Thursday, March 19, 2015

Cinderella 2015. Have courage and be kind.

Assalamualaikum,


Hai everybody! Hari ni kejap je dah Khamis, esok Jumaat pastu dah masuk weekend yahuuu! Tapi tak perasan pun dah habis minggu ke-4 lecture. Assignment tak bagi lagi, test pun tak buat soalan lagi. Tak boleh kalau tak buat sebab semua ni kena masuk dalam course marks 40%. huhu. Soalan final pulak nak kena make sure ready sebab nanti nak kena submit dekat school. Tu tak termasuk dengan lecture notes untuk tiap-tiap minggu, soalan tutorials lagi. Uiiii banyaknya kerja tak siap lagi. huhuhu. T____T


I baru first time mengajar subject ni. So memang semua benda kena start fresh. Tu pun nasib baik sebelum semester start I dah mintak course outline dari lecturer yang ajar subject ni tahun lepas. Kalau lecture notes pun mintak jugak memang melampau la. So nak taknak, I kena study betol-betol subject ni and prepare lecture notes sendiri. Next year kalau kena mengajar lagi senang la sikit sebab semua dah ada. huhu.


Tapi kannn, dalam dok busy-busy tu malam tadi sempat jugak pi tengok movie dengan adik-adik. Ala tengok dekat cinema kat Bertam je, lagi 10 menet nak start baru I klua rumah. hahaha. Kitorang tengok cerita Cinderella. Bestttt!! Walaupun dah tak terkira berapa kali dah I tengok Cinderella dari zaman kecik-kecik dulu, and jalan cerita semua dah hafal, tapi tetap jugak rasa best bila tengok cerita ni.




Mula-mula I ingat Cinderella 2015 ni dalam version kartun, sekali bila dah start ohhhh orang rupanya. Terus makin bersemangat nak tengok. Anddd everything about the film is visually stunning, from the sets to the costumes to the actors, I love everything about it especially the main cast, Lily James @ Ella @ Cinderella. Cate Blanchette pulak bawak watak the evil stepmother. And she is divine!! Tak payah nak komen la pasal lakonan sebab semua best.


Ohh one more thing, I suka gila tengok dresses yang diorang pakai dalam cerita ni. Semuaaa lawa kecuali baju stepsisters la yang memang dibuat untuk nampak funny la. Setiap watak yang keluar mesti I excited tengok baju depa. Walaupun duration of the film is almost 2-hours, surprisingly I tak rasa boring and mengantuk sikit pun walaupun dah dekat midnight.


Part yang paling I suka. Walaupun cerita dongeng tapi tetap senyum sorang-sorang sebab happy. :)


Well, cerita ni sesuai untuk family viewing, and sesapa yang memang minat Disney's Princesses. Kalau Am jangan harap la dia akan layan cerita macam ni. hahaha. Sebab tu dia bagi permission I pi tengok dengan my sisters sebab dia tau kalau dengan dia memang takkan la kitorang tengok cerita fairytales. Kalau dia tengok jugak cerita camni tandanya something must have gone wrong. You better check! :p


To those yang memang minat cerita dongeng macam ni I would recommend you to go. Basically jalan cerita sebijik yang macam kartun tu, but I love it when they really highlight Cinderella's mother's dying words, Have Courage and Be Kind, from the start till the end of the film. Kalau budak-budak tengok mesti senang faham and hopefully diorang boleh apply dalam hidup. Well, fairytales make certain life lessons easier to understand, am I right? :)

No comments: