Thursday, February 26, 2015

Restaurant Review :: Big Bob Cafe in Bertam

Assalamualaikum semua,


Hari ni I nak share sikit pasai restaurant yang ada dekat area rumah I di Bertam. Kalau plan nak pegi makan mana-mana, I suka cari information kat dalam internet dulu kot-kot ada orang pernah buat review tentang tempat tu. Ala korang pun mesti buat camtu jugak kan??? Tau sangat. hehe. So I hope serba sikit info yang I share ni membantu korang yang tengah cari tempat makan yang best kat area sini. :)


Beforehand,  I think it would be appropriate if I could introduce you a little bit about the place I currently live in. Bertam ni satu bahagian dalam bandar Kepala Batas yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara, Penang. Tak besar mana pun kawasan dia, tapi cukup dengan semua kemudahan untuk kawasan yang sedang pesat membangun. Kitorang dah selesa tinggal dekat sini and we are planning to settle here as its residence.


Bab makan pulak, I think Bertam has now transformed into a new foods heaven in Penang. Ya Allah banyak sangat restaurants yang pelbagai jenis baru bukak kat sini, I sendiri tak sempat nak try pun semua kedai-kedai ni. Tapi ada a few yang I dah cuba and I think they are worth for recommendation.


So yesterday I tried this new (it has been there for quite a while but I yang tak pernah singgah) restaurant in Kiosk Bertam. It is called Big Bob Cafe. Kedai berkonsepkan open air cafe serving western foods macam burgers, pizza, pasta and so on. Siang-siang nampak macam kurang menonjol sangat, tapi kalau lalu malam-malam memang ramai orang. Their operation starts at 5pm and ends at 11pm. Closes on Monday, please take note! 


I teringat nak cuba ni pun sebab ada terbaca a few updates dari instagram with the hashtag #bigbobcafe. Go have a look! Dalam tu banyak jugak review and bila tengok gambar, ohh nyummm makanan dia memang nampak menarik. Serving besar, very presentable and harga pun sederhana. Cukup kriteria untuk buat orang datang lagi next time.


Cantik kan design logo kedai ni?


Ohh I also love the waiter yang sangat helpful. Bila tanya makanan apa yang menarik dia takde la bagi jawapan typical "semua sedap" macam kat kedai-kedai biasa tu. I cukup geram  bila waiter jawab sambil lewa macam tu. Jangan la malas sangat weh. Pi la tanya tokei ke, tukang masak ke pasai menu dalam senarai tu. At least bagi la recommendation based on the most ordered foods.


So this girl yang layan kitorang semalam sangat lah sweet and cheerful. Bila tanya ada apa-apa yang dia nak suggest since that was our first visit, she explained almost every single menu yang ada dalam tu siap boleh ikut kategori lagi. I am so impressed!! The owner must have trained them well. Good job!


Okay, let's move on to the foods. We tried their Signature Mushroom Soup as appetizer. Ceh, siap appetizer pulok. Padahal tamak nak makan semua. kahkah. Tapi mushroom soup tu memang sedap!!! Boleh rasa 'homemade' touch tu. One of the best I have ever tasted, I think I want to have allll to myself. Ngeeee. So mushroom soup ni definitely must try okay!


Signature mushroom soup with garlic bread.


My sister and I are both pasta lover. Kalau ada pasta dalam menu memang tu la yang kitorang akan pilih. Padahal macam-macam lagi ada, steak, burgers, pizza semua ada. Takpela maybe next time. Buat masa ni I tertarik nak try pasta dulu best ke tak. So I tried their Spicy Garlic Pasta with Grilled Chicken and Vege, while Fatin had Creamy Carbonara with Bacon Strip.


Creamy carbonara with bacon strip
Sedap and tak muak.


Spicy garlic pasta with grilled chicken and vege
Sangat sedap and pedas!!! I would love to have this again next time!


Serving dia besar gila okay kalau kelaparan memang cukup kenyang. Ke sebab kitorang dah habiskan semangkuk soup sebelum tu ek? hahaha. Tak tak, memang besar. Nampak je macam sikit, tapi mangkuk yang diorang guna tu agak dalam. So hambek ko nak sangat makan pasta kan. Terkulat-kulat dua-dua orang nak ngabiskan. hihihi. :p


Minuman pulak macam biasa, hampir semua jenis panas and sejuk ada. Kalau diorang serve coffee lagi best rasanya. Boleh feeling-feeling omputih lepas makan lepak minum coffee pulak. hahaha. Berangan tak sudah. Tapi memang pun, rindu weh lepak-lepak sambil pekena good coffee. Ohh how I miss that coffee culture I used to love when I was in Australia some time ago. Sini bukan takde, ada, tapi I rasa mahal sangat lah. Rasa macam membazir je nak spend duit untuk minum RM15-20 secawan. 


Fatin, a younger sister of mine.
My dinner date yesterday.

Yours truly.
:)


So, that's a little bit something I could share about the new cafe I recently found. Kalau korang rasa nak makan western foods yang best dekat Bertam, why not you give it a try. InsyaAllah tak menyesal. Till then, see you next time dearies! :)


Tuesday, February 24, 2015

DIFFERENT, but bestfriends

Assalamualaikum,


How's everyone doing at work? Ada lagi ke yang lajak cuti sampai hari ni? Melampau korang eh kalau dok cuti lagi. I dah mula masuk kelas untuk semester ni. Dah tak bole suka-suka hati nak cuti lagi dah sekarang. I suka cover banyak syllabus dari awal semester, so bila dah hujung-hujung nanti tak kelam kabut. Student pun ada banyak masa nak buat revision kalau semua dah cover awal-awal. 


Hmm, hari ni rasa macam nak bercerita pasai sahabat. I am that kind of person yang sangat friendly, dengan semua orang pun aku boleh buat kawan. Dari kecik-kecik sampai besar memang perangai macam tu. Tapi!! Dalam ramai-ramai tu, I will only stick with a few person yang betol-betol ngam and sekepala where we can talk about almost everything tak payah nak control-control.


I have this one friend masa dekat MRSM Beseri, perangai kitorang almost totally different, yet we develop that very special bonding yang sangat kuat walaupun sentiasa berbeza pendapat. I dengan Emy ni room-mate (or we call it cube-mate back there) since year 2001. Setiap semester mesti dah book dengan warden awal-awal taknak tukar cube-mate. Wow, maksudnya dah 15 tahun la kitorang kawan???? ;O


Kalau diikutkan time tu, I was basically among the ones who lived by the rules. Wakil pelajar yang sentiasa duduk kat barisan depan dalam perhimpunan. Kena sentiasa pakai blazer walaupun cuaca kat Perlis tu panas ya rabbi.  While Emy on the other hand, termasuk antara budak perempuan yang paling nakal kat sekolah. Sapa tak kenal Emyliana kelas L weh?? Suara dia je boleh dengar dari hujung ke hujung blok akademik. She is loud and stubborn, memanjang nama dia je yang naik.


So with totally different personalities, people always wonder macam mana kitorang boleh click and tinggal sebilik? Jauh beza weh perangai korang tak gaduh ke? Well, things went on like this, bila kat luar bilik, aku buat hal aku, ko buat hal ko. Tak payah masuk campur urusan masing-masing. Tapi bila masuk dalam bilik, buang pangkat wakil pelajar, buang perangai budak nakal, we treat each other as sisters. Time tu la nak ngadu homesick ke, result tak ok ke, kena denda sebab homework tak siap ke, nak cakap pasai boyfriend ke (opssss!). :p


Well nama pun girls kan? Mana boleh tak gossip. hahaha. Emy la satu-satunya manusia yang tau about me having a crush on my then boyfriend now husband masa Tingkatan 4. Konon jual mahal la semua budak laki pun tak layan, tapi diam-diam gatai jugak dok ushar orang. Nasib baik tak bertepuk sebelah tangan and finally jadi suami jugak. Pheww!! ^_^"


Kitorang duduk sebilik selama 2 tahun sepanjang belajar dekat MRSM. Beseri. Kadang-kadang time cuti hujung minggu I angkut Emy balik rumah dekat Penang. Bila pegi KL pulak, I pegi rumah dia. Kitorang rapat gila sampai habis sekolah. Then masing-masing sambung belajar and we keep in contact sekali-sekala walaupun jarang dapat jumpa.


Sampai sekarang ni, kitorang bukan jenis yang sentiasaaaa bercerita, or messaging all the time macam sesetengah best friends yang lain. Sebulan sekali pun takde kadang-kadang. But when we did, we catch up very instantly, macam baru je lepas jumpa semalam. She once sent me this quote, 
This quote accurately describes our friendship


So, last week I got the chance to see her for a couple of hours. Seronok gila sebab lama sangat tak jumpa. The last time we met was when we were still single and struggling with love and life. But now both of us are blissfully married and she is already granted with an adorable son, Ali. Can you imagine, the loud and stubborn Emy, sekarang dah jadi mak orang? Although my brain is still processing the fact, but I can see Ali as the luckiest boy on earth to have Emy as his mother.


True friends, stay forever 


Aunty misses you already Ali. Grow up healthy, handsome and charming okay?


InsyaAllah selagi ada nyawa, this kind of friendship will survive and we love it to be like this forever. Do not judge other people and sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat masing-masing, semua tu ada nilai di sisi Allah swt. Okay, till I see you again next time. Tata.


Thursday, February 19, 2015

Selamat bercuti panjang semua!!

Assalamualaikum,


Hai everybody! Mesti ramai yang dah balik kampung or plan pegi jalan-jalan sempena cuti panjang CNY ni kan? I am still in Penang. Tapi insyaAllah esok gerak ke KL sebab ada family occasion So petang tadi lepas dah hantar Bam pegi vaksin (Bam is the name of my cat by the way), I terus hantar dia pegi duduk dekat cat hostel nearby my house.


Then bila balik rumah, terus rasa sunyi gila. Biasanya Bam yang akan teman bergolek sambil tengok tv. Kalau lipat baju mesti dia menyebok duduk atas baju yang I tengah lipat. Dalam banyak-banyak tempat, atas baju yang I pegang jugak ko pilih ye Bam. Haishh rindu pulok. I hope he's doing fine there. First time tinggal sebenarnya tu yang emo lebih tu. :p


He is so big. Hence the name Bam from temBAM.
I am serious.


Anyway, esok I pegi KL sebab ada family gathering with Abdullah's Family. Abdullah tu nama arwah tokwan sebelah mak, maknanya gathering kali ni melibatkan semua ahli keluarga sebelah mak I la. They have been organizing such event quite regularly all these years (unofficial ones), tapi I yang tak penah ada kesempatan nak join sebab jarang ada di Malaysia sebelum ni. 


Masa raya or weddings memang boleh jumpa, tapi jarang la dapat kumpul semua serentak sebab mesti ada yang terikat dengan komitmen masing-masing kan? So bila plan gathering macam ni, most of the family members will try to turn up. So being me yang jarang sangat dapat join event macam ni, of course I am all excited to take part!


Part of Abdullah's clan at my wedding almost 2 years ago


You know what, walaupun I hidup dekat zaman yang penuh dengan teknologi, but I am still quite traditional at heart. I enjoy visiting relatives tak kira dekat atau jauh, especially yang dah tua-tua la. Taktau kenapa tapi rasa macam satu kepuasan bila dapat buat hati orang tua rasa gembira. I really hope budaya ziarah orang tua di kalangan masyarakat hari ni takkan luput. 


Kalau I ada anak satu hari nanti pun nak cuba terapkan nilai-nilai yang sama. Let them feel the satisfaction of making people happy especially the older generations. Sekian tazkirah ringkas untuk hari ni. hahaha. Typical Amirah, nak cerita pasal lain, lain pulak yang ditulisnya. Gasak lah. Asalkan bukan benda buruk dah la. :p


Okay la, I better get back to packing. Aduiii ni yang malas bila nak pegi berjalan ni. 
Packing and unpacking are such a bigggggg deal you know. 
Huwarghhh. Robot mana robot? Come help me now!


Have a wonderful long weekend everybody!!
Selamat bercuti! :)

Tuesday, February 17, 2015

Muka kembang semangkuk

Assalamualaikum,


Hai semua! Hari ni mood happy dan bersemangat nak buat kerja. Masuk je ofis terus siapkan hal yang priority, now rasa nak break kejap blog walking sambil makan limau mandarin yang I ambik dekat pejabat insurans pagi tadi. kehkehkeh. Selamba je pow limau orang. Eh, tu kira nasib baik la I tak mintak ang pow. Kalau belom kawen memang aku mintak aje kat dia :p


Ohhh, nak mengadu ni!! Pagi tadi I talked to my husband thru Skype (selagi nama long distance husband and wife ni memang skype aje la yang jadi penghubung), anddddd he mentioned something like "Muka awak bulat gila dalam gambar tu macam dah kembang semangkuk". Homaigod. Mangkuk???? Cuba pi google gambar mangkuk, mana ada yang bujur sirih kan kan? Semuaaaanya bulat-bulat. Huwaaaaa. Sentap hokeh. Tu pun kira nasib baik dia kata kembang semangkuk. Kalau kembang sedulang??? Pitam!!


Muka. Bulat. Kembang. Semangkuk. Nangesss!! T__T


Selama ni memang dah sedar dah boleh tahan berat je badan ni, tapi rileks lagi sebab rasa macam takde la makan banyak sangat pun. Macam biasa je dari zaman dulu lagi. Tapi!! I lupa yang bila umur dah masuk 3 series ni, metabolisme badan dah makin selowww, dah tak boleh nak expect kadar pembakaran tu sama macam dulu. Huwaaaaa. Nanges lagi.
 T____T


Ni maknanya kena la excercise lebih sikit nak tolong bakar lemak yang masuk melalui pemakanan. Aduiii bab excercise ni yang aku lemah sikit. Panas-panas nak pegi beriadah kat taman malas sungguh la haiii. Nanti bukan takat lemak terbakar, silap-silap siap dapat pakej tukar warna jadi dayang senandung acaner? Tak rela la pulak.


Boleh je nak excercise dari rumah. Tapi bila dah balik rumah tu paham-paham je la, elok tengah berzumba ke taebo ke, tengok iklan kat tv, berhenti, tengok habuk pusing-pusing depan mata, berhenti, banyakkkk sangat distraction tau tak. I have been doing it for quite a while before this, tapi susah sangat nak consistent. Sudahnya berhenti terus. Haihhhh. Alasan. :p


Tapi husband dah sound tu paham-paham aje la, takkan nak senyum buat taktau je. I have to do something. I need to find time to do regular exercises. At the same time kena jaga makan la jugak. I decided to have a huge meal for breakfast, then gradually reduce the amount for lunch and dinner. Eat more veges and fruits. Kalau selama ni minum 3 liter air sehari, now nak kena double the amount ke acane ni? Eh, dah macam unta la pulak. Okay, maybe increase jadi 4 liter je.


So sambil bersiap-siap pegi kerja pagi tadi I pun berangan la nak amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. KONONNYA. Sempat la kot shed a few kilos sebelum Am balik Malaysia dengan harapan muka dah tak kembang semangkuk lagi dah. Rasanya plan kat atas tu macam okay la.


Sekali lepas dah siap, tu I turun bawah tengok bapak dah bawak balik breakfast capati, nasik lemak and bihun goreng baekkkk punya kat atas meja. Ohhh bapak why you do this to me!!! Untuk sedapkan hati sebab breakfast boleh makan banyak, I makan sekeping capati, 3 sudu bihun, 1 sudu nasik lemak. Sedapppp gila oiii. Tapi dalam hati dok tahan nafsu. Huwarghhhhh!!!


"Healthy" diet pagi ni. Why you so good one????

SO,
THERE GOES MY HEALTHY DIET DAY-1!!! 
T____T



p/s: all pictures are taken from google. Credit to the original source.

Wednesday, February 11, 2015

A place to be missed

Assalamualaikum semua,


Hari ni tetiba rasa rindu a place that I used to call home
Wollongong, New South Wales, Australia
A coastal city as what the Australian call it
Stunning coastline, rockpools, ocean bath, sheltered beaches, great waves
Complete elements for a great beach experience
How can I not miss all these huh?


Wollongong Coastal City.
(Pic taken from here)


Biasanya kalau pegi sini mesti hati tenang je
Every time rasa sedih, or serabut, I akan naik free shuttle bus terus pegi pantai
And got myself a cup of hot chocolate
Then cari port kat mana-mana batu yang mengadap laut
I could spend hours and hours by just sitting there and looking at the wide open sea
Kalau nasib baik, dapat tengok ikan paus or ikan lumba-lumba


Most of the time, terapi pantai ni sangat berhasil untuk cheer me up
Because I normally do a lot of serious thinking tiap-tiap kali tengok laut lepas
Bila hati tenang, keputusan yang diambil biasanya tend to be a lot wiser
And I immediately feel better after that 


I learn a lot sepanjang beberapa tahun kehidupan I dekat Wollongong ni
About life, faith, love and many more
And for this, I thank Allah for all the chances He has given me to improve myself
I will never forget this place
A place that I found me


When I wasn't even 25 years old

Monday, February 9, 2015

Yang lama dikenang, yang baru disayang. :)

Assalamualaikum,


Hai semua! How's Monday treating you so far? Best ke tak best? I macam biasa, asalkan hari Isnin je mesti stress sebab traffic extra bad sepanjang jalan nak pergi office. And this morning was nothing better sebab ada accident dekat highway sebelum exit Permatang Pauh. Maksudnya kereta dah start perlahan dari exit Sungai Dua lagi. Jauh lagi okay Sungai Dua nak sampai USM tu. T___T


Can you imagine lebih dari separuh perjalanan nak pergi kerja kena hadap bad traffic?? Huwarghhh. Seteressssss haku!! Ingatkan keluar lewat sikit boleh la selamat dari sangkut dalam traffic sesak. Rupanya-rupanya kena jugak. huhu. Nasib baik kereta auto. Kalau kereta manual, sampai office mesti menggigil lutut sebab lama sangat main break dengan clutch. huhu.


Ohh, cakap pasal kereta manual, my very first car was a manual transmission car. Ala kereta murah je beli masa zaman belajar dulu. Tapi murah-murah pun, alhamdulillah kereta tu berkhidmat dengan cemerlang sepanjang 7 tahun lebih I pakai dia. Tak pernah buat hal sikit pun. Econ pun sejuk gilaaa lagi tau. hahaha. Cuaca macam kat Malaysia ni econ la yang paling penting. Kalo takde econ mampoih berpeluh ketiak walaupun takat nak pi kedai depan rumah. hikhik. :p


Blacky. Berkhidmat selama 7 tahun lebih dengan I. Still in perfect condition and proudly cruising the highway. :)


Tapi bila dah kerja hari-hari kena lalu traffic jammed, pakai kereta manual dah tak praktikal lagi untuk makcik-makcik macam I ni. huhu. Hari-hari balik kerja mengadu kat laki sakit kaki sebab asyik tekan break dengan clutch. Silap haribulan keluar muscle badang kat kaki acane? Dah tak ayu lagi dah la kalau kaki macam badang kan? hahaha. Amacam, bijak tak alasan? ;)


Lepas dah berbulan-bulan komplen, sang suami pun tak larat dengar rintihan mengada-ngada si isteri agaknya, maka dengan kuasa veto, beliau akhirnya suruh tukar kereta automatik. Yahuuuu tak sia-sia usaha bancuh air oren sambil selawat hari-hari kat suami. Lembut hati dia terus bagi tukar kereta. kihkihkih. :p Terima kasih sayang. (^_^)


Tapi idok le beli kereta besar pon. Beli kereta kecik je yang paling jimat minyak in the world. Si hijau katak pisang pengganti si hitam menawan. Nama pun kereta untuk pi kerja kan. Yang penting senang nak parking, and not an oil drinker since I have to travel almost 80 kilometres back and forth everyday. Kereta ni sangat memenuhi kriteria macam yang kami nak. So, I think we did the right decision for welcoming this new baby into our life.


Hambek warna hijau ko!! Senang cari kereta kat parking. Dari jauh dah nampak hijau bersinar-sinar. :p


Kereta lama pulak I dah bagi dekat my younger brother. Kira dia sambung bayar je la. Setahun lebih je lagi tinggal nak kena bayar. Mula-mula ingat nak jual, tapi rupa-rupanya rezeki Burhan untuk sambung pakai kereta kakak dia. I lagi happy sebab still boleh jumpa kereta tu lagi kalau dia balik cuti. Sayang ooo. Biasa la, everything first always come with great sentimental value. Kan?


And my husband is such a fussy car lover. Dia punya sayang kereta tu, kadang-kadang I pun jeles. Eh, bukan kereta je, apa-apa makhluk yang berenjin ni dia sangat cerewet la senang cerita. Tapi sebenarnya I lagi suka, sebab dia punya fussiness tu la buat I jadi lagi disiplin dalam bab nak jaga kereta ni. Sekarang basuh kereta sendiri tak hantar kedai hokeyyy!! Wahhh, kagum gila dengan diri sendiri. :O


Okay, tu sedikit cerita tentang harta dunia yang jadi kesayangan buat masa ni. Kereta murah pun takpa, kena dengan penjagaan yang baik, insyaAllah boleh tahan lama. Kan kan? Bayangkan nanti bila dah tua rileks je dating pegi pasar naik kereta hijau. Best camtu kan? hehehe. Okay, have a productive week ahead dear people. See you again next time. Tata. :)


Thursday, February 5, 2015

Designing my own dream home

Assalamualaikum,


How are you doing everybody? Semoga sihat-sihat sentiasa. I tengah mengantuk gila ni. Siap tertido lagi dekat opis. Maklumla sampai je tadi terus makan mihun goreng telur mata yang I tapau dekat kedai area rumah. Lepas perut kenyang, mata pun kuyu la dalam opis yang sejuk ni. hihihi. :p


Bila ngantuk tu, konon nak power nap la, sekali bila bangun sakit kepala. Urghhhh. Habis takde mood langsung nak buat kerja. Ingat nak balik tapi hati tak sedap sebab ada kerja yang tak siap lagi. I better stay a bit longer siapkan apa yang boleh.


So, nak dapatkan balik mood buat kerja tu I pun google la apa-apa benda yang berkaitan dengan rumah. Contohnya macam tiles untuk kitchen cabinet, basin and taps untuk wet and dry kitchen, bathroom sets, curtains, blinders, homaigod banyaknya benda kalau nak buat list macamana niiii. ;O 


Am request contractor tu untuk cari European Tilt & Turn Windows untuk pasang dekat master bedroom and wet kitchen. I wonder boleh jumpa tak dekat Malaysia tingkap macam tu. huhu. Dia dah bagi gambar dekat contractor, naseb ko la Jeff cari la sampai jumpa. Kalau sesapa yang ada info pasal tingkap ni harap boleh share ye. Boleh tengok video bawah ni kalau nak tau macamana rupa tingkap tu.


video


Tilt & Turn Windows
(Pic taken from here)


Memang senang pun kalau guna tingkap macam ni sebab boleh tilt sikit untuk angin masuk je. Kebanyakan rumah dekat Malaysia guna jenis casement atau pun sliding. Jenis tilt & turn tu belum pernah jumpa lagi. Mungkin ada, tapi I yang tak pernah jumpa. Hopefully Jeff dapat la tolong cari. huhu.


Lepas dah siap bab bangunan yang tambah-tambah tu, nak kena fikir wiring untuk segala lampu, kipas, airconds, electric sockets and so on. Semua ni boleh je buat kemudian, tapi tak daya nak tanggung azab berdebu tu kalau dah pindah masuk nanti. So alang-alang belum masuk rumah lagi baik buat semua siap-siap.


Sambil-sambil tu, I dok tengok-tengok jugak bathroom sets comei-comei yang boleh letak dekat bilik mandi. Wahhh bukan main lagi ada hati nak bathroom sets English style. Ni la padahnya bila duduk lama dekat negara orang, sampai tandas depa pun hang terpengaruh jugak nooo. :p


I personally think tandas adalah ruang paling penting dalam rumah yang menggambarkan macam mana tahap kebersihan seseorang tu. I ni bukan la rajin sangat sental tandas hari-hari, tapi idok le sampai nak pijak lantai pun tak lalu. Bayangkan kalau tetamu datang mengejut sekali tengok tandas dah rupa apa dah, tak ke memalukan diri sendiri namanya tu. huhu. So, nasihat kepada diri sendiri, kalau dapat utamakan kebersihan tandas, ruang lain insyaAllah takde masalah nak jaga.


Alahai comei nya toilet macam ni. Sejukkk je hati tengok. Nak mandi pun sayang, takut basah. :p
(Pic taken from here

See, ni baru bab tingkap dengan bilik mandi. Banyak benda lagi nak kena fikir bila nak masuk rumah ni. Berangan memang la seronok tapi yang tak seronok adalah ongkosnyaaaa. Huwaaaaa. T___T Semua banda pakai duit. Nak DIY pulak, I ni bukan la orang jenis berseni pun. Tak sanggup tanggung risiko barang rosak. Baik haku beli jeeee. :p


Okay, I think cukup la angan-angan untuk rumah baru kali ni. Let's see if we manage to catch the dreams or not. Jangan mimpi tinggal mimpi udah le. hihihi. Alright people, I hope you have a good day ahead. See ya next time! Tata :)


Love,
WhiteAdmiral