Wednesday, November 28, 2012

Get back on my feet

Assalamualaikum semua,


Hari ni cuaca sangat gloomy dekat Wollongong ni. Mendung je dari pagi tadi. Bila dah cuaca pun tak membantu, mood nak buat kerja pun harus lah ke laut jugak. Tengok tu, sikit-sikit nak salahkan cuaca. Diri sendiri yang salah takmau mengaku pulak. What a typical human behavior. Sigh..


Sekarang ni kawasan uni sangat-sangat sunyi sebab student dah start summer break. Dulu boleh lagi nak stay back dekat office sampai 9-10 malam sebab tau dekat bilik sebelah mesti ada orang. Tapi sekarang pukul 7 malam dah senyap-sunyi, hallway dah gelap gelita. Cuak jugak kalau nak stay sorang-sorang. huhu.


I pulak akan jadi 'carless' mulai 1 December nanti jadinya memang takde maknanya la nak stay lama-lama. Road tax kereta dah nak expired sehari dua lagi and I don't feel like renewing it anymore. Nak buat apa dengan kereta tu pun tak fikir lagi. haha. Kalau rajin boleh la jual sebab kereta tu elok lagi. Tapi masalahnya malas nak uruskan pasal jual beli. huhu. See, penyakit malas ni memang bagi kesan yang besar dalam hidup kita.


Kereta panjang.
Thank you for serving me the best for the past 6 months.


Okay lah, nak sambung buat kerja sikit. Lepas tu rasa macam nak cabut balik Malaysia. Eh salah. Balik rumah. haha. Tapi nak balik Malaysia tu betol jugak. Can somebody buy me a return ticket to Malaysia pleasee? 3 hari pun takpe. Thank you. *Day dreaming*. ahaks. :p


Sunday, November 25, 2012

Fruits galore

Assalamualaikum semua,


Selamat berhujung minggu rakan-rakan yang sedang bercuti! Esok dah nak masuk kerja so hari ni berehat puas-puas ye. Hari ni Australia dilanda bahang panas yang amat. Dah lama tak rasa panas macam ni. Kalau duduk dalam rumah diam-diam nyaman je rasanya. Tapi kalau keluar, matahari terpacak atas kepala, dia punya panas terasa mencucuk-cucuk kulit.


Hari ni macam hujung-hujung minggu yang biasa, bangun pagi terus mendobi baju sebakul. Semalam dah seround membasuh segala cadar selimut semua. Hari ni turn baju-baju pulak. Maklumla hidup bujang, basuh baju seminggu sekali je. Itupun jenuh nak kumpul bagi penuh bakul. huhu. 


Lepas dah siap sidai baju semua, breakfast ala kadar, I keluar pegi cari stock buah. Biasanya I pegi beli dekat Fruit Market di Fairy Meadow. Tapi hari ni terasa macam panas sangat so I nak beli dalam mall je sejuk sikit. Jadi, I pergi ke Westfield Figtree jalan-jalan cari buah-buahan kat situ.


One thing I like living in Australia is because fresh fruits are everywhere and they are cheap! Ada sesetengah buah yang harga dia ikut musim, macam bananas, berries, grapes, nectarines, peaches and so on. Tapi buah macam apples, oranges, pears, kiwis are available throughout the year and the freshness is guaranteed! Best sangat!


Stok buah minggu ni.
Apples, navel oranges, pears, kiwis and bananas.


Just like how I am going to miss their dairy products, I will consume as much fresh fruits as I can while I am still here. Dah balik Malaysia nanti sah-sah la mahal semua ni and mungkin tak fresh macam kat sini sebab kebanyakannya diimport dari luar negara. Mungkin perlu bertukar kepada buah-buahan tempatan pulak baru murah sikit. Durian, tembikai, rambutan, betik, cempedak semua pun ada. Ha, jangan pandang rendah dengan khasiat buah-buahan tempatan kita! :)


Ya Allah rindunya dengan Malaysia. I can't wait to go back. Only part of me is still here, the other part has gone back already.


Thursday, November 22, 2012

Kitchen Tea Party and My Dream Kitchen

Assalamualaikum,


Apa khabar semua? Harapnya sihat-sihat belaka. I was down with fever a few days ago. Tapi lepas dua hari dah okay, Alhamdulillah. Hari ni I datang uni lewat sikit. Sampai je office pagi tadi terus nampak ada invitation card atas meja. Bila dah baca details, ohh dari Dianne rupanya. She invites me an the rest of my officemates to attend a 'Kitchen Tea Party' next week.


The invitation card


Kitchen Tea? What's that? Mula-mula baca kad tu I was a bit puzzled. I know that her daughter is getting married in January. Biasanya kalau depa ni nak kawen, mesti ada party macam Bridal Shower, Hens Party or Bachelorette Party kan? But a Kitchen Tea party is totally new for me. So I started googling to know more about it.


Then only I find out that this is a more classic and traditional way of celebrating a bride-to-be where the guests will bring items of kitchen equipment as wedding presents. Anyway, majlis ni tertutup untuk female sahaja. This is one way of preparing the b-2-b for married life and her soon to be new kitchen duties. How sweet and thoughtful is that?? :')


See, dalam mana-mana budaya sekalipun masih menekankan yang tempat orang perempuan ni mesti dekat dapur. Tak kira la belajar tinggi mana, pangkat apa, kawen dengan sapa, ke ceruk dapur jugak kita sebenarnya nanti. Bukan la maknanya kena 24jam dekat dapur, tapi paling tidak pun the kitchen will be marked as 'Your Territory'.


Speaking of which, I have always imagine how my dream kitchen will look like when I started living on my own later on. I nak something with earthy colour with the combination of a lot of white and brown hues. Ruang mesti kemas dan lapang, kalau boleh taknak nampak ada apa-apa atas tu. Semua ada storage masing-masing.


Cantik kan? Kemas dan bersih.


Love love love! Modern contemporary.


Macam ni pun best jugak. Nampak romantik. :)


Tapi semua ni dream okay? Dream semata-mata. Jadinya haruslah penuh dengan angan-angan mat jenin yang kalau tak dapat takpe, tapi kalau dapat terus aku angkut tilam bantal tido dekat situ. muahahaha. Over! :p


Friday, November 16, 2012

Usaha mencari cheese cake berjaya. Tetapi?

Assalamualaium semua,


I'm back today with a much better mood. I am sorry for being too emotional yesterday. I am usually not like that. Biasanya happy go lucky sentiasa. Tapi sejak dua-tiga hari ni angin kus-kus melanda, tu yang mood tak berapa nak elok nak tu. Rasanya tu salah satu simpton Aunty Flow nak melanda la. hihi. :p


Anyway, nak cerita ni, semalam I tiba-tiba teringin gila nak makan cheese cake dengan hot chocolate. Ni lagi satu simpton Aunty Flow nak melawat. Amboi biasa aunty ni tau! Mengada-ngada sungguh nak itu ini. So malam tadi pi la cari dekat McCafe Fairy Meadow, tapi malangnya, yillek pocik! Disebabkan cake dah habis, hot chocolate pun I tak berminat nak minum. Tak feel orang kata.


Jadi malam tadi I balik tido dengan hampa. haha. Aduii rasa nak hentak diri sendiri sebab mengada gila. Takpa, misi mencari cheese cake dan hot chocolate disambung hari ni. Petang lepas dah buntu buat kerja, jom kita chowww cari cheese cake. Petang-petang ni takkan la boleh habis kot? Memang aku mengamuk la nanti. huhu.


So, walaupun dalam hujan, sekali lagi muka ni terpacul kat depan McCafe Fairy Meadow. Dah siap reverse parking cun-cun, sekali bila turun tengok dekat kaunter, cheese cake habis!!! Why ohh why?? Dalam banyak-banyak desserts yang ada kenapa cheese cake yang kena habis??? Aaaaaaa!!! I was so frustrated. Serious rasa macam nak keluaq ayaq mata dah time tu. huhu. Takpe-takpe, tahan Amirah tahan.


I terus klua dari cafe, start engine (penat adjust parking tadi hahaha) pastu terus pergi McCafe Wollongong City pulak. Dari luar dah baca doa terkumat-kumit semoga ada la cheesecake seperti yang dibayangkan. Sekali bila dah masuk dalam, bukan setakat cheesecake dah habis, dessert lain pun semua dah licin. Fine, orang Wollongong semua lunch makan cake hari ni agaknya. Grrrrr!!!


Okay malas nak buat drama air mata, I patah balik masuk dalam kereta. Dok diam-diam dalam tu sambil berfikir. Takkan sebab tak jumpa cheesecake pun nak menangis kan? Tak masuk akal langsung. Sambil otak ligat berfikir, I teringat nak cuba nasib tengok dekat any restaurant yang ada dekat Wollongong harbour. So apa lagi, start balik engine, mari kita pergi Wollongong Beach. Hujan pun hujan la akan kuredah jua. 


Kalau tak dapat jugak cheesecake hari ni rasanya I sanggup pi Woolies beli barang and buat sendiri. haha. Tapi masalahnya malassss!! Proses nak buat nya berejam. Nak makan sesuap dua ja. Buang masa pulak rasanya. Harus cari sampai dapat tak kira apa jadi sekalipun. huhu. Tiba-tiba *tinggg!!!* Teringat Bombara Seafood Restaurant!! Ayuh ke sana!!


Bila dah sampai kat situ, mata terus bersinar-sinar. Bukan satu, bukan dua, tapi ada lima jenis cheesecake!! Yeayyy!! Rasa nak melompat bintang. Tapi disebabkan pi sorang-sorang, tak boleh nak kongsi kegembiraan dengan orang, jadi I berseronok sendiri dalam hati. Eh dengan abang counter kacak juge. Ngee. I excitedly told him how happy I am to see those cakes. Mesti dia rasa I jakun gila tak penah jumpa cheesecake banyak tu. huhu. T__T


So, I opted for a slice of passion fruit cheesecake with a cup of hot chocolate. AUD11.50. Lepas bayar, I pilih spot dekat luar konon-konon nak feeling mengadap laut. Padahal hujan dan sejuk. Gasak! Nak jugak! Siap senyum sorang-sorang tanda puas hati dah dapat apa yang dihajati sejak semalam. Five minutes later, the waiter delivered my order. Ohh yumm!! Seriously, nampak sangat sedap.


Passion fruit cheesecake & hot chocolate.
Jemput makan semua. :)


Baru je nak mula makan sesuap, tiba-tiba lagu Celine Dion, Because You Loved Me was on the air. Hmm, syahdu sungguh suasana petang ni. I terus telan sesuap. Tapi masa tu air mata dah mula bertakung. Banyak habuk agaknya kedai tu. After a few minutes, okay, it is out of my control. Tewas jugak akhirnya dengan air mata sendiri. Jangan tanya kenapa. I have no idea why. 


Well you know, girls are weird creature. They are always emotionally unstable. Just like that. Peace! :)


Thursday, November 15, 2012

Just a random chat

Assalamualaikum semua, 


I am back after a long hiatus from this virtual space. Tapi di dunia nyata, hidup sangat tak tentu arah. Dalam sejarah hidup sendiri selama 27 tahun ni, minggu ni yang paling mencabar dari segala segi. Emotionally, physically and mentally. Ini baru buat PhD hidup dah kucar kacir macam ni, kalau kena jadi Perdana Menteri, rasanya kaki tertinggal kat satu tempat, tangan pulak kat tempat lain. haha.


Sepatutnya hari ni I ada meeting dengan Tim to clarify a few things yang nak kena submit minggu depan. Jadi dari minggu lepas I dah mula bertapa 10am-10pm almost everyday. Tapi haruslah ada mengelat jugak in between the times. Kalau 12jam duduk kat je kat kerusi ni rasanya bontot boleh tumbuh pokok. :p


Dalam pada dok focus with my writings tu, something went wrong with my works two days ago. I don't have to go into details what had happened here, tapi cukup la untuk buat I tido sambil bengkak mata malam tu. haha. Eh, ada ke orang buat PhD yang tak menangis? Setakat yang I dengar, 80% pernah mengalirkan air mata due to struggles encountering the pressure.


So today when I am ready to see my supervisor with a bunch of unfinished works to show to him, and one long list of questions that need to be discussed and answered, I received an email from his personal assistant saying that the meeting is cancelled. Dangggg!! Should I or should I not start crying again now? T___T


Bangun subuh tadi kepala rasa berat sangat. So I sambung tido lagi sejam kot-kot la sakit kepala tu hilang. Bila bangun, still sakit lagi, tapi gagahkan jugak mandi and siap-siap pegi uni. Pukul 9am keluar rumah, dapat buat kerja sikit. Tapi kepala still berdenyut-denyut. I took a short nap for 10 minutes. Bila bangun terus kelam kabut check email kot-kot ada yang penting. Rupa-rupanya meeting cancel. haha. Eloklah tu. Elok sangat.


Taktau nak cakap perasaan tu macam mana. Lebih ke arah kecewa kot sebab banyak sangat benda yang stuck yang I nak kena discuss. But what to do, kena tunggu minggu depan jugak la jawabnya. I shall continue doing some more works for another hour or so. Then I think I better go back and have a good rest. Headache, please be nice to me and go away please.


I have been wanting to go for an island vacation like for so long.
A private one like here in Maldives.
[photo courtesy]

Thursday, November 8, 2012

Keindahan musim bunga di Australia

Assalamualaikum semua,


Hari ni dah masuk hari ke lapan bulan November kan? Sekejapnya masa berjalan. I keep asking myself, "How I wish I could stop time?" so that I can complete the mountains of my unfinished works. Apparently, I think that question should be the other way around. "How I wish I could stop WASTING time" probably sounds better for my case.


Okay lah, daripada membebel dengan kesalahan sendiri, baik I share something yang lagi bermakna untuk tatapan semua. Tadi masa jalan kaki datang uni I teringat nak ambil gambar suasana musim bunga dekat sini. When we are talking about spring, apart from daylight saving, longer days, warmer temperature and hay fever, flowers blooming may be the first thing that comes across our mind.


Sepanjang musim bunga, kebanyakan jalan di Australia akan dipenuhi dengan pokok berbunga yang berwarna-warni. Bukan setakat pokok dalam garden rumah orang je, tapi pohon-pohon liar yang ada kat tepi-tepi jalan pun turut berbunga cantik. Boleh bayangkan tak, pokok yang selama ni berdaun hijau digantikan dengan bunga berwarna-warni dalam tempoh dua bulan setiap tahun.


Around my neighborhood, kebanyakan pokok di tepi jalan adalah dari baka Jacarandas. They are originally from Brazil but they grow well in Australia. During October and November, Jacaranda trees create a spectacular shades of purple through many Australian streets, including my housing area.


Jacaranda trees are everywhere in my neighbourhood


Kadang-kadang, perjalanan selama 15 minit (berjalan kaki) ke uni akan jadi setengah jam sebab I akan slow down my pace bila lalu dekat pokok bunga yang cantik-cantik. Walaupun hari-hari I akan lalu di jalan yang sama, tapi setiap kali pun I akan admire dengan keindahan ciptaan Allah swt ni. Very beautiful creations they are. 


How can I not fall in love with this view everyday?
I'm gonna miss this. Very badly.


Tuesday, November 6, 2012

Tips berjimat untuk si shopaholics

Assalamualaikum semua!


Amacam hari ni dah masuk kerja dengan bersemangt tak? As for me, sementara nak dapatkan mood untuk menulis dalam thesis, apa kata I  menulis dalam blog dulu. Sudi-sudikan lah baca ye. Tengok tajuk taknak kalah. Tips berjimat konon. Meh sini nak cerita apa yang jadi sebenarnya.


Hari Sabtu lepas I pergi majlis makan-makan kat rumah Abang Din & Kak Su di Shellharbour. Sedap sungguh makan nasik lauk kambing dengan desserts yang bermacam-macam. Mula-mula I ambik serba satu, tapi rupa-rupanya tak cukup, so I ulang ambik lagi serba seketul desserts. There goes my sugarless diet for that day. T__T  Takpelah, barang yang lepas usah dikenang. hihi. 


So, lepas dah makan-makan, I pun berangkat pulang sebab nak singgah Stockland Shellharbour. Best oo mall baru tu compared to the ones we have around Wollongong. Sekarang dah tak payah pegi jauh-jauh sampai ke Sydney kalau nak shopping yang best-best. Kat sini pun dah cukup menarik. Lepas dah beli udang sotong semua, I pun merayau-rayau cuci mata dekat kedai-kedai di sekitar.


Kalau dah pegi shopping mall, tak lengkap hidup rasanya kalau tak singgah kedai Valley Girl. Siapa yang duduk Aussie mesti tau how murah and best kedai tu!! Pilihan yang sangat banyak dan up-to-date. Yang penting sangat mampu milik dengan harga serendah $5.00. haha. Gila lah bunyi macam promoter sungguh. Janji-janji dengan diri sendiri untuk tak shopping baju lagi semua didustakan kalau masuk kedai ni. haha. :p


Dipendekkan cerita, I dah terberkenan dengan satu tops dengan 3 helai skirts. Yes, you heard me right, 3 helai!! haha. For your information, I memang pengumpul dresses and skirts yang tegar. Bukan apa, bila pakai yang jenis berkain, senang nak bawak solat kat sini. Kalau pakai seluar tu paham-paham la kan, kadang-kadang masih tak ikut tatacara pemakaian yang sempurna untuk dibawak solat (my bad). Jadinya, I pelan-pelan ubah the way I dress so that I am always ready when it comes to prayer times. Baby steps boleh kan? :)


These are the three skirts that I'm dying to get


Back to my shopping story, bila I total semua hasil tangkapan yang dah pegang tu, alamak baru I perasan duit dalam debit card tak cukup!! Sebenarnya duit tu ada, tapi semua I simpan dalam i-Saver. Seminggu sekali I akan transfer $50.00 je masuk dalam normal account. Gasak lah kau guna banyak tu je sepanjang minggu. Kalau emergency baru I akan tambah.


Tapi, bila dah setan banyak menghasut dalam kepala, dia cakap, "Takpe Amirah, murah ni, cantik-cantik pulak tu. Bila lagi kau nak dapat skirts yang murah-murah macam gini kan?". Gila jahat punya setan. Bab menghasut nafsu shopping perempuan memang dapat A++. And yes, I termakan hasutan syaitannirrojim tu. T__T 


Jadinya, dengan rasa tak bersalah, I pun bukak NAB Online through my phone, konon nak transfer duit dari i-Saver masuk dalam account. Tapi dah berpuluh kali I try logged in, tetap failed!! Rupa-rupanya memang line dalam bangunan tu tak elok. jangan harap lah nak dapat online. Haa!! Padan muka kau Amirah. Padan muka kau jugak setannnn sebab tak berjaya membazirkan duit aku hari tu. hahaha.


Internet banking yang sabotaj my shopping desire hari tu.
Thank you NAB Online for saving me some bucks! :)


Dengan hampanya, I tengok balance lepas I beli udang dengan sotong tadi, I terpaksa pilih hanya dua daripada 4 helai yang I nak tu. And of course, I chose the cheapest ones yang harga totalnya tak sampai pun $20.00. One tops and one skirt. hahaha. Kesian dengan diri sendiri. But at the same time, I am glad that I didn't spend too much on unnecessary items. :)


So, kepada sesiapa yang rasa tak boleh nak kawal nafsu shopping tu (macam I yang cepat terhasut dengan setan), I suggest you not to bring so much money when you go for shopping. Tepon tu kalau boleh buat-buat tak nampak. Credit card jauh sekali. Selagi tak emergency, guna duit apa yang ada je. Memang akan rasa rugi sebab tak beli, tapi sebenarnya bila dah balik rumah, you all akan rasa lega sebab tak membazir.


Kecuali kalau benda-benda keperluan yang menentukan hidup dan mati. Yang tu tak payah la nak kedekut sangat. I'm talking about nafsu perempuan yang pantang nampak benda cantik, semuaaa pun dia nak. You got what I mean? Jom kita pakat-pakat berjimat ye! :)


Sunday, November 4, 2012

Wish comes true. I'm happy. :')

Assalamualaikum,


What a beautiful Sunday we have today! Not necessarily weather-wise but also the way I am feeling when I wake up earlier this morning. Bestnya kalau cuaca maintain macam ni je sepanjang tahun. Ada matahari yang terik tapi sejuk berangin. A kind that I will never experienced in Malaysia I suppose. When I go back later on, I bet I'm gonna miss Australia mainly because of this.


So anyway, hari ni I ada mood nak kongsi something dengan semua. It is about one of the presents that I received on my birthday last Friday. If you have been following my blog since early this year, you might have read about my wish to own a picnic basket so that I can organize an effortless-romantic-sunset-dinner for me and my other half. If you haven't, please feel free to read it HERE. :)


Guess what? I sendiri dah tak ingat pasal apa yang I tulis tu. haha. Maklumla, keinginan yang bukan-bukan ni biasanya datang sekali-sekala ikut angin dalam badan. Bila mood romantic datang, mula la berangan macam-macam. haha. And then, a few months passed by, and being a dreamer as I always am, I let my wish being kept in here, just like that.


Tetapi, I am so lucky because I have lovely friends around me yang sangat-sangat memahami. I know that they read my blog (Hi Kak Fish! Hi Fatin!) but I never expect them to take seriously about what I wrote in here. *nangesss*. Excited ada. Terharu ada. Malu pun ada. Aduii, sogan pulak den. Rupa-rupanya, apa yang kita tulis tu sebenarnya ada jugak orang yang bagi perhatian. Selama ni I tulis sesuka hati je. T__T


Soo, let's take a peek on what I've got from them!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


TADAAAAA!!!!!


A picnic basket. Lengkap dengan dinner set untuk 4 orang.
I love the bright colour. Dari jauh dah boleh nampak.


Having that curious little cat in me, I really can't wait to put my hands on them so I opened the box excitingly. haha. Best tau tak main susun-susun pinggan dalam bilik. Rasa macam kembali berumur 7 tahun walaupun umur sebenar adalah 27 tahun. ;)


Jom pergi picnic! Barang dah lengkap.
Tinggal makanan je belom. haha. :p


To Kak Fish & family, Fatin, Rem and Kerul, I sincerely want to thank you guys for granting my wish to become true. I love every bit of my birthday having you guys around. Thank you thank you! :)


Cake from our super mommy, Kak Fish.
She never failed to impress me with her baking and decorating skills.
Alamak, gambar last tu lupa nak cover gusi. kehkehkeh, :p


Friday, November 2, 2012

Birthday messages that make my heart melt

Assalamualaikum semua,


Today marks the day I turn 27 years old. The most cherished day for the year 2012. Why? Sebab tahun ni akan menjadi tahun terakhir untuk beberapa benda yang sangat significant dalam hidup I. Antaranya:


  1. Tahun terakhir bergelar Cik Amirah. 
    Tapi kalau student panggil Cik, I bagi extra 10 markah. hikhik. :p
  2. Tahun terakhir bergelar pelajar Doktor Falsafah.
    Fasa yang sangat mencabar sepanjang 27 tahun hidup di dunia. 
  3. Tahun terakhir berada di bumi Australia.
    I love to be here, no doubt. But I love my home-country more. It's time for me to go back and serve the nation.


***InsyaAllah.***


I'm so thankful for all wonderful things that have brighten up my birthday this year. Delicious cake, beautiful flowers, wonderful presents (I'm going to talk more about this later on) and in fact I was blasted with lovely celebration from close friends around me. Rasa sangat terharu tau tak sebab diorang semua ni sweet sangat. :')



However, what more can make me becomes the happiest birthday girl on the earth other than receiving lovely birthday messages from the person that means the world to me? Walaupun jarak memisahkan, but I can feel the love sent through their words.



Doa dari ibu dan bapa. I'm touched. :')


Sweetest birthday wishes, ever!
Thank you sayang. :)


For all other meaningful prayers and wishes, I doakan yang terbaik untuk semua. :)