Sunday, June 23, 2013

Humble family dinner at my place

Assalamualaikum,


Hai! Happy smoky Sunday everyone! Hmm, sana sini ada update pasal jerebu dekat Semenanjung Malaysia ni kan? Sekarang ni negeri-negeri di kawasan utara pun dah mula dapat tempias jerebu dah. Yang di sebelah Selatan pulak berada dalam tahap semakin berbahaya. Harap semua orang dapat reduce outdoor activity and please please please consume more water in your daily intake okay?


Apa korang buat cuti-cuti ni eh? Ada pegi jalan mana-mana? Kalau bacaan Indeks Pencemaran Udara kat your place tu tinggi jangan lupa pakai mask tau! Alah, bukan mahal mana pun mask tu kan? Tak payah nak tunjuk terer sangat malas nak pakai mask sebab at least udara yang disedut tu bertapis lah sikit. Tak jejas punya lah ke-handsome-an and ke-cun-an korang tu, cuma ada sikit-sikit rupa macam Gaban je. hikhik. :p


I pulak duduk rumah je hari ni. My family baru je balik tengahari tadi lepas datang dinner and terus tido dekat sini malam tadi. My husband pulak baru balik dari tournament badminton that he won the first place. Weehoo! Boleh tahan terer rupanya suami saya tu ye. hihi. Lepas dah penat menang banyak games, sekarang ni dia tengah tido keletihan sebagai seorang juara. hehehe. :)


Malam tadi I saja jemput my parents dengan adik-adik datang makan kat sini. Padahal takde la masak apa yang special pun. Saja je nak ajak diorang datang lepak-lepak dekat rumah. So benda yang paling senang nak prepare mestilah Bihun Sup! hehe. Masak sup satu periuk pastu sediakan rencah-rencah tabur dia yang segala mak nenek tu. huhu. Walaupun senang, tapi renyah gila!! huwaaaa. T___T


Simple dinner menu.  Mee & Bihun with soup.


Rencah: Tauhu goreng, ayam carik, daging cincang.
Bawang goreng, sambal merah (utara style), daun bawang daun sup, sambal kicap (selatan style), lobak masin.


My humble dining area.
Dining table ni wedding present from my uncles and aunties. :)


Mula-mula diorang datang untuk dinner je, tapi lepas makan tu semua orang dok syok layan telemovie Indon, Kakek Cangkul sampai pukul 12.30 malam, pastu semua dah malas nak drive balik. Jadinya, semua pun tidoq kat sini. Movie tu ala-ala cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) la, tapi lagi banyak part lawak sengal yang boleh tahan jugak bangang dia. hahahaha. Aduiiii sakit perut kitorang gelak. 


Atok yang asyik dok usung cangkul dia. ke sana ke sini
Kakek = Atok dalam bahasa Indonesia


Sebenarnya I memang tak layan scary movie, tapi bila tengok cite ni, time lawak I join gelak, time seram-seram pulak I pejam mata. kehkeh. :p Seumur hidup I yang nak masuk 28 tahun ni, rasanya baru 2nd time kot I tengok cite antu. Tu pun semua stok cite komedi seram je la. First dulu HKLBR, pastu Kakek Cangkul ni la. Tu pun ngelat sebab tengok part lawak je. hahaha. Well, what to do? Horror movie is so not my forte. :)


Mamat specky baju biru kat kiri sekali yang paling sengal dalam cerita ni.
Sumpah kalau depan mata memang haku luku kepala dia. Sakit perott la wehh. hahaha. 


So, kalau korang bosan gila taktau nak tengok cite apa bole la layan cite ni. Setakat nak gelak-gelak hilangkan bosan boleh tahan gak la. hahahaha. Tapi part seram memang seram gak la. huhu.
Wekkk, tak sukaaa!! :(


Okay, that's all for today.
May your weekend ends beautifully with your beloved ones around you. 
Till I see you again in the next post. 
Tata! :)


4 comments:

OwNnA said...

sdapnyaa mihun sup utaraaa..tgk smbal dia tu pon telioq dah aihh.blik penang nk p umah kmirah laa mkn mihun supp.. =D

haha..una pn x minat gk cter2 seram ni tp kalo komedi seram tu bleh la layan gk.u shud try tgk latest movie 'pee mak'..nmpk je seram.tp seriussss lawakk gler.haha.. ;)

amirah said...

Una:

Haa, nanti balik penang singgah rumah tau. alamak, takde la pandai masak sangat. setakat sikit2 tu bole la. huhu. :p

Tu la, byk review pasal pee mak tu. tapi dah nak habis tayang kat cinema. Kena tunggu keluaq online la camni.

OwNnA said...

hihi..takpe.aritu knduri xsmpat nk singgah umah..nnt bolehla p raya umah naa.msak mihun sup pon kira sedapp dahh.. =D

oh da nk abes ke.hihi..tgu online pn oke jgak..tgk rmai2 lg bestt.

amirah said...

Una:

Okay, kalau ada rezeki, raya ni kita jumpa tau. mai jalan rumah ajak semua orang. :)