Sunday, January 25, 2015

Projek Rumah Limonia di Bertam Lakeside

Assalamualaikum,


Hai everyone! How is your weekend so far? I takde buat apa-apa pun sangat pun. Balik rumah sendiri mengemas apa yang patut. Maklumla dah berapa minggu balik duduk rumah mak, sekali-sekala kena jugak balik menyapu, sawang apa semua tu. Cadar pun kena basuh jugak walaupun tak pakai sebab mesti berhabuk punya.


Rumah lagi satu pulak dalam proses renovation. Rasa macam dah 30 percent siap. The progress is going on very well so far. Harapnya semua yang kami plan tu berjalan seperti yang dirancang. Nervous jugak nak tengok outcome jadi macam mana nanti. huhu.


Master bedroom extension.


Tambah wet kitchen as the existing one is too small for us.
Orang Melayu kan memang suka dapur besar-besar.
Senang tak berlaga bontot kalau ramai-ramai kat dapo nanti. :p


Dua bahagian yang kat atas ni antara ruang penting yang I tambah dekat rumah baru ni. Ada la a few benda lagi yang I tambah, and ada jugak yang kitorang hold dulu sebab taknak over budget. Yang mana penting buat dulu, yang kurang penting tambah kemudian lepas kumpul duit sikit-sikit.


Lepas hal renovation, nak kena fikir jugak pasal basic decoration kan? Tak kan nak biar rumah togel takde langsir? Dalam toilet kena la ada para and tempat sangkut towel semua tu. Mungkin nampak macam remeh, but I believe all these have their own importance to complete the whole look of a decent house.


Pasal kereta pulak I am glad semua yang penting dah settled. Carpet dah pasang penuh, tinted pun dah siap. I would recommend you to use 3M window tinting. You will be happy with the combination of their security and safety window films and sun control for windscreen. Tapi kena pegi dekat authorized dealer la. So far I am one of their satisfied customers. 


Hmm, sejak jadi independent wife ni semua benda I dapat belajar. Kalau tak memang Am je la yang uruskan pasal rumah and kereta ni. I cuma tukang tengok je and enjoy the privileges. hahaha. Kurang asam punya bini. Eh takde la, I will also take part in giving opinions and all, but most of the critical thinking parts Am la yang fikir banyak benda. Tu la gunanya bila dah kawen ye dak? v(^_^)


Okay I think that's a little bit something I could share with you guys. I will update more about the renovation progress from time to time. Bagus jugak boleh simpan kenangan macam mana proses rumah ni diubahsuai. Kalau hasil memuaskan I boleh share contractor yang buat tu dekat sini ye. So let's wait and see! :)


#projekrumahlimonia
#bertamlakeside

8 comments:

Starry Hidayah said...

Hi amirah.nice to meet u here.bestnya rumah dh nak masuk.bdw i punya rumah kat sebelah umah u yg tgah duk wat tu.how much cost of renovation?

amirah said...

Hi Hidayah!

Nice to meet you too! Thank you for dropping by. InsyaAllah berjiran la kita nnt yek.

Rumah I tu still dlm process renovation. Mungkin ambik masa sikit nak siap sebab kitorang takde rushing apa pun.

Okay, why not you leave your phone number dekat email amirah_azmi@hotmail.com. InsyaAllah boleh I share renovation cost. Rumah tak siap lagi segan pulak nak masukkan cost dalam blog. huhu.

Anyway, nanti ada rezeki jumpa betol-betol as neighbour okay! :)

Nur Adilah said...

Assalamualaikum Amirah.
Berjiran la kita nnt. Rumah saya fasa 2b.
If you don't mind, boleh x share renovation cost sbb cadang nk extend belakang rumah.
Nie my email cescdila@gmail.com =)

Zhad said...

Assalamualaikum Amirah,

Macam mana servis renovation Jeff tu, recommended tak? Kemas ke, any headache tak?
Tgh survey contractor, rumah area lakeside jugak.

kamil Ikram said...

Apa yg uolls wat ngan courtyard dlm umah tu?any idea...

amirah said...

Zhad:

Waalaikumussalam wbt,

All in all, tak la kata tak puas hati. Mostly semua okay and according to what we planned earlier. Cuma faham-faham la, dealing dengan contractor ni bukan benda mudah rupanya. Baaanyak benda yang kita kena betol-betol firm supaya kita sebagai customer tak rugi.

Headache of course ada! Tapi under control. Rasanya dengan mana-mana contractor pun mesti ada punya kan.

Workmanship pulak, ada yang highly recommended, ada jugak yang kami tak puas hati here and there. Tapi in the end, dia tetap cuba puaskan hati ikut yang macam kami nak. So we are fine with that.

Try la survey dulu, take your time. Rasanya benda-benda yang involve huge amount of money ni kena fikir betol-betol dulu ye dak? :)

amirah said...

Encik Kamil,

Kami tutup courtyard tu sepenuhnya. Konon nak convert jadi library la. hehe. Tak nampak gaya nak bercucuk tanam pun tu yang tutup habis tu.

kamil Ikram said...
This comment has been removed by the author.