Assalamualaikum,
Happy Monday everyone! Kat sini hujan tengah lebat gila. Pagi tadi dah turun lebat, pastu benti jap nampak matahari terik sikit, ni dah petang sambung hujan lagi. huhu. Tempat korang hujan tak? Kalau yang nak balik keje memandu or bawak moto dalam hujan tu hati-hati la ye.
I told you yang I balik Melaka in my previous entry last weekend kan? Petang Ahad dalam pukul 4pm tu baru bertolak balik Penang dari kampung. Tapi singgah KL jap drop kakak and adik ipar dekat Bangsar, pastu pegi Kelana Jaya pulak picked up my mom dengan Huda. From there we all gerak terus balik Penang and sampai rumah dekat pukul 1am macam tu. Letih~~
It was obviously my husband who did all the driving to and from Melaka. I adalah co-pilot yang tak berapa boleh harap yang asyik tidoq dalam perjalanan. hehehe. Tapi tido-tido ayam je la. Baru nak lelap tetiba jeling tengok meter laju je naik dekat 160km/jam. Then I looked at my husband sambil doa banyak-banyak je semua selamat.
Risau jugak, but I can't deny the fact that my husband is a very good driver. Fast but safe. Alhamdulillah. Biasanya orang lelaki ni memang lagi cekap berbanding perempuan bila bab memandu ni. Walaupun laju, tapi diorang lebih focus and lagi cepat bertindak di atas sebarang kemungkinan. Perempuan ni kan cepat panik and kengkadang menggelabah jugak. Takyah cakap orang, tuju kat diri sendiri lettew. :p
Owh, masa kat kampung hari tu, I sempat pi jalan kat dusun durian belakang rumah my parents in law. Hmm, kalo tak salah ada lebih kurang 40 batang pokok durian kot. Hmm, lebih kot. Entah la I tak sure sangat. Tapi I pi tengok yang dekat-dekat je la. Nak pi jauh-jauh masuk dalam semak takott lah pulok. hihi.
Baka Durian Musang King. Nampak tak ada beberapa bijik yang dah besar bargayut-gayut? |
Baka Durian D24. Cara nak kenalpasti, dahan berselirat. Oooo, baru ku tahu. hehe. |
Baka Durian Kampung. Kot. Lupa pula. Tapi rasa macam betol. hihi. Yang ni pun ada banyak buah yang dok bergayut tunggu masa nak gugur. |
Sambil my husband dok explain jenis-jenis pokok yang ada kat situ, tetiba bau durian semerbak je menusuk hidung. He said, "Mesti ada yang baru jatuh ni, cuba cari!". And he was totally right!! Memang ada sebijik yang baru jatuh. Walaupun satu pangsa dah ditebuk tupai, tapi pangsa lain semua elok lagi. Apa lagi, terus bawak balik, dan-dan tu jugak abah bukak bagi kitorang makan.
Tadaaaaa!! Durian Baka Masmuar. Rezeki di petang hari. :D |
Sumpah. Sedap. Gila. Hoii meleleh ayaq lioq lagi sekali. T___T |
Perghh sedap gilaaa weh!! First time ooo pi kutip buah durian fresh dari dusun la kiranya. Hilang habis segala kempunan masa duduk dekat Aussie dulu. Bila musim durian, tahan je ayaq lioq bila tengok orang update makan durian kat Pesbook. Sekarang ni hambek kau, kat kampung ada berapa ratus bijik lagi tengah tunggu masa nak gugur. Makan la kau sampai muntah. kehkehkeh. :p
3 comments:
oH!duriaannn..sdapnye kak mirah.baka yg sedap2 + mahal2 plak tu.nk jd volunteer tlg collect duriann kt dusun bolehhhh??haha.. =D
Una:
Memang sedap sangat! Beza dengan yang beli dekat orang. huhu. Kak Mirah pun baru tau ada byk jenis rupanya durian ni. hehe. :p
Kalau nak, mai la jalan jasin dalam bulan 9 or 10. time tu dah mula jatuh rasanya. hehe. :)
tu laa..mkn kt dusun lg puas ati. hehe..mmg byk jenis pn..ikot gred. plg best musang king la.besar2 isi..tp mahal laa.huhu..oke,bleh gak tu g jasin mkn doriyann. =D
Post a Comment