Sunday, November 28, 2010

Family BBQ

Hellooo from Wollongong!!


I'm now writing from my house at Catherine St, Gwynneville. Home sweet home. Walaupun semalam baru je meninggalkan Malaysia dengan berat hati, somehow, somewhat, I do miss my life in Wollongong. Full time student life. Balik dengan lebih bersemangat. To end this journey, fast!!

Ohh btw, a night before my departure day, my brother organized a barbecue session at my Pakcik's house at Alam Damai, Cheras. This is his way of saying thank you to all our uncles and aunties who contributed a lot in making sure that his wedding ceremonies became a huge success. Without them, it might be a little bit hard for him to have wonderful events like those described in his wedding synopsis.

Barbecue session

So, in regards to the bbq session, bapak brought 3 kilos of fresh prawns special from Penang. Udang yang sangat sangat lah fresh dari laut okay. Tengah dok meloncat loncat lagi masa beli tu. Nasib kau lah wahai udang udang sekalian. Jadi santapan kitorang semua hari tu. Terima kasih kerana membesar sebagai udang yang sihat sihat dan enak enak ye..hihihi.

Udang fresh Penang mari

Okay, no kidding! Udang tu memang sebesar muka adik I, Burhan.

Selain udang, ada jugak ayam, ikan dengan sosej yang turut jadi mangsa kebakaran malam tu. Owh, the chickens were marinated by my beloved father himself. Sangat sangat sedap!! Did I ever mentioned that my father is a good cook? Siapa nak rasa jemput la datang rumah. Pasti tak malu untuk offer diri sendiri nak datang makan lagi lepas tu. Sungguh!


Ayam yang diperap oleh bapak. Ambik kau seperiuk besar!

Ikan kembung yang manis dan fresh. Also Penang mari.

Selera orang Melayu memang tak sah kalau tak mencicah dengan air asam. Apa barang cicah sos cili je kan? So, sekali lagi khidmat chef Haji Azmi digunakan untuk prepare ayaq asam special mai dari Penang punya. Sekali kena, comfirm jatuh cinta. Maksud I jatuh cinta dengan air asam Haji Azmi ye. Jatuh cinta dengan anak anak dara Haji Azmi is a big NO NO! hehehe. Antara lain lain pelengkap hidangan untuk malam tu adalah shepherd pie, roti jala dengan gulai daging, nasik goreng, cheese cake, mango salsa, karipap, buah buahan dan air bandung soda (kedai ayam penyet dekat The Curve panggil Soda Gembira. Huh, apa kaitannya I pun tak dapat relate).

Super yummy side dishes

So malam tu hampir kesemua ahli keluarga sebelah mak I datang memeriahkan suasana. Bakar bakar, makan makan, main games, hampir pukul 1 pagi baru tamat. Memang penat tapi sangat best! Nak lagi! Nak lagi! Tapi kena tunggu I balik Malaysia lagi la nanti ye.. So, that's all for now. Catch up with you again later. Tata.

No comments: