Tuesday, March 29, 2016

Third Wedding Anniversary :: Three years down, forever to go, InsyaAllah.

Assalamualaikum, 


Guess what guys? Today is our 3rd wedding anniversary. And I only remembered it at 12 noon today. hahaha. I rasa Am pun lupa jugak. Padahal seminggu sebelum tu memang dok ingat dalam otak hari Selasa depan ni anniversary. Sekali bila sampai tarikh tu boleh pulak lupa. kehkehkeh. :p


Ish bahaya ni, baru 3 tahun pun boleh lupa ke??? Nak buat macamana, betol-betol tak ingat. Kalau tanya bila tarikh nikah, I can simply asnwer the date and time and so on. Cuma bila sampai tarikh tu boleh pulak tak perasan. huhu. Ohh well, numbers je kan anniversary semua ni. Yang penting kasih sayang tu sentiasa mekar. Kan? Kan? :p


Dua tahun sebelum ni, hidup kitorang berdua je. Pegi mana, buat apa semua berkepit berdua jeee. Tapi bila dah masuk tahun yang ke-3 ni, Alhamdulillah Allah swt hantar penyeri dalam hidup kitorang, and that makes our life becomes more meaningful. Mana tau tahun depan tambah lagi sorang penyeri pulak. Eh? :p


So to my one and only husband, thank you for being amazing all these years. You are not only my lover and my best friend, but you are now a dad to our daughter. I am very happy with you and I could see that we will be happier for the rest of our life, InsyaAllah. Happy anniversary sayang! :)


I loved you then, and I love you still.
When and where is our next overseas trip dear hubby? :p 

Tuesday, March 22, 2016

Confinement officially off! :)

Assalamualakum,


Hai semua!! Hari ni I dah officially habis pantang. Yahuuu!! Cukup 44 hari berpantang cara orang Melayu dengan tabah. haha Tapi rasa macam nak proceed je berstokin dan bengkung tu selagi dok cuti ni. Bukan apa, rasa macam slim gila bila pakai bengkung hari-hari, pastu bila tak pakai socks rasa macam pelik pulak berangin ja rasa. huhu


I have reached my pre-pregnancy weight as of today. Pheww lega. Tapi kan, kalau dapat kurangkan a few more kilos would be nice. Konon nak target berat masa mula-mula kawen la. hahaha. Tinggi sangat angan-angan tu cik kak oii. But no harm trying, am I right? :p


Sekarang I makan banyak gila kot because I am constantly hungry. Effect menyusu sama I rasa ni. But to my surprise, walaupun makan ala-ala monster, tapi berat tak naik pulak. Siap turun lagi ada la. Tapi bukan la turun mendadak banyak sangat pun. But it is gradually decreasing day by day for which I will be really really glad if this continues. hehe.


Auni pulak semakin membesar dengan jayanya. She's not only putting on her weight, but also her height increases rapidly. Takpela anak, keep growing up but I will try to make sure that you always keep your head down. Always stay humble, never forgetting who you are and from whence you actually came from.


Auni Aufieyah,
45 days young. :)


Weekend ni plan nak bawak dia jalan-jalan for the first time. Tak pi mana pun, takat pi mall ja. haha. Tu pun Ummi yang excited lebih. Maklumla la, dekat dua bulan dah tak punch card kat shopping mall. Tu yang teruja tu. Let's pray that she's gonna behave well, will you? :) 


Wednesday, March 16, 2016

Akhirnya anakku masuk buaiaan jugak.. :)

Assalamualaikum,




Hi semua! It's the middle of the week already. Kerja dua hari lagi lepas tu cuti hujung minggu. Mesti ramai yang dah plan macam-macam kan? I macam biasa. dok menunggu hari nak habis pantang. hahaha. Padahal dok rumah best je, cuma excited nak keluar sebab rasa macam dah lama sangat tak ambik udara luar. Terdengar-dengar Mydin Bertam ni macam dok memanggil-manggil je ni. :p


Hari ni rasa tenang sikit sebab Auni tengah tido nyenyak kat dalam buai. Ohh speaking of buaian, dulu I berangan konon taknak ajar anak tido dalam buai. KONON okay! Lepas umur sebulan, Auni buat perangai nak berdukung setiap masa, kalau tak dia taknak tido. huhuhu. So akhirnya tewas tersungkur jugak angan-angan ummi taknak ajar Auni biasa dengan buaian.


Sebelum ni dia ok je, lepas minum susu, peluk tepuk-tepuk sikit dia boleh tido nyenyak dekat dalam playpen dia. At least sejam tu memang dia tido nyenyak la kalau takde gangguan apa-apa. Tapi lately ni pantang ada bunyi sikittttttt pun dia boleh terjaga pastu bercinta la nak bagi dia nyenyak balik. huhu.



Siang-siang memang Auni tido dalam playpen.
Maybe sekarang panas pun ye jugak kot sebab tu tak berapa selesa dalam ni.



Ni kalsu tido atas katil dengan Ummi & Babah.
Bukan main lgi dia punya lentik tu. hmmmm..


Yang bestnya, kalau duduk atas orang berdukung 2 jam pun dia boleh tido. Padahal musim panas sekarang ni kan, kita yang berpeluh-peluh dukung dia, dia syok je tidoq. Ewah ewah anak. Bukan main lagi kan nak sedapppp je? Bila letak je dalam cot, otomatik mata tu bukak dan-dan buat bunyi yang macam tak selesa tu. Ehhhh geram pulak mak ko ni. Tapi sayang. Acane tu?


Memandangkan I risau takut nanti dia tak cukup tido siang-siang, and pembesaran dia terganggu because of lack of sleep, so we decided to get her a cradle together with with automatic motor. Buai tu beli kat kedai perabot kampong je. Murah weh. Kalau kedai baby RM200++, kedai biasa RM100++, tapi kat kedai perabot feveret kitorang ni jual RM78 je. Am mintak kurang RM50 dia tak bagi. hahaha. Tapi ye la, memang dah murah sangat tu banding dengan tempat lain so takyah la mintak tawar lagi dah.


Buaian legend dari dulu orang pakai.
Set motor dengan spring tu beli dekat kedai baby Sg Petani RM200.



So kawan-kawan yang duduk sekitar Seberang Perai Utara ni, kalau nak beli perabot sila la pi kedai dekat Bagan Lebai Tahir sebelah Caltex. Semua perabot kitorang beli kat situ je. Tapi tak glemer la sebab takdak lambang Courts Mammoths atau kedai-kedai besaq yang lain. Tapi apa ada hal? Yang penting value for money. Musim ekonomi merudum amcam ni kena la pandai berjimat. Kan? :)


Monday, March 14, 2016

Does it bother you when ignorant people smokes around you?

Assalamualaikum,



Apa khabar semua orang? I sihat Alhamdulillah. Hari ni dah hari yang ke-37 berpantang. Eh, maksudnya lagi seminggu I habis pantang la kan? Wahhhh boleh countdown dah ni. hahaha. Rasa macam dah lama je tak keluar rumah. Tak sabar nak keluar jalan-jalan. Tapi lepas ni kalau nak keluar jalan-jalan ke makan-makan ke kena cari tempat yang infant friendly la. Tempat yang ada orang hisap rokok will be strictly prohibited!!



Kadang-kadang tak paham dengan perangai sesetengah orang Malaysia ni. Ada setengah tempat tu dah terang-terang letak signage No Smoking besar-besar kat dinding, tapi adaaaaaa jugak mangkuk-mangkuk yang tak paham bahasa tetap jugak nak merokok kat situ. Sangat tak patut tau! Consider la la sikit kawasan sekitar, ada orang yang asthma, ada perempuan mengandung, ada baby, kanak-kanak.



Tapi dalam beberapa tahun ni kan, I perasan kedai-kedai makan atau restaurant dah tak letak tanda No Smoking kan? Takut orang tak mai kedai depa la tu!! Hmphhhh. Ye la, smokers ni kan suka pekena sebatang dua lepas makan. Kalau kedai yang tak boleh lepak hisap rokok sah-sah la golongan ni pangkah awai-awai lagi. Tapi tak adil la untuk kitorang yang anti-smokers ni. Tak pasai-pasai kena tumpang sedut sama asap yang busuk tu. huhu.

Susah nak cari tanda camni dah kat kedai-kedai makan.
Kalau letak dekat depan pagaq rumah aci dak? :p



Kalau tempat yang ada tanda No Smoking I will not hesitate to let the smokers know about the existence of the sign. You know, just in case they don't realize it. I akan cakap baik-baik la. Tapi kalau still buat kerek tak paham bahasa jugak memang aku sound je nanti. Tapi tu la, it would be better kalau depa sedaq sendiri kan? Tak payah la sampai orang nak kena sound pulak. Herghhh.



I heran kenapa dekat sesetengah negara lain yang I pernah pegi, rakyat depa hisap rokok jugak, tapi bukan dekat semua tempat la, especially public places like restaurants and parks. Depa hisap rokok kat tempat yang dibenarkan saja. Semua ni berkaitan dengan manners kan? Budaya hormat orang sekeliling ni la yang paling susah sekali nak terap tau. How I wish I have the power to control this problem. Memang aku sakit hati sangat if I got to deal with smokers ni. huhu.



Sebab tu la agaknya Allah swt jodohkan I dengan suami yang bukan perokok ni. Well at lest not until now. Kalau in future tukaq perangai I taktau la. But I doakan takkan la. huhu. He better not. Kalau tak nanti jenuh I dok kumpul dosa kering sebab asyik dok sound laki sendiri. :p




Monday, March 7, 2016

Introducing my little girl, Auni Awfieyah. :)

Assalamualaikum,






Today is the 7th day of March. It means that my little girl has survived her first 30 days in this world. Alhamdulillah. All praises to Allah swt. She was born on February 7th, 2016, exactly at 10.18pm, on Sunday. Maksudnya I kena tambah satu hari lagi dalam senarai 'important dates to remember' inside my diary.hehe.


So guys, let me introduce you to my little girl, Auni Awfieyah Binti Faizal Amri.




Little bun in the oven freshly baked and ready to be eaten.
Nyumsss!!




Up to this date, she is still my full breastfeeding baby. Susu takdelah meriah gila macam yang orang selalu letak dekat fb tu. haha. Tapi Alhamdulillah cukup untuk Auni sampai hari ni, and I have started to stock up the milk untuk supply bila I masuk kerja nanti. Seronok tengok stock bertambah tiap-tiap hari dalam freezer. Looking at the frozen milk buat I lagi bersemangat nak teruskan my breastfeeding journey. :)




I direct-feed her most of the time.
Tapi kadang-kadang selit jugak bottle-feeding session. Senang untuk masuk kerja nanti.
Thanks to the Medela Calma Teat. No such thing like nipple confusion yeay!! 


I noticed that the more I feed the baby (and pump out at the same time), the amount of milk that I can produce increases relatively. Maksudnya betol la macam yang semua orang dok cakap, 'more demand, more supply'. So, I takkan berhenti usaha untuk increase the milk supply by feeding her and pumping out regularly. Doa semoga I akan terus istiqamah so that I can feed Auni with my own milk for as long as I can.




Masa lahir, Auni ada demam kuning jugak sikit. Her reading was 157. Kitorang buat check up dekat Klinik Kesihatan Kepala Batas. Dr cakap kena make sure the reading goes down to at least 90 sebelum dia dikategorikan sebagai bebas dari demam kuning. It took us 7 visits to the clinic sebelum Auni dapat reading 75. Poor my baby, 7 kali kena cucuk tang tapak kaki. Tapi tiap-tiap kali cucuk pun dia tido apa cerita? hahaha. Nampak sagat Ummi yang emo lebih bila tengok kaki anak kena cucuk. :p


Auni while her hair is still on. Halusss je rambut dia.
My most favourite close-up photo of her. Nampak tenang je muka masa ni.
 
 


I can say that she is an easy baby, and I should thank Allah swt for that. Setakat hari ni, dia jenis yang tido nyenyak malam-malam, bangun 2 kali untuk tukar pampers dengan minum susu. Lepas tu dia akan sambung tido sampai pukul 10am. Of course la bangun sekali dua in between untuk minum. So sementara dia tido tu, I boleh setelkan masak, basuh baju, mandi semua. Lepas tu I boleh focus spend masa dengan dia je bila dia bangun. :)


Auni with her hair shaved off. Fret not baby, your beautiful hair will grow long soon.
Ni biasanya muka kesian mintak milk. haha.


So that's a little bit about my angle, Auni Awfieyah. She's my latest addiction right now. Sementara tengah cuti lagi ni baik I mengadap dia puas-puas and enjoy every little development that she's making every single day. I know that as soon as I start working, I'm gonna miss all the cuddling sessions that we really enjoy to have everyday. hukhuk. :( 


Thursday, March 3, 2016

Touch has a memory

Assalamualaikum,


Hari ni dah masuk hari ke-3 bulan Mac. Cepat betol masa jalan sekarang kan. Sedar tak sedar, dah masuk 26 hari I berpantang. Alhamdulillah, sampai hari ni masih taat lagi dengan adat berpantang orang Melayu. Urut, tungku, mandi daun tu semua dah buat. Bengkung dan stokin masih tak tinggal. And you know what? I still enjoy my pantang meals, and there is still no sign of me getting bored of them. hehehe. :p


Sapa kata lauk time berpantang tak sedap. I rasa macam sedap ja semua lauk yang I makan sampai hari ni. Walaupun lebih kurang sama je menu tiap-tiap hari, tapi I ok je. Seminggu yang first tu I ambik pakej bersalin yang siap masakkan lauk dekat rumah. Lepas tu 2 minggu I order home-cooked confinement meals, and dia terus hantar dekat rumah. Minggu ni je I start masak sendiri lauk yang simple-simple.


Nanti ada masa I cerita pasal pakej bersalin yang I ambik sepanjang berpantang ni okay. Dalam pakej tu termasuk; steam bath, mandi air daun herba, lulur, tangas, tungku, berurut, mandi & jaga baby and masak lauk pantang. And I am totally satisfied with their service. Kira berbaloi sangat dengan harga yang dibayar. We talk about it later okay?


And I haven't introduced you to my little girl yet, am I right? Nanti ada masa I cerita panjang sikit in separate entry about her. She's one healthy baby, all praises to Allah swt.  I love to stare at her while she is sleeping or awake. Sampai hari ni macam tak percaya lagi that she came out of me. hahaha. Biasa la first time mom memang macam tu kot. Semua benda nak emo. :p





I will keep holding on to these fingers even after they outgrown mine.
That's my promise.




I have the habit of playing around with her fingers while nursing her.
I believe that every single touch from a mother to her child contains memory that will remain beautiful forever. :)