Monday, November 21, 2016

Our weekend routine

Assalamualaikum,


Hi semua! Hopefully semua orang sihat-sihat je. I am good Alhamdulillah. Lepas 2 minggu yang memenatkan, minggu ni I masuk office macam biasa balik. Auni demam on and off mula dari 2 minggu lepas. Her temperature hiked up until 40 degrees, lepas tu turun naik turun naik dalam 4 hari. Bila dah okay sikit keluar pulak campak yang halus-halus tu. So kena kuarantin lagi dekat rumah dalam seminggu. Now she has fully recovered and back to her normal cheeky self. Alhamdulillah.


Auni at 9 and half month.
Taken this morning. Budak baru baik demam.


Penat gila weh bila anak tak sihat ni. I dengan Am dua-dua mentally and physically exhausted. Mana taknya, otak asyik fikir bila Auni nak okay, pastu tido memang tak ikut masa la sebab nak kena monitor dia punya temperature, pastu bagi makan ubat pulak like every two to four hours. Selagi dia tak sihat, tak sudah-sudah otak kitorang ni dok fikir macam-macam. Camni rupanya bila dah jadi parents ni. Really not easy I tell you.


Tapi bila Auni dah okay, kitorang rasa lega gila and continue our life like usual. So lepas 2 minggu betapa kat rumah tak pi mana-mana pun kecuali klinik dengan beli barang dapur, semalam I claimed my dessert and coffee upah jaga anak 2 minggu from my husband. hahahaha. Ada ka patut mintak upah? Kong asam punya bini. No lah, I just want to fulfil my sweet craving lepas 2 minggu yang memenatkan. 


So semalam taktau nak pi mana, we ended up having our tea time dekat Secret Recipe Bertam saja. Jauh gila dari rumah. Dalam 4km jugak la, with 10 minit drive. hahahaha. Jauh SANGAT! Puii. Bukan apa, malas nak fikir pi jauh-jauh semata-mata untuk minum petang. Dekat situ ada nice cakes, brewed coffee, and most importantly child friendly. So, off we go to Secret Recipe.


We ordered 2 slices of cake. I nak makan Odyssey Premium, tapi habis pulak. So order my all time favourite chocolate indulgence, Am pulak ambik red velvet. We were lucky sebab ada tea time special, beli sepotong cake, free 1 beverage. Kalau nak air sedap-sedap cuma tambah RM2 saja. So kitorang ambik sorang satu coffee. Hot mocha for me, iced hazelnut latte for him. Auni? Tengok saja. hahahaha. Kejam punya mak. Tunggu besaq sikit kita boleh minum sama-sama ye anak. :p


Takleh ganas lagi ke muka tu bang?
Muka je ganas, tapi hati ada taman. Kan? hakhak. :p


Auni and her innocent look. Jangan percaya.
Otak dia penuh dengan agenda. 


Lepas dah siap minum, kitorang pi Mydin beli barang basah sikit, singgah kedai perabot favourite kat Bagan Ajam beli penghadang pintu, pastu balik rumah my parents dekat Teluk Air Tawar lepak-lepak sampai malam. Haa macam tu la weekend kitorang kalau takde pi mana-mana. Nampak simple je, tapi seronok je dapat spend quality time dengan family kan. :)


Sekarang dah mula tumbuh gigi.
I die! T__T

Wednesday, November 9, 2016

Dari mana budak-budak dapat tenaga banyak sangat haa?

Assalamualaikum,




Ha, awal-awal lagi I letak video Auni. First time kan letak video dia dalam ni? Bukan apa, selama ni I taktau cemana nak transfer video dalam phone ke PC, tapi semalam godek-godek berjaya pulak. So baik simpan apa-apa kenangan dengan Auni kat dalam ni kan. Esok dia besaq boleh suruh dia tengok sendiri cemana peel dia time kecik. hihi.


Sekarang ni dia dalam fasa NAK MAIN DOPLOH PAT JAM!! Ya Allah kadang-kadang taktau nak handle macam mana. Dia punya bertenaga pakai bateri cap apa pun taktau la. Sanggup tak tidoq pun takpa yang penting dapat main. Yang tak tahan ni kami mak pak dia la. Kadang-kadang dia main sorang-sorang, kami dah hanyut dibuai mimpi dulu dah. huhu.


Macam dalam video atas tu, dia dah terlampau mengantuk dah tu, tapi sanggup tahan mata buat bunyi-bunyian sebab takut tertido dalam kereta. Kalau lah I yang dapat dok dalam seat empuk camtu, rasanya belum keluar simpang Bertam Lakeside lagi I dah selamatttt dah kot. hahaha. 


Am selalu kutuk I, dulu kalau travel balik kampung, belum sampai tol juru lagi I dah lelap, pastu tiba-tiba sedar dah sampai tol Jasin. hahaha. Sekarang ni bila dah ada anak, JANGAN HARAP!! Seminit pun takdan nak lelap. Siap pakej kena nyanyi lagu Didi and Friends sepanjang perjalanan. Apa la nasibbbb. T____T


Okaylah, nak siap-siap pi kelas dah ni. Nanti kalau ada masa I upload lagi video-video Auni kat dalam ni. See you soon! Tata.

Wednesday, November 2, 2016

The best 31 years of my life

Assalamualaikum,


It's my 31st birthday today! 

I wish nothing but the best for myself.

Dear Allah, thanks for making me see another year. 

I am extremely grateful for all the blessings that you have given me.

Thanks Allah for the gift of life.

Love,
Amirah 
November 2nd 2016.

Tuesday, November 1, 2016

Taiping. Gem in a small town.

Assalamualaikum,


Hi everyone! It's November already!! And hey, do you know that November is my favourite month of the year! Why? Because it's my birthday month, and I think orang yang lahir bulan November is awesome!! hahaha. Just kidding. 


Hari ni I nak rekod sikit cerita pergi Taiping cuti Deepavali baru-baru ni. Duhh Taiping je? Dekat gila dengan Penang tu pun nak cerita? hahaha. Suka hati la kan. Walaupun cuti-cuti dekat, tapi I rasa macam seronok sangat sebab I gotta spend quality time with my nuclear family. 


Sekarang ni masa rasa cepat sangat berjalan. Nak curi masa plan proper vacation asyik tak sempat je. So bila ada je masa sikit, I dengan Am akan curi-curi bawak Auni pegi mana-mana yang kitorang boleh spend masa doing new things together. So last weekend, we decided to go to Taiping.


Kitorang duduk dekat Hotel Seri Malaysia. Murah je, satu malam RM120 including breakfast for two. Location wise memang best sebab dekat dengan semua benda. Tapi hotel ni dah season sikit la, service pun tak berapa professional, nak complaint lebih-lebih malas pulok. So layankan aje la, nasib baik murah. Kalau charge mahal memang nak kena la.


Depan pintu masuk hotel.
Auni muka blur pagi-pagi kena keluar. haha.


Kitorang sampai hari Jumaat tengahari, terus boleh check in sebab dah ada bilik kosong. Tunggu Am pi solat Jumaat jap, pastu terus keluar petang tu pi cari makan apa-apa yang patut. Mula-mula sekali cari Cendol Bismillah. Guna Waze je confirm sampai punya. Sedap gila cendol pulut dia sebab pulut tu ada rasa smokey. Rasanya semua yang pi pun akan order cendol pulut. So next time kalau pi situ memang nak makan lagi.


Cendol Bismillah. Kesiannya Auni buat muka macam tu.
Ummi makan on your behalf je okay? :)


Lepas tu plan nak pi makan yong tau foo pulak. Tapi sebab kenyang lagi dengan cendol kitorang pusing-pusing Taiping Mall dulu yang ada dekat sebelah pusat penjaja makanan tu. Lepas dah sejam lebih berjalan lompat-lompat sikit bagi cendol turun bawah sikit, now ada space untuk yong tau foo pulak masuk. hahaha.


So macam biasa la, ambik serba sikit segala mak nenek yang ada kat atas counter tu, total RM19. Tapi sepinggan penuh la makan dua orang sampai senak. haha. Jauh lagi murah dari pasembor padang kota yang I rasa overpriced tu. So okay jugak la yong tau foo ni. Ada a few stalls yang jual yong tau foo. Tapi rasanya tak beza banyak pun. Gambar takde sebab ada dalam tepon Am. Tapi kalau search memang banyak la ada gambar dlaam internet ni.


Lepas kenyang makan yang tau foo, kitorang balik bilik rehat-rehat. Bagi Auni tidoq dulu sekejap. Jalan dengan budak kecik ni macam ni la, kena consider masa rehat dia jugak, kalau tak nanti dia cranky lagi payah. Tapi Alhamdulillah, so far Auni takde masalah kalau bawak jalan-jalan sebab dia memang sukaaaaa sangat jalan. hahaha. Ni kenan perangai mak dia yang kuat berjalan masa pregnant la ni. :p


Malam tu takde plan nak makan mana pun sebab kenyang lagi, konon nak cari berger je la. So kitorang keluar la pegi Aeon Taiping yang dekat jugak dengan hotel. Sekali bila dah pusing-psuing dalam tu, terrrrrrmakan kat Black Canyon. hahahaha. Konon takmau makan. Puii. Sorang makan nasik, sorang makan pad thai. Dear caloriessss, come to mommah!! :P


Konon takmau makan. Tapi dua-dua ni linchennnnn. :p


Ingatkan bila dah makan berat takmau berger dah? Jangan harap. Berger tetap dicari. Kitorang pi tapau coffee dulu dekat Mc Cafe, pastu beli berger dekat area town. Bawak balik makan kat bilik sambil hujan renyai-renyai pulak malam tu. Perghh nikmat dia taktau nak kata macam mana. Seminggu haku lari dari weighing scale takut nak timbang. hahaha.


Esok paginya bangun breakfast dekat hotel, makan ala kadar je sebab tak menarik sangat dia punya buffet spread, dengan service pulak yang macam hampeh lagi la takde mood nak makan. Kitorang makan laju-laju sekadar ambik syarat pastu terus keluar jalan-jalan kat taman tasik sebelah hotel tu.


This place is major love!! I taktau kenapa but I reaalllyy like this place. Rasa macam tenang sangat I could stay there forever. Dengan pokok-pokok yang besar, pastu hijauuuu je nampak sekeliling kawasan tu I rasa it's a perfect place for you to spend time with your loved ones. Takyah buat apa-apa pun takpa, duduk je or jalan-jalan keliling tu, I rasa seronok dah. Ni aging sign ke apa ni? hahaha. :p


Pardon my striking outfit. Konsep dia pakai apa saja yang ada.
Tak kose la nak pakai lelawa pi jalan kat tasik je pon. 


Our little family.


Senyum sikit plis dear missy.


Ni muka budak yang paling tak excited. hahaha.
Kacau dia punya nap time memang macam ni la gaya dia.


Lepas puas pusing-pusing kat situ, kitorang balik bilik, bagi Auni tido seround sebab konon-konon penat la pusing tasik. haha. I kemas-kemas beg pastu terus check out sharp at 12pm. Sebelum balik tu singgah makan dekat the famous Koeyteow Doli. But I personally think the foods there are slightly overpriced, and also overrated. Taste pun biasa ja, not up to my liking. So nothing to shout out about this place.


Inside the restaurant. Fully air-conditioned.


Overpriced and overrated. Left small-RM5.50, right big-RM7.50. What???
Maybe because I have tasted something wayy better than this one so I found this to be too average. 

Sebelum Auni mula meragam takmau duduk diam.


So, that's how we ended up our short getaway in Taiping. Walaupun singkat and dekat je, tapi quality sangat masa yang we all dapat spend dengan Auni. We will do this again next time. Cari tempat yang dekat-dekat pun okay dah. Yang penting anak beranak happy. Yang paling happy dah tentu-tentu lah we olssss punya perut akibat makan yang tak henti-henti. Now I want to cry a river. T___T