Assalamualaikum,
Hai semua! How's Monday treating you so far? Best ke tak best? I macam biasa, asalkan hari Isnin je mesti stress sebab traffic extra bad sepanjang jalan nak pergi office. And this morning was nothing better sebab ada accident dekat highway sebelum exit Permatang Pauh. Maksudnya kereta dah start perlahan dari exit Sungai Dua lagi. Jauh lagi okay Sungai Dua nak sampai USM tu. T___T
Can you imagine lebih dari separuh perjalanan nak pergi kerja kena hadap bad traffic?? Huwarghhh. Seteressssss haku!! Ingatkan keluar lewat sikit boleh la selamat dari sangkut dalam traffic sesak. Rupanya-rupanya kena jugak. huhu. Nasib baik kereta auto. Kalau kereta manual, sampai office mesti menggigil lutut sebab lama sangat main break dengan clutch. huhu.
Ohh, cakap pasal kereta manual, my very first car was a manual transmission car. Ala kereta murah je beli masa zaman belajar dulu. Tapi murah-murah pun, alhamdulillah kereta tu berkhidmat dengan cemerlang sepanjang 7 tahun lebih I pakai dia. Tak pernah buat hal sikit pun. Econ pun sejuk gilaaa lagi tau. hahaha. Cuaca macam kat Malaysia ni econ la yang paling penting. Kalo takde econ mampoih berpeluh ketiak walaupun takat nak pi kedai depan rumah. hikhik. :p
Blacky. Berkhidmat selama 7 tahun lebih dengan I. Still in perfect condition and proudly cruising the highway. :) |
Tapi bila dah kerja hari-hari kena lalu traffic jammed, pakai kereta manual dah tak praktikal lagi untuk makcik-makcik macam I ni. huhu. Hari-hari balik kerja mengadu kat laki sakit kaki sebab asyik tekan break dengan clutch. Silap haribulan keluar muscle badang kat kaki acane? Dah tak ayu lagi dah la kalau kaki macam badang kan? hahaha. Amacam, bijak tak alasan? ;)
Lepas dah berbulan-bulan komplen, sang suami pun tak larat dengar rintihan mengada-ngada si isteri agaknya, maka dengan kuasa veto, beliau akhirnya suruh tukar kereta automatik. Yahuuuu tak sia-sia usaha bancuh air oren sambil selawat hari-hari kat suami. Lembut hati dia terus bagi tukar kereta. kihkihkih. :p Terima kasih sayang. (^_^)
Tapi idok le beli kereta besar pon. Beli kereta kecik je yang paling jimat minyak in the world. Si hijau katak pisang pengganti si hitam menawan. Nama pun kereta untuk pi kerja kan. Yang penting senang nak parking, and not an oil drinker since I have to travel almost 80 kilometres back and forth everyday. Kereta ni sangat memenuhi kriteria macam yang kami nak. So, I think we did the right decision for welcoming this new baby into our life.
Hambek warna hijau ko!! Senang cari kereta kat parking. Dari jauh dah nampak hijau bersinar-sinar. :p |
Kereta lama pulak I dah bagi dekat my younger brother. Kira dia sambung bayar je la. Setahun lebih je lagi tinggal nak kena bayar. Mula-mula ingat nak jual, tapi rupa-rupanya rezeki Burhan untuk sambung pakai kereta kakak dia. I lagi happy sebab still boleh jumpa kereta tu lagi kalau dia balik cuti. Sayang ooo. Biasa la, everything first always come with great sentimental value. Kan?
And my husband is such a fussy car lover. Dia punya sayang kereta tu, kadang-kadang I pun jeles. Eh, bukan kereta je, apa-apa makhluk yang berenjin ni dia sangat cerewet la senang cerita. Tapi sebenarnya I lagi suka, sebab dia punya fussiness tu la buat I jadi lagi disiplin dalam bab nak jaga kereta ni. Sekarang basuh kereta sendiri tak hantar kedai hokeyyy!! Wahhh, kagum gila dengan diri sendiri. :O
Okay, tu sedikit cerita tentang harta dunia yang jadi kesayangan buat masa ni. Kereta murah pun takpa, kena dengan penjagaan yang baik, insyaAllah boleh tahan lama. Kan kan? Bayangkan nanti bila dah tua rileks je dating pegi pasar naik kereta hijau. Best camtu kan? hehehe. Okay, have a productive week ahead dear people. See you again next time. Tata. :)
No comments:
Post a Comment