Tuesday, August 20, 2013

Post wedding transformation. I am scared.

Assalamualaikum,


Selamat pagi semua! Wahh bukan main semangat mengadap blog pagi-pagi ni kan. Maklumla hari ni enjin panas awal sebab sesudah subuh tadi dah keluar hantar suami dekat tol Sungai Dua nak pegi meeting kat KL with his colleagues. So sementara tengah ada mood ni meh la kita sembang-sembang kat dalam ni dulu okay! :)


Sedar tak sedar dah masuk 13 Syawal dah hari ni kan. You all semua tengah mood beraya lagi ke sekarang ni? I rasa macam dah tak pun. Kecuali hujung minggu je la rasa meriah sikit sebab bila pegi kenduri jumpa sedara mara apa semua, the rest of the week I'll do my normal routine just like usual.


Cuma bezanya, sekarang ni kuih raya masih belambak-lambak dekat rumah, bila bosan je boleh kunyah-kunyah bajet macam hari raya. hahaha. Tengok tu, dari sebelum puasa sampai selepas raya dok asyik sebut nak diet, tapi mulut ni tak reti-reti nak stop mengunyah ni apa cerita. haihhhh. 


Hari tu masa dok pilih-pilih gambar wedding yang nak print masuk album, ada la terjumpa a few photos yang kitorang amik a couple of weeks after our wedding. Wahhh masing-masing tergelak tengok perbezaan masa baru-baru kawen dengan beberapa bulan lepas kawen. 


On the day we tied our knot.
Dua-dua maintain tanpa lebihan lemak di mana-mana.


Melaka reception. Kembang kempis idung tahan napas pakai korset. :p
Husband masih maintain. My double chin is clearly visible here. Aaaaa!! :(


One month after the wedding.
Kembang sikit dah muka tu oiii. Tudung salah. Tudung salah. I tak salah.
*Denial mode* 


Okay, I officially love this baju!! Sebab bagi effect langsing.
Padahal tak berapa langsing lagi dah masa ni.
Mungkin warna merah cili ni kot yang buat nampak kurus sikittttt. 


Our latest. 4 month after.
Muka dua-dua orang dah kembang semangkuk.
T_____T


Walaupun masih belum ketara sangat, but we know the difference IS there. Especially part muka tu. Lemak kat tempat lain boleh disorok, tapi kalau kat muka nak sorok lagu mana?? Huwaaaaa. Ni baru beberapa bulan je dah nampak perubahan, kalau dah beberapa tahun tu macam mana??? ;O


I think I should declare war with all the kuih raya inside the balang. 
I have to. I have to. I have to.... ZzzzzZzzz

2 comments:

Farah Zainal Abidin said...

chill sister..chill...dah bahagia da..boleh makan! hehehe :)

amirah said...

hahahaha. Chill chill jugak. seram tu tetap ada. aduii, bab makan ni iman tak berapa nak kuat nak tolak. :p