Saturday, December 1, 2012

Koleksi gambar di Sydney Opera House dari tahun 2009-2012

Assalamualaikum semua,


Malam-malam ni tiba-tiba rasa macam ada mood nak menulis pulak. Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk bulan terakhir bagi tahun 2012. Frankly speaking, up until today, my personal resolutions that have been made earlier this year haven't been fully fulfilled just yet. But it's alright, ada lagi 30 hari untuk I lakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam tahun ni. Wish me luck! :)


Sejak dua menjak ni I terlampau banyak berfikir especially sebelum tido. Lepas dah tutup lampu, baring, asal nak lelap je mesti macam-macam benda yang singgah dalam otak ni. Mostly things that are related to my studies. Seram sejuk bila fikir pasal research ni. Asal datang waktu tertekan macam ni mesti I tanya diri sendiri, "Kenapa la kau gatal pegi sambung PhD wahai Amirah?". Tapi nak taknak, suka tak suka, I still need to complete things that I have started. Tak gitu? :)


Macam malam tadi, pukul 1 pagi I dah baring, tapi sampai pukul 3 pagi I dok terkebil-kebil lagi tengok ceiling. Sudahnya, lepas Subuh baru I tido. Hasilnya anak dara bangun lepas matahari terpacak. T___T Teruk sungguh perangai. huhu. Tapi bukan hari-hari la. Ni hari-hari tertentu bila terlebih berfikir je. hehe. Cubaan cover line nampak tak? :p


Tapi malam ni I tak boleh tido lewat sangat. Esok nak bangun pagi nak pegi Sydney. Rasa macam dah lama tak pegi sana naik train. Last rasanya masa family I datang bulan March yang lepas. Lama sangat tu kan? huhu. Esok nak pegi ambik gamba dekat Sydney Opera House (buat kali yang ke berapa pun taktau). haha. Sepanjang I duduk dekat Australia ni, dah banyak kali I bergambar dekat situ. Asal ada orang datang je mesti bawak pi situ. haha. Let's check them out!


My very first time menjejak kaki ke Sydney Opera House. Tengok date tu, 1 August 2009.
Lepas 2 minggu datang ke Australia terus lapor diri ke mercu tanda negara kangaroo ni. hehe.

During my cousin's visit in 2010. Harbour Bridge ni betol-betol dekat sebelah Opera House.
Ni pun salah satu tempat yang kena bergambar kalau datang Sydney.



My family visited me in March 2012.
Gambar dari atas ferry on the way pegi Manly with Opera House at the back. 


Another family visit. With my uncle's family as well.
Sydney Opera House at night. Cantik kan?


Ni baru sebahagian yang I sempat godek-godek album. Kalau dikira betol-betol, rasanya lebih dari 10 kali kot I dah pi tempat ni. Syabas Amirah syabas! Esok orang tanya apa kau dapat duduk Australia lama-lama, akan ku jawab koleksi gambar di Sydney Opera House. Amacam? haha. So, kepada yang berkesempatan untuk melawat negara Australia, Sydney terutamanya, jangan lupa datang bergambar kat sini ye?


Till I see you again next time.
Tata! :)



2 comments:

farah zainal said...

aaa teringat kluar g sydney with ur family and cousin malam tu! best! :)

amirah said...

ein:

hehe. makan bihun goreng dengan popcorn kat depan opera house. very kampung like gitu. :p