Wednesday, November 9, 2016

Dari mana budak-budak dapat tenaga banyak sangat haa?

Assalamualaikum,


video


Ha, awal-awal lagi I letak video Auni. First time kan letak video dia dalam ni? Bukan apa, selama ni I taktau cemana nak transfer video dalam phone ke PC, tapi semalam godek-godek berjaya pulak. So baik simpan apa-apa kenangan dengan Auni kat dalam ni kan. Esok dia besaq boleh suruh dia tengok sendiri cemana peel dia time kecik. hihi.


Sekarang ni dia dalam fasa NAK MAIN DOPLOH PAT JAM!! Ya Allah kadang-kadang taktau nak handle macam mana. Dia punya bertenaga pakai bateri cap apa pun taktau la. Sanggup tak tidoq pun takpa yang penting dapat main. Yang tak tahan ni kami mak pak dia la. Kadang-kadang dia main sorang-sorang, kami dah hanyut dibuai mimpi dulu dah. huhu.


Macam dalam video atas tu, dia dah terlampau mengantuk dah tu, tapi sanggup tahan mata buat bunyi-bunyian sebab takut tertido dalam kereta. Kalau lah I yang dapat dok dalam seat empuk camtu, rasanya belum keluar simpang Bertam Lakeside lagi I dah selamatttt dah kot. hahaha. 


Am selalu kutuk I, dulu kalau travel balik kampung, belum sampai tol juru lagi I dah lelap, pastu tiba-tiba sedar dah sampai tol Jasin. hahaha. Sekarang ni bila dah ada anak, JANGAN HARAP!! Seminit pun takdan nak lelap. Siap pakej kena nyanyi lagu Didi and Friends sepanjang perjalanan. Apa la nasibbbb. T____T


Okaylah, nak siap-siap pi kelas dah ni. Nanti kalau ada masa I upload lagi video-video Auni kat dalam ni. See you soon! Tata.

No comments: