Thursday, June 30, 2016

Sebelum menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum,


Hi everyone! Just a quick update sebab I tengah tunggu turn untuk attend Viva Presentation at 2pm. Semester ni I ada dua orang Masters students yang dah completed their courses and dissertations. Fuhh legaaaa. They have worked really hard so I gave them marks according to what they really deserve. InsyaAllah both of them will graduate with flying colours.


Selain student master, I jugak jadi supervisor untuk 4 orang Final Year students. Empat-empat orang dah presented their FYP and I think all of them did well. So in total, six of my babies will be graduating soon. Yeayy!! Excited weh. Maklumla I kan staff baru, kira depa semua ni anak sulung I la. hahaha.


My FYP students right after their presentation.
Congratulations everyone!

Ohh by the way, petang ni I akan balik kampung, InsyaAllah. Excited nak raya dah ni tinggal lagi 5 hari je. Tahun ni balik raya dekat Melaka dulu. Persiapan tahun ni ala kadar je, sama macam tahun-tahun lepas. Takdak apa sangat pun.


Kuih raya tunjuk. haha.


Kuih raya semua main order ja. Bawak balik kampung sikit, bagi rumah my mum sikit, pastu tinggal dekat rumah sikit. Kot sapa nak mai raya rumah kitorang nanti ada la jugak benda yang boleh jamu. Kalo gamak takdak apa sangat, kitorang order KFC Delivery je la. hahaha. :p


Baju raya pulak, tahun ni we decided to go for purple. Eh bukan tahun lepas pun purple ka? Takpa tahun ni dark purple tak sama sangat dengan yang tahun lepas punya. Semua sebab nak ikut baju Auni yang I dah beli awal-awal lagi. So mak pak dia kena la ikut dia. Ni sebab nak ambik gambaq kenangan punya pasai. Maklumla first time beraya dengan anak. Bagi can la. hihi.


Okay la, gotta get ready for my session. Kalau dah tak sempat jenguk dah sampai raya nanti I nak mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa tulis yang bukan-bukan selama ni ya? Kalau ada terkecik hati ka apa ka, mintak maaf okay.


This is Auni's first Hari Raya with Ummi and Babah.
We are so excited! :)


Till then, 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, June 22, 2016

Peristiwa Ramadhan. Cuti Nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum,




Salam 17 Ramadhan, hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kitab suci umat Islam, Nuzul Al-Quran. Ada beberapa negeri di Malaysia yang cuti sempena peristiwa bersejarah ni, termasuklah Penang. Tapi!! Dalam pada semua orang tau tentang cuti ni, ada jugak yang taktau rupanya. hahaha.


Sapa yang sengal sangat tak perasan hari cuti tu??? Aku la tuuuuu!!! hahaha. Meh nak tunjal sikit dahi sendiri sebab tak alert dengan cuti. Tak pepasal bangun pagi-pagi kelam kabut siap barang semua sebab ingat dah lambat nak kena masuk opis. Haihhhh.


Tak cukup kaki tangan pagi tadi pump susu untuk fresh milk Auni, defrost susu untuk stock frozen milk untuk bawak pi taska, pack beg baju Auni, pack pump and bottles untuk sesi pumping dekat office, pi balik pi balik dari bilik ke dapoq konon-konon sebab dah lambat.


Pastu yang paling kesian, angkat Auni yang tengah nyenyak tido dalam buaian masuk dalam kereta. Nasib baik hari ni dia good mood boleh main-main dengan toys gantung yang kat dalam kereta sepanjang perjalanan nak pergi school tu. Kalau tengah mood swing mau melalak dia kena kejut bangun pagi. hihi.


Auni leka main mainan yang gantung dalam kereta.
Habis kereta Babah jadi kereta berhias anak punya pasal.
Kalau bukan sebab anak, JANGAN HARAP!


Sekali bila sampai depan main gate LPPKN, tengok gate TUTUP. Aikkk, sejak bila pulak main gate ni tutup? Biasa bukak je, just angkat tangan dekat guard pastu masuk terus je. Hari ni tutup pulak. Nampak muka makcik guard tu blur. I cakap la nak hantar anak kat taska, sekali dia cakap, "Hari ni semua orang cuti dikk, takdak sapa pun yang mai hari ni".


I was like, Uh-ohhh. Cuti. Damn it. Tapi sebab nak cover malu, I cakap, "Saya kerja hari ni makcik, tu yang tak perasan Penang cuti". Tapi dalam hati dah rasa macam nak pakai topeng Ultraman terbang la la tu jugak. hahahaha. So I cakap, "Takpa la makcik, saya balik dulu naaa. Assalamualaikum".


I reverse kereta pelan-pelan, bila agak jauh sikit terus pecut kereta laju-laju rasa macam takmo jumpa makcik guard tu lagi dah. hahaha. But that's not possible. Semua orang perasan weh kereta ko yang warna hijau katak pisang tu. Esok mesti makcik tu perasan, budak ni la yang dating anta anak time-time cuti tu. hahahaha.


Jom gelakkan Ummi yang sengal ni.
hahahaha.
 

Friday, June 17, 2016

Puasa hari ke-12

Assalamualaikum,


Salam Jumaat semua! I tengah baca report FYP untuk presentation next week. Semester ni tak banyak sangat report nak kena baca. Ada dua je presentation yang I kena assess next week. Tapi time-time posa ni bila kena membaca alahaiiii dia punya mengantuk tu tak terkata. Berbelang-belang nampak ayat yang bebudak ni tulis. huhu.


Sambil-sambil membaca tu bila bosan I google idea nak decorate bilik untuk Auni. Walaupun Auni still co-sleep with us, tapi saja nak sediakan ruang yang sesuai untuk bilik anak. Nanti bila dah besar sikit dia tau la yang dia ada bilik sendiri and can no longer sleep with us. We haven't decided on the theme, color and so on, but one thing for sure, we want something cheerful to attract her to stay inside the room.


Nanti mainan ke apa semua main dalam bilik tu je. No toys allowed at the living room. Bukan apa, kalau ajar main semua dekat ruang tamu, sekali orang datang tak pepasal Ummi dengan Babah kelam kabut kena bertukar jadi octopus nak humban semua mainan kat dalam bilik. Konon-konon taknak la mainan semua sepah-sepah kat ruang tamu. haha. Ni semua plan jeeee. We will see how it goes. Ngeeee. :p


Sekarang ni bila dah masuk umur 4 bulan, dia punya banyak akai tu boleh tahan jugak. Kadang-kadang gerammm je rasa bila dekat school bukan main behave lagi. Balik je rumah dan-dan tunjuk dia punya perangai. Kadang-kadang tu nak pi toilet pun tak sempat. Bila dia tido je la kelam kabut nak buat semua benda. Alahaiii anak.. huhu..


Pagi-pagi bila kejut pegi school camni la rupa dia.
Hari-hari buat-buat tido sepanjang perjalanan.


Petang bila ambik pulak happy kemain.
Sampai je rumah terus tukar mood merap kuasa lapan.
T___T
 

Tuesday, June 14, 2016

Baby :: They grow so fast

Assalamualaikum,


Hai everyone! Hari ni dah hari ke-9 kita puasa. So far so good, Alhamdulillah. Tiap-tiap hari bila masuk petang je memang letih gila lagi-lagi pulak kalau pump 3 kali sehari. Tapi I am getting used to it now. Selagi boleh tahan puasa, and maintain stock susu untuk Auni, I think I am all good. :)


Masalahnya bila bulan puasa ni satu je. Setiap hari masa on the way balik dari office mesti I mengantuk gila. Like. Every. Single. Day. Semalam terlampau tak tahan sangat, I berhenti dekat Shell tepi highway, pastu tido 10 minit. Serious tak sedar apa.


Tiap-tiap hari dengar iklan kat radio pasai bahaya micro sleeping. So I jadi risau sekarang kalau mengantuk masa tengah drive. Nak-nak pulak bila kurang minum air, oksigen pun kurang dalam badan, so asyik mengantuk je memanjang. Tu yang bila tak tahan sangat mengantuk tu I benti je nap kejap. 


Anyway, semalam Am outstation dekat Pekan, Pahang. So I angkut Auni balik rumah my mom dekat Telok Ayer Tawar. Kira first time la Auni tido rumah maktok dengan tokwan. Selama ni balik sana tak pernah tido pun. Semalam puas la main dengan maktok sampai tengah malam pun dok gelak mengekek lagi. 


Sekarang ni Auni dalam fasa asyik nak mainnnn je. Lagi orang layan lagi dia suka. Sanggup tahan mata takmau tido. Siap boleh mengamuk kalau kita paksa dia tido. So I pun layan je la. Main la ko puas-puas nak. Bila dah penat main, dia senang tido sampai pagi sebab keletihan. Senang Umi nak buat keja. haha.


Main-main sampai penat. Pastu dia tido. Orang lain takleh tido.
Tak fair sangat tau permainan Auni ni. Hmpph.


At crawling position already. Why so fast one???
T__T

Tiap-tiap hari adaaa je benda baru yang buat I rasa "Eh, kenapa cepat sangat besar ni???". I need to spend more and more time with my baby. Can I freeze the time pleaseeeee??? Kang kalau Auni cepat sangat besar Ummi tingin nak baby lagi acane? Ooops. ^_^


Wednesday, June 8, 2016

Breastfeeding and fasting

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan semua! Hari ni dah hari ketiga kita puasa kan? Harap-harap dapat la puasa penuh lagi tahun ni. Miss flow please delay your visit okay? Bagi la chance I puasa penuh dulu tahun ni. hehe. Tahun lepas puasa penuh sebab pregnant. Walaupun lembik gila setiap hari, tapi Alhamdulillah dapat complete 30 hari berpuasa.


This year is yet another challenge because I am still exclusively breastfeed my baby. And to maintain my milk supply while fasting is something not very easy, I tell you. Nak nak pulak bila dah start kerja lagi la mencabar. So Medela Freestyle is my new best friend now. Pi mana-mana pun mesti bawak dia. :)


I ni jenis minum air kosong yang banyak gila walaupun sebelum ada baby dulu. Kadang-kadang boleh sampai 5-6 liter satu hari. So bila dah ada BF baby, bayangkan bila tak dapat minum masa siang? Menggigil jugak badan tau. Masa hari first tu masuk pukul 3 petang dah rasa dizzy gila, tapi set mind, if other mothers can do it, I can do it as well. Alhadulillah I survived! :)


After 3 days, I rasa badan dah boleh adjust yang siang tak dapat minum air banyak. So dari lepas berbuka sampai sahur, I akan try minum air sebanyak mungkin. Alhamdulillah boleh maintain lagi stok susu sampai hari ni, tapi of course that comes with hard work. Sekarang ni I akan curi-curi buat power pumping sekurang-kurangnya sehari sekali. Tak kisah la bila-bila pun, yang penting buat. 


InsyaAllah target nak susukan Auni secara eksklusif sampai 6 bulan boleh tercapai. Kalau ikut amount yang dia minum sekarang, frozen milk yang dalam stock tu memang cukup. But of course I tak bagi frozen milk saja dekat Auni, I prefer to give her more fresh milk, then chilled milk, frozen milk pulak untuk topup je. 


So nak tak nak, untuk bagi yang terbaik untuk Auni, I kena la jadi rajin gila mengepam especially bila dah start kerja ni. Setiap hari kena ada target berapa oz yang nak kena dapat to maintain the in and out milk. huhu. Anak punya pasai, Ummi yang tak berapa nak rajin ni pun otomatik jadi rajin. T__T


Auni at 4-month. Such a big girl already.
Tak sabaq nak suruh tolong lipat baju bila besaq nanti. kehkehkeh. :p


Seketul Auni. Sejenis bola. hihi. :p