Monday, August 28, 2017

Loves of my life

Assalamualaikum,

Hari ni sekali lagi mood nak menulis tu datang. I don't know why, tapi lately ni I rasa emotional sikit. Bukan emo yang ala-ala patah hati tu. No, no! Ni emotional yang rasa syukur sebab Allah kurniakan I macam-macam kebahagian dalam dunia ni. Sometimes I even wonder, what did I do to deserve such happiness in my life?

I think I am at the happiest state of being a wife, a mom, and a daughter now. Walaupun hakikatnya penat gila kot jadi mak kepada sorang budak kecik berusia 19 bulan, yang kerja dia nak perhatian 24/7. Tapi in the end of the day, bila I tengok dia tido, I rasa macam, Ya Allah, thank you for granting me all these blessings that I don't know if I really deserve or not.

Latest picture of Auni Awfieyah taken this morning on the way to her school.
Panggil la seribu kali pun dia takkan pandang camera. Eii geram rasa nak kunyah. 

I dengan Am selalu cuba nak bagi yang terbaik untuk Auni. Tapi of course kitorang sendiri pun banyak kelemahan, and banyak benda yang nak kena improve. While I was trying very hard to be the best mom, kadang-kadang terlepas jugak, marah la, tengking la, especially bila dia buat benda berbahaya yang boleh buat luruh jantung ni. Dan setiap kali pun I akan rasa menyesal sebab tak pandai nak control diri sendiri. :(

Okay lah, cukup sesi luahan perasaan emo-emo macam ni. I believe semua parents nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan? So do we. Hopefully kita sama-sama dapat jalankan tanggungjawab yang Allah dah amanahkan ni dengan baik. Kalau tak, menjawab la kau kat akhirat nanti. Uii seram pulak. 

Okay, jom cerita yang happy-happy pulak. Last weekend kitorang banyak luangkan masa kat rumah je. Berehat lepas seminggu yang hectic. Keluar pun untuk makan-makan je, and balik rumah my parents dekat Telok Ayer Tawar. Itupun I rasa macam pendek gila masa hujung minggu.

Buah hati pengarang jantung. 

I need more off days in a week. Dua hari tu rasa macam tak cukup sebenaqnya. Can we divide our working days and off days equally? 3 hari kerja, 4 hari cuti. How? Hahahaha. Banyak cantik muka kau. Sedangkan 5 hari kerja pun banyak benda tak siap, inikan pulak 3 hari je kerja. :p

Ohh esok I dah nak balik kampung for Raya Haji. Dah lama tak balik Jasin, excited pulak rasa. Please pray for our safe journey okay. I will get back to you when I come back. Tata. :)


1 comment:

ركن كلين said...


شركة مكافحة الحمام بالرياض مما لا شك فيه أن الطيور جميلة، لكن قد تشكل ضررًا على المباني السكنية، التجارية والصناعية من أنواع الطيور المؤذية الحمام البري، الغراب، النورس والعصافير التي تفرز مخلفاتها على جدران وأسطح المباني وفوق الأسطح
الزجاجية والمكيفات
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة مكافحة ثعابين بالرياض
شركة مكافحة فئران بالرياض
شركة مكافحة حشرات بالرياض