Tuesday, December 20, 2016

Having big families at home

Assalamualaikum,


Hi semua! Kejap je dah nak sampai hujung tahun ni kan? Sekarang ni kalau scroll instagram tengok gambar semua orang mesti tengah bersuka ria holiday dekat mana-mana. Ada yang dekat dalam negara, ada yang dekat luar negara. Eh, jeles pulak rasa macam dah lama gila tak pi jalan-jalan. Takpe-takpe ada rezeki nanti sampai la mana-mana nanti. Buat masa ni dapat pi makan sedap-sedap pun dah rasa happy sangat dah. So kesian. haha. :p


Tapi dengan anak kecik ni rasanya senarai tempat yang boleh pegi tu terhad sikit la kan? Jangan harap la boleh buat gaya backpackers macam time belom ada anak dulu. Kena tengok jugak sesuai ke tidak tempat tu dengan budak kecik. Ta boleh main belasah ja redah pi semua tempat yang not kids friendly. Dulu tak cukup tido pun takpa, asalkan dapat jalan semua okay. huhu.


Baru-baru ni a few families from my husband's side visited us in Penang. Mai Penang ni bukan ada apa sangat pun sebenanya, setakat jalan-jalan carik makan syok la. Kalau tanya tempat apa nak melawat sumpah I taktau nak suggest apa. Tapi kalau tanya nak makan kat mana boleh la jugak nak bagi cadangan tempat yang agak-agak okay la jugak.


So most of our activities were makan-makan! Tapi ada jugak yang pegi jalan sendiri-sendiri yang I tak dapat join. So gambar kat bawah ni apa yang ada je la. 


Roti Bakar dekat Kepala Batas. Our favourite breakfast place.


Hantar Auni pegi nursery.
Eh I pun first time ambik gamba dekat sini.


Mee Udang Pak Ngah dekat Sungai Dua. Tengok Auni sempat jugak dia toleh tengok kamera.

It was fun having everyone at home. Auni la yang paling happy sebab ramai orang dok mengadap dia. Ni pun tak cukup korum lagi. All my sisters in laws were not around. Kalau ada mesti lagi riuh rendah. Hujung minggu ni nak balik Jasin sebab dah lama betoi tak balik. Excited pulak! :)


No comments: