Wednesday, February 16, 2011

Dilema gadis bermata sepet

So today I went to my aerobic class again. It was a 1-hour non-stop-penat-nak-mampus aerobic components. Okay, that's not the point. I want to tell you about other thing. When I was in the changing room, right after my shower, I frust gila tengok tempat hair-dryer yang masih kosong. Kene service kalau tak salah.

Hmm, masalah ni. How can I put on my scarf with my wet hair. So I decided to wait for a while and dried my hair MANUALLY. You know, kibas-kibas dengan tangan laju-laju ke kiri ke kanan ke depan ke belakang dengan harapan rambut cepat kering. Kesian kan.

After a while, I saw these two girls from my BodyBurn class. Rasanya awek-awek Korea atau Jepun ni sebab muka comel nak mati. Diorang pun tengah bersiap-siap. I senyum je la sambil borak-borak kosong. TIBA-TIBA, salah sorang bawak keluar hair-dryer. Weeeeee~~~ Ada chance nak mintak pinjam..=))

Lepas diorang dah siap guna hair-dryer hak milik persendirian tu, I pun dengan muka kesiannya pegi la tumpang tanya boleh tak nak pinjam kejap. So I approached one of them, "Hi, excuse me. Do you mind if I borrow your hair-dryer for a little while. I really really need to get my hair dried before I can put my scarf on". Then she said yes. Yahuuuu!!

Lepas dah keringkan rambut sikit-sikit, I pulangkan dekat tuan punya yang comel lote tu, I pun siap-siap la nak pakai tudung. Awek dua orang ni dok ada lagi sambil dok tengok-tengok. Aduhhh, apesal diorang tengok-tengok ni. Aku rosakkan hair-dryer ke? Mati la kalo rosak. Tak dapek den nak ganti hair-dryer kaler bright pink macam tu.

I pun terus je la pakai tudung. Then diorang datang dekat and tanya I kenapa I pakai tudung. I bagitau la I'm a Muslim, and I need to get my hair covered. Tiba-tiba dua-dua tu terus cakap, "Oooooooooo" panjang gila. I tanya la kenapa. One of them said, "I thought you are a Chinese girl. You really look like our Chinese friend. I thought Muslim people only look like the ones from Arabic countries."

Dah sudah. Harap muka je comel. Tapi general knowledge kurang. Taktau ke yang kat China tu raaaaamaiiii Muslim. Ha, kan semua rupa macam I kat situ. Haiyaaaa..

Btw, this is not the first time I was mistakenly approached as a Chinese. Masa kecik-kecik dulu sedih la kalau orang cakap muka macam Cina. Tapi bila dah banyak kali sangat, tak heran dah. hahaha. Mata sepet pun sepet la ye. Bila senyum terus tak nampak mata. hahahaha. Amoi.. amoi.. Nasib kau la ye..

Dua beradik yang bermata sepet. Kalau masuk Burhan, jadi tiga.

Contoh senyum tak nampak mata. Patut la orang konfius Melayu ke Cina. Haha. Lawak~~

1 comment:

Nurul Haiza said...

Muka saya pon macam chinese. Orang selalu tersilap ingat saya ni chinese. Cantikla akak...