Monday, December 31, 2012

Acknowledging the sentimental value of being engaged

Assalamualaikum,


Salam hari terakhir tahun 2012 untuk semua orang. Sedar tak sedar hari ni genap setahun usia ikatan pertunangan I dengan bakal suami. I know engagement doesn't need anything special to celebrate, but it feels nice to reminisce about it and the past year and how much has happened.


Tanda ikatan. His and hers.


We were engaged in a small but meaningful ceremony on 31st of December 2011, and since then, our commitment to spend life together has been more certain. Syukur kepada Allah kami tak diuji dengan cabaran yang besar dalam tempoh 'darah manis' ni kecuali kena biasakan diri dengan hubungan jarak jauh Australia-Austria.


InsyaAllah if everything goes according to plan, kami akan diijabkabulkan dalam tempoh kurang 3 bulan dari hari ni. Apa yang pasti, fasa yang akan datang ni pasti berbeza dengan apa yang telah kami lalui sepanjang tempoh perhubungan yang menghampiri usia 10 tahun ni. Harap semua dapat doakan hanya terbaik untuk kami berdua ye. :)


Okay lah, semoga hari ni menjadi hari yang indah untuk menutup kalendar tahun 2012, and may Year 2013 be more meaningful to all of us. 


Goodbye 2012, Welcome 2013


Let's have a great kick start and I wish everybody all the best!!!


Saturday, December 29, 2012

Rezeki sebelum kahwin :)

Assalamualaikum semua,


How is your year 2012 ending? Anything interesting? No matter how it is, I will pray for the best to all of us and let's start year 2013 with more positive vibes okay? Well, Australia is still on its long Christmas and New Year holiday, so sedikit sebanyak it does affect my activity here. 


Ohh I think I would love to share something today. Rasanya most of my readers already knew that I'm getting married in about 3 months time. Urgghh, time flies so fast I merely can't help but feeling quite nervous about the upcoming big day.


Anyway that's not the main point. What I am trying to share here is about our house after we get married. I ada tulis pasal persediaan untuk menduduki rumah selepas berkahwin dekat SINI, and without us knowing, it really costs us a fortune just to start a living.


Mana taknya, ada terlampau banyak benda yang nak kena siapkan macam bilik tidur, ruang tamu, dapur and kelengkapan asas lain yang diperlukan dalam sebuah rumah. All these things are not cheap I tell you. Serious mahal gila rasa macam nak duduk dalam khemah hahaha. Okay tipu. :p


However, beberapa minggu yang lepas, my mom ada dengar pasal Hotel Sunway Seberang Jaya yang tengah under renovation and they offer a good bargain for people to buy stuffs in the room in one whole package at a second hand rate.


Kira macam bayar certain amount, then you can have EVERYTHING inside the room and the toilet. Katil, TV, side tables, lampu, rak TV, study desk, kerusi, couch, carpet, curtain, wall decorations, wardrobe, toilet bowl, sink, mirror, shower, bath tub, pendek kata SEMUA lah apa je yang ada  dalam bilik macam kat bawah ni.


Deluxe Room. Hotel Sunway Seberang jaya.


Ain't this a reallyyyy good bargain?


Maybe barang nampak old school lah sikit but who cares? As long as dapat berjimat I am more over the moon already. Pheww lega rasanya sekurang-kurangnya barang basic yang perlu dah ada. Ha lepas ni dah tak payah tido hotel dah, bilik sendiri dah feeling-feeling hotel dah nanti. hihi.


Tapi memandangkan rumah tu tak besar mana, maka nanti barang-barang ni akan dibahagikan kat merata-rata bilik. Katil kita letak kat master bedroom almari besar godang tu pulak kita campak kat bilik belakang. Boleh la merasa ada wardrobe room sendiri. cewah! :p

Thursday, December 27, 2012

Kecederaan selepas berboxing

Assalamualaikum,


Hellooo!! Lamanyaaa rasa macam tak bukak blog tetiba hari ni rasa macam nak menulis pulak. huhu. Tu pun sebab semalam cakap dengan my littlest sister, Huda and she mentioned something about what I wrote in here. Lepas ni tak boleh ngarut-ngarut sangat nampak gayanya, my 9-year old sister is checking on me from time to time. hihi. Ehh Hi Huda!! If you are reading this, Kakak misses you so much okay! *Hugs*


Brutal tapi manja. How?


Huda selalu bising sebab jarang dapat skype lately. Bukan apa, timing tak kena la sayang. I online pagi, sah-sah la dia belom bangun lagi time tu, then I pegi uni. Malam pulak I online sejam dua, then dalam pukul 11 lebih macam tu kadang-kadang dah terlelap (with my computer on), so bila Huda call sah-sah la tak dengar. So next time kalau nak skype kita buat appointment okay? High five sikit! Pappp!! :)


Hmm, apa nak cerita malam-malam ni eh. Haa, meh sini nak tunjuk hasil tangkapan masa Boxing Day di Bondi Junction semalam. Tapi hint aje la ye. Tak boleh reveal awal-awal sebab hilang seri la nanti. I didn't buy much on that day though. Dalam list memang ada dua je barang yang nak beli. Kalau ikutkan hati banyak lagi tapi memandangkan poket dah sesak nafas, kita lupakan aje la hasrat tu. huhu.


So I just bought myself a watch and a purse. The watch is for my hantaran and purse pulak nak menggantikan yang sedia ada yang sedih sangat dah rupanya. Tapi dah alang-alang 3 bulan je lagi sebelum majlis, bertahan la pakai yang lama sampai lunyai, yang baru kita buat hantaran jugak.


Sneak peak. :)


I am a little bit choosy in terms of buying things. Especially the expensive ones. I only buy something that I need, that suits me and my pocket of course. Kalau baju seploh hengget tu tak kisah sangat. hehe. And I also don't really fancy designer's brand. Kurang minat kot atau lebih tepat lagi rasa macam membazir sebab we can always find the same level of quality at a slightly cheaper price.


Contoh macam jam ni, I was looking for a rose gold watch, simple design but has the power to enhance the feminine side of myself. So I went searching hi and low, but nothing really caught my attention. But this one piece from Fossil made me fall in love with it very instantly. Bila dah try, I said to myself, yes this is what I want. Try yang lain pun tetap dok nampak yang tu jugak.


Sebenarnya kan, sebulan dua yang lepas, my fiance has already showed me the exact same design that he wanted to buy for me when he was in Swiss. Being me yang boleh tahan cerewet bab-bab barang mahal ni, takut tak sesuai dengan tangan la, takut nampak over la, I asked him (nicely) not to buy it yet and let me get it on my own. Sudahnya, design yang sama jugak yang I pilih. hihi. Sorry sayang, I know my fussiness has pissed you off but I can't help it. But you still love me kan kan? :)


Okay lah, that's all for now I guess. 
Hope to see you again soon. 
Tata.


Sunday, December 16, 2012

My shrinking Wollongong family

Assalamualaikum,


Hai everybody! Buat apa je cuti-cuti ni? I didn't do anything much today. Tengahari tadi pi office jap, lepas tu dah petang sikit I bosan then terus merayau dekat Wollongong City. haha. Sempat lagi tu. Tapi tak beli apa sangat pun. Jalan-jalan cuci mata je tengok Christmas sales yang menarik. :)


Lepas tu balik rumah I kemas-kemas barang sikit untuk hantar shipping bulan January nanti. Buat masa ni I dah siap sealed enam kotak T-chest dan satu big luggage. Tapi dalam banyak-banyak tu, barang I dua kotak je, yang lain tu semua hasil kiriman orang. hehe.


Kotak shipping I dengan Fatin yang dah naik ke bumbung macam menara. :)


Lepas dah siap mengemas, I sambung buat simulation sikit, lepas tu masuk pukul 6 petang, perut mula bunyi-bunyi tanda kebuluran. haha. Ye la, pagi tadi makan semangkuk besar koko crunch dengan fresh milk, tu yang tengahari jadi tak lapar tu. Tapi masuk petang, hambik kau lapar gila sampai rasa macam nak telan sekor ayam sekaligus. haha.


Anyway, esok I nak bangun pagi nak pi hantaq my house-mate, Fatin Ayuni balik Malaysia. She has completed her studies and it's time for her to leave this place for good. So semalam Kak Fish buat makan-makan sikit sempena farewell untuk Fatin. Hmm, our Gong family is getting smaller as the member is leaving this place one after another.


Happy faces. Gong's little family final gathering.
See you guys again in Malaysia! :) 


But it's okay, bila semua dah balik Malaysia nanti, we can always arrange for a get together event once in a while right? Though the surrounding might change, but I believe the bonding will not. Let's see what will happen to all of us in the next 5 or 10 years? Kalau umur panjang, and I masih menulis lagi kat dalam blog ni, I will definitely let you know okay? :)


Thursday, December 13, 2012

Hukum dan pengiraan zakat pendapatan

Assalamualaikum semua,


Amboi rajin pulak menjenguk ke sini ye dua tiga hari ni. hehe. Takpe, sementara rajin berkongsi ni baik la buat, kalo mood entah kemana-mana nanti berminggu-minggu blog ni diam seribu bahasa tak dengar khabar berita. haha.


Anyway, hari ni rasa terpanggil untuk berkongsi sikit pasal zakat pendapatan. Maklumla dah hujung-hujung tahun ni baru nak teringat. huhu. Bad bad Amirah. T__T. Pagi tadi sambil-sambil skype dengan Am, kitorang dok kira berapa zakat pendapatan yang nak kena bayar untuk tahun ni. Eh, istilah yang betol bukan bayar zakat, tapi keluarkan zakat ye. :)


Kalau nak cerita pasal zakat pendapatan ni, perbincangannya akan jadi terlampau panjang. I ni bukan lah orang yang arif untuk terangkan pasal ni. I cuma tau yang I termasuk di dalam golongan yang diwajibkan membayar zakat pendapatan disebabkan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:



  1. Islam & Merdeka - Hanya orang Islam yang diwajibkan untuk membayar zakat
  2. Sempurna milik - Harta itu adalah milik sepenuhnya. Kalau harta yang dikongsi bersama orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam tersebut yang akan diambil kira.
  3. Harta yang baik sebagai sumber zakat
  4. Cukup nisab - Paras minimum yang menentukan wajib kena zakat atau tidak. Berbeza mengikut negeri. So kena find out sendiri dari pejabat zakat samada ikut nilai emas atau perak.
  5. Cukup haul - Genap setahun berpendapatan tetap. Boleh jugak kalau nak bayar bulanan, tapi pengiraan hasil pendapatan adalah dalam jangkamasa setahun.


So, to all of you who is reading this, you better check on yourself. Kalau rasa dah memenuhi syarat di atas, jom kita sama-sama pakat keluarkan zakat ye. Kita kena ingat, dalam setiap harta yang kita perolehi, terselit juga milik orang lain di dalamnya, jadi, kita patut keluarkan apa yang bukan milik kita, dan serahkan kepada sesiapa yang lebih berhak untuk memilikinya. :)


Ada banyak cara sebenarnya untuk kira zakat ni. Boleh rujuk pejabat zakat atau pihak yang lebih arif. Tapi I lebih senang untuk buat pengiraan dengan cara seperti berikut. (CONTOH SAHAJA)


A - PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (Contoh RM3000 x 12 bulan) = RM36000

B - JUMLAH PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN
  • Diri sendiri - RM8000
  • Isteri (1 orang x RM3000) - Tiada
  • Anak (1 orang x RM1000) - Tiada
  • Pemberian kepada ibu bapa - RM6000
  • KWSP - Tiada
  • Tabung haji - RM6000
  • JUMLAH = RM20000
C - PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT = A-B = RM36000-RM20000= RM16000

D - ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR = C x 2.5% = RM16000 x 2.5% = RM400


D = C x 2.5% = RM400


Ni contoh pengiraan zakat pendapatan yang bagi mudah difahami dan jelas. Jumlah yang perlu dikeluarkan bergantung kepada pendapatan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan diri masing-masing. Kalau ikut jumlah dia atas, apa lah sangat nilai RM400 tu berbanding dengan jumlah yang kita dapat sepanjang tahun kan?


Ha lagi satu, kepada pelajar yang mendapat biasiswa, duit biasiswa yang diperolehi tidak diwajibkan zakat. TETAPI, contoh macam diri I yang merupakan pelajar yang mendapat biasiswa, and at the same time dapat gaji di Malaysia tiap-tiap bulan, dan memenuhi syarat-syarat seperti dia atas, WAJIB UNTUK I MENGELUARKAN ZAKAT PENDAPATAN.


Okay, I think that's all for now. Harap info yang dikongsi ni sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua. Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh dapat dari pusat urusan zakat atau mereka yang lebih arif. Tak rugi pun kalau bayar zakat ni. Allah pasti akan gandakan rezeki kita dengan macam-macam cara. Kalau rasa nak bayar lebih tu lagi bagus, sebab kita boleh kongsi rezeki yang kita dapat dengan orang yang kurang bernasib baik. :)


Wednesday, December 12, 2012

Celebrating UOW's summer graduation

Assalamualaikum,


Hari ni mood orang grad sekali lagi meresap masuk kat dalam badan. huahuahua. Masuk sesi ni, dah banyak kali I tumpang celebrate orang graduate kat University of Wollongong ni. Seriously, tiap-tiap kali pun akan rasa seronok yang luar biasa. Nak-nak pulak kali ni I meraikan dua kawan baik sepanjang I belajar dekat sini. Kira hari ni macam special entry dedicated to them. :)


First of all, I want to congratulate Dr Norlaili Ahmad. Hari ni secara rasminya dia dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah. Best kan? Muda-muda lagi dah dapat Doktor. Harap dapat ikut jejak langkah Laili secepat mungkin. huhu. She used to be my house-mate for a couple of months during my first year in Australia.


Me and Fatin with Laili.
Eh, Dr Norlaili. hehe.


Sepanjang  berkawan dengan Laili, macam-macam jugak yang I belajar. Tempat berkongsi masalah pun ye jugak terutamanya bab-bab PhD ni. Banyak nasihat dan kata-kata semangat yang I dapat dari dia. Memandangkan office kitorang dekat-dekat so selalu la turun minum sama-sama. Banyak kenangan sebenarnya dengan Laili sepanjang I dok sini.


Secondly, I want to wish my best congratulations to my brother here, Rem or Rahimi Radzi. I know how hard he has been working to let today comes true. And he deserves it! You are officially qualified to be an engineer today Rem!! Anyway, he is also from Penang, muka pun sepesen, mata sepet macam I jugak, sebab tu dah anggap macam adik beradik dah si Rem ni. haha. 


Group photo with Rem. Engineer qualified.
You made it there bro!! Congrats!!


Rem ni bagus orangnya, hormat orang tak kira la tua atau muda, sangat bertanggungjawab, hardworking in his studies, main games pun rajin jugak hehehe, very gentleman and he respects woman very highly. Kira dia ada ciri-ciri lengkap yang perlu ada pada seorang lelaki. Ehh, macam promote pulak tapi tu memang hakikatnya. Sapa nak kenai mai sini jumpa kakak dia dulu ambik testimonial. Confirm kasi up kaw-kaw punya. kehkehkeh. :p


UOW graduates, Summer 2012.
Rahimi Radzi, Dr Norlaili, Ahmad Syafik.
Tahniah korangggg!!! :)


And then petang tu pulak I jumpa Kak Yati. She is known as a very determined person, especially in her studies and the way she handled her life and her family. Sebak tadi bila tengok parents Kak Yati peluk cium dia sebagai tanda tahniah. Berkat dari doa ibu bapa, she made it today. She is my idol, Dr Norhayati Baharun. But too bad I don't have any photo with her in my camera. Semua dalam camera Abang Ariff. But it's okay, kenangan tu yang penting.


Tahniah sekali lagi buat semua rakan-rakan terdekat yang dah terima anugerah selepas berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan sehelai kertas yang dipanggil ijazah. Tak kira la Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ijazah Doktor Falsafah. Semuanya adalah hasil titik peluh masing-masing dan hari ni merupakan hari untuk meraikan. When I look at them, I can't wait to end this journey fast, and InsyaAllah my turn to celebrate will come soon. Amin.

Tuesday, December 11, 2012

Solo travel experience in Amsterdam

Assalamualaikum semua,


Tadi masa dok survey ticket untuk balik next year sambil-sambil google tempat yang menarik untuk pegi  ehem.. honeymoon (amboi tak sabaq-sabaq nampak hahaha), I bumped into an article about travelling adventure. And it takes me down the memory lane where I had the adventure to travel on my own. Yes, I once had chance to become a solo traveller. And I survived. *Proud*


Kisahnya sebab I cari cheapest ticket for my London trip, and bila dah murah, haruslah kena transit kan? For my case, I kena transit di Amsterdam selama hampir 24 jam. So, dalam tempoh 24 jam tu, I merayau sorang-sorang di tempat yang sangat asing bagi I. If you know me well, I'm the type of person yang sangat cepat panic kalau ada masalah. hihi. :p


So, the moment when I arrived at their airport , I said to myself, I have to be confident, brave and don't get panic very easily. I am all alone, I really need to survive on my own. Masa tu dah pukul 10 malam, berbekalkan duit 40euro je dalam purse, tu pun yang tunang I bagi lebihan duit dia masa dekat London, I have no other choice but to take their public transport to go to the hotel that I have booked in earlier.


Mula-mula I nak naik taxi tapi takut pulak kalau kena charge mahal, and I tak sempat nak withdraw duit lagi time tu. I just knew that I have to catch a train from the airport, and then pegi central station at the city, and from there I kena tukar naik tram pulak untuk sampai ke hotel. And that was not easy especially when you are at a strange city, during midnight.


Masa dekat airport okay lagi sebab semua orang cakap English, announcement pun ada dalam English, sekali bila dah naik train, the announcements were in Dutch. Danggg!! I started to get panic. Serious masa tu I taktau nak stop dekat mana sebab tak paham apa dia cakap. Lepas bertawakkal, I beranikan untuk approach a complete stranger, asking for direction. 


Bila dah sampai dekat central station, it is almost 11pm and there were not so many people around. Sunyi gila weh dekat situ. With only a piece of floor map in my hand, I kena cari tram station pulak. Aduii, nak tanya orang I tak berani sebab dah malam, takut orang ingat I sesat sorang-sorang lagi bahaya. Kaunter pertanyaan pulak dah tutup. 


So I explored the new place where I don't read or understand any single Dutch word. Bila dah jumpa je tram yang betol, driver tu bagitau yang tu tram terakhir beroperasi untuk malam tu. Phewww. Bayangkan kalau terlepas yang tu? Huwaaa tak sanggup bayang. Mau aku menangis kat situ jugak. 


I bagitau dia yang I tak faham Dutch and I need him to let me know bila dah sampai hotel. Dia siap bagitau yang I kena jalan kaki agak jauh dari tram station ke hotel. Hoii mencabar gila dah la aku tengah letih heret beg dua bijik. huhu. Lepas setengah jam perjalanan, I pun sampai dekat station berdekatan dengan hotel. I got down the tram and I stood there for a couple of minutes, not knowing which direction to go. 


Masa tu dah almost midnight, and there I was, standing alone at a completely strange place. I took a deep breath and started walking following my trusted instinct until I saw a young couple. I asked them for direction and I was lucky because they were also heading to the same place. Masa tu I bersyukur sangat, I silently thanked Allah for helping me when I was about to feel lost.


After about 10 minutes of walking, finally, I arrived safely at the hotel. Fyi, Amsterdam is a place where drugs is allowed to be taken everywhere. The moment I stepped into the hotel, bau weed (ganja) memenuhi segenap ruang. Tak busuk tapi tak wangi. Ha, taktau cemana nak describe. Mula-mula pening jugak, but I got used to it after a while. 


Lepas dah selesai urusan check in apa semua, I masuk bilik, feeling extremely exhausted but at the same time I felt relieve because I survived that night. I sleep shortly after that, knowing that I have to go through another challenge exploring the city on my own the next day.


Keesokan harinya, things were a little bit easier because the surroundings are a lot more safer during the day compared to at night. I had fun strolling down the street along Amsterdam city. Lepak makan sandwich dekat tepi canals yang sangat tenang, jalan dari satu kedai ke satu kedai, explore kedai makan yang best-best, tengok orang busking dekat dataran yang penuh dengan burung merpati dan macam-macam lagi.


Deretan kedai cenderahati yang sangat panjang.
Kat sini boleh dapat segala macam barang yang murah-murah. :)


Clock tower. In the middle of the city.


Salah satu daripada berbelas-belas canals di bandar Amsterdam.
Sangat tenang.


Ha, binatang ni bersepah-sepah dekat sini.
No lah. tu replica je. They look real, don't they?


Ada couple tua dari Hungary yang baik hati tolong ambik gambar.
Dah kata jalan sorang-sorang. Haruslah tak banyak gambar sendiri. hehe.


Binaan bangunan yang cantik. Very Europian.
Jauh dari pengaruh binaan British.


Antara bangunan yang cantik lagi


Orang naik basikal di mana-mana.
Kecik, besar, tua, muda, lelaki, perempuan. Semua naik basikal. Comel gila!!


Lagi deretan bangunan yang cantik.


The museum. Tapi I tak sempat masuk pun.
tertarik dengan bentuk bangunan yang indah.


Seriously, Amsterdam is a really beautiful place that everybody will never get bored exploring the city treasure. I promise myself that I will get there again with my beloved ones. Cuma mungkin tak sesuai bawak budak-budak. Why? You find it why. hehe. :p Last but not least, remember about this ENTRY, I mentioned about wanting to go to this one place. After a long tiring walk, I made it there!!


Look at me, dah macam pokok krismas dah beg depan, belakang, kat tangan lagi. hahaha.
Borong sourvenirs je sikit-sikit. :p


Tuesday, December 4, 2012

Berita gembira untuk penggemar coklat.

Assalamualaikum semua,


Here's me again writing for two days in a row. Ajaib kan? Perkara yang jarang-jarang berlaku ni. hehe. Sebenarnya tadi tengah dok run simulation guna Fortran through SSH Secure Shell, tetiba dia keluaq warning 


"THE PROGRAM HAS PERFORMED A FATAL OPERATION AND WILL BE CLOSED"


Erkk? Apo bondo tu? Serious tak paham. Yang pastinya my simulation process stopped immediately right there. Huwaaa. Jadi I terus laju-laju email support system to log a report. Hopefully they are going to solve this. Fast. Sementara dah tengah stuck ni baik aku update serba sikit kat sini ye dak?


Ha macam ni cerita dia, dua hari lepas I ada upload gambar ni dekat Instagram with the caption "Chocolate Galore. Guylian Belgian Chocolate Cafe".


Amacam? Tempting tak? hehe. :p


And then, somebody sent me a personal message asking me if the chocolates served in the cafe have held the Halal certification or not. Thank you so much for the concern dear. Kalau orang tak tanya, mungkin I sendiri tak teringat nak cari. Since orang dah tanya, I pun buat la research sikit and I found THIS.

"All products manufactured by Guylian have been produced under the supervision of the EuroHalal Office of Control and Halal Certification. They are subsequently free from Haram or questionable ingredients. Hence, they are HALAL of FIT FOR CONSUMPTION BY MUSLIM". 

Yippie yayy!! Lepas ni kalau nampak Guylian chocolate yang sangat famous dengan bentuk Seashells tu bole la beli ye. Jangan risau, takde kandungan yang meragukan dalam tu. Gelatin yang digunakan adalah vegetable origin. So, boleh pakat makan ramai-ramai coklat berbentuk cengkerang ni. :)


I am always a chocolate lover. Tak kira la dalam bentuk apa sekali pun. Asal nama dia coklat semua aku sukaaa. Dekat Australia ni ada boleh tahan banyak la jugak chocolate cafe macam MaxBrenner, Koko Black, Lindt, Theobroma, San Churro and Guylian that I recently found.


Located at Circular Quay
10, Macquarie Street, Sydney NSW 2000


Me in front of the cafe. Haruslah ada gambar I kan. hikhik. :p


Ohh, Max Brenner is originally from Israel. Since I am trying to ban as much Israelis products as I can, Max Brenner dah terkeluar dari list untuk dikunjungi walaupon Tutti Fruiti Waffle dia sedap gila!! Takpa demi Palestine, aku sanggup berkorban. Eceh. Ye la, nak pegang senapang tu memang idok le teman. Harap dengan cara memboikot boleh lah membantu sikit-sikit. :)


Then hari tu masa pegi Sydney, I sempat singgah Guylian Belgian Chocolate Cafe dekat Opera House. Selama ni tengok packaging Guylian The Seashells Chocolate je dekat Woolworths. Tak sangka pulak dia ada cafe yang besttt!! Too bad, cafe dia ada dekat are Sydney je. Circular Quay (dekat dengan Opera House) and The Rocks. Jom kita tengok apa yang ada dalam cafe ni selain coklat yang kat atas tu:


Desserts.


More dessertsssss.


Moreeeee and moreee dessertssssss. Pengsan!


As you can see from the above pictures, they also have a wide range of desserts other than chocolates. I tak berani jamin kesedapan desserts semua ni sebab I sendiri pun tak try. Tapi, for the chocolate base desserts, I think memang boleh bagi A++ sebab memang rasa chocolate dia sedap! hehe. Kalau rasa taknak makan, boleh jugak order drinks. :)


Beverage corner. Hot and cold.
Eh waiter pun comel-comel sejuk mata memandang. hikhik. :p


And I got myself a Guylian Hot Chocolate Special.
Huge serve, lovely, and rich.
A great deal for a calorie hit. ahaks! :p


Okay, cukup lah tu review tak berbayar pasai Guylian Chocolate Cafe ni. Asalnya nak bagi explanation pasal status Halal je, tapi tetiba jadi review pulak. haha. Okay la tu, just like killing two birds with one stone right? Harap membantu untuk sesiapa yang cari information pasal cafe ni. Tata! :)


Monday, December 3, 2012

Half day Sydney sightseeing. Lawatan terakhir tahun 2012.

Assalamualaikum semua!


What have you guys been up to last weekend? Bawak family pegi jalan-jalan? Attend kenduri kawen yang tak putus-putus? Shopping sampai habis duit gaji? Dok rumah diam-diam makan tidoq makan tidoq? Umm, ain't the latter sounds so boring huh? Anyway, no matter what it was, I hope everything went well for you. :)


Mine? I guess my weekend has not been too bad. Hari Sabtu pegi tanning dekat beach (amboi OZ sungguh bunyi padahal tak sedar diri dah terkeluar dari kategori kuning langsat). Takpolah, anggap je tanned is the new sexy. kehkeh. Lama gila tak mandi laut sekali bila dah dapat syok pulak rasa. Ombak pantai laut lepas ni memang lain sikit kan?  That might be the reason why Australia is renowned as one of the world's premier surfing destinations.


And then, hari Ahad pulak pegi Sydney jalan-jalan separuh hari. haha. Memandangkan hari Ahad ada Family Funday where we only need to pay $2.50 to access their public transportations like train, bus and ferry, I pun join Kak Fish and family untuk jalan-jalan. Kalau tak kene bayar train lagi, ferry lagi. Dengan Family Funday memang jimat banyak! :)


So kitorang keluar pagi-pagi, terus pergi bergambar dekat Sydney Opera House. Mungkin ini yang terakhir untuk tahun ni. Tapi mana tau kalau ada rezeki datang balik dengan kesayangans in future? Tak pun bawak anak-anak datang melawat universiti tempat belajar ke kan? Perghh jauh sangat dah berangan tu. haha. :p


Memandangkan gambar dalam my camera tak banyak sangat. Kita layan apa yang ada je eh. Let's check them out! :)


Me and Adam. Hoi susah gila nak bergambar dengan budak ni.
Sibuk nak berlari ke sana sini. Nampak tak cubaan nak lepaskan diri tu?


Okaylah, Adam takmau, Aunty Miya ambik gambaq sorang-sorang. haha.


He was soo excited to be on the ferry. Or he called it boat (in his thick Aussie accent).


I rasa macam dah lama I tak kongsi video dalam blog ni kan? Ha jom ikut I dengan Adam naik ferry dari Circular Quay ke Darling Harbour. Throughout this journey, kita akan nampak pemandangan sekitar Opera House, Harbour Bridge, Luna Park and sebahagian dari Sydney Metropolitan. Yang selebihnya tak sempat nak record sebab ferry goyang-goyang. I was so gayat. hahaha. :p


video

Sydney Harbour Bridge and Sydney Opera House.


  video
Luna Park and Adam.
Dia ikut I cakap, "And this is Adam" dalam ni. haha.


Okay, I think that's all I could share about my half day trip to Sydney. If you are a first time visitor to Sydney, these are among the places that you probably need to discover when you first arrive! These icons are world's famous landmarks that will offer you a great sightseeing experience. Enjoy! :)


Saturday, December 1, 2012

Koleksi gambar di Sydney Opera House dari tahun 2009-2012

Assalamualaikum semua,


Malam-malam ni tiba-tiba rasa macam ada mood nak menulis pulak. Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk bulan terakhir bagi tahun 2012. Frankly speaking, up until today, my personal resolutions that have been made earlier this year haven't been fully fulfilled just yet. But it's alright, ada lagi 30 hari untuk I lakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam tahun ni. Wish me luck! :)


Sejak dua menjak ni I terlampau banyak berfikir especially sebelum tido. Lepas dah tutup lampu, baring, asal nak lelap je mesti macam-macam benda yang singgah dalam otak ni. Mostly things that are related to my studies. Seram sejuk bila fikir pasal research ni. Asal datang waktu tertekan macam ni mesti I tanya diri sendiri, "Kenapa la kau gatal pegi sambung PhD wahai Amirah?". Tapi nak taknak, suka tak suka, I still need to complete things that I have started. Tak gitu? :)


Macam malam tadi, pukul 1 pagi I dah baring, tapi sampai pukul 3 pagi I dok terkebil-kebil lagi tengok ceiling. Sudahnya, lepas Subuh baru I tido. Hasilnya anak dara bangun lepas matahari terpacak. T___T Teruk sungguh perangai. huhu. Tapi bukan hari-hari la. Ni hari-hari tertentu bila terlebih berfikir je. hehe. Cubaan cover line nampak tak? :p


Tapi malam ni I tak boleh tido lewat sangat. Esok nak bangun pagi nak pegi Sydney. Rasa macam dah lama tak pegi sana naik train. Last rasanya masa family I datang bulan March yang lepas. Lama sangat tu kan? huhu. Esok nak pegi ambik gamba dekat Sydney Opera House (buat kali yang ke berapa pun taktau). haha. Sepanjang I duduk dekat Australia ni, dah banyak kali I bergambar dekat situ. Asal ada orang datang je mesti bawak pi situ. haha. Let's check them out!


My very first time menjejak kaki ke Sydney Opera House. Tengok date tu, 1 August 2009.
Lepas 2 minggu datang ke Australia terus lapor diri ke mercu tanda negara kangaroo ni. hehe.

During my cousin's visit in 2010. Harbour Bridge ni betol-betol dekat sebelah Opera House.
Ni pun salah satu tempat yang kena bergambar kalau datang Sydney.



My family visited me in March 2012.
Gambar dari atas ferry on the way pegi Manly with Opera House at the back. 


Another family visit. With my uncle's family as well.
Sydney Opera House at night. Cantik kan?


Ni baru sebahagian yang I sempat godek-godek album. Kalau dikira betol-betol, rasanya lebih dari 10 kali kot I dah pi tempat ni. Syabas Amirah syabas! Esok orang tanya apa kau dapat duduk Australia lama-lama, akan ku jawab koleksi gambar di Sydney Opera House. Amacam? haha. So, kepada yang berkesempatan untuk melawat negara Australia, Sydney terutamanya, jangan lupa datang bergambar kat sini ye?


Till I see you again next time.
Tata! :)