Monday, March 14, 2011

Shopping + Swimming = Fun

I started my day as early as 6.30am today. Awal gila lah untuk orang yang bukan jenis morning person macam I. Hari ni hari untuk shopping Corelle, yay!! Lepas solat, mandi, siap-siap semua, dalam pukul 7.45am I dah gerak pergi rumah Kak Emy. Lebih kurang pukul 9.40am kitorang dah sampai dekat O'riordan St, Sydney.


I tak beli banyak sangat pun. Cuma tambah loose items untuk lengkapkan my Enhancement Set untuk 20 orang makan. Kalau dekat Malaysia mau beribu-ribu habis. Tapi dekat sini baru a few hundreds dollar. Jimat! Nanti jemput lah datang rumah ye. Kalau I tak jamu dalam pinggan-pinggan Corelle ni, sila jentik telinga I okeh! :p


Then, I also bought 2 sets of 16 pieces Secret Garden. Satu untuk maksu, satu lagi teringat nak bagi dekat mak Am. Untuk my mum pulak I belikan set 18 pieces Country Cottage siap dengan casserole sekali. Altogether, I only paid AUD300 for everything.


Hasil tangkapan untuk hari ni


I never thought of buying all these before I came to Australia. Buying pinggan mangkuk is so like makcik-makcik! Tapi bila tengok sendiri harga set Corelle dekat Jaya Jusco sampai RM500-600, whereas dekat sini I boleh dapat dalam AUD50-80 for the same exact item, terus rasa nak buat collection sementara ada peluang.


Lepas tu, masa on the way balik, kitorang singgah La Kemba beli barang sikit, lunch dekat situ, then terus balik Wollongong. Lepak rumah Kak Emy kejap sambil main belit-belit shawl, lepas tu teringat nak pergi swimming. Walaupun harini sangat lah windy!


Mula-mula pergi mandi pool dekat beach, tapi pukul 6.45pm dah kena panggil naik sebab pool dah nak tutup. Disebabkan tengah bersemangat waja nak belajar swimming technique yang betul dari Farizal, kitorang sambung dekat Beaton Park pulak. Luckily the pool there is heated. Kalau tak, mati kejung I dalam air tu rasanya.


The instructor was really really strict. Tak kasi chance berehat walau seminit pun. Memang kejam lah! Tak cukup nafas nak kejar. But towards the end of the lesson, I managed to learn a couple of important basic skills like blowing bubble, star float, back float, push and glide and a whole loads more. Good job Amirah! You're now starting to overcome your underwater fear..=))

3 comments:

asfahani said...

ko nak bwk balik set2 corelle tu mase balik msia for good nnt ke?ish tempting nye..lagi murah dari beli kat langkawi eh?heheh

amirah said...

Mesti mesti mesti bawak balik! Ko nak ke As? Memang aku nak post guna kontena dalam bulan 6 nanti. And nak pegi shopping lagi masa winter sale.hehehe..

Kalau ko nak aku bleh tolong belikan. Serius kalau dah campur postage pun still separuh harga dari yang langkawi..kalo kat klcc jgn cakap la.hahaha..

asfahani said...

eh aku nak kirim..yg pinggan square tu..tp mcm mana nak pilih design eh.tgk kat website n bgtau ko?chup2,bile convert RM jadi berape?winter australia bile?