Thursday, February 26, 2015

Restaurant Review :: Big Bob Cafe in Bertam

Assalamualaikum semua,


Hari ni I nak share sikit pasai restaurant yang ada dekat area rumah I di Bertam. Kalau plan nak pegi makan mana-mana, I suka cari information kat dalam internet dulu kot-kot ada orang pernah buat review tentang tempat tu. Ala korang pun mesti buat camtu jugak kan??? Tau sangat. hehe. So I hope serba sikit info yang I share ni membantu korang yang tengah cari tempat makan yang best kat area sini. :)


Beforehand,  I think it would be appropriate if I could introduce you a little bit about the place I currently live in. Bertam ni satu bahagian dalam bandar Kepala Batas yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara, Penang. Tak besar mana pun kawasan dia, tapi cukup dengan semua kemudahan untuk kawasan yang sedang pesat membangun. Kitorang dah selesa tinggal dekat sini and we are planning to settle here as its residence.


Bab makan pulak, I think Bertam has now transformed into a new foods heaven in Penang. Ya Allah banyak sangat restaurants yang pelbagai jenis baru bukak kat sini, I sendiri tak sempat nak try pun semua kedai-kedai ni. Tapi ada a few yang I dah cuba and I think they are worth for recommendation.


So yesterday I tried this new (it has been there for quite a while but I yang tak pernah singgah) restaurant in Kiosk Bertam. It is called Big Bob Cafe. Kedai berkonsepkan open air cafe serving western foods macam burgers, pizza, pasta and so on. Siang-siang nampak macam kurang menonjol sangat, tapi kalau lalu malam-malam memang ramai orang. Their operation starts at 5pm and ends at 11pm. Closes on Monday, please take note! 


I teringat nak cuba ni pun sebab ada terbaca a few updates dari instagram with the hashtag #bigbobcafe. Go have a look! Dalam tu banyak jugak review and bila tengok gambar, ohh nyummm makanan dia memang nampak menarik. Serving besar, very presentable and harga pun sederhana. Cukup kriteria untuk buat orang datang lagi next time.


Cantik kan design logo kedai ni?


Ohh I also love the waiter yang sangat helpful. Bila tanya makanan apa yang menarik dia takde la bagi jawapan typical "semua sedap" macam kat kedai-kedai biasa tu. I cukup geram  bila waiter jawab sambil lewa macam tu. Jangan la malas sangat weh. Pi la tanya tokei ke, tukang masak ke pasai menu dalam senarai tu. At least bagi la recommendation based on the most ordered foods.


So this girl yang layan kitorang semalam sangat lah sweet and cheerful. Bila tanya ada apa-apa yang dia nak suggest since that was our first visit, she explained almost every single menu yang ada dalam tu siap boleh ikut kategori lagi. I am so impressed!! The owner must have trained them well. Good job!


Okay, let's move on to the foods. We tried their Signature Mushroom Soup as appetizer. Ceh, siap appetizer pulok. Padahal tamak nak makan semua. kahkah. Tapi mushroom soup tu memang sedap!!! Boleh rasa 'homemade' touch tu. One of the best I have ever tasted, I think I want to have allll to myself. Ngeeee. So mushroom soup ni definitely must try okay!


Signature mushroom soup with garlic bread.


My sister and I are both pasta lover. Kalau ada pasta dalam menu memang tu la yang kitorang akan pilih. Padahal macam-macam lagi ada, steak, burgers, pizza semua ada. Takpela maybe next time. Buat masa ni I tertarik nak try pasta dulu best ke tak. So I tried their Spicy Garlic Pasta with Grilled Chicken and Vege, while Fatin had Creamy Carbonara with Bacon Strip.


Creamy carbonara with bacon strip
Sedap and tak muak.


Spicy garlic pasta with grilled chicken and vege
Sangat sedap and pedas!!! I would love to have this again next time!


Serving dia besar gila okay kalau kelaparan memang cukup kenyang. Ke sebab kitorang dah habiskan semangkuk soup sebelum tu ek? hahaha. Tak tak, memang besar. Nampak je macam sikit, tapi mangkuk yang diorang guna tu agak dalam. So hambek ko nak sangat makan pasta kan. Terkulat-kulat dua-dua orang nak ngabiskan. hihihi. :p


Minuman pulak macam biasa, hampir semua jenis panas and sejuk ada. Kalau diorang serve coffee lagi best rasanya. Boleh feeling-feeling omputih lepas makan lepak minum coffee pulak. hahaha. Berangan tak sudah. Tapi memang pun, rindu weh lepak-lepak sambil pekena good coffee. Ohh how I miss that coffee culture I used to love when I was in Australia some time ago. Sini bukan takde, ada, tapi I rasa mahal sangat lah. Rasa macam membazir je nak spend duit untuk minum RM15-20 secawan. 


Fatin, a younger sister of mine.
My dinner date yesterday.

Yours truly.
:)


So, that's a little bit something I could share about the new cafe I recently found. Kalau korang rasa nak makan western foods yang best dekat Bertam, why not you give it a try. InsyaAllah tak menyesal. Till then, see you next time dearies! :)


8 comments:

dieya said...

Bertam semakin urban :-D

amirah said...

hahaha. dulu hutan kelapa sawit je Bertam ni. tapi sekarang dah banyak traffic light tak best betol.

Azmi Ahmad said...

Bacon tu bkan babi ke

amirah said...

Azmi: Kalau restaurant halal di malaysia, biasanya bacon tu dibuat daripada daging. kalau di overseas yes memang kena berjaga-jaga. Sama macam ham jugak, kat malaysia biasanya chicken ham atau turkey ham. Dont worry ye.

amirul imran said...

sya dapat pngalaman yg berbeza. layanan semua tiptop, tapi makanan kurang sket. next time saya kena try lagi ni. maybe kurang luck koyt.

Ayie Hazari said...

Sedap!
Dah try!
Waiter pun friendly!

Ayie Hazari said...

Sedap!
Dah try!
Waiter pun friendly!

Umi Omar Faroq said...

Xsedap. Mahal. Lamb chop hangit. Dah balik pun tekak rasa pahit lg