Thursday, October 20, 2016

Auni's feeding diary - Her first solid foods

Assalamualaikum,


Hari ni I nak record sikit macam mana I prepare foods untuk Auni selama ni. She has been eating solid foods for almost three months now and Alhamdulillah setakat ni takde allergy yang teruk lagi. Hari tu je ada rashes sikit lepas I try bagi dia red meat. So buat masa ni hold dulu red meat, I banyak bagi dia makan fruits and veges, campur dengan ikan bilis atau ayam.


Ikan belum bagi lagi buat masa ni. Hmm, rasanya nak try bagi ikan la pulak lepas ni. I masak bubur untuk Auni tiap-tiap pagi lepas subuh macam tu. Biasanya masak bubur ni lama, tapi sebab I dah blend beras awal-awal, so takde la lama sangat nak tunggu bubur masak.


Beras dan ikan bilis yang I dah bakar dalam oven, pastu blend halus. Senang kerja.


Ohhh, I even prepared fruit and vege purees weekly. Kiranya I akan buat stock puree untuk seminggu, so tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur, campur dengan ikan bilik atau ayam, then masukkan puree je. Easy peasy! Cuma time prepare puree tu renyah sikit la sebab I buat banyak-banyak sekaligus cukup untuk seminggu.


Frozen purees. 1 week supply.


Freezer ni dah patut tukar jadi hak milik Auni.
Kitorang punya makanan secoet je terselit kat celah belakang sana.
Yang lain semua occupied untuk susu and makanan dia. 


Untuk prepare semua makanan Auni, I tak beli pun segala mak nenek steamer with blender apa semua tu. Mula-mula memang teringin nak beli sebab tengok macam senang gila kalau pakai menda alah tu. Tapi bila fikir balik, buatnya kalau perangai hangat-hangat taik ayam je tak ke membazirnya jadinya. So I decided to go back to the old style. Steam dalam penapis sayur, letak dalam periuk besaq. hahaha. Ala macam mak-mak kita dulu. Mana ada gajet canggih pun. Tapi sihat walafiat je kita sampai sekarang kan? :p


Bila dah ada frozen purees semua tu, tiap-tiap pagi I tinggal masak bubur je, then pilih la nak bagi dia flavour apa. Kalau rasa nak bagi manis sikit I letak buah, kalau rasa nak bagi kurang manis I letak sayur, kadang-kadang I campur je buah dengan sayur. Sebenarnya ikut dan je la. 


Broccoli with apple


Dates with broccoli


Japanese sweet potato

Biasanya I masak pagi untuk hantar ke nursery, and satu bekas untuk makan kat rumah bila balik petang tu. I tak la rajin sangat nak masak fresh every time nak makan. huhu. Setakat ni Auni jenis yang telan apa saja. Tak banyak songeh la sangat. Dah besaq nanti kalau buat perangai nak memilih siap!


Bekal Auni, satu makan tengahari, satu lagi dinner kat rumah.


Budak suka makan.
Dah berapa kali insiden mangkuk terbalik. hahaha.


Hopefully semangat memasak ni continues sampai Auni besaq. Seronok sebenarnya bagi anak makan dengan air tangan sendiri. I promise myself, kalau Auni ada adik nanti pun I nak rajin macam ni jugak. Tak fair la kalau anak sulung je nak buat semua yang terbaik kan? :) 









Wednesday, October 19, 2016

Hello! I am still here :)

Assalamualaikum,


Just a quick update to tell you that I am still alive. haha. Tiap-tiap kali semester bukak mesti jadi super busy sampai rasa tak cukup kaki tangan nak buat semua benda. I have a note book yang I akan tulis semuaaa benda yang I kena buat weekly, tapi yang geramnya, tiap-tiap minggu mesti ada ja kerja yang I kena bawak ke minggu depan sebab tak sempat siap. And yet my husband still thinks yang lecturer ni takdak kerja. Pffft.


Cakap pasai kerja ni sampai ke sudah takkan habis rasanya. Ni baru dapat surat minggu depan I kena attend majlis konvokesyen sebagai wakil school. Hadoih.I don't mind attending event like that, but you know, Monday morning traffic is nightmare. Pukul berapa I nak keluar rumah ni to make sure that I will get there on time?? Dah la musim konvo ni parking hazab yang amat, nak usung jubah lagi sampai ke dewan, mintak-mintak jangan la hujan pagi tu. huhu.


Anyway, dah lama tak update pasai Auni. Dia dah masuk 8 bulan setengah dah pun. Makin melasak, hari-hari adaaaa je akai dia nak attention dari orang. Makan ikut mood, kadang-kadang lajuu je telan blup blup, tak sampai lima menet habis semangkuk. Tapi kalau kena mood malas, dia makan sikit-sikit sambil tengok tv. Jenuh nak suap sampai dekat setengah jam. Tapi tetap akan habis semangkuk jugak. Cuma lambat la.


Latest picture taken this morning.
Muka blur pagi-pagi kena bangun pegi school.


Her current favourite thing to do.
Berdiri kat mana-mana tempat yang boleh. Meniti from end to end.


Sekarang ni I dengan Am akan cuba habiskan sebanyak masa dengan Auni selagi boleh. You know working parents, berapa jam je sehari dapat main dengan anak kan? Tapi I syukur jugak sebab my work is kind of flexible. Takde la terkejar-kejar nak keluar rumah pagi-pagi buta hantar anak dekat orang. Balik tu I akan ambik seawal mungkin yang I dapat, and then kalau Am balik awal, bawak Auni pusing-pusing naik motor.


Kesayangan.
My daughter and my boyfriend. :p


Cubaan selfie berjaya. Biasanya satu dari sepuluh je yang okay.
Lain semua Auni buat tak layan. T___T

Weekend pun kitorang seboleh-bolehnya akan bawak Auni jalan-jalan. Habis semua malls dah pi, naik boring sampai taktau nak pi mana dah pun. Tapi sebab Auni sukaaaa sangat bila bawak jalan-jalan, tiap-tiap minggu kena jugak plan for something. Paling tidak pun bawak dia pusing-pusing dekat taman mainan. Nanti besaq sikit boleh bawak pegi zoo ke apa pulak. Baru syok sikit.


Eh time's up! I nak solat and then siap-siap pi kelas dah ni. By the way, semester ni bukan I bagi lecture je, I sendiri pun kena attend kelas Bahasa Melayu Peringkat Maju. Pergh, bukan main lagi nama course. Apa-apa je lah, yang penting pass final exam nanti and cukup syarat untuk confirmation sudah lah. Alright, see you soon everyone! Tata.