Assalamualaikum,
Petang tadi dalam pukul 3.00pm macam tu, geng-geng bujang di Wollongong berkumpul beramai-ramai sebab nak amik gambar untuk dihantar ke segmen salam perantau dalam suratkhabar di Malaysia. Eh, rasanya macam tiap-tiap tahun jugak lah muka ni keluar newspaper.hahaha. Tapi apa salahnya kan? Sementara kat luar negara ni boleh la buat, kalau dah balik Malaysia baru nak buat mau kena lepuk dengan sedara mara nanti. hehe. :p
Kalau tahun lepas kami buat sesi fotografi yang sangat meriah di Wollongong Harbour seperti yang I dah pernah tulis DI SINI, tapi kali ni, dengan penyertaan yang lebih ramai, kami semua bergambar di Wollongong Botanic Garden je. Dekat dengan rumah masing-masing dan jugak uni. Dah macam jadi aktiviti tahunan pulak buat photo session ni rasanya kan? I like!:)
Disebabkan sesi fotografi tu petang, I pulak datang ke uni pagi, gasaklah haku berjalan ke hulu ke hilir dengan baju raya. hahaha. Baju raya pun tak raya sangat lah. Dah lama dah En. Tunang bagi tapi tak pakai-pakai. So, tahun ni I bawaklah sini buat jadi baju raya.hehe. Eh, habis lah tak surprise dah baju raya awal-awal lagi dah pakai. Tapi takpe, ada lagi satu. muahahahahaha. Memang dasar perempuan! :p
Lagipun kalau dah nama pun raya kat sini, takde maknanya ada baju baru banyak-banyak. Cukuplah satu untuk pakai masa pagi raya, esoknya dah mula pakai baju biasa masuk office macam biasa balik. T___T. So, sementara ada peluang nak pakai baju lawa-lawa, I pun belasah la. Lepas ni confirm takde dah. huhu.
Untuk kali ni I letak gambar suka-suka kitorang amik sendiri sebelum sesi fotografi bermula ye. Gambar ramai-ramai yang lawa ada dekat Official Photographer, Paitheartsoul dengan Zaki. Kalau I dapat copy dari diorang nanti I tunjuk. Tapi kalau tak, kena tunggu keluar ruangan Salam Perantau je la ye. :)
Fatin - Me- Didi (MAS UOW new member) |
Housemate! :) |
Yours truly. I malu letak gambar sorang yang tengok camera. Muahahaha. :p |