Thursday, February 5, 2015

Designing my own dream home

Assalamualaikum,


How are you doing everybody? Semoga sihat-sihat sentiasa. I tengah mengantuk gila ni. Siap tertido lagi dekat opis. Maklumla sampai je tadi terus makan mihun goreng telur mata yang I tapau dekat kedai area rumah. Lepas perut kenyang, mata pun kuyu la dalam opis yang sejuk ni. hihihi. :p


Bila ngantuk tu, konon nak power nap la, sekali bila bangun sakit kepala. Urghhhh. Habis takde mood langsung nak buat kerja. Ingat nak balik tapi hati tak sedap sebab ada kerja yang tak siap lagi. I better stay a bit longer siapkan apa yang boleh.


So, nak dapatkan balik mood buat kerja tu I pun google la apa-apa benda yang berkaitan dengan rumah. Contohnya macam tiles untuk kitchen cabinet, basin and taps untuk wet and dry kitchen, bathroom sets, curtains, blinders, homaigod banyaknya benda kalau nak buat list macamana niiii. ;O 


Am request contractor tu untuk cari European Tilt & Turn Windows untuk pasang dekat master bedroom and wet kitchen. I wonder boleh jumpa tak dekat Malaysia tingkap macam tu. huhu. Dia dah bagi gambar dekat contractor, naseb ko la Jeff cari la sampai jumpa. Kalau sesapa yang ada info pasal tingkap ni harap boleh share ye. Boleh tengok video bawah ni kalau nak tau macamana rupa tingkap tu.


video


Tilt & Turn Windows
(Pic taken from here)


Memang senang pun kalau guna tingkap macam ni sebab boleh tilt sikit untuk angin masuk je. Kebanyakan rumah dekat Malaysia guna jenis casement atau pun sliding. Jenis tilt & turn tu belum pernah jumpa lagi. Mungkin ada, tapi I yang tak pernah jumpa. Hopefully Jeff dapat la tolong cari. huhu.


Lepas dah siap bab bangunan yang tambah-tambah tu, nak kena fikir wiring untuk segala lampu, kipas, airconds, electric sockets and so on. Semua ni boleh je buat kemudian, tapi tak daya nak tanggung azab berdebu tu kalau dah pindah masuk nanti. So alang-alang belum masuk rumah lagi baik buat semua siap-siap.


Sambil-sambil tu, I dok tengok-tengok jugak bathroom sets comei-comei yang boleh letak dekat bilik mandi. Wahhh bukan main lagi ada hati nak bathroom sets English style. Ni la padahnya bila duduk lama dekat negara orang, sampai tandas depa pun hang terpengaruh jugak nooo. :p


I personally think tandas adalah ruang paling penting dalam rumah yang menggambarkan macam mana tahap kebersihan seseorang tu. I ni bukan la rajin sangat sental tandas hari-hari, tapi idok le sampai nak pijak lantai pun tak lalu. Bayangkan kalau tetamu datang mengejut sekali tengok tandas dah rupa apa dah, tak ke memalukan diri sendiri namanya tu. huhu. So, nasihat kepada diri sendiri, kalau dapat utamakan kebersihan tandas, ruang lain insyaAllah takde masalah nak jaga.


Alahai comei nya toilet macam ni. Sejukkk je hati tengok. Nak mandi pun sayang, takut basah. :p
(Pic taken from here

See, ni baru bab tingkap dengan bilik mandi. Banyak benda lagi nak kena fikir bila nak masuk rumah ni. Berangan memang la seronok tapi yang tak seronok adalah ongkosnyaaaa. Huwaaaaa. T___T Semua banda pakai duit. Nak DIY pulak, I ni bukan la orang jenis berseni pun. Tak sanggup tanggung risiko barang rosak. Baik haku beli jeeee. :p


Okay, I think cukup la angan-angan untuk rumah baru kali ni. Let's see if we manage to catch the dreams or not. Jangan mimpi tinggal mimpi udah le. hihihi. Alright people, I hope you have a good day ahead. See ya next time! Tata :)


Love,
WhiteAdmiral



No comments: