Friday, May 17, 2013

A touch of green to my house

Assalamualaikum semua,


Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ni I tengok banyak update pasal hujan lebat pagi-pagi Jumaat ni. Alhamdulillah, lepas solat subuh pagi tadi terus hujan turun lebat bukan main dekat area Kepala Batas. Dekat sini jarang sangat hujan lebat pagi-pagi, harapnya sejuk la sikit muka bumi ni berkat air hujan pagi Jumaat ni kan? :)


Hari ni I keluar pegi submit surat permohonan untuk sewa Dewan Besar ILP Kepala Batas sempena majlis perkahwinan adik I, Fatin Anisah bulan 9 nanti. I have checked on the hall yesterday, and it seems like a nice  venue for a wedding. Quite spacious though not as big as Kompleks Sukan Kepala Batas where I had mine, but big enough for not so many invitation. It is fully air-conditioned, hugeeeee parking space and the rent is not too costly either.


So, harapnya boleh dapat kelulusan daripada pihak Pengarah ILP secepat mungkin, sebab selagi tak dapat tetapkan dewan, banyak benda lagi yang tak boleh nak proceed. Bila ingat balik proses nak uruskan kerja kahwin ni naik seram balik pun ada. It is not as easy as it seems to be. Makin dekat dengan majlis, makin banyak benda yang nak kena buat. Tapi tu semua kenangan yang indah la orang kata. Sekali seumur hidup, insyaAllah. :)


Lepas tu I pusing-pusing cari farmasi kat are Kepala Batas ni tapi seketol pun tarak. Hampeh betoi. Time kita nak cari selalunya memang takdak. Kalau time tak cari, asal lalu ja nampak farmasi sana sini. Geram sangat I balik rumah terus cari dalam Google, ooo ada sebijik dekat Bertam Indah rupanya. Tadi tak lalu ikot situ padan la tak jumpa. huwaaa.


Sudahnya I singgah satu nursery pegi beli tanah untuk pokok kaktus yang I bawak balik dari Cameron Highlands. Wahhhh Amirah nak bercucuk tanam??? Keajaiban dunia apakah ini??? kehkehkeh. Hei, jangan pandang sebelah mata hokey. Tengok la nanti pokok kaktus I kembang elok, I tayang dalam ni. Kalau sampai taun depan diam seribu bahasa tu paham-paham la ye. :p


PROJEK KAKTUS SAYA


6 jenis kaktus. Kita tengok siapa yang survive sampai ke hujung. hihi. :p


Tanah untuk kaktus. Sepeket RM2.
Tapi tokey tu baik, dia bagi 3 peket RM5. :)


Bekas baru untuk letak kaktus-kaktus ku.
Putih sangat ni. haha. Tapi nak kena tebuk bontot dulu untuk pengaliran air.


Haaa, tu je untuk tanam kaktus. Senang kan???
Harapnya kaktus-kaktus ni boleh bagi a touch of green hues dekat rumah I.
Takde la nampak kosong sangat ye dak?
So, wish me luck okay???
Bye-bye! :)

No comments: