Friday, August 19, 2016

Quick update of me and my little family

Assalamualaikum,


Hai semua! I baru lepas habis meeting dengan semua staff school maths. Hectic gila schedule this week. Next week pun sama jugak. Ada a few tasks to be completed and the deadlines are all next week. Some of the important things were already done, but some are still not. Tapi kena siapkan hari ni jugak. huhu. Pening kepala weh. T__T


To me, hal berkaitan kerja hanya boleh buat masa kat tempat kerja saja. Balik rumah? Big no!! Bukan takmau, tapi takkan boleh / takkan sempat. Well I don't know how other moms do it, tapi I memang tak sempat langsung nak fikir pasal kerja masa kat rumah. Sempat la check email kejap, tick as star kalau benda penting, then duduk la kau dalam email tu sampai esok baru aku cek balik. huhu. 


I think, priority at home would be my husband and my daughter. Now Auni la yang bolot semua. Nasib dapat suami yang faham. Kadang-kadang lepas makan air pun tak sempat nak hidang sebab si kecik tu dah resah takmau duduk dah. Dia biasanya bagi chance untuk makan tu cukup-cukup masa ja. Nak sembang borak-borak kosong lepas makan? Jangan harap! Mula la taktik kotor merengek nak suruh mengadap dia saja. huhu.


Eh, lama tak sembang pasai Auni kan. She's 6 months now. Akai boleh tahan asyik nak main saja. I have introduced solids to her. Tapi belum mula bagi nasik lagi buat masa ni. Bagi veges and fruits dulu. Tengok sebulan dua lagi boleh start bagi nasik rasanya. So far dia enjoy je makan, taktau la kalau besaq sikit nanti macamana. Hopefully ok la. :)


My 6-month baby. Where did the time go?
Cepat sangat besaq ni. 


Ohh dah banyak kali dok nak save gambaq kenangan time raya dalam ni. Tapi asyikkk la tak sempat nak mengadap blog. Ni dah alang-alang update ni tepek je la sekali. Bukan apa, kenangan first time beraya dengan anak sulung kan. Kalau peram dalam folder gambaq rasanya sampai tua la tak tengok balik dah kenangan tu semua. At least dalam ni nanti kalau Auni besaq boleh suruh dia baca sendiri. Amboi jauh sangat plan tu. :D


Our first Syawal with Auni. Raya di Jasin.
Riben besaq-besaq tu nak pi mana cik kak? :p


Third day of Syawal dah balik Penang.
Jalan-jalan raya rumah sedara.

Fourth day of Syawal di rumah maktok tokwan Penang.

Tuesday, August 9, 2016

The reason for not blogging much these days

Assalamualaikum everyone,


Wahhh lamanya break. Konon hari tu raya break aje kan? Ni raya pun dah habis baru muncul balik. hahaha. Tu pun rasanya timbul sekejap aje ni. Nanti bila semester baru bukak, berbulan-bulan jugak hilang nampak gayanya. :p 


Well, my life was a bit chaotic in the past 3 weeks. Ada kursus wajib untuk pengesahan jawatan selama tiga minggu berturut-turut. Tiga minggu kursus 8am-5pm. Maknanya I keluar rumah hari-hari sebelum pukul 7am. Tu pun sangkut jem jugak, pukul 8.30am baru sampai USM. Tiap-tiap hari kena bangun pukul 5am sebab nak uruskan macam-macam sebelum keluar pagi-pagi. Penat weh.


Tapi bila dah final week tu, I ikut Pakcik Waze, dia bawak ikut jalan dalam. Bertam - Tasik Gelugor -Jarak - Penanti - BKE - Seberang Jaya - Penang Bridge - USM. I keluar rumah pukul 7.20am, pukul 8.10am dah sampai USM. Yahuuuu. Jimat minyak sebab tak payah stuck dalam complete stand still traffic. Cepat pun cepat, I pun happy. :)


So lepas ni kalau ada info kata accident ke hapa memang aku ikut jalan belakang tu je la. Walaupun jauh sikit (extra 10km dari jalan biasa), tapi lagi jimat masa dan minyak. Perjalanan pun tenang je lalu kot kampung-kampung orang. Cuma kalau ada kereta yang bawak 50km/h memang mengundang makian la jugak sebab jalan kecik susah nak potong. hikhik.


Okay back to the courses that I have attended, satu Kursus P&P lagi satu Kursus PTM. Takleh tulis nama penuh sebab sat lagi orang google keluaq blog ni mampoih. :p Tapi untuk ahli akademik, kursus P&P tu memang wajib la tak kira you mengajaq kat universiti mana pun. Kursus PTM pulak wajib untuk SEMUA lantikan baru kakitangan kerajaan tak kira gred dan pangkat. Dari gred 11 sampai gred 54 semua sekali. Tak boleh lari punya.


Kursus P&P was surprisingly fun! Dari apa yang I dengaq sebelum ni kata macam tak best and bosan je. But this time was different. Maybe the organizer dah ambik kira comments peserta-peserta sesi yang lepas, and upgraded their programme in terms of time management, selection of speakers, sharing sessions, foods and so on. So I think I was lucky sebab sesi kali ni memang best! Tak sedaq pun sebenaqnya 2 minggu dalam kursus tu.


Foods was okay. Banyak hari yang I tak makan sebab puasa Syawal.


Some of the newly appointed lecturers. Tapi ada yang experience 20 tahun dah pun.
Sebelum ni mostly kerja dalam industry. I antara yang pengalaman paling cetek kat situ.


Kursus PTM pulak, ada yang best, and ada yang , err.., bosan gila nak mati. Tapi yang tak best tu sikit je la, most of the time was entertaining and informative! Best sebab banyak benda jugak yang diorang kongsi yang I tak pernah tau pun selama dah masuk kerja 2 tahun ni. Yang mana yang tak best tu, I didn't complaint much, I slept throughout the session. I'm sorry but I really couldn't help it. Ngantuk la weh Auni ajak main malam-malam. hahaha. Salahkan anak pulok. >_<


Kantoi main tepon masa topik boring. hakhak. :p


Group work was always fun!


Dapat jawab soalan depa bagi hadiah. hahaha.


All in all, I am glad sebab I dah tamatkan dua kursus wajib dalam proses untuk sahkan jawatan di USM ni. Tapi ni pun belum cukup syarat lagi. Ada a few more tasks to complete within the next two years. Hopefully semua proses untuk I bergelar pensyarah tetap di sini berjalan lancar. Aminn. :)