Salam hari Jumaat, hari ke-3 Ramadhan. You all masih berpuasa hari ni? Alhamdulillah I still am. Soalan ni orang pompuan je boleh jawab tak ye, sebab ada alasan kukuh kalau miss flow datang melawat. Orang lelaki kalau jawab tak memang mintak pelempang la tu. haha.
Anyway, I am in KL right now, ikut husband ada meeting dekat sini. He went out to work this morning while I continue doing my work from home. Hari ni taktau lagi nak berbuka dekat mana. Semalam pegi bazar dekat bawah rumah kakak ipar ni je. Bazar takde la besar sangat, tapi ok la jugak ada banyak pilihan.
I noticed harga makanan kat KL ni a little bit pricy compared to Penang ehhh? Kesian pulak tengok student kat sini mesti tertekan je nak bajet-bajet beli makanan. Apa nak buat kan, dah nama pun bandar besar. Mana boleh nak samakan dengan pekan Kepala Batas tu. hikhik. :p
InsyaAllah malam ni lepas berbuka or lepas terawikh kitorang gerak balik Melaka. Dah alang-alang dekat tu boleh balik berpuasa dengan mak and abah kat kampung for the weekend. This is gonna be my first experience celebrating Ramadhan with the inlaws. InsyaAllah it will turn out to be fun and interesting. :)
Tiba-tiba terasa nak makan ayam penyet la pulak. Hari tu makan dekat L.A. Tea Garden, tapi tak menepati citarasa sangat. Dekat area KL ni banyak tempat yang ada ayam penyet yang sedap-sedap kan? Tapi nak meredah jem pegi beli tu yang hazab. Takpolah, lain kali je ajak husband pi makan. huhu.
Okay, I better get back to work now.
Have a wonderful weekend everyone!
Tata.
No comments:
Post a Comment