Saturday, September 29, 2012

Jom borak-borak kosong sekali-sekala

Assalamualaikum,


How are you guys doing? Harapnya semua baik-baik belaka. Hari ni I saje nak borak-borak kosong. Asyik tunjuk gambar jalan-jalan je bosan pulak. Sekali-sekala meh tukar mood bercerita pulak ye. Esok-esok kalau rajin I sambung kongsi pengalaman di London dengan Amsterdam okay? :)


My day has been very productive today. Bangun pagi (sebelum pukul 12 tu kira pagi lagi kan? hikhik), lepas tu hampir seharian mengadap kereta. Sejak lebih 4 bulan lepas pakai kereta ni, satu apa pun I tak penah check. haha. Ye la kononnya sebab tak pi jalan jauh mana pun tu yang rileks je tu.


Tapi sejak balik dari bercuti, rasa macam tak sedap hati pulak kalau tak service. Sudahnya,buat muka kesian mintak tolong membe kat sini tengokkan. haha. Nak hanta mekanik mati la sebab servis charge kat sini semua mahal-mahal. Jadi, apa guna ada kawan-kawan kalau tak tolong-menolong ye dak? Tima kasih Kerul!! Jasamu dikenang!! :)


Eh Kerul lagi. Dulu mekanik laptop, ni mekanik kereta pulok. Apa nak buat, Spannarman dah tarak, kita pinjam Kerul la tolong jadi bidan terjun. hakhak. Habis semua digodeknya, tukar lampu depan, lampu break, dan segala jenis lampu lagi lah senang cerita. Pastu tukar minyak hitam dengan minyak gear box pun dia jugak. 


You know what, ni la first time I tengok betol-betol orang service kereta tu macam mana. Selama ni bawak kereta pergi Proton centre tak pun uncle belakang rumah, pass kunci kat depa, lepas tu duduk goyang kaki sambil baca majalah. Tungu barang sejam dua, ambik kunci balik, then bye-bye. Macam gitulah rutin selama beberapa tahun pakai kereta sendiri.


Tapi kali ni, mula dengan check semua benda yang nak kena tukar, pilih barang dekat kedai, sampai lah ke proses tukar semua benda alah tu, I tengok sendiri. Tapi haruslah bukan I yang tergolek bawah kereta tu tukar minyak hitam. Memang takdak gaya langsung silap-silap cara pegang spannar pun salah. Setakat pasang skru seketul dua tu layak la itupun terhegeh-hegeh. hahaha.


Tapi alhamdulillah, semua siap siang tadi jugak. Total damage adalah $100.85. Tu termasuk semua-semua dah la tu, 3 jenis mentol, engine oil, oil filter and gearbox oil. Perghh kagum dengan diri sendiri sebab reti sebut semua ni hahaha. Now pakcik mekanik cannot kelentong me about all these car service things. :p


So, I think cukup lah I membebel untuk hari ni. Malam ni nak tido awal. Esok nak pegi Canberra buat kali yang ke-8 kot. hahaha. Saje je last pegi Floriade Festival sempena musim bunga dekat sana plus bawak Cik Mek Fatin jalan-jalan ke ibu negara Australia ni. Okay till I see you again in the next entry. Tata. 


This was taken during Floriade Festival in 2009. Omg, that's me 3 years ago. :)


5 comments:

laskar pelangi said...

wah wah!kagum gitu dah tau pasal kereta.i pun pandai drive je. pasal dalaman kereta.oh no,xtau. Hihi

ommo...cantik gambar tu.bunga tulipp..rasa nak guling2 je kat taman tu ha...

Farah Zainal Abidin said...

tu kira ok tu mira..ein kalo bab ambik minyak..harapkan ayah je yang isikan! muhahaha..i x suka bau petrol! (gedik! tahu bawak je kete)

amirah said...

Cik pelangi:

Ala, ni pun sebab terpaksa, kalau dekat malaysia rasanya tak ambik tau langsung pasal semua ni.

tulip semua tu memang sangat cantik! kalau rajin nanti i tunjuk gambar lagi ye. :)

amirah said...

ein:

hahaha. tuang minyak pun malas ehhh!!! over tau. hahaha. takpa nanti dah kawen mesti incik hasben yg kena tolong isi minyak kan. :p

Farah Zainal Abidin said...

hahaha..of coz la hubby yang tuangkan! busuk bau minyak! Perghh kalah pompuan tgh mengandung alahan nye! wawawawa