Monday, June 27, 2011

Goodbye my dear favourite ring


Dear diary,


Please allow me to be a little bit emotional today yea. I was so down since last Saturday. My most precious belonging on my left ring finger is now gone. Yes, I lost my favourite piece of ring. I have been wearing it since 11 years back, and at this moment, I need to accept the fact that it has finally dissapeared. :'(


I don't know why, but I feel naked without having that ring on. Hmm, bila dah simpan sesuatu benda tu terlampau lama, kehilangan adalah satu benda yang paling menyedihkan. Too sad to be true. Sungguh!


What made me feel more horrible, the ring is not initially mine. It was my mum's. Cincin belah rotan zaman dulu yang sangat teliti pembuatannya, berat dengan solid gold. Something that rarely can be found nowadays.


I think I can admit the absence of the ring, but the memory within is what I'm gonna miss the most. Rasa bersalah yang teramat sangat dekat mak. I have tried my best to take care of it, and after 11 years, I failed. My bad..:(


Untuk menenangkan hati, I keep telling myself that mungkin setakat tu je jodoh I dengan cincin tu. Harap sesiapa yang jumpa dapat jaga baik-baik je. As much as I love the ring. Please please please, pretty please.


Hmm, somebody told me that things happen for some reasons. Maybe it's finally time to change for another more meaningful ring. My own significant ring. Who knows? Mungkin lepas tu takkan ada lagi salah faham yang pernah terjadi seperti yang I pernah ceritakan di sini. haha. Yea rite!


Kenangan terakhir bersama cincin kesayangan.
Beberapa jam sebelum kehilangan disedari

Wednesday, June 22, 2011

Makan tengah hari di puncak Mount Keira. Sungguh gila!!


Hai!!


I just got back from a crazy lunch session at the top of Mount Keira. Why did I say crazy? Sebab memang kerja gila pun pergi lunch dekat atas tu tengah-tengah hari berangin macam ni. Tak pernah dibuat orang tau tak. Asalnya cadangan nak menikmati pemandangan indah terus bertukar menjadi mimpi ngeri. hahaha. 


Kalau cakap pasal view, okay, memang cantik. I can't deny that. Tapi itu kalau masa cuaca yang normal la. But with the blustered wind around, perasaan tu sungguh tidak menarik. Tidak langsung! Sumpah sejuk-gila-peti-ais-pun-tak-sejuk-macam-ni!!

Pemandangan meliputi hampir seluruh kawasan Wollongong dan laut sejauh mata memandang.
Ini gambar dulu-dulu masa SUMMER, 2009. Sekarang WINTER!!

Our fish and chips and chicken burger tasted like frozen fish and chicken fresh from the freezer. Tuang air panas mendidih dalam cawan, tunggu 5 minit, terus tukar jadi macam air sejuk dalam fridge. Lepas habis makan, jilat jari rasa macam jilat ranting kayu sebab dah beku. hahaha.


We plead the wind to act calmly, and let us have our lunch in peace, but too bad the wind kept blowing like mad. After a while, semua terus switch on enjin turbo makan masing-masing, habiskan makanan laju-laju, then rushed into the car. Aduhh lawak!! hahaha.


Siapa la punya idea bengong ni huh?? I la tu. Maafkan patik penunggu gua!! Ingatkan tak sejuk sebab dapat direct sunlight. Sekali nah!! Hambekk kau!! Direct sunlight hape bendanya?? Punya la sejuk sampai hingus pun beku bak kata Aimy. Bila masuk kereta ada heater terus hingus pun cair and turun macam air terjun. kahkahkah.


Okay, satu kerja gila telah dibuat hari ni. The crazy idea was from me and mission accomplished. Yahuuu!! Semua berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan jayanya walaupun masing-masing menggigil nak mati. So kawan-kawan, what's next??? hehe..:p


p/s: Hmm, this might not be the craziest thing I have done here so far. Mungkin ada yang lebih crazy dari ini.

Monday, June 20, 2011

Hanya kerana keinginan tekak


Dalam 3-4 minggu lepas, I teringin gila nak makan kuih benderam @ cucoq peneram @ kuih telinga keling. Punya lah teringin sampai masuk dalam mimpi tau. Tapi mana la nak cari kuih tradisional macam tu kat sini kan? I nak yang macam jual kat pasar malam, makan panas-panas, crispy di luar, lembut di dalam. Perghh, heaven!! 


Ok, drooling. Kalau dapat makan 20bijik pun tak puas rasanya. Kuih favourite I tu. Dulu mak siap pernah pos ke Australia. Tapi bila sampai sini dah tentu-tentu la tak panas and tak crispy lagi dah. Tapi perasaan tu tetap indah bila dapat makan.


Jadi, apa nak buat bila perasaan teringin tu datang lagi sekali?? Solution nya, pergi Asean store, beli tepung beras, gula melaka (coconut sugar), eh confuse pulak gula melaka dengan gula merah. Apa-apa saja lah asalkan, yang warna dark brown tu. Lepas tu, mula lah acara buat kuih benderam.


Sedih gila kan nak makan kuih tapi kena buat sendiri? Tapi apa nak buat. Nasib hidup di perantauan. So, cubaan untuk buat kuih benderam telah berjaya. Nak tengok apa rupanya??  Lihat lah proses pembuatan di bawah. Jeng jeng jeng!


Proses pembuatan from scratch, menguli dan membentuk.



Menggoreng dan tadaaaa!! Siap!!


TAPI!!!!!!!!!!!!!


  1. Rupa agak aneh bukan? 
  2. Kenapa tak sama macam dekat pasar malam? 
  3. Kenapa yang orang jual sangat berminyak, yang ni tak berminyak langsung? 



Mungkin kuih benderam version sihat agaknya. Tapi rasa sedap!! Best kalau makan masa panas-panas. Kalau sejuk nanti keras. Why eh?? Tak kisah la macam mana sekali pun, yang penting keinginan telah terlaksana. 


Nak suruh buat lagi? Hmm, pakai tidak la gamaknya. I kena bersabar sikit, then balik Malaysia boleh hantam puas-puas. Dah berangan balik nanti (yang taktau bila tu), I nak pergi pasar malam, beli kuih benderam sepuluh ringit. Dapat seratus bijik. Makan lah I sampai muntah. kahkahkah. T___T

Wednesday, June 15, 2011

It's B.I.N.G.O time!!


Do you still remember when exactly was the last time you played BINGO? Yes, the game of chance? Game yang selalunya kita main bila kelas cancel sebab cikgu ada meeting masa kecik-kecik dulu. Ingat tak?


Describe the game? Ohh, very easy, yet sometimes can create excitement. The game is played by choosing randomly drawn numbers that have been printed on 5 x 5 matrices. One person will select a number and everybody will cross out the number from their matrices.

My BINGO board


The process follows until all numbers in the first five horizontal, vertical or diagonal lines are all crossed out. The first person who achieves a specified pattern from the drawn numbers is required to call out the word "BINGO!" which alerts the other players.


So last night, ntah kenape tiba-tiba I dengan kawan-kawan teringat nak main BINGO. I think it was like ages ago since we last played this game. Seronok jugak bila dah besar-besar main benda alah ni. Ye la, dulu mana ada PSP ke, Ipod ke. Semua pakai modal kertas dengan pen je. Budak zaman sekarang ni je yang terlebih advance. Game diorang semua yang dalam screen je.huhu.

Aimy's 

Kerol's

Farizal's
Ada kisah di sebalik the bottom right-most half blank board.
Kahkahkah!!


Hasilnya malam tadi, kitorang main 6 sets of BINGO and and also Tic-tac-toe. Hmm, reminiscing the good old days when we were all still little young berhingus kids.hahaha. Siapa cakap dah bila dah besar tak boleh have fun macam budak-budak kan? You gotta try this sometimes in a while. It does feels good. Trust me!

Multi-shape tic-tac-toe
Me (4) VS Farizal (2)

Monday, June 6, 2011

Morning walk by the sea side


How are you doing diary boy? Lama tak menjenguk kamu. Ntah makan ntah tidak kan.hehe. I have nothing much to tell you very lately I guess. Tapi hari ni I nak cerita pasal Wollongong Beach. Kalau datang Wollongong, tapi tak singgah beach, memang serupa macam tak datang sini tau.


Okay, semalam I dengan Aimy pergi morning walk dekat sini. Biasanya impromptu plan macam ni lah yang akan jadi fun. Beautiful sunny Sunday, clear blue sky, refreshing ocean breeze, awesome breaking waves, and friendly people all around. What more could I ask for? Simply perfect!

 
We had a really good time strolling down the beach, saying hello to everybody we meet, collecting sea shells and formed our names out of them, having a yummy breakfast at one of the restaurants near the harbour and among all, we really had heaps of fun taking millions of photos of us along the way. Girls? Lense? Posing? Ohh, we are the expert!

Bangun pagi, gosok gigi, tak mandi, baju tido. 
tiba-tiba I cakap, "Aimy, jom pegi morning walk dekat beach".
Selambe gila!



Feeling-feeling tepi pantai ehh? :p
While waiting for the hot surfers maneuvering their surfboards thru the breaking waves.


Caught in action.
This is not the first time I tell you how much I love the beach, isn't it?

Big big rock and cute cute girl.
Dah macam nak masuk gua pulak.

Sun bathing anyone?
Ape kelasss sunbathing siap pakai jumper, tracksuit semua??
Tapi sejuk gila oiii!!

Hello! I'm Amirah. You can also call me Mira.

And this is my friend Aimy.
Eh, macam dekat-dekat pulak nama kita.hehe..=))

Berlatar belakangkan atuk yang sedang tekun memancing.

Bombara seefood restaurant.
Yes, that's me without my smiles on. Umm, weird!

OUR BIG BREAKFAST!
Toasted bread, raspberry jam, butter, whipped ricotta
Hot chocolate and sinking marsmellow


So, how's the Wollongong beach? Beautiful isn't it? Datang la visit I dekat sini. This would be the first place yang I akan bawak jalan-jalan. Ohh btw, my family is coming over March next year! Tiket semua dah beli. I'm all excited!! Rasa macam nak plan itineraries siap-siap dari sekarang. Ngeee..:p