Hari ni I emo lebih. First day hantar Auni pegi taska pagi tadi. Tentatively, I start kerja Isnin minggu depan. Tapi saja hantar Auni seminggu awal nak bagi dia biasa dulu dengan pengasuh. Kot kalau menangis ke apa I still boleh jenguk lagi. Maybe I tak hantar full day pun lagi minggu ni. Tadi pukul 9 lebih baru hantar, ni kejap lagi dalam lepas Zohor nak pi ambik dah la kot.
Seminggu dua ni Auni merap betoi dengan Ummi and Babah. Seboleh-bolehnya dia nak berdukung setiap masa. Macam tau ja dah nak kena hantar dekat orang. huhu. Ikutkan hati, tak bersedia pun lagi nak tinggalkan anak dekat orang. Tapi apa nak buat. I have to think the other way around. Fikir semua yang positif je baru tenang sikit hati.
Earlier this morning. Ummi gonna miss cuddling with you sayang. |
Semalam masa pack baju dia pun I dah start fikir macam-macam. Boleh ke diorang handle perangai Auni yang kuat bebai kalau mengantuk tu. Minum susu dalam botol pun kena pujuk-pujuk dulu. Kalau nak tido pun kena pujuk-pujuk dulu baru lelap. Kalau paksa memang mengundang amukan la jawabnya. Hopefully Auni pandai bawak diri la kat tempat orang nanti. huhu.
Alhamdulillah setakat ni she is still my full breastfeed baby. Target at least sampai 6 bulan. Kalau sampai 2 tahun tu syukurrrr sangat. I cuba kuatkan semangat ni nak try susukan Auni sampai 2 tahun. Pokok pangkalnya kena rajin, InsyaAllah dapat. Tapi bila nak hantar ke taska ni macam renyah sikit la. Bukan apa, nak kena make sure stok susu cukup. Pastu nak kena balance kan fresh, chilled and frozen milk untuk elakkan pembaziran.
Bottle with teat - fresh milk. Bottle 2 and 3 - frozen milk. Bottle 4 and 5 - chilled milk. Average 3oz per feeding. Hopefully cukup. |
Okay lah, I ada appointment dengan cleaner yang nak datang cuci office I ni. Dah tinggal 3 bulan paham-paham la berhabuk macamana. Nak mintak tolong diorang shampoo carpet semua siap-siap. Minggu depan masuk office baru tengang sikit hati. Lepas meeting nak balik ambik Auni pastu nak peluk dia kuat-kuat. Haihh, baru tinggal sekerat hari dah macam ni. Nanti kalau anak nak kawen macam mana la pulak. hukhuk. :(
Can't wait to get back to my baby. |
No comments:
Post a Comment