Friday, March 20, 2015

Heavenly breakfast in Penang : : Astaka Taman Tun Sardon.

Assalamualaikum,


Salam hari Jumaat penghulu segala hari! Hari ni produktif sikit, banyak kerja dapat buat. Pagi-pagi datang ofis settle kan a few things, pastu dalam pukul 10 camtu keluar breakfast dengan my officemate dekat Astaka Taman Tun Sardon. I ni nama je kerja dekat USM, tapi tempat makan yang best kat sini jarang pun pegi. Biasanya bawak bekal pape je makan kat office. Kadang-kadang kalau rajin je baru I keluar makan. 


Tapi baru-baru ni terasa macam nak makan moi sup dekat Astaka. So I ajak la Dila pegi breakfast hari ni. Heaven gila tau tak makan pagi dekat situ. Cakap ja nak apa semua ada. Sedap and murah pulak tu. Tapi korang jangan la expect tempat makan cantik. Food court biasa je ada banyak stalls yang jual macam-macam jenis makanan.


Antara yang famous, longtong, serabai, capati, nasik lemuni, roti canai, roti bakar, mee sup, wantan mee, hokkien mee, kuih-kuih pun banyak gila. Ish banyak sangat tak ingat dah kalau nak buat senarai. Korang cakap je nak makan apa, semua ada. Well, nama pun Penang kan, people don't call Penang as food heaven for nothing right?


I pulak tiap-tiap kali pegi asyik makan moi sup je. Kadang-kadang sebelum sampai sana I plan nak makan benda lain, tapi bila sampai, tetapppp jugak order moi sup. hahaha. Sedap sangat setakat bubur McD tu memang jauh ketinggalan la. :p Pastu minum pulak dengan teh tarik special, perghhh terus balik office sambil senyum-senyum sebab puas hati dapat makan sedap. :p


Moi sup yang I tak penah jemu makan. Sedap gila.
Cukup semua rasa. 


Sekali lepas dah minum teh tarik yang lemak berkrim tu, terus rasa bersalah kat diri sendiri. hahaha Masa minum memang la sedap, lepas tu gigih la habiskan 2 liter air konon nak cairkan segala lemak-lemak yang dah masuk perut tu dengan harapan tak sempat jadi lemak. hahaha. Ala sekali sekala takpe kan. I jarang sangat minum air manis. Hari ni kira cheat day la. Cehh, banyak la kau punya cheat day. :p


So korang kalau datang jalan-jalan Penang tu boleh la cari Astaka Taman Tun Sardon kalau nak breakfast yang best. Rasanya sampai pukul 11am pun still ada lagi makanan. Peak time biasanya dalam pukul 10am. Time tu nampak banyak la orang yang pakai uniform gomen makan kat situ. Kata gomen ada break untuk minum pagi kan? Haruslah ramai yang keluar. hahaha. :p


Okay, weekend ni ada banyak benda yang nak kena buat. Takde istilah weekend duduk rehat goyang kaki dah sekarang ni. huhu. I hope you have a great one yea! Till I see you again. Tata!


3 comments:

Unknown said...

Moi sup ni gerai yg mane ye? Dekat dgn? Thanxx

Unknown said...

Moi sup ni gerai yg mane ye? Dekat dgn? Thanxx

amirah said...

Hmm, kalau masuk dari tengah astaka tu..stall moi sup ni ke arah kiri..dekat dengan orang jual serabai.. kalau tak silap ada capati jugak dekat stall yg sama..