domestic departure, ambik kau, meleleh-leleh air mata turun. Ayoooo!! Tak boleh tahan ooo. Selama ni diorang hantar I dekat airport, kali ni I yang hanta diorang pulak. Lain macam sikit dia punya sedih. Haihh. Enough Amirah! Enough!


Last moment with mom and dad in Melbourne


Ohh I miss them so much!


Thank you Mak, Bapak, Hamizah and Huda for visiting me. It was the best 2 weeks ever. Now I realize, tak kira la seindah mana pun kehidupan di tempat orang, pangkuan keluarga jugak yang akan membahagiakan kita akhirnya. 


And now I can't wait to go back. 
I think I've been here too long
:'(

Saturday, March 17, 2012

Solitude

Happy Saturday everyone!


How is everything going so far? I was wide awake since 9am this morning, bangun sidai baju and packing barang sikit untuk pergi Melbourne petang ni, and now here I am, lazying around the house (particularly on the bed) doing nothing productive on this rainy Saturday afternoon.


My flight to Melbourne will be at 8.30pm tonight. Tapi rasanya dalam pukul 4pm macam tu I dah nak klua dah sebab nak catch train dari North Wollongong ke Wolli Creek. From there, I will catch another train to Sydney Domestic Airport. Sounds like a long journey huh? But it is not that bad I tell you..=)


I will be in Melbourne until Tuesday morning, and will be reaching Wollongong around noon. Lepas tu mulalah kehidupan tanpa keluarga di sisi semula. hukhuk. Hang in there dear Amirah. It won't be long.


I miss my family a lot. Like very seriously. Balik je dari uni malam tadi, masuk rumah rasa sunyi sangat-sangat. Tengok bilik, tengok ruang tamu, semua nampak kosong je. Lepas tu apa lagi, laju je air mata turun. haihh. Typical Amirah. Suddenly I feel like this house is too big for me to live alone. :(


I really miss Huda's unstoppable ramblings around the house.. :(


Pray for my safe trip to and from Melbourne. 
Will check on you later when I am back! 
Tata.

Friday, March 16, 2012

Canberra short trip. Sejuk tapi indah.

Hi everybody!


Hari ni tiba-tiba ada mood nak cerita pasal trip to Canberra dengan family. I pun dah lupa ni masuk kali yang ke berapa I melawat Australian Capital Territory ni. Yang pastinya, lebih dari 5 kali and siap dah hafal jalan ke semua tempat-tempat menarik.hehe. Tapi trip kali ini lebih bermakna sebab percutian dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda tercinta. =)


Okay, we started our journey quite early in the morning. I thought the weather would be bright that day, so tak sejuk sangat and tak payah bawak baju tebal. Unfortunately, I was totally wrong! Sejuk gila habaq hang!! Kesian mak, bapak and adik-adik kena tahan sejuk yang hampir mencecah 10 degree celsius. To them yang baru sampai dari Malaysia memang cukup sejuk lah macam tu. My bad~~ But I'm glad that they survived! Yay them!


Somewhere along the journey from Wollongong to Canberra
Kepada bakal suami, tangan beliau ini yang akan nikahkan anda dan saya InsyaAllah. :)


Okay, sampai je kitorang terus ke Parliament House. Kira macam white house Australia lah. Kalau ikutkan, tempat ni takdela terlampau exciting. Kepada yang tak minat mungkin agak membosankan. Best kalau kebetulan ada chambering je. Kalau takde, jalan-jalan melawat keindahan senibina bangunan aje lah. Tapi pemandangan dekat luar memamg splendid! Cantik sangat untuk bergambar! Silalah pergi ye kalau ada peluang.


Mak & Bapak. Cinta hati dunia dan akhirat.


Half of the family at Parliament House Australia


Camni rupanya bilik persidangan parlimen


Menteri Hal Ehwal Wanita. Auwwww!! Tak koser haku!! :p


Sisters. Missing another two at home.



Lepas dah puas berlagak macam ahli parlimen, perut pun berkeroncong menandakan masuknya waktu makan tengahari. So kitorang behenti makan dekat garden yang berdekatan untuk makan bekal nasik lemak yang bapak masak. Yummeh!! Waktu keluarkan bekal tu, nasi and lauk still suam-suam lagi. But after 5 minutes, semuanya rasa macam lauk yang simpan dalam peti sejuk. Menggigil-gigil masing-masing gigit nasik. Tapi seperiuk gak habis. hahaha. Dasar! :p


Ye itulah saya yang paling tak sabaq nak menghadap makanan


Camera? Nahhh!!
Nasik lemak ni lagi menarik untuk dipandang.


Then we proceed to Australian War Memorial. War Memorial? Duhhh!! It doesn't sound that interesting, does it? But I do like it somehow. Kawasan sekitar yang sangat cantik dengan landskap dan senibina bangunan yang indah. Cara persembahan fakta jugak agak teratur dan realistik. Buat yang tidak berminat, sila singgah jugak untuk bergambar ye. It is beautiful, trust me!



The family


The sepet me. Gila amoi muka! haha.


Adik-adikku


Memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan akibat terlampau sejuk, lawatan ke ibu negara Australia terhenti setakat itu sahaja. Sebelum balik ke Wollongong, kami singgah solat di Canberra Mosque yang betol-betol terletak dekat Malaysian Embassy di Yarralumla. Walaupun nampak agak usang, kami bersyukur sebab ada jugak kemudahan solat di sini.



Solat jemaah bersama keluarga.
Perasaan? Indah. Sangat indah.


Tuesday, March 13, 2012

Seharian bersama binatang Australia

Assalamualaikum,


How's everyone today? Hopefully you are doing all great! I baru je lepas jalan-jalan dengan Bapak and Huda dekat Wollongong Botanic Garden depan uni. Lepas tu diorang balik rumah jalan kaki, I pulak terus masuk office. Morning walk sounds healthy isn't it? Good for you, your health and your mind as well..:)


Hari ni dah masuk 8 hari family I dekat Wollongong. Dalam tempoh tu, banyak jugak la tempat yang dah pegi. Antaranya, Canberra, Blacktown and Sydney CBD. Kalau nak cerita semua memang 3 hari 3 malam tak habis. So yang mana perlu je I masukkan sebagai rekod dalam diari ni.


I brought them to Featherdale Wildlife Park last week. Located in Blacktown, which is about 1.5 hours drive from Wollongong. I've been to another wildlife park somewhere in Nowra before this, but this one is wayyyy better. Kawasan yang lagi besar, binatang yang lagi menarik, and kita boleh petting almost all the animals inside the park. Yang membahayakan tu idak le. Kang tak pasal-pasal balik takde hidung. hehe.


The main entrance


Right upon the main gate, we already got very excited since here


Masuk kat situ rasa macam betol-betol kat dunia binatang Australia. Kangaroos, ostriches, sheeps, koalas, peacocks, penguins, pelicans and many many more semua berkeliaran bersepah-sepah dekat kaki kita. Nak pegang ke, nak peluk ke, suka hati la. Diorang semua tak takut manusia and sangat jinak. Kalau setakat terpijak taik kangaroo tu buat-buat tak nampak je la.hihihi. :p


Shy shy koala. Keje makan tido je! 


Penguin katik jalan terkedek-kedek


Giant pelican


Kangaroo bersepah-sepah tergolek-golek di sana-sini


Dah macam bagi kucing makan je kan


Amacam? Sama tak?
Rasa macam kacak je kambing putih ni dengan tanduk senget dia. hehe.


It was a great experience having chance playing with Australian animals in here. The place was very exciting until we didn't even realize we had spent a few hours in there.  Huda la yang paling enjoy sekali. She loves animals very very much, so bila dapat peluang datang tempat-tempat macam ni memang seronok tak terkira la dia.




Birds cage all around the park




Bila masuk dalam ni, kangaroo akan nampak kita macam alien masuk dunia dia. hehe.




Take a break with fruits, chips, biscuits and nuts


Topi kulit kangaroo. Bila tengok harga terus letak balik pelan-pelan. hehehe.


The followings are just me with the animals. 


Hello handsome kangaroos! Can we be friends?


Mata sepet, hidung penyek, pipi bulat.
Eh, Amirah rupanya. Ingatkan 2 ekor koala. :p


Me kissing the white parrot. Geng baju putih! hehe.


Kookaburra the birdy.
It was somehow a very beautiful moment
when a bird allows you to pet  on it without flying away