Monday, October 31, 2011

Older than time

Assalamualaikum,


Today is the last day of the 10th month in year 2011. Indicating that October is leaving us in the next couple of hours. Without me noticing, it ends sooner than I ever expected. And believe me, the next thing we realize, 2011 will then be another year in memory.


Ohh well, speaking of memory, I lost my dearly loved and favourite earring last Friday. It might sound like a small problem but still, it brought tears to my eyes. Why? Sebab subang tu mak yang bagi. Nothing in this world could ever return the love that tangled alongside.


Another side of you is now gone


Hmm, I don't know what is wrong with me. Hari tu hilang cincin yang mak bagi. Sekarang subang pulak. Also from my mum. What's left now are only gold bracelet and gold necklace with ruby pendant. Itu ajelah harta yang I ada sekarang. They are old, but to me, they can never be older than time. Simbolik huh? :)


Being typical me, I sangat susah nak terima kenyataan kalau hilang sesuatu benda pemberian orang. I bet everybody feel the same rite. I know tak ada benda dalam dunia ni yang kekal, but still, I will try my very best to keep everything as long as I can, especially the ones that people gave me. Tapi tu lah, sebaik-baik mana pun kita jaga, kalau jodoh tak panjang, tak ada rezeki jugak. Terima aje lah kan.


So, I think I got to get myself a new pair of earring now. Huduh sangat rupanya bersubang sebelah. Tapi kalau tak pakai rasa pelik la pulak. Nak beli sendiri tapi tak reti nak pilih. Biasanya yang orang pilih tu will look best on me. Maybe kena tunggu sampai balik Malaysia nanti lah agaknya. So, here's another thing to include in my wishlist.


Simple and classy looking hoop earrings
[photo courtesy]


Ball on leverback earrings. I love something like this.
[photo courtesy]


Monday, October 24, 2011

Loved and delighted

Hai!!


Hari ni hari yang sangat panas di Wollongong dengan suhu yang menjangkau 30 degrees. Dah lama tak rasa berpeluh-peluh bila jalan kaki. Kali ni sampai pergi grab Iced Tiramisu Latte dekat Panizzi. Panas gila! Tapi ni baru panas dunia kan? So, sendiri mau ingat lah! :) 


Anyway last week adalah minggu homesickness yang teramat sangat. Salah satu puncanya sebab craving gila nak makan nasik kandaq. Adoii la, muka amoi tapi selera mamak. Nasik kandaq tu memang feveret lah. hahaha. Truly Penangites I am kan??


I punya teringat nak makan tu sampai lah terkeluar status macam kat bawah ni dalam FB. I jenis yang jarang sangat nak tepek apa-apa dekat FB wall. Kalau terkeluar tu maknanya I really really mean it. 


Pokok ketapang tu memang legend. haha.


Then, being such a darling sister like she always is, Kak Fish offer nak try masak nasik kandaq hari Jumaat lepas. Antara lauk yang kitorang buat, tandoori chicken + pudina dippings, sotong and udang mamak style, kari kambing and kobis kuning also mamak style.


Main dishes: Sotong, kobis, udang, ayam tandoori. Mamak enough??


Side dishes


Yang paling best, Kak Fish masak nasik putih yang betol-betol macam kat kedai mamak yang ada rasa sikit tu. Siap dengan teh tarik semua. Aaaaa!! Serious rasa macam nak nangis time tu rasanya. Terharu at the same time. Ingatkan berangan je. But I got it for real.


Little Penang.


I mengidam nasik kandaq, then dapat, perut happy, I pun happy. Nampak macam benda simple kan? However, small thing like this really touched me deeply in my heart. Thank you so much everybody!!


Anyway, tadi lunch date dengan Laili. Dah lama rasanya tak lepak dengan dia. 2 jam jugak lah tadi berborak catching up with each other's update. And guess what? I also got an early birthday gift from her. Excited and loving it so much!! Thanks babe!! =))


Love love love!! =))

Friday, October 21, 2011

A bird without wings

Hi!


What a very bright day today. Panas sungguh!! The temperature goes up to 27 degrees. The highest for this week after a series of a long chilly weather. Bila cuaca panas macam ni pemandangan nampak sangat cantik. Langit biru, daun hijau and colourful flowers. What more could I ask for? Everything seems to be so perfect.


Except for myself. Should I blame it on aunty flow who came to make her visit now? I had a sleepless night. The stomach cramped really bothered me from midnight until early in the morning. The first cycle of pain was about for 4 hours, then I managed to sleep for a little while before the next cycle came. But I felt a lot better in the morning. Alhamdulillah.


The pain was one thing. Unstable mood is another thing that I need to deal with. Sangat cepat terasa walaupun dengan benda-benda kecik. Owh, saya tak suka perasaan macam ni. Knowing myself yang memang tak reti nak luahkan, maka simpan ajelah sampai perasaan tu okay sendiri nanti. Macam tak biasa pulak pujuk diri sendiri kan? Pity you lah wahai hati.


Owh, malam tadi ada mimpi something that I couldn't recall what. It's a strange feeling having your heart remember something that your mind cannot. Dah cuba nak ingat pun tak dapat jugak. Takpelah, let it remained something that the heart will always fond of. :)


Apa agaknya perasaan jadi seekor burung?
Simbolik yang berlawanan dengan kehidupan seorang ''amirah"


Tuesday, October 18, 2011

MAS UOW AGM 2011 :: Event of the year

Assalamualaikum,


Here is some updates on what I have been up to last weekends. MAS UOW celebrated it's biggest event of the year, the Annual General Meeting (AGM) 2011. Remember I once told you here about AGM 2010? So, we had almost the same sort of episode this year.


Semua ahli MAS UOW turut terlibat secara tidak langsung terutamanya dari segi mengundi barisan jawatankuasa tertinggi yang baru dan serba-sedikit persiapan untuk majlis tu. Macam biasalah, ada aktiviti gotong royong dalam penyediaan makanan. So I dengan Kak Fish kena buat kek. Nyam!! :p


Chocolate cuppies with fresh strawberry slices and mint leaves on top
I made them!! Tapi seketul pun I tak jamah. haha. 


There were quite a number of interesting activities organized by the outgoing team during the whole period of occasion. Semua terhibur especially during performances. Macam-macam gaya ada! Banyak yang best tapi sebab size besar sangat I boleh upload sikit je. My favourite are these two. Check them out!



video
"When you say nothing at all" version Abang Lan Keating.
Ada back up singer yang setia, Aimy! Gotcha!! :p


video
Zapin usik mengusik. Lawak ahh korang!
Walaupun penyanyi nyanyi bersepah-sepah, somehow this one became my most favourite. :)


Secara mata kasar, I nampak semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Kalau ada sikit-sikit tu adatlah kan? Mana nak dapat semua yang perfect. Kalau nak, handle sendiri lah baru tau apa rasa. Tahniah to the organizers samada secara langsung atau tidak langsung. We all had a lot of fun that day. Jasamu dikenang. :)


Penonton setia. Clockwise: Laili, Mala, Fatin, Aimy. Kak Su separuh.. :)


Lagi penonton setia. Kalau boleh nak ngadap depan stage. haha.


Huda. Tak boleh la tengok dia.
I adore her cuteness so much! :)


Me and Laili.
Babe, lagi 2 inci je. Comfirm aku turun takhta. :p


Makan time! Sedap!


Makan time lagi.
Nasib ko la Kerul sape suruh buat muka spastik. Kan aku dh tepek dalam ni.  kakakaka! :p


Young and adorable fashion show contestants.
Teringat Batman. kahkahkah. :p


Friday, October 14, 2011

My sister, my friend.

Assalamualaikum,


Hari ni gigih menapak ke uni sebab kena grab peluang nak jumpa supervisor sebelum beliau away selama beberapa minggu. Sampai je terus pergi jumpa Luke dulu pasal nak belajar cara cari Lagrangian and trial function baru untuk current equation that I'm working on.


Happy because now only I understand the whole idea on how to guess the Lagrangian and the way to check if it is true or not. Hmm, rasanya kalau sebelum ni I usaha lebih sikit mesti dah lama faham. Takpela, better late than not understanding at all kan.


I went to see Tim right after my discussion with Luke. He was very satisfied with what I've got, Alhamdulillah. Even after I have been bedridden for almost 2 consecutive days, a little progress like this brings smile to my face. 


Semalam seharian terlantar kat katil. I keluar lunch je kejap kat rumah Kak Fish. Tu pun Aimy datang picked up. Kak Fish masakkan nasik goreng cina and sup ayam. Lepas tu balik, sambung terbaring sampai esok pagi. Ohhh, so not me kan.


Okay, nak siap-siap nak balik dah. Kejap lagi dinner kat rumah Kak Fish. Again? Yes! Again. I am fortunate to have people taking care of me especially when I am not in my best condition. Thank you sister! May Allah repay you for yourself and your goodness.


Me and Kak Fish
We share the laughs and tears


Wednesday, October 12, 2011

Bila nikmat sihat ditarik

Hi! Assalamualaikum,


I just got back from Wollongong Medical Centre today. Buat pertama kali dalam tempoh 2 tahun kat bumi Australia ni I jejak kaki kat situ. Sebelum ni Alhamdulillah tak penah sakit yang sampai kena pegi klinik. Tapi kali ni dah tak tahan, terpaksa pegi jugak.


For your information, I had a nagging cough and flu since last week. Dah beli ubat as advised by pharmacist, dah habiskan pun still tak okay lagi. It wasn't that bad during the day but when it comes to night time, I need to deal with short breathing. My chest gets very stuffy and coughing very hard at the same time. Sampai meleleh jugak la air mata dibuatnya.


So, sebab dah tak tahan tiap-tiap malam macam tu, I decided to see the doctor today. Treated by Dr Shimul Das who is a very nice person, made me feel very comfortable during the consultation. Dia cakap semua ni sebab virus yang going around because of the flu season now.


He prescribed me with antibiotics that need to be taken within 7 days, and Eucalyptus drop for breathing therapy. If it doesn't get any better, then I need to see him again after 7 days. Alamak, macam mana ni. Makan ubat is so not my favourite thing to do lah. Urghh!!


Obat ohh obat.


Saya memang manusia yang sangat lah malas nak consume ubat. Taktau kenapa. Tapi kali ni I need to be a little bit strict to myself. Sila makan ubat ikut masa please. Nanti kalau tak baik awak sendiri jugak yang sakit. Padan muka! ;O


Tuesday, October 11, 2011

Women are complicated. That makes us strong.

Dear diary,


I found it amusing when I first browse through my FB wall this morning to see Kak Suzana's post (pinjam ye Kak Su) about girls. Without me noticing, I cracked a wide smile on my face the moment when I relate everything to myself. Surprising not, they are actually very true and applicable to many.


They are all sooo true. Especially to myself.


Kalau dapat yang tak ada ciri-ciri pelik macam yang kat atas ni, silalah jaga baik-baik. They might be one in a thousands. The rest, semuanya sangatlah complicated. Tapi kalau dapat yang complicated pun jangan risau, kalau kena gaya and cara yang betol, mudah aje nak bentuk and lentur orang perempuan ni. :)


Anyway, if I were to list all funny characteristics that most girls might have in similar, I'm afraid if it won't be any more challenge for the guys to understand us better. Tak fun lah macam gitu kan? So, take the challenge and find out more about your girls. You will fall for them a lot more than you currently are.


As for me, people see me as a very simple and easy-going person as most girls are. Happy aje sentiasa. Senyum tak kira masa. But the fact is, I am actually far more complicated on the inner part. Padahnya, asyik lah kena berperang dengan diri sendiri. Susah kan? Takpe, dah biasa. :)


I don't know why but I love this picture so much.
Nampak macam pasangan yang bahagia sedang berkomunikasi kan? :)


p/s: Kena sungguh mood girlish dengan lagu Wanita Paling Berharga yang dominated my playlist now. Cheers!:)

Monday, October 10, 2011

Bila harimau dimakan kangaroo

Hai hai hai!


Sekarang baru ada peluang nak update cerita pasal football match between Malaysia and Australia yang I pegi tengok dekat Canberra Jumaat lepas. For those yang taktau result, pasukan Harimau Malaya kalah teruk dengan Qantas Socceroos. 5-0. Lagi sebijik cukup setengah dozen. Ohh my.


Tapi bagi I tak boleh nak salahkan pasukan negara secara keseluruhannya. They had tried their best. But due to certain inevitable causes, they went back empty handed. Ye la, Australia dah masuk Top 20 world ranking. Malaysia pulak lebih dari 100. Dari situ pun kita dah nampak jurang yang besar kan?


Selain tu, I rasa cuaca pun bagi kesan yang besar dekat pasukan negara. It was raining earlier that day, and the temperature dropped down to 10-13degrees at the time they were playing. Player Aussie takpela sebab dah biasa training masa winter yang temperature sentiasa below 10degrees. Pity our tigers.


Kalau compare size pulak, alahai kesian je tengok player Malaysia kecik-kecik and comel-comel je berbanding dengan player Aussie yang semuanya galah-galah belaka. Serious rasa sangatlah kerdil. Apa nak buat. Typical Asian. Cute!


Some of Wollongong supporters. Tengok donkey pun pakai jersey tau. Semangat!


While on our way to Canberra.
Immitating Fatin's favourite pose :)


Kami di stadium Canberra.
Masih mampu tersenyum walaupun sebenarnya rasa nak balik pakai karung.hakhak.


Luck may not be on our side this time.
Try again you guys!


Me in our squad's away jersey.
I'm loving the royal blue colour.


But I personally think that the best part was when our national anthem, Negaraku is proudly been played at Canberra Stadium. When you are far away from your beloved home country, and when you get the chance to sing it together with other fellow Malaysian, perasaan dia sangat indah. Sungguh! I miss Malaysia like very seriously now.


video
Negaraku indah berkumandang. Rindu!


Secara kesimpulannya, sebagai seorang pemerhati yang sangatlah kurang pengetahuan dalam ilmu bola sepak, I berpendapat yang masih banyak lagi ruang yang perlu dibaiki oleh pasukan negara in order for us to be along the line with any other international squads. But InsyaAllah we will still reach there one day. Go Harimau Malaya!


video
Apek turun salam penyokong. Suara Fatin dengan Pai aje yang dengar. Fanatik sungguh. hahaha.
I think he's the real hero.Kalau tak ada gaya Malaysia kena belasah 12-0. ;O


Thursday, October 6, 2011

My new camwhoring buddy

Dear diary,


I'm not used to taking vain photos of myself. You know, yang macam budak-budak zaman sekarang suka buat tu. Bulatkan mata, moncongkan mulut, amik gambar dari angle atas so nampak cute. Aaaaa, tak boleh blaaahhh! 


Kalau tengok semua gamba yang I ada sangatlah membosankan. Tak creative langsung. Samaaaaaa je gayanya. Kalau candid je la kot yang lain sikit. The rest semua very typical. The same boring wide smile pose.


But off lately, everytime I see this little girl Huda, I never failed to capture every moment I spent with her.  Seeing her gorgeous smile, my heart simply melts. Looking at her deep gaze through her pair of beautiful small eyes, sangatlah menusuk kalbu. Cairrrrrr!!! No need to cakap banyak, you have a look yourself.



Introducing the adorable Nur Aliah Huda


She looks like a polite rockstar dressing up like this


But she can also be cheeky at times
Yes, it's a big fat flowerhorn landed right on top of my nose.. T__T



My attempt to smile without showing my teeth. Fail.
While her's, very charming.



Me (still with my flowerhorn) and other marshmallows of my eyes


I actually miss my own Ainul Huda (my youngest sister) at home. I told this Huda about her, and she keeps asking me to tell more about my sister since then. See, now I have two Hudas in my life. How lucky I am. :)


Ainul Huda. Kakak misses you so badly.


Wednesday, October 5, 2011

Qantas Socceroos VS Harimau Malaya

Hi semua!!


Jumaat ni I nak pegi tengok bola dekat Canberra Stadium yeay! Semangat! Semangat! Last sekali I ingat tengok bola dekat stadium masa kecik-kecik dulu. Lepas tu bila dah besar takde dah. Biasa layan bola pun sebab teman beliau tengok live match dekat mamak. Tu pun tak geng. I sokong Liverpool tapi tengok MU lawan.. ;O


But this time, when Qantas Socceroos (Australia) will take on Harimau Malaya (Malaysia) in a friendly match prior to their 2014 World Cup Asia Qualifier, I feel like being called to join all other Malaysians to show our support to the national team. Rasanya ni perlawanan pertama Australia dan Malaysia di bumi kangaroo ni. Sejarah lah kan?


Jom ramai-ramai bagi sokongan!


Walaupun Malaysia dah terkeluar awal-awal lagi dalam pusingan kelayakan, tapi kami sebagai rakyat Malaysia di Australia tetap akan turun padang bagi sokongan. Kalah atau menang lain cerita. Pantang berundur sebelum bertempur. Cewahh!!


So nanti penyokong yang akan turun dari Wollongong adalah seramai 25 orang. It may be more than that as the number of people asking for extra tickets are increasing. Unfortunately, tempat yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia semua dah booked out. Kami dapat tempat dekat opponents. Jadiklah dari tak dapat langsung kan?


Kalau ikutkan senarai, antara kesebelasan utama yang akan turun adalah, Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra, Fadhli Shas, Zafuan Abd Razak, Ismail Faruqi, Safiq Rahim, Amirul Hadi, S. Kunalan, Shahrul Idlan and Safee Sali. Perghh, sejak bila I tau nama player ni?? hahaha. I refer list je la.. :p


Tiket dah book. Transport dah arrange. Yang paling best we all siap order jersey all the way from Malaysia lagi tau. Nak pakai ramai-ramai masa tengok match ni. Semangat tak semangat tak? hehe. Nak tengok harimau lawan kangaroo ni. Weehooo!! 


Tiket masuk


Teaser. Our national home jersey.
Jumaat ni pakai away jersey pulak. :)


All the best harimau-harimau kacak dan tangkas sekalian!! 
Aummmm!!!