Tuesday, March 22, 2011

Permata Buat Isteri

Hari ni I bawak hati yang tak berapa tenang ke Botanic Garden. Self soothing kata orang. Dah lama tak datang sini rasanya. Rindu pulak.

Berbekalkan secawan mocha, satu journal (supaya tak rasa bersalah sangat sebab curi tulang masa bekerja) dan Ipod on shuffle, hari ni terasa nak cari port baru lah. Yang jauh dari kawasan orang lalu lalang. Yang indah. Yang tenang.

Hijau alam. I tenang di sini.


Sambil telinga mendengar lagu, muka tekun mengadap journal, mata melilau tengok pokok-pokok dan burung-burung, otak pulak dah sesat entah kemana-mana. Multitasking. Hebat jugak kamu ye boleh buat semua serentak. Bab lain tak pandai pulak nak multitask.

Sambil-sambil berangan tu, baru I perasan kerusi kayu hijau yang I duduk tu sebenarnya didedikasikan untuk sepasang suami isteri (pangkat moyang I rasanya) oleh anak-anak mereka. Bila ibu bapa dah meninggal dunia, mereka dedikasikan sebuah bench untuk orang ramai duduk menghayati keindahan ciptaan Tuhan di taman.

Pasangan Tribolet. (Atok-84tahun, Nenek-78tahun). Comel.


Hmm, mungkin atok dengan nenek Tribolet suka dating dekat botanic garden ni semasa hayat mereka dahulu. Alololo, comel pulak kalau bayangkan. Dah tua jalan-jalan pegang tangan sambil tengok bunga dekat taman. Sungguh comel kan. Nak jugak lah!! hehe..:p

Sambil berangan kisah atok dengan nenek Tribolet tu, tiba-tiba pulak keluar lagu Permata Buat Isteri dari Kopratasa. Ya, dalam ipod I ni semua lagu I campur sekali. Ada lagu slow rock, rancak, nasyid, rock kapak, sentimental, Jepun, semua bercampur macam rojak. Ohh, tapi dangdut tak ada. Hindustan jauh sekali. Tak minat.

Okay, back to the song Permata Buat Isteri, hmm, bila dihayati lirik lagu tu, mendalam maknanya. Tapi, itu lagu untuk para isteri. Sekarang I masih sendiri, tak perlu berangan lah ye. Jadi, I dedikasikan lagu ni untuk atok dan nenek Tribolet. Entah kenapa, jauh di sudut hati, I dapat rasakan yang pasangan ini sangat bahagia sewaktu hayat mereka. Rest in peach to both of you..=))

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janji
kan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

5 comments:

fArhAnA said...

tringat kat ayah saya ble ckp pasal lgu ni. slalu pasang dlm kete time ktrang kecil2 dlu..hehe

amirah said...

Sedap lagu ni sebenanye.. tambah pulak lirik yg bermakna..=))

Anna Syue Fashion House said...

Nice blog.. tak bosan baca blog u. Keep it up dear!!!! Hilang jgk bosan i...heeee =)

amirah said...

Thank you for reading Anna..=))

amirah said...
This comment has been removed by the author.