Monday, June 20, 2011

Hanya kerana keinginan tekak


Dalam 3-4 minggu lepas, I teringin gila nak makan kuih benderam @ cucoq peneram @ kuih telinga keling. Punya lah teringin sampai masuk dalam mimpi tau. Tapi mana la nak cari kuih tradisional macam tu kat sini kan? I nak yang macam jual kat pasar malam, makan panas-panas, crispy di luar, lembut di dalam. Perghh, heaven!! 


Ok, drooling. Kalau dapat makan 20bijik pun tak puas rasanya. Kuih favourite I tu. Dulu mak siap pernah pos ke Australia. Tapi bila sampai sini dah tentu-tentu la tak panas and tak crispy lagi dah. Tapi perasaan tu tetap indah bila dapat makan.


Jadi, apa nak buat bila perasaan teringin tu datang lagi sekali?? Solution nya, pergi Asean store, beli tepung beras, gula melaka (coconut sugar), eh confuse pulak gula melaka dengan gula merah. Apa-apa saja lah asalkan, yang warna dark brown tu. Lepas tu, mula lah acara buat kuih benderam.


Sedih gila kan nak makan kuih tapi kena buat sendiri? Tapi apa nak buat. Nasib hidup di perantauan. So, cubaan untuk buat kuih benderam telah berjaya. Nak tengok apa rupanya??  Lihat lah proses pembuatan di bawah. Jeng jeng jeng!


Proses pembuatan from scratch, menguli dan membentuk.



Menggoreng dan tadaaaa!! Siap!!


TAPI!!!!!!!!!!!!!


  1. Rupa agak aneh bukan? 
  2. Kenapa tak sama macam dekat pasar malam? 
  3. Kenapa yang orang jual sangat berminyak, yang ni tak berminyak langsung? 



Mungkin kuih benderam version sihat agaknya. Tapi rasa sedap!! Best kalau makan masa panas-panas. Kalau sejuk nanti keras. Why eh?? Tak kisah la macam mana sekali pun, yang penting keinginan telah terlaksana. 


Nak suruh buat lagi? Hmm, pakai tidak la gamaknya. I kena bersabar sikit, then balik Malaysia boleh hantam puas-puas. Dah berangan balik nanti (yang taktau bila tu), I nak pergi pasar malam, beli kuih benderam sepuluh ringit. Dapat seratus bijik. Makan lah I sampai muntah. kahkahkah. T___T

7 comments:

aimy said...

is it kuih? aren't you told me that it is keropok benderam?? hahahhaha...
tapi rasa mmg not bad... at least hilang lah kempunan...
And got special ingredients that can make people laugh the whole day!!!
heheheh

sue. said...

hihi..nak nak nak nak please..

MHazrat said...

kuih telinga mamak!!!!
hahahaha...
nnt dah keja kat USM, sy tunjuk kedai yg tiap2 ari jual kuih nih...
so awk beli la tiap2 ari..
siyes sedap & crispy!!!
terbaik dari ladang...

Astaka Medan Suri, please wait for Amirah Azmi.. its coming soon!!!

amirah said...

aimy:

Yeah, you're totally correct! It is more to keropok or kerepek rather than kuih kan.. Tapi rasa not bad kan? kan?

And kuasa buat orang ketawa seharian tu yang paling special. Lepas tu semua pengsan kepenatan. kahkahkah..=))

amirah said...

sue:

Nanti sue tolong beli and makan puas-puas for me eh.. banyak jual kat pasar.hehehe..=))

amirah said...

hazrat:

Ok cun! nanti hari-hari sy singgah pergi beli kat Astaka Medan Suri. Hilang kempuanan 3 tahun dok kat sini.hehehe..

azal aziz said...

assalamualaikom...
ok straight fowrd...sy azal boleh pggil jai...actually sy anak owner peneram medan suri tu...

1st...thanks to hazrat sbb promo kuih kami...nnt datng kita bg adiah....hahaha...dtg jumpa sy...sy bg 1 paket free utk hazrat...huhuhu...

thanks for support...