Wednesday, October 31, 2012

Long distance relationship. How do we survive?

Assalamualaikum semua,


How is everything going on in your life? Hari ni dah masuk hari terakhir bulan October. This means I have literally less than 5 months before my wedding day. Isn't that sounds reaaaally soon? Ohh, speaking of which, I'm not quite sure about how does it feels when the big day is getting nearer. Nervous? Not really. Umm, not yet I guess. Worry? Yes! Sebab tak siap apa pun lagi untuk majlis. Excited? Big yes!! Kalau boleh cepatkan laagi bagus. hehe. :p


Sometimes people ask me about how do we (me and my fiancĂ©) handle long distance relationship. Ye lah, sorang di benua Eropah, sorang di benua Australia. Bukan sikit-sikit punya jauh tu. Nak-nak pulak lepas dah bertunang. Bukan makin kuat ke cabaran? What I could say is, I'm glad that we made the decision to get engaged end of last year. Hari ni cukup sepuluh bulan usia pertunangan kami rupanya. Alhamdulillah, everything is good until today's date.


Benua Eropah.


Benua Australia.


Well, all good relationships share a foundation of trust. But, when you are in a long distance relationship, it requires trust times ten! Ha, sampai macam tu sekali lah dia punya gambaran. Ye la, mana taknya, bila jauh-jauh macam ni, ingat tak rasa insecure ke dengan apa pasangan kita tengah buat. Apa? Bila? Dengan siapa? Kat mana? Kalau boleh dari sekecik-kecik sampai sebesar-besar benda rasa macam nak ambik tau.


However, as as the level of maturity grows, semua soalan-soalan tu akan bertukar dengan kepercayaan. Mungkin kalau dulu, tak reply message, merajuk, lambat call, mengamuk, tak cerita buat apa, marah. Tapi sekarang ni bila dah makin dewasa, perasaan-perasaan tu dah makin dapat dikawal. Why? Because we don't want our imagination to run free and dream up hurtful scenarios. Bila otak tak fikir bukan-bukan, insyaAllah hati pun tenang. :)


Lagi satu, I always believe communication is the second most important thing after trust. Zaman sekarang ni bukan susah pun nak berkomunikasi. Semua pakat pakai handphone canggih-canggih. Internet pun sampai ke ceruk kampung mana pun dah boleh dapat. So, invest some of your precious time and keep your significant other feels close to you by sending them updates about you. Without fail. Everyday. 


In our case, we might not have much time (and money, of course) to talk on the telephone. So we use free instant messages like Whatsapp and Facebook Messenger to say short hello regularly. And then, we never missed our skype session almost everyday as it provides a certain amount of intimacy, making us feel somewhat closer. Here is some good tips from me, always smile when you speak with him, and remind him sweetly that you miss him, but hope all is well with him. Cubalah! :)


So, those are the things I could share about how me and my fiancĂ© make our long distance relationship works. Buat masa ni Alhamdulillah, semua berjalan lancar dalam tempoh pertunangan kami. Diharapkan semoga Allah permudahkan semua urusan kami sehingga majlis akad nikah berlangsung dan panjangkan jodoh kami sehingga ke Jannah. Just remember, cruising a love relationship requires a lot of commitment. We don't know if our cruise has a smooth sailing or not, but if you hold on tight, your ship will anchor well. InsyaAllah.


Sunday, October 28, 2012

Introducing my neighbours at Catherine Street

Assalamualaikum,


Apa khabar semua? Mesti seronok dapat cuti panjang kan? How I wish the long weekend is actually longer than what we had. Meanwhile, I do feel bad for not being very productive during the short break. But hey, it is Hari Raya kan? We should celebrate it! I just need to promise to work a little bit harder after this.


Anyway, our Aidil Adha celebration in Wollongong has not been really bad after all. Macam biasa, malam raya tu sibuk beramai-ramai prepare juadah untuk makan masa pagi raya. Takde la apa sangat pun. Cuma gathering kecik-kecik sesama sendiri memandangkan gathering besar-besaran untuk semua warga Malaysia ditangguh sehingga hari sabtu.


Pagi raya tu pulak, kami pergi solat dekat Stadium Hoki Unanderra. Semua masjid di kawasan sekitar Wollongong bergabung dan solat raya biasanya memang buat kat sini. Kawasan yang sangat luas, cukup untuk menampung komuniti umat Islam di sini.


Lepas balik solat, kami buat gathering kecik-kecik dekat rumah I. Cukuplah untuk menggembirakan hati sesama sendiri. Bila jauh di perantauan, sahabat handai di sini lah yang jadi saudara. Semua dah macam adik beradik sendiri. Ohh, I ni termasuk dalam golongan yang paling 'dewasa' di kalangan orang bujang dekat sini, so adik-adik semua dijemput beraya dengan kakak ye. Tahun depan 'kakak' dah takde. hahaha. :p



Kawasan kejiranan No 9, Catherine Street. Very kampung like kan? :)


Kami yang gembira di pagi Aidil Adha.


Ahli unit 1 dan unit 3. Selang sebuah rumah je.
Anyway that's my house at the back. My room is second from right. :)


Antara tetamu yang datang.
Masak lauk bahagi-bahagi. Pastu kumpul makan kat sini.

Residents of Catherine Street.
From right: Ayie, Ajib, Fatin, Usher,Ilyas, and me.
And then Kerul and Zaki bakal di recruit menjadi ahli mulai tahun hadapan. :)



Then, esoknya pulak baru gathering besar-besaran anjuran MAS UOW 2012. Time tu baru jumpa semua orang termasuk yang berkeluarga. Our community has tremendously shrunk compared to the first time I arrived in Wollongong more than three years ago. But it's okay, we still had a good time even only with the small number of people. Remember, quantity does not really matter at times, but quality always is. :)


Thursday, October 25, 2012

Hikmah di sebalik kehilangan

Assalamualalikum semua,


Tiba-tiba rasa macam nak borak santai-santai pulak. Memandangkan tengah jem sikit mood nak buat kerja sebab taktau nak fix kan programming tu macam mana, jadi meh sini kita ubah mood dengan bercerita kat dalam blog ye. Jap lagi dah lega sikit boleh sambung buat kerja.


Ohh ye, hari ni nak cerita pasai rumah student Malaysia yang kena pecah masuk dua hari lepas. Ya Allah, the moment I read the breaking news directly  from their Twitter updates, I don't feel safe that instantly. Teringat lagi masa I mula-mula sampai dulu, I dapat rasa yang Wollongong ni sangat tenang, bebas dari sebarang masalah sosial dan jenayah. But recently, I don't feel safe any more.


Ini bukan kes yang pertama. Sebulan dua yang lepas, rumah student lelaki yang I kenal kena pecah masuk. Kali ni rumah student perempuan pulak. Itu baru kes di kalangan student Malaysia yang I dengar. I'm not surprised if similar incidents happen a little more frequent than I actually expected.


Tapi Alhamdulillah dalam kedua-dua kejadian, takde sebarang benda buruk yang jadi. Just hilang benda dan duit sikit-sikit. Apa lah sangat kehilangan macam tu kalau nak dibandingkan dengan keselamatan penghuni rumah kan? Cuma mungkin semua orang kena lebih berjaga-jaga lepas ni.


Dari mula-mula I pindah masuk rumah dekat Catherine St sejak tiga tahun lepas dengan Kak Ean, dia selalu pesan hati-hati dengan keselamatan rumah. Jangan lupa tiap-tiap kali langkah keluar rumah, tawakal kepada Allah, mintak Dia tolong jaga rumah yang kita tinggal sepanjang ketiadaan kita. Macam tu jugak bila dah balik, mintak Dia terus jaga keselamatan kita sepanjang dalam rumah.


Mungkin dari segi berhati-hati secara fizikal kita boleh buat, tapi apa kata kita mintak tolong daripada Allah SWT yang lebih berkuasa? How? Banyakkan solat, tak dapat yang sunnat, make sure jaga yang wajib, and baca Al-Quran dalam rumah. Tu semua antara pelindung yang dapat dijadikan sebagai hijab untuk tutup rumah kita di mata orang-orang yang tak bertanggungjawab.


Tapi kalau Allah dah tetapkan barang kita akan hilang, who we are to judge His power right? Jadinya, kita kena redha, anggap je takde rezeki, mana tahu mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik? At the same time, kena syukur, sebab mungkin Allah tarik balik nikmat yang sebenarnya bukan milik kita. Allah pinjamkan je. Sampai masa, tentulah Dia akan ambik balik tak kira la dengan apa cara sekalipun pun kan? Jadi, banyakkanlah bersabar..:)


Okay lah, I rasa cukup perkongsian pendapat untuk hari ni. Kepada yang dah balik kampung, selamat berhari raya bersama keluarga tercinta. Kepada semua umat Islam di seluruh di dunia, Salam Aidil Adha 1433 Hijrah. Semoga mereka yang menunaikan ibadat haji pada tahun ni dikurniakan haji yang mabrur.


Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah.
I really miss this place. Got to get there again soon.


Wednesday, October 24, 2012

My first (advance) birthday present for this year! :)

Hai everyone!


I'm writing here today in a very very bright feeling. First, bangun pagi tengok cuaca sangat cantik lepas beberapa hari yang sangat gloomy. It is a bit warm but the chilly breeze stabilize the general temperature. I really love it like this. 

Dear weather,
 
It would be great if you could stay like this for the rest of my stay in Australia.Thank you.
 
Sincerely, Amirah.

So anyway, here comes the second reason for me to be extra happy today. Hmm, guess what?? I have received my first birthday present for this year!!! And today I feel like a 7-year old little girl yang sangat excited bila dapat hadiah. hahaha. Okay fine, actually I am approaching 7+20-year old already. But you know, mana ada orang tak suka prezzie prezzie ni kan? Especially girls lah kan? hehe. :)


You know what, kadang-kadang I suka beli barang online sebab bila postman datang rumah, I will be very excited to accept that newly purchased parcel. But today, when I received a delivery the first thing in the morning (that I didn't buy my own of course), the feeling is beyond wordsssss!! And here I would say thank you to my friend from Malaysia, Ein for the advance birthday present!


Lepas dapat je barang, I instantly opened the box with excitement! Okay, ada dua bungkusan nicely wrapped in pink and purple wrapping papers. I could see my name written on top of the pink one. And the other one is for Hanna as her belated birthday present. So apa tunggu lagi? I terus godek bungkusan hadiah dengan rakus. haha. Tak lah, I bukak baik-baik sebab comel sangat wrapping paper tu sayangnye nak koyak. :)


One for me and one for Hanna.


So you wanna know what I've got inside? 


  1. A very cute birthday card with nice wordings. I love it!
  2. Two packets of Cadbury Zip to be added into my comfort food collection. Cukup sampai nak balik nanti rasanya ni.
  3. A gorgeous multi-colour dress from ThePoplook. I'm planning to wear it next Friday for birthday lunch date with my officemates. Over gila siap ada birthday lunch kan? Tapi memang macam tu tiap-tiap tahun. Kitorang akan celebrate birthday masing-masing by having lunch at any nice restaurant nearby. So, I'm happy that I've got something nice to wear already. :)
  4. Two pieces of Tudung Bawal from Adijuma collection. I never had any in my wardrobe yet. So these two are my firsts!! The colours are sweet like candy. Suka sangat!


Memandangkan I dah janji dekat Ein untuk ambik gambar I pakai tudung bawal yang masih bau kedai tu, so, here is me wearing one of the Adijuma entah-berapa-tone punya bawal. Sungguh banyak colour siap boleh rotate 360 degrees to get different colours. hehe. Jakun gila maklumla tak penah beli sendiri sebelum ni. :p


Baru nampak 4 warna. Rasanya ada lagi 2 warna tersorok kat belakang. :p
Segannya mokcik letak gambaq syok sendiri ni. huahua. 


You know, I JARANG gila ambik my own vain photos from all angles. Serious sangat lah tak reti nak senyum cute-cute depan camera sorang-sorang. Awkward gila. hahaha. Pardon my not so sincere smiles and those chubby cheeks. Habih control dah tu takmau bagi nampak. T___T. But it's okay, sekali sekala perasan macam ni apa salahnya kan? So this is for you Ein!! Thank you so much from pengguna tudung bawal tegar! hahaha. :p


Tuesday, October 23, 2012

Random ramblings

Assalamualaikum,


Hai apa khabar semua? Harapnya sihat-sihat belaka. I macam biasa je. Rutin yang sama hari-hari. Bangun pagi, lepas skype I buat sarapan makan sambil online. Lepas tu siap-siap terus menapak datang uni. Then buat kerja selagi boleh, bila dah berpinau bijik mata I merayau kejap cari makan yang ringan-ringan, lepas tu sambung buat kerja lagi, Cukup time dalam pukul 8-9pm macam tu balik rumah. Hari-hari buat benda sama. Sikit hari lagi muntah darah la ni rasanya. haha.


Lately ni cuaca dekat sini pelik bukan main. Sekejap hujan lebat macam ribut. Tetiba berhenti kejap keluar matahari, pastu petang boleh pulak ribut balik. Angin punya la kuat rasanya kalau siapa yang ringan tu mesti boleh terbang. Nasib I boleh tahan berat so takdela terbang-terbang kalau angin kuat. hahaha. Bijak tak alasan nak cover berat? :p


Lepas tu temperature pulak naik turun sesuka hati. Kadang-kadang tu confuse nak pakai apa. Pakai tebal-tebal kang panas berkuap, kalau pakai nipis-nipis pulak, nanti aku jugak yang bising sejuk sampai menggigil-gigil. Boleh bayang tak, kalau hari ni panas terik sampai 30degrees, and then the very next day the temperature drops down to 10degrees. Mana la tak terkejut badan yang dah tak berapa remaja ni ha?


Lepas tu pulak, hari ni sampai je office tengok my workstation gelap. Eh, time-time macam ni jugak lampu nak terbakar kan? Orang lain punya tempat okay je. Heran betol. Pastu I pun pi la report dekat admin, dia cakap maybe they are trying to save some energy. Agak-agak la kalau nak save the planet sekali pun. Ni kalau dah gelap gelita macam ni apa cerita?




Dah la I ni memang dah sedia rabun, kalau macam ni gayanya makin rabun la jadiknya. huhu. So, I properly asked that admin lady to log a report about this matter. Hopefully somebody will fix this thing fast. Kalau buat kerja guna computer je takpe, but I still need to do a lot of readings, that's why I really need a good lighting at my workspace.


Fuhh, puas aku membebel hari ni. Dah la jarang-jarang menulis, sekali update ambik kau dengar la complaint dari atas sampai bawah. haha. Kalau nak membebel macam ni kat orang takut kene lempang, jadiknye kita tulis kat sini je la ye. Takde sape nak marah. hihi. Okay, these are parts of my random ramblings for today. I hope I will see you next time in a better mood. Tata. :)


Wednesday, October 17, 2012

Annual General Meeting MAS UOW 2012

Assalamualaikum semua,


How's life treating you today? Mine is not too bad I suppose. Alhamdulillah ada sikit progress yang memberangsangkan hari ni. Walaupun tak la banyak sangat pun, tapi tetap buat I rasa lega sikit. Hopefully this new project I am working on is progressing well till the end. Amin.


Anyway, I had a good coffee session later in the afternoon with Fatin and our newly appointed president for Malaysian society in University of Wollongong, Kak Zizi. Dia mintak nak jumpa kitorang untuk discuss pasal kelab, and at the same time get to know each other more. Ye la, sebelum ni tak sempat borak panjang pun. Hari ni baru sempat nak kenal-kenal. She's very fun indeed!


Our new president who won the majority votes, Kak Norzizi Zulkifli.
Pelakon, aktivis teater dan pensyarah.
She's now pursuing her PhD in University of Wollongong


Sebenarnya hari Sabtu lepas, persatuan pelajar Malaysia dekat sini ada buat Annual General Meeting bagi sesi 2012. Just so you know it, stories about AGM 2011 is written in here, and you can read about AGM 2010 in here. Amboi dah 3 tahun berturut-turut tu kau tulis pasal AGM MAS UOW ye? haha. Antara agenda utama AGM adalah laporan tahunan persatuan, perletakan jawatan committee yang lama, dan perlantikan committee baru. And I was the emcee for that day, together with Ayei, our former vice president. :)


At the start of the event


While introducing one of the candidates, Mohd Ashaari Daud.
He was appointed as the new vice president by majority.


Hmm, pengalaman jadi emcee ni, dari zaman sekolah lagi I dah biasa buat, jadi takde lah masalah sangat. Tapi kalau suruh I berlakon ke menyanyi tu memang idok le. Menggeletar satu badan nanti. haha. Mungkin mengacarakan majlis dan menghiburkan tetamu ni mempunyai kadar stage fright yang berbeza kan? I'm not good in entertaining the crowds with any sort of performance, but I'm pretty confident to talk in front of  many people


Partner in crime, Ayei.
Tema majlis adalah tradisional.
That's the reason kenapa sorang jadi pak arab, sorang jadi amoi bertudung. haha.


Ye la, dah nama pun nak jadi lecturer, kalau takut-takut nak bercakap tu tak payah jadi lecturer la ye dak? Cuma I  harap, bila dah mula mengajar nanti, I dapat jadi lecturer yang tak membosankan. You know, the one yang student cuba avoid. Nak-nak pulak mengajar subject maths laaaagi la kena pandai curi minat students untuk attend kelas. Hmmm, I should think of something to make my students love my class later on.


Eh melalut pulak. Nak cerita pasal AGM ni dah entah ke mana-mana pulak peginya. Typical Amirah. haha. Okay, back to the main point, here is the list of our new selected executive members for Malaysian Society in University of Wollongong, 2012/2013:


President: Norzizi Zulkifli
Vice President: Mohd Ashaari Daud
Secretary: Muhammad Arif Yunus
Treasurer: Azman Ahmad


Bagi I, memegang jawatan dalam persatuan merupakan satu tanggungjawab yang walaupun tidak lah besar mana, tapi tetap memberi kesan yang positif dalam hidup. Kadang-kadang tu ada jugak masa yang sedikit tertekan, but towards the end, it works as an added value to each and everyone of us. So goodluck to the new committee members. May everything goes well having you guys around. :)


Ahli jawatankuasa sesi 2011/2012
Kami semua dengan rasminya telah meletak jawatan. :)


Credits go to Pai Theartsoul and Hovis Ho as all the photos were taken from their Facebook page. Thanks a bunch to them.


With Pai Theartsoul.
See, I pakai baju cheogsam yang Encik Tunang beli di China.
Thanks sayang.  Nanti beli la lagi. kehkehkeh. :p


Tuesday, October 16, 2012

Celebration of spring in the language of flowers

Assalamualaikum semua,


Taktau mood apa yang melanda, semenjak dua ni malas sungguh nak buat laporan kat blog macam selalu. Biasanya kalau busy macam mana pun mesti sempat jugak lapor diri sekali dua kali seminggu. Ini dah nak masuk dua minggu terabai. Sah penyakit malas tak payah lah kau nak berdolak-dalik bagi alasan sibuk ke apa. :p


Tapi! I masih ber blogwalking hari-hari. Rasa tak lengkap hidup kalau sehari tak busy body dekat blog orang lain. hehe. I just don't have the urge to write my own. Tapi hari ni rasa macam nak menulis. Gasak lah apa benda pun yang keluar pun, tapi rasa nak jugak cerita apa-apa.


Well, life has not been very exciting lately. Mendatar and takde apa-apa yang extraordinary. Sekarang ni target nak siapkan research cepat-cepat, and then I want to leave this place fast. Dah tak ada hati nak duduk sini sebenarnya. Pretending to look cheerful all the time is not that easy ea? Kena bertahan sikit je lagi ye Amirah. I know you can do it girl! :)


Eh, tetiba moody pulak. Sorry! Meh sini nak letak gambar yang ceria-ceria sikit to counter the gloominess  Gambar 3 minggu lepas kot masa I pegi Floriade Tulips Festival dekat Canberra. It is now spring in Australia, hence colourful flowers almost everywhere! So, have fun browsing all the pictures people! :)


At the entrance. I love the all green background.


Ceria kan? I wish I could have a garden full of colourful flowers like this.
Tapi tak pandai berkebun, how?


Standing red tulips. As strong as a perfect true love.


Crazy! Yes, they are my friends. And they did this in public. T__T


Rem serious gila tak boleh blah. hahaha. Control takut auto capture la tu.
Padahal semua orang rileks je dok sengeh. :p


Till then, take care you people! :)


Thursday, October 4, 2012

My favourite fish dish? Ikan temenung goreng garing :)

Assalamualaikum semua,


Mesti semua orang tengah sibuk kerja kan time-time macam ni? Dekat sini dah lunch time. Tapi sorang pun dalam office I ni tak keluar makan. Tekun sungguh mereka-mereka ini buat I rasa segan nak buang masa merayau. Jadinya meh kita curi masa bertanya khabar dekat blog sementara tengah rehat ni. hihi.


Lagipun I kenyang lagi so tak terasa nak keluar pegi cari makan. I brought an orange and an apple with me so tak keluar pun takpa kot. Ceh, bunyi macam diet gila makan buah je padahal pagi tadi dah selongkar peti ais cari nasik takmau habaq. kahkahkah. Kalau dah tekak Melayu toksah la nak berangan jadi omputih sangat makan buah je. Nasik tetap menjadi pojaan hatiku. huhu.


Kalau cakap pasal makan, I'm not a fussy eater. Serious tekak yang boleh terima apa saja takde satu pun yang tak sedap. That's what my father said about me. Tapi!! kalau makan dekat rumah, mesti kena ada ikan temenung (orang selatan panggil ikan kembung). Sedap gila goreng garing-garing perghhh!! Menitik ayaq lioq dah ni. T___T


Kalau tau I nak balik, bapak mesti beli stok ikan ni banyak-banyak, sebab dia tau anak dia yang sorang ni boleh bertukar jadi monster kalau dapat ikan temenung.  I punya mengadap sampai tinggal tulang tengah je yang I tak makan sebab keras, part yang lain-lain dari ekor ke kepala semua selamat jalan!!


Kalau ada ikan temenung goreng ni, lauk apa lain semua tak kisah dah. Dapat sambal belacan dengan kicap dengan ulam timun pun I boleh makan dengan penuh nikmat. Ya Allah Kejam gila imagination sekarang dah teringin nak buat macam mana ni!!! Okay, I better stop drooling over this ikan goreng thingy. Sendiri cari nahas padan muka! 


I miss home-cooked meal like this. Simply legendary.
See, I told you so. Ikan temenung goreng wajib ada!!


Alright, cukup lah sesi bertanya khabar untuk hari ni. I will come back soon for more updates yea. Take care you people! :)

Monday, October 1, 2012

London tour guide :: My style

Assalamualaikum,


Happy first day of the final quarter of Year 2012!! Finally hari ni baru ada mood nak share cerita pasal my previous visit to London. To those who have been there, lets flash back your beautiful memories traveling around the capital. If you haven't, and you wish to get there one day, you may take this as a quick reference. Hopefully this gonna be helpful. So, lets start the the journey with me!


When I was there, I relied solely on their public transport. Kira map undeground tube tu melekat dekat tangan tiap-tiap masa. Hampir semua tempat I accessed dengan trains and tubes. And those services are extremely reliable you don't have to worry a bit about that. Yang penting, kaki kena kena kuat berjalan sebab interchange antara lines boleh tahan jugak jauh dia. T___T


Di antara underground station yang I pegi
King's Cross St Pancras, Picadilly Circus, and Arsenal.


Kepada yang jenis backpacking traveller, rasanya lagi mudah kalau cari cheap hotel around King's Cross St Pancras Station. So, senang nak pergi mana-mana and you can start your journey from there. But mind you, kawasan tu malam-malam agak crowded. If you're travelling alone, I suggest you not to walk out at night. If you are in a group, then worry you not, depa semua tak kacau orang pun. :)


Gambaran di luar dan di dalam station King's Cross


Bab pusing-pusing tempat-tempat menarik around London pulak, kalau you duduk sana setakat 2-3 hari macam I, better beli Hop On Hop Off London Tour tu je. Serious senang gila. Tinggal naik je bas tu dekat mana-mana station, then sit down and relax, kalau rasa nak turun, ambil gambar puas-puas, lepas tu naik bas balik, pergi tempat lain pulak. Tapi tiket dia mahal sikit lah. Sorang dalam 25pound (RM125) and tiket tu valid untuk 2 hari. Jalan lah kau sampai lebam hahaha.

Picadilly Circus. Antara tempat utama di Kota London
Bas merah di mana-mana.


Me inside the tour bus. Big Bus nama dia.
Best duduk kat bumbung boleh nampak pemandangan.



Tapi, kalau you spend masa lama kat sana, I cadangkan better you pergi semua tempat-tempat tu naik tube je. Serious senang cuma ambik masa nak jalan sikit je dari station. Daily ticket dalam 7pound (RM35). Jimat banyak berbanding naik bas merah tu. Cuma kena cekap tengok map and baca papan tanda. Setakat sesat sikit-sikit tu adatlah. Nama pun pelancong, kalau tak melencong tu tak thrill la ye dak? Tips dia, JANGAN PANIK. Bila tak panik, otak pasti berfungsi dengan lebih cekap. :)



Trafalgar Square. Serabut gila tengok orang ramai macam semut.
Apa nak buat, nama pun tempat tarikan pelancong kan.


London Eye. Tak berkesempatan nak naik pun.


Big Ben. Sangat-sangat besar and binaan yang sangat cantik. Must go!


Buckingham Palace. Tengok dari luar pagar je tak masuk pun.
Nanti teringin nak masuk Istana Negara Jalan Duta dulu lah. :)


Hard Rock Cafe London. Senang je sampai sini kalau naik tube. 


I loveeee this building so much. Apartment sebelah HRC.


Wellington Arch


London Bridge from far. The view is breathtakingly amazing.

Rasa bertuah sebab dapat tengok bridge ni terbukak. Cantik dan unik kan bridge ni?


We are almost there. Betol-betol dekat dengan the two towers.


Nakkk jugakkk amik gambaq kat pondok tepon ni. Kata London kan? Ni la trademark. haha. :p



Dari segi makanan, kat sana sangat banyak kedai HALAL. Sedap pulak tu! Serious banyak gila berbanding Aussie. Kepada yang nak jimat, boleh bawak maggi, kicap, sambal tumis, makan dengan nasik putih pun sodap. haha. Tapi kalau ada duit extra, try la depa punya makanan. Sekali sekala jalan tempat orang, dapat rasa makanan depa memang syok. Cuma kena pejam mata sikit lah bayar dalam pound. :)


Kepada yang nak shopping dekat London, silalah pergi ke Oxford Street. Serious boleh pengsan tengok kedai kalau pegi situ. From the smallest stalls to the luxurious brands, you just name it, everything is there!! Can you imagine, kedai yang best-best sepanjang 2.5 kilometres?? Patah kaki oii sebab semua kedai rasa nak masuk. Patah tangan sebab nak angkut shopping bags. muahahahaha. Tapi, disebabkan tak cukup masa, I spent lebih kurang 2jam je dekat sana. Next time mesti nak pegi lagi. Gila kau 2 jam saje dekat Oxford St mana cukup!! huhu. T___T



p/s: Courtesy goes to Kak Fish sebab banyak sangat share information penting sebelum I pegi sana dulu. Kalau tak, confirm terkial-kial taktau nak buat macam mana. hehe. Thanks akak!! :)