Monday, May 9, 2016

The best that I ever had

Assalamualaikum,


Hai everyone! Apa khabar? Hopefully sihat-sihat je semua. Hari ni first day I officially start kerja balik lepas 3 bulan cuti bersalin. Eventhough I didn't had enough, but it's okay. I don't have any better choice for now. So, kerja tetap kerja, I just kena pandai balance between work and family. 


Hari ni masuk kerja balik dengan semangat baru, nak kemas office bagi nampak semenggah sikit, baru la mood buat kerja tu mai. hahaha. Sakit mata tengok kertas-kertas yang menimbun ni ha. Okay, kena pegi Daiso and get myself some organizing racks and stuffs. Alasan nak pi Daiso sebenaqnya. kehkehkeh.


Last weekend tak banyak benda yang buat. Pagi Sabtu duduk rumah je tunggu kontraktor datang betolkan apa tah kat atas bumbung. Bila hujan lebat ada bocor dekat bilik tengah so Am report dekat Bertam Properties. Cepat je diorang datang betolkan. Ni kena tengok ada bocor lagi ke tak. Kalau ada, buat la report lagi. hahaha. As if we don't have other things to do. Pffft. 


Pastu tengahari Am cakap nak pegi beli barang moto dekat pulau. I pun dengan busy body nya terus cakap nak ikotttt. haha. Bosan la kalau seharian terperuk je. 3 bulan I dok terperuk dalam rumah (pantang kan?) now, asal ada peluang jenjalan mesti nak ikot. :p 


Tapi tak pi mana pun sebenaqnya. Am order barang kat kedai motor tu, pastu kitorang pi lepak dekat 1st Avenue Mall. Tak best langsung mall tu weh. Bosan tak banyak kedai menarik. Food and beverages pun boring sangat. We ended up lepak dekat Gloria Jeans minum a cup of latte and a piece of cake sementara tunggu barang yang Am order tu ready.


Anak Babah.


Ohh paling tak best sekali dekat situ takde proper baby room. Ada ke patut changing room ada dekat dalam toilet perempuan SAHAJA. Dah tu kalau budak yang berjalan dengan bapak dia je macam mana cerita??? Nak salin pampers dekat kaki lima? Nursing room memang takdak la. Taktau la kalau ada kat tempat tersorok ke apa tapi sepanjang yang I nampak memang takdak. Correct me if I am wrong okay? Cheers! :)


Balik tu kitorang singgah dekat rumah my parents dekat Telok Ayaq Tawaq. Lepak-lepak and dinner sekali sambil riuhkan rumah yang dah sunyi tu sebab adik-adik semua dah takde kat rumah. huhu. Lepas makan, solat semua, kitorang balik rumah, main-main dengan Auni bagi dia letih, so that dia boleh tido nyenyak lepas tu. :) 


Teman tokwan tengok berita.
Bukan main lagi tangan tu macamkan paham je.haha.


Hari Ahad pulak, pegi appointment Auni dengan paediatrics dekat Pantai Hospital Sg Petani. Kali ni no injections, tapi bagi dia makan ubat Rotavirus. Vaksin ni optional, but we think it's better to have it since Auni kan hantar dekat taska. Rotavirus ni easily spread dekat tempat-tempat macam tu. So, sebelum kena, we all prepare la dulu. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. :)


While waiting for our turn. Sedap sangat tido tu.


So, that's basically all about it. 
Weekend well spent with my beloved person. 
Nothing special, but I think they are the best that I ever had. :)



Tuesday, May 3, 2016

Sending Auni off to somebody else's hands

Assalamualaikum,


Hari ni I emo lebih. First day hantar Auni pegi taska pagi tadi. Tentatively, I start kerja Isnin minggu depan. Tapi saja hantar Auni seminggu awal nak bagi dia biasa dulu dengan pengasuh. Kot kalau menangis ke apa I still boleh jenguk lagi. Maybe I tak hantar full day pun lagi minggu ni. Tadi pukul 9 lebih baru hantar, ni kejap lagi dalam lepas Zohor nak pi ambik dah la kot.


Seminggu dua ni Auni merap betoi dengan Ummi and Babah.  Seboleh-bolehnya dia nak berdukung setiap masa. Macam tau ja dah nak kena hantar dekat orang. huhu. Ikutkan hati, tak bersedia pun lagi nak tinggalkan anak dekat orang. Tapi apa nak buat. I have to think the other way around. Fikir semua yang positif je baru tenang sikit hati.


Earlier this morning.
Ummi gonna miss cuddling with you sayang. 


Semalam masa pack baju dia pun I dah start fikir macam-macam. Boleh ke diorang handle perangai Auni yang kuat bebai kalau mengantuk tu. Minum susu dalam botol pun kena pujuk-pujuk dulu. Kalau nak tido pun kena pujuk-pujuk dulu baru lelap. Kalau paksa memang mengundang amukan la jawabnya. Hopefully Auni pandai bawak diri la kat tempat orang nanti. huhu.


Alhamdulillah setakat ni she is still my full breastfeed baby. Target at least sampai 6 bulan. Kalau sampai 2 tahun tu syukurrrr sangat. I cuba kuatkan semangat ni nak try susukan Auni sampai 2 tahun. Pokok pangkalnya kena rajin, InsyaAllah dapat. Tapi bila nak hantar ke taska ni macam renyah sikit la. Bukan apa, nak kena make sure stok susu cukup. Pastu nak kena balance kan fresh, chilled and frozen milk untuk elakkan pembaziran.


Bottle with teat - fresh milk. Bottle 2 and 3 - frozen milk. Bottle 4 and 5 - chilled milk.
Average 3oz per feeding. Hopefully cukup.


Okay lah, I ada appointment dengan cleaner yang nak datang cuci office I ni. Dah tinggal 3 bulan paham-paham la berhabuk macamana. Nak mintak tolong diorang shampoo carpet semua siap-siap. Minggu depan masuk office baru tengang sikit hati. Lepas meeting nak balik ambik Auni pastu nak peluk dia kuat-kuat. Haihh, baru tinggal sekerat hari dah macam ni. Nanti kalau anak nak kawen macam mana la pulak. hukhuk. :(


Can't wait to get back to my baby.