Sunday, January 25, 2015

Projek Rumah Limonia di Bertam Lakeside

Assalamualaikum,


Hai everyone! How is your weekend so far? I takde buat apa-apa pun sangat pun. Balik rumah sendiri mengemas apa yang patut. Maklumla dah berapa minggu balik duduk rumah mak, sekali-sekala kena jugak balik menyapu, sawang apa semua tu. Cadar pun kena basuh jugak walaupun tak pakai sebab mesti berhabuk punya.


Rumah lagi satu pulak dalam proses renovation. Rasa macam dah 30 percent siap. The progress is going on very well so far. Harapnya semua yang kami plan tu berjalan seperti yang dirancang. Nervous jugak nak tengok outcome jadi macam mana nanti. huhu.


Master bedroom extension.


Tambah wet kitchen as the existing one is too small for us.
Orang Melayu kan memang suka dapur besar-besar.
Senang tak berlaga bontot kalau ramai-ramai kat dapo nanti. :p


Dua bahagian yang kat atas ni antara ruang penting yang I tambah dekat rumah baru ni. Ada la a few benda lagi yang I tambah, and ada jugak yang kitorang hold dulu sebab taknak over budget. Yang mana penting buat dulu, yang kurang penting tambah kemudian lepas kumpul duit sikit-sikit.


Lepas hal renovation, nak kena fikir jugak pasal basic decoration kan? Tak kan nak biar rumah togel takde langsir? Dalam toilet kena la ada para and tempat sangkut towel semua tu. Mungkin nampak macam remeh, but I believe all these have their own importance to complete the whole look of a decent house.


Pasal kereta pulak I am glad semua yang penting dah settled. Carpet dah pasang penuh, tinted pun dah siap. I would recommend you to use 3M window tinting. You will be happy with the combination of their security and safety window films and sun control for windscreen. Tapi kena pegi dekat authorized dealer la. So far I am one of their satisfied customers. 


Hmm, sejak jadi independent wife ni semua benda I dapat belajar. Kalau tak memang Am je la yang uruskan pasal rumah and kereta ni. I cuma tukang tengok je and enjoy the privileges. hahaha. Kurang asam punya bini. Eh takde la, I will also take part in giving opinions and all, but most of the critical thinking parts Am la yang fikir banyak benda. Tu la gunanya bila dah kawen ye dak? v(^_^)


Okay I think that's a little bit something I could share with you guys. I will update more about the renovation progress from time to time. Bagus jugak boleh simpan kenangan macam mana proses rumah ni diubahsuai. Kalau hasil memuaskan I boleh share contractor yang buat tu dekat sini ye. So let's wait and see! :)


#projekrumahlimonia
#bertamlakeside

Thursday, January 22, 2015

Some thoughts on the day my husband turns 30

Assalamualaikum,


Hai semua! Malam ni rasa nak menulis pulak. I talked to my husband through skype just now. Tapi tak lama pun dalam 15 menet je. Tu pun sambil dengar background bunyi enjin yang boleh tahan bingit tu. huhu. Kat sini dah nak tengah malam, tapi dia kat sana dok sibuk kerja lagi. Time difference is such a big deal in a long distance relationship, no?


Well, nothing much to say actually. This is just a special entry dedicated to my husband on his 30th birthday. Kitorang dah bertahun-tahun duduk jauh masa zaman bercinta sebelum kawen dulu. So now bila jauh on this special occasion, we know how to handle the situation already.


Kalau ada depan mata memang akan keluar jalan-jalan or makan-makan celebrating special day like this. Tapi bila jauh ni dapat cakap dalam skype pun dah cukup bermakna. I did sent him a card, but it seems like the card has not reached him yet. Maklumla jauh nak kena terbang merentasi beberapa benua. But sooner or later, I think the thought and prayers that counts.


My husband has been my number one supporter since the first day we were married. Tulang belakang lah kiranya. I believe all husbands are like that, aren't they? Tak kisah la jenis garang ke, kuat menyakat ke, suka buli ke, ada masa ego diorang akan jadi sangat tinggi, ada masa akan jadi manusia paling manja dalam dunia, senang cerita tak kisah baik atau buruk sorang suami tu, dia tetap akan jadi lelaki yang paling penting dalam hidup seorang isteri.


I really can't imagine my life without him now. I know sampai satu masa tetap akan berpisah melalui ajal jugak satu hari nanti. Tapi I sentiasa doa Allah bagi peluang untuk hidup sama-sama lama sikit. We want to travel the world hand in hand, we want to grow old together, kalau ada rezeki we want to raise our very own children. Banyak lagi la benda yang kitorang nak buat sama-sama. So kena sentiasa doa Allah panjangkan umur dan jodoh kami, not only here but also thereafter.


Somewhere around this date when we were in Graz, Austria last year.
Honeymoon free for a couple of months. Antara rezeki yang tak pernah kami rancang.


Okay lah, kalau nak cerita pasai harapan sampai esok pun tak habis list ni. 
I should get going now. Katil dah panggil tu. 
Have a good night everybody. 
Assalamualaikum. :)

Friday, January 16, 2015

The first fifteen challenging days for Year 2015

Assalamualaikum,


Salam hari Jumaat semua! Sedar tak sedar kita dah masuk second half of January kan hari ni? Time flies so fast I couldn't even catch up. Looking back to the past fifteen days of my 2015, too many good and bad things happening one after another. That made me realize yang masa kita kat dunia ni sebenarnya kejapppp sangat. It is just a matter of how you use the time accordingly.


By looking only at the surface, tahun 2015 nampak macam tak bermula dengan begitu baik untuk I. Macam-macam sangat benda yang dah berlaku dalam tempoh yang singkat ni. Nevertheless, I am pretty sure semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. I just need to find out what they are.


Masuk je tahun baru, on 2nd of January I dengan husband had a minor car accident. (People call it minor but to me, that was a major one). It was the first time in my life I have undergone a car accident. Alhamdulillah semua dah selesai, kereta dah masuk bengkel, tak payah bayar apa-apa sebab dapat claim insurance dari driver yang salah. Tunggu masa kereta siap je la sekarang.


Immediate hikmah yang I dapat dari kejadian tu, now I know how to handle an incident like this kalau la ditakdirkan I kena hadapi lagi situation macam ni lain kali. Nauzubillahiminzalik. Kalau la I sorang-sorang masa tu, I might not know what to do and ended up crying by the road side first before looking for help. Well, that's typical Amirah yang memang cepat nervous and kelam kabut ni. haha. :p


Then, the day after the accident, on 3rd of January, my husband left for work assignment in Austria. Sejak lepas kahwin, we did almost everything together. I used to live very independently before this, tapi lepas dah kahwin ni, I always put my husband ahead and everything I want to do must be through him. So bila dia tak ada ni, rasa patah kaki la sikit because I have to do EVERYTHING on my own. :(


But of course, despite all the rindu-rindu husband part, kelebihan yang I dapat bila husband kerja oversea ni, I am back at my parents' house. Yahuuu!! Alhamdulillah Allah takdirkan I kerja dekat Penang, so kalau husband kena kerja jauh pun takde la kena dok umah sorang-sorang. Angkut kain baju balik jadi anak mak and bapak la sekarang. hehehe. :p


Next, on 11th of January, I lost one of the cats I adopted last year due to an unknown illness. Ya Allah sedihnya taktau nak describe macam mana. I wasn't really into cats before this. Penakut yang sebetulnya, but I do love them. So, since December last year, I decided to keep two of my aunt's beloved cats. I never knew within that short time, I can develop a special bonding with a species other than human. Amazing kan ada perasaan sayang macam tu?


Kucing ni binatang yang sangat adorable rupanya. They have the power to mellow the sturdiest heart. I have lost one now, and I hope Allah will give me the chance to take care of the other one as long as possible. Sekarang jadi tanggungjawab I untuk jaga kucing tu dengan baik, I promise myself untuk tak sia-siakan peluang kutip pahala sebanyak-banyaknya dengan menjaga haiwan kesayangan Rasulullah ni. InsyaAllah.


All in all, everything above sums up the first fifteen days of my 2015. Nampak macam diuji dengan bermacam-macam benda yang berlaku, tapi sebenarnya terlampau banyak hikmah yang I dapat di sebalik semua kejadian ni. I am a proud independent wife now, but counting days for my husband to come back at the same time. :)


Hey ladies, let's be strong together okay??
Picture taken from here


So, to my dear readers, tak kira apa je ujian yang berlaku, jom kita hadapi dengan penuh tenang, and try cari hikmah yang tersurat di sebaliknya okay? Till then, I hope you have a great month ahead. Assalamualaikum, bye bye! :)

Tuesday, January 13, 2015

Family trip in Krabi 2014 - Part 2 (Island Tour)

Assalamualaikum,


Hai I'm back! I am supposed to focus on doing something today. Tapi mood ke laut pulak pagi-pagi Selasa ni. So I think I better get back to my Krabi entry sebelum gambar-gambar kenangan tu kena peram jadi pekasam. hihi. Well knowing myself yang tak berapa konsisten dalam bab-bab menulis ni, baik la terus catat sementara mood tengah ada ye tak? :)


So here comes the second day of our Krabi trip. Memang dah plan awal-awal, hari first nak relax je pusing-pusing sekitar Ao Nang, then esoknya kalau cuaca baik, kitorang nak pegi island tour. Alhamdulillah the weather was on our side that time, tak hujan and tak panas. Just nice la orang kata. Walaupun dah stand by dengan topi gabak orang bawak pegi kebun tu, tapi sudahnya tak pakai pun sebab cuaca elok sangat. 


Ohh before that, untuk pakej island tours tu, kitorang pilih pakej One Day Phi-Phi by Speedboat organized by Chokpaisan Andaman Speedboat. Disebabkan peak season, you will never get anything less than THB1100 (RM110) / person. Tapi kitorang pegi ramai masa tu, bila mintak tawar dapat la THB1050 (RM105) / person. Kalau season biasa rasanya THB1000 (RM100) boleh dapat kot.


Korang boleh cari banyak lagi company yang buat tour macam ni, tapi Chokpaisan ni antara yang famous la. From my own experience, service sangat tip top, keselamatan sepanjang perjalanan atas bot dia jaga, makanan yang disediakan dijamin halal dan bersih. Mungkin harga tingi sikitttttt je dari yang lain, tapi rasa berbaloi sangat bayar untuk one day trip ni.


There are a few more packages to different islands with slightly cheaper prices, tapi kitorang pilih yang paling famous je la. Nak pegi semua rasa macam sama je pulau-pulau tu. Nak pegi hutan pulak rasa macam tak sesuai je sebab ada bawak baby. So korang kalau ada banyak masa kat Krabi, go check other packages as well okay? J


So on that day, ada driver akan pick up kita dari hotel seawal jam 9 pagi. Better tunggu 10-15 minit awal sebab diorang ni semua on time gila! Van tu akan bawak kita ke tempat untuk naik bot. Lepas dapat sorang satu sticker, dia akan brief dulu tentang tentatif perjalanan and bab keselamatan. Dalam pukul 10 pagi camtu kita dah ready untuk mula ekspedisi naik bot.


20 orang dalam sebuah bot. Awal-awal lagi dah basah so tak payah pakai lawa-lawa pun pegi island tour ni.hehe.


Amboi serious nya muka. haha. Kanak-kanak pun dapat life jacket jugak.


Mula-mula boat tu akan singgah ke Koh Phi Phi for roughly about 1 hour. Kita kena hafal boat number, sebab cukup time kena kumpul balik dekat boat. Dekat sini tak ada apa sangat. Just a beautiful small island, pasir yang putih and gebu, air pulak jernih and biru kehijau-hijauan. Boleh mandi-mandi and ambik gambar.


Family picture




Lepas tu, bot bawak kita snorkelling dekat Phi-Phi Leh. Masa tu rasa macam cantik dah tempat snorkelling tu. Dia stop kat tengah laut, so kalau nak snorkelling terjun la kau kat dalam laut tu. Hahaha. Don’t worry if you don’t know how to swim. Everybody wears life jacket insyaAllah tak tenggelam. Tapi kalau taknak turun pun takpe, boleh je duduk lepak-lepak atas bot tu sambil gossip. :p


Next station is Maya Bay yang sangat famous dengan cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio tu. Tapi sebelum tu boat akan lalu di Monkey Beach and Viking Cave. Dia stop kejap je untuk ambik gamba, tak singgah pun. Air dekat Viking Cave tu cantik gila, tapi tak boleh snorkelling kat situ sebab perairan sibuk banyak bot lalu.


Beautiful isn't it?


Amri & Amirah


Relax je brader belakang tu duduk dekat tebing bot. Tak gayat ke bangggg..


Sebelum sampai Maya Bay, bot akan stop sekali lagi dekat tengah kawasan yang sangat lah cantik untuk snorkelling for the second time. Wahhhh, masa di dah tak tentu arah sebab ikan dengan corals kat situ lagi lawa and air pun jernih gilaaaa. Dia bagi masa setengah jam so apa lagi lets terjunnnn. But please be careful with the underwater current. Kalau tak tau berenang I would suggest you not to try sebab boleh tahan deras jugak air dia walaupun nampak tenang je. Huhu.


Jernih sampai nampak dasar. Padahal dalam gila kawasan ni.
Kalau diving mesti lagi cun.


Belanja lagi satu gambar. Bukan selalu dapat bercinta tengah-tengah laut. hikhik. :p


Lepas drop passengers dekat Maya Bay, bot akan pegi ke tengah balik sebab taknak kacau keadaan pantai agaknya kot. Kita ada masa sejam lebih dekat sini. So korang boleh cari port yang jauh sikit dari orang so boleh mandi-mandi dengan tenang. Air kat sini jernih sangat sampai rasa macam kat swimming pool je. Cukup time, bot akan datang pick up untuk ke final destination, Phi Phi Island.


Pasir pantai putih and halussss sangat.




Macam dekat swimming pool kan?




A larger view of how does Maya Bay looks like


Sebenarnya kawasan ni memang sentiasa penuh dengan manusia.
Kena pandai cari port hujung-hujung for a little privacy


Ambik syarat tanda dah sampai Maya Bay


Bila dah sampai Phi Phi Island, kita diberi masa yang panjang untuk lunch, mandi pantai, tukar baju and berehat-rehat. Masa dalam bot, tourist guide ni dah announce yang kawasan pantai ni adalah terpelihara dan restaurant yang disediakan semuanya Muslim friendly. Kalau nak minum beer ke apa kena pergi dekat kawasan yang disediakan je. Tak boleh sebarang je lepak mabuk-mabuk tepi pantai. Lega sikit bila kitorang dengar pasal tu. Baru la yakin nak makan dengan tenang sebab diyakini kebersihan dan kehalalan nya. Cewah! :p


Lunch adalah berkonsepkan buffet. Makan lah apa saja, lauk dah la sedap ikut selera kita. Perghhh terliur balik bila teringat sup style Thai tu. Ada jugak spaghetti, fruits, juices and hot drinks. Semua ni dah termasuk dalam package yang kita bayar tu. Korang tinggal makan je nak-nak pulak memang kebuluran sebab penat mandi laut. Heavennnn.


Orang tak sabar belom apa-apa dah tadah tangan nak baca doa. hihihi.


Lauk dekat meja buffet tu sangat mewah. Ambik la apa saja tapi jangan sampai membazir ye.


Nah close up sikit. Nyumssss!!!


Lepas makan tu boleh bersihkan badan or tukar baju, then rehat-rehat tepi pantai sebelum bot datang kutip balik. Time tu semua dah melepek kepenatan tak sabar nak balik rehat kat hotel. On the way balik tu memang takde singgah mana dah. Terusss je sampai dekat pantai yang mula-mula naik bot tadi. Timing pun cantik je sampai hotel dalam pukul 4 petang.


Masuk je bilik, bilas badan, bilas baju yang berpasir, terus semua tumbang sampai ke petang. Hahaha. But it was indeed the best experience for the whole Krabi trip. Rugi kalau dah sampai Krabi tapi tak pegi island tour ni. Please put this in your list okay!



Okay I think that's all I could share about my Krabi trip. InsyaAllah kalau ada peluang, I would love to go there again. Korang pun kalau ada masa boleh bawak family jalan-jalan kay. Till then, see you next time! 
Tata.

Wednesday, January 7, 2015

Family trip in Krabi 2014 - Part 1 (Ao Nang)

Assalamualaikum,


Haa, hari ni I ada mood nak share sikit pengalaman masa pegi Krabi baru-baru ni. Mana tau boleh membantu korang kalau nak pegi jalan-jalan kat sana nanti kan? Cuma apa yang I buat kat sana maybe tak lengkap macam orang lain la. But don't worry, pi cari kat google, melambak-lambak cerita yang orang dah tulis pasal Krabi tu. You just need to pick important notes here and there that are related to your trip, then tadaaa!! You are alll ready to explore Krabi.


Okay, I pegi sana 4 hari 3 malam. Arrived on Sunday and departed on Wednesday. Flights and accommodation dah booked awal-awal lagi. Rasanya dari bulan September kot kalau tak salah. Memang tak ingat la sebab kerja bookings semua tu bukan I yang buat. hikhik. Tapi macam adat percutian yang lain lah, lagi awal korang buat bookings, of course you will catch a much better deals.


We went there by flying on AirAsia from KLIA2. Lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan. Kejap je ponnnn. Nak tido nyenyak pun tak sempat. Masa di Thailand adalah lewat 1 jam daripada Malaysia. Masa tu flight kitorang pukul 7.15 am, after 80 mins, bila landing tu tengok jam baru pukul 7.45 am Thailand time. Awal gila dah sampai. hahaha.


My in-laws. Am, me, Kak Zura & Amrina, Mak, Abang Fareez. Dania kat belakang nampak kaki je. :p
Wan yang ambik gamba. Ohh, trip ni mak bercuti dengan anak-anak lelaki rupanya.
I dengan Kak Zura menantu. 


Please take note, imigresen Thailand ni sangat strict la haiii. Dekat 2 jam beratur untuk dapatkan cop kat passport je. So kalau korang pegi sana nanti, make sure turun je flight, terus laju-laju jalan pegi beratur kat depan-depan sikit. Macam kitorang hari tu relax-relax je ingat macam airport negara lain, so beratur dah dekat-dekat nak belakang la jugak konon taknak bersesak-sesak dengan orang lain. Sekali hambek ko, dekat 2 jam berdiri tunggu turn sikit lagi semorang nak bertukar jadi raksaksa. T__T


Lepas dah settled dengan imigresen, family Am yang lain semua naik kereta sewa, I dengan Am pulak naik van yang memang ada banyak kat depan airport tu. Bagitau je hotel kita dekat mana nanti dia bawak sampai depan pintu hotel. Tambang THB300 (RM30) untuk 2 orang. Nak murah lagi boleh je naik bas, tapi malas pulak sebab dengan beg apa semua. Kalo korang jenis backpackers boleh la naik bas. Lagi jimat!


Royal Nakara Hotel yang kitorang duduk tu dekat Ao Nang Beach. Pleasa don't stay at Krabi Town!! Jauh and tak happening langsung!! Kalau boleh cari hotel yang dekat dengan Ao Nang Beach. Sebab situ la yang jadi tumpuannya pun. Krabi Town tu kalau tak pegi pun takpa sebab takde apa sangat. Tapi kalau nak ambik syarat dah sampai tu boleh la. Kitorang pegi kejap je jalan-jalan, nothing interesting over there. :)


The front view.
(Picture taken from google)


Masa sampai hotel tu baru pukul 9am++, padahal check in time pukul 2pm. Alhamdulillah manager hotel tu baik sebab bagi kitorang check in awal because the room is ready. Siap ada welcoming drinks orange juice and water lagi. I noticed orang Thailand ni cakap lemah lembut sangat kan. Siap berlenggok-lenggok kat hujung-hujung ayat. Sejuk je hati dengar. hahaha. Jadi, kepada para isteri sekalian, sila awasi suami anda! hikhik. :p


Standar room. Walaupun murah tapi cantik and besar gila.
(Picture taken from google)


Comfy bed and balcony attached.
(Picture taken from google)


Lepas dah siap urusan check-in, I dengan Am terus keluar cari motor untuk sewa and pakej island tours yang kitorang nak pegi esok harinya. Masa survey sebelum ni, paling murah yang orang cakap untuk harga sewa motor adalah THB200-250 (RM20 - RM25) / day. Apparently, we were very lucky that day sebab dekat sebelah hotel tu ada kedai sewa moto yang bagi THB150 (RM15) / day. Wahhh, murah gila weyy. So, kitorang tak pikir panjang lagi terus ambik je walaupun motor tu warna kuning ko! hahaha. :D


Helmet kura-kura pow tokey punya. Merata-rata ronda naik menda alah ni.
Mana nak dapat motor yang matching dengan baju selain di Krabi. hahaha. :p


Settled bab sewa motor, perut pun dah lapar gila kitorang pegi makan dekat Restaurant Kawan yang dekat je dengan hotel. One thing you must know about Ao Nang, population Muslim sangat lah besar, so makanan halal senang nak dapat kat mana-mana. But of course you have to double check, jangan la main sebat je asal nampak tanda halal. First, tengok dulu senarai makanan dalam menu, then tengok jugak la pekerja or tukang masak kat kedai tu, kalau tak ada yang meragukan, baca Bismillah, then just enjoy your meals! :)


Another thing for sure, hampir SEMUA makanan dekat sana sangatlah sedap!! Dari street foods sampai la ke nice restaurants, SEMUA best! Beza sikit dengan restaurant Thai kat Malaysia ni. Sepanjang 4 hari I dekat sana, I makan je apa yang rasa nak makan. Shopping-shopping ni I kurang sikit, setakat sourvenirs for family aje la sebab I'd rather spend my money on nice foods while travelling. Dasar orang kuat makan memang macam gini la perangai nye. hehe. :p


Petang tu pulak lepas dah rehat-rehat golek-golek kat bilik, kitorang keluar jalan-jalan dekat area Ao Nang. Mula-mula pegi cari pancake Yaminlah yang semua orang dok review sedap sangat kononnya tu. Sekali bila rasa, memang sedap pun!! Dah la dekat gila dengan hotel. Terus hari-hari haku belasah. hahahaha. Ada macam-macam sebenarnya dekat situ yang korang kena try. But the pancake and mango juice definitely must try okehh!!


Macam ni la rupa street yang ada banyak stalls ni. Kat hujung sekali ada pancake Yaminlah.


Satisfied customers. Thumbs up makcik!!


Pandangan dari tepi jalan. Jangan risau la, senang sangat nak cari.


Lepas dah kenyang tu, kitorang pegi jalan-jalan dekat pantai. Pantai dekat sini biasa je, takde la cantik sangat pun. Ala-ala Batu Ferringhi or Teluk Batik je pun. Tapi suasana memang happening la penuh dengan pelancong dari merata dunia. Sourvenirs pun ada banyak jual, so you must know how to bargain, kalau tak memang kena ketuk punya lah. 


Perut kenyang muka ada senyummm. :)


Mak tengah melayan cucu kutip shells. Yang group kat belakang tu khusyuk sangat berbincang  apahal tu?


Malam tu I, mak, dengan K.Zura pegi spa yang dekat sebelah hotel for a good oil massage session. Best and murah sangat!! Only THB300 (RM30) for 1-hour. Dah la tukang urut tu semua yang terlatih. Memang berbaloi sangat la kalau berurut dekat situ. Harga spa lebih kurang sama je kat mana-mana, kalau pandai mintak tawar maybe boleh dapat murah. So ladies, jangan lupa try okay! Gentlemen jangan mengada nak urut jugak. Kalau jumpa tukang urut lelaki takpe. :p


I think cukup la cerita untuk first day ni. Panjang dah ni, lenguh tangan menulis and at the same time penat jugak nak recall balik pengalaman masa kat sana. I hope you gain something valuable for your trip from here. Nanti ada masa I cerita pasal Phi Phi Island pulak kay. Till then, I hope you have a good day ahead. Tata. :)


Tuesday, January 6, 2015

Reminiscing about my days in Amsterdam

Assalamualaikum,


Hai apa khabar semua? I sihat-sihat je. Cuma ada sedikit blues sebab kena tinggal dengan suami. hahaha. Eh, jangan salah sangka pulak. Kena tinggal sekejap aje sebab dia outstation. Berapa lama tu taktau lagi. Sebulan, dua bulan, or maksimum 3 bulan la. Hopefully jangan la sampai 3 bulan, sebab 3 hari pun dah bikin pusing dibuatnya. hukhuk. :(


Semalam Am ada share gambar-gambar dia masa transit almost 8 hours kat Schipol Airport. Sempat la dia pergi jalan-jalan dekat Amsterdam city. Wah teringat balik masa I pun pergi sana sorang-sorang back in the Year 2012. I ada cerita pengalaman tu dekat SINI. Dua-dua pegi sana as a solo traveller. I think we should make a point to make it there together one day. 
Okay, perlu lebih gigih kumpul duit! :p


Amri, Amsterdam, January 2015. 


Amirah, Amsterdam, September 2012
p/s: pipi kurus lagi oiii time ni. T__T


Amsterdam ni takde la banyak beza sangat pun dengan European cities lain yang I pernah singgah. Lebih kurang sama je kalau tengok dari segi keseluruhannya. But I have no idea why, every place I visited will give me that emotional touch yang buat I rasa nak pergi lagi kalau diberi peluang. Doa la Allah panjangkan umur and murah rezeki untuk sampai lagi kat sini. 
Eh, bukan sini je, tapi seluruh dunia. InsyaAllah. :)


Serene and beautiful city, isn't it?


Rindu. The city and the person as well. Eceh. :p


Okay cukup la tu dok layan blues pagi-pagi ni. Looking at these photos made me feel like going there again. There are a few more countries in Europe that I really want to visit macam Spain, Greece and Portugal. Belom ada peluang lagi buat masa ni. Maybe one day mana tau ada orang sponsor pi sana. hahaha. Best oo berangan tak kena bayar pun. Free aje. :p
Okay conference hunting starts now!!


Sekarang ni I busy sikit marking final exam scripts students course yang I ajar sem ni. Total almost 300 scripts. Oii pening kepala sungguh macam-macam pe'el menjawab soalan yang I jumpa. Dari yang excellent dapat full marks sampai la ada jugak dapat kosong, mendidih jugak otak ni haa nak kena mengadap. I will try to help as much as I can, tapi kalau yang betol-betol tak perform tu tak dapek den nak nolong. huhu.


Okay I better get back to work now. See you soon!
Tata.


Thursday, January 1, 2015

Welcome aboard 2015. I am back!! :)

Assalamualaikum,


Salam Tahun 2015 to all! Wah, lama sungguh tak tengok dashboard blogger ni. My last post was on April 30th 2014, exactly 8 months ago. The longest hiatus in my blogging history. And without me realizing, today we are in the first day of 2015 already. I have no idea how long does this comeback will actually last, but I really hope I could try to put everything into words more regularly after this. InsyaAllah.


Hmm, how should I start? Bukan senang nak panaskan enjin untuk menulis balik lepas 8 bulan tersadai tanpa khabar berita. Kan? I am no longer using Facebook. I forgot my Twitter log in name. The only medium that connects me with the outside world currently is Instagram. Walaupun kadang-kadang semak perut dengan post yang bermacam-macam, but as for now I am still enjoying it. :)


Ohh well, life has been very great lately. Masih lagi berdua dengan suami and akan terus berdoa Allah murahkan rezeki kami tak kira dalam apa bentuk sekali pun. Mungkin orang nampak rezeki bagi pasangan yang dah kahwin ni biasanya dalam bentuk anak saja kan? Tapi bagi kami, selaras dengan usia perkahwinan yang semakin matang, setiap inci rezeki yang masuk adalah anugerah dari Allah swt, kami perlu sentiasa panjatkan kesyukuran ke atas-Nya.


Belanja satu gambar latest tuan tanah dan suami. This photo was taken in Krabi, Thailand last week.
InsyaAllah kalau ada masa I will share more about our recent trip. :)


We have been given the chance to travel the world where other people might not even have chance to be there. Allah granted us the opportunity to own another decent house that we might spend the rest of our life in it. We are also very lucky for owning not only one but two comfort rides that are able to bring us to everywhere we want. The list goes on, and kalau tak bersyukur jugak dengan semua rezeki ni memang taktau nak kata apa lagi la kan.


We want to live a simple life. Ada kerja yang sederhana untuk hidup sementara kat dunia and balas jasa ibu bapa. Ada rumah and kereta sendiri (walaupun terpaksa berhutang dengan bank hukhukhuk T___T). Pergi kerja balik kerja, cukup bulan dapat gaji untuk bayar hutang, bil-bil, beli barang keperluan rumah, and bagi mak and bapak sikit, ada rezeki lebih pergi jalan-jalan tengok tempat orang. 
That is how I define my life and how it should be. 


Bukan lah maksudnya I ni tak bercita-cita tinggi, tapi biarlah apa yang kita ada tu diukur dengan kemampuan sendiri. Yang penting rezeki yang dapat tu berkat, insyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Mungkin ada setengah orang yang memang target hidup dia nak jadi jutawan lah, nak rumah banglo tiga tingkat lah, nak drive luxury car lah, but for me, semua tu tak bawak ke mana pun. 
I pegang konsep, less is more and less is precious. :)


Okay, I think cukup warm up untuk hari ni. Kalau panjang umur, insyaAllah I will come back with more interesting things to share with you. 


Till then, have a great year ahead everybody!!! 



p/s: I can't believe that I am entering the 3 series age already. Is this for real????? O___O