Hai!!
Hari ni hari yang sangat panas di Wollongong dengan suhu yang menjangkau 30 degrees. Dah lama tak rasa berpeluh-peluh bila jalan kaki. Kali ni sampai pergi grab Iced Tiramisu Latte dekat Panizzi. Panas gila! Tapi ni baru panas dunia kan? So, sendiri mau ingat lah! :)
Anyway last week adalah minggu homesickness yang teramat sangat. Salah satu puncanya sebab craving gila nak makan nasik kandaq. Adoii la, muka amoi tapi selera mamak. Nasik kandaq tu memang feveret lah. hahaha. Truly Penangites I am kan??
I punya teringat nak makan tu sampai lah terkeluar status macam kat bawah ni dalam FB. I jenis yang jarang sangat nak tepek apa-apa dekat FB wall. Kalau terkeluar tu maknanya I really really mean it.
Pokok ketapang tu memang legend. haha. |
Then, being such a darling sister like she always is, Kak Fish offer nak try masak nasik kandaq hari Jumaat lepas. Antara lauk yang kitorang buat, tandoori chicken + pudina dippings, sotong and udang mamak style, kari kambing and kobis kuning also mamak style.
Main dishes: Sotong, kobis, udang, ayam tandoori. Mamak enough?? |
Side dishes |
Yang paling best, Kak Fish masak nasik putih yang betol-betol macam kat kedai mamak yang ada rasa sikit tu. Siap dengan teh tarik semua. Aaaaa!! Serious rasa macam nak nangis time tu rasanya. Terharu at the same time. Ingatkan berangan je. But I got it for real.
Little Penang. |
I mengidam nasik kandaq, then dapat, perut happy, I pun happy. Nampak macam benda simple kan? However, small thing like this really touched me deeply in my heart. Thank you so much everybody!!
Anyway, tadi lunch date dengan Laili. Dah lama rasanya tak lepak dengan dia. 2 jam jugak lah tadi berborak catching up with each other's update. And guess what? I also got an early birthday gift from her. Excited and loving it so much!! Thanks babe!! =))
Love love love!! =)) |
No comments:
Post a Comment