Friday, November 16, 2012

Usaha mencari cheese cake berjaya. Tetapi?

Assalamualaium semua,


I'm back today with a much better mood. I am sorry for being too emotional yesterday. I am usually not like that. Biasanya happy go lucky sentiasa. Tapi sejak dua-tiga hari ni angin kus-kus melanda, tu yang mood tak berapa nak elok nak tu. Rasanya tu salah satu simpton Aunty Flow nak melanda la. hihi. :p


Anyway, nak cerita ni, semalam I tiba-tiba teringin gila nak makan cheese cake dengan hot chocolate. Ni lagi satu simpton Aunty Flow nak melawat. Amboi biasa aunty ni tau! Mengada-ngada sungguh nak itu ini. So malam tadi pi la cari dekat McCafe Fairy Meadow, tapi malangnya, yillek pocik! Disebabkan cake dah habis, hot chocolate pun I tak berminat nak minum. Tak feel orang kata.


Jadi malam tadi I balik tido dengan hampa. haha. Aduii rasa nak hentak diri sendiri sebab mengada gila. Takpa, misi mencari cheese cake dan hot chocolate disambung hari ni. Petang lepas dah buntu buat kerja, jom kita chowww cari cheese cake. Petang-petang ni takkan la boleh habis kot? Memang aku mengamuk la nanti. huhu.


So, walaupun dalam hujan, sekali lagi muka ni terpacul kat depan McCafe Fairy Meadow. Dah siap reverse parking cun-cun, sekali bila turun tengok dekat kaunter, cheese cake habis!!! Why ohh why?? Dalam banyak-banyak desserts yang ada kenapa cheese cake yang kena habis??? Aaaaaaa!!! I was so frustrated. Serious rasa macam nak keluaq ayaq mata dah time tu. huhu. Takpe-takpe, tahan Amirah tahan.


I terus klua dari cafe, start engine (penat adjust parking tadi hahaha) pastu terus pergi McCafe Wollongong City pulak. Dari luar dah baca doa terkumat-kumit semoga ada la cheesecake seperti yang dibayangkan. Sekali bila dah masuk dalam, bukan setakat cheesecake dah habis, dessert lain pun semua dah licin. Fine, orang Wollongong semua lunch makan cake hari ni agaknya. Grrrrr!!!


Okay malas nak buat drama air mata, I patah balik masuk dalam kereta. Dok diam-diam dalam tu sambil berfikir. Takkan sebab tak jumpa cheesecake pun nak menangis kan? Tak masuk akal langsung. Sambil otak ligat berfikir, I teringat nak cuba nasib tengok dekat any restaurant yang ada dekat Wollongong harbour. So apa lagi, start balik engine, mari kita pergi Wollongong Beach. Hujan pun hujan la akan kuredah jua. 


Kalau tak dapat jugak cheesecake hari ni rasanya I sanggup pi Woolies beli barang and buat sendiri. haha. Tapi masalahnya malassss!! Proses nak buat nya berejam. Nak makan sesuap dua ja. Buang masa pulak rasanya. Harus cari sampai dapat tak kira apa jadi sekalipun. huhu. Tiba-tiba *tinggg!!!* Teringat Bombara Seafood Restaurant!! Ayuh ke sana!!


Bila dah sampai kat situ, mata terus bersinar-sinar. Bukan satu, bukan dua, tapi ada lima jenis cheesecake!! Yeayyy!! Rasa nak melompat bintang. Tapi disebabkan pi sorang-sorang, tak boleh nak kongsi kegembiraan dengan orang, jadi I berseronok sendiri dalam hati. Eh dengan abang counter kacak juge. Ngee. I excitedly told him how happy I am to see those cakes. Mesti dia rasa I jakun gila tak penah jumpa cheesecake banyak tu. huhu. T__T


So, I opted for a slice of passion fruit cheesecake with a cup of hot chocolate. AUD11.50. Lepas bayar, I pilih spot dekat luar konon-konon nak feeling mengadap laut. Padahal hujan dan sejuk. Gasak! Nak jugak! Siap senyum sorang-sorang tanda puas hati dah dapat apa yang dihajati sejak semalam. Five minutes later, the waiter delivered my order. Ohh yumm!! Seriously, nampak sangat sedap.


Passion fruit cheesecake & hot chocolate.
Jemput makan semua. :)


Baru je nak mula makan sesuap, tiba-tiba lagu Celine Dion, Because You Loved Me was on the air. Hmm, syahdu sungguh suasana petang ni. I terus telan sesuap. Tapi masa tu air mata dah mula bertakung. Banyak habuk agaknya kedai tu. After a few minutes, okay, it is out of my control. Tewas jugak akhirnya dengan air mata sendiri. Jangan tanya kenapa. I have no idea why. 


Well you know, girls are weird creature. They are always emotionally unstable. Just like that. Peace! :)


No comments: