Tuesday, March 8, 2011

Dear Huda..

Hari ni I nak cerita pasal adik kecik yang dah tak berapa nak kecik lagi dah, Ainul Huda. She's celebrating her 8th birthday today. And at this point of her life, she is just like a spoiled little brat in the family. Why? Because we made her like that. Blame us!

Tak pernah berjaya marah lama-lama. Lepas marah comfirm pujuk balik.

I remembered last week, when I logged into my Skype account, and she suddenly video-called me from home. Guess what did she said? "Hai kakak! Saja ja call kakak. Ceq tengok kakak online, kesian pulak kalau tak call". hahaha. Padahal dia nak mengelak daripada kena buat online tuition, Score A. Jadi, bagi alasan kesian dekat kakak, boleh la dia online tanpa perlu buat homework. Bertuah punya budak.

Masa I mula-mula datang sini dulu, teman dia buat homework dalam Skype dah jadi kebiasaan. She did her homeworks at one end, while I continued doing my stuffs at the other end, as if we were just next to each other. Padahal jarak beribu batu jauhnya. Kalau tak teman, dia takmau siapkan homework. Grrr!

Kadang-kadang, kalau tak ada siapa-siapa dekat rumah, dia takut nak pergi mandi, sudahnya I la yang kena teman. I mean, teman dari dalam Skype lah. She checked on me from the toilet in her room for almost every minute.

"Kakak ada lagi tak tu?".

"Kakak jangan pi mana-mana tau, ceq tengah sabun ja ni".

"Kakak tunggu sat saja lagi tau, ceq dah nak siap dah ni".

Lepas tu dia akan berlari-lari keluar dari toilet sambil rambut basah-basah tak lap, just to tell me that she's done with her shower. Dah satu hal nak kena membebel suruh lap kering-kering siap pakai baju semua baru I sambung online. Alahai Huda. Kakak rindu ceq lah.

Huda imitating my pose. Dia punya nakai memang first class!

One more thing, Huda ni sangat lah loyal orangnya. Masa balik Malaysia hari tu, I ajak dia teman pergi airport nak hantar Am balik lepas kenduri abang. I pesan dekat dia, "Huda kena teman kakak tau especially masa on the way balik. Kakak takut mengantuk masa dekat Penang bridge nanti. Dah midnight ni". Then dia betul-betul teman I sepanjang pergi dan balik sambil bercerita and menyanyi lagu Maher Zain kot.

Bila sampai exit Sungai Dua yang dah dekat dengan rumah, dia cakap, "Kakak, boleh tak ceq tidoq sekarang? Ceq mengantuk sangat-sangat dah ni tak boleh bukak mata. Kakak dah okay kan drive sorang-sorang. Dah dekat rumah dah ni". Masa tu rasa macam nak peluk ja dia. Kesian. Mengantuk rupanya budak kecik tu. Tapi sebab I pesan suruh teman, dia betol-betol teman walaupun mata dah tak boleh angkat. Sorry dear..

Hmm, writing about her really makes me miss her even more. I'd better stop now. Or else, I will start hunting for flight ticket all over again which is a big no no for me. Not until the end of the year at least. Hmmph..

So, to my babysister Huda, I still remember the times when you were little, we used to gather all around you, mesmerizing your beauty while you sleep, fascinating your laughs while you play and we even got charmed with your tears while you cry. For us, you are still like that fragile little baby that need to be hold forever. May you grow up as a beautiful girl with beautiful heart and soul. We love you so much.

HAPPY 8TH BIRTHDAY, SWEETHEART!


With lots of love,
Kakak

2 comments: