Sunday, July 21, 2013

Separuh Ramadhan yang hampir hilang

Assalamualaikum,


What are you guys up to this weekend? Ada pi jalan mana-mana? Or pergi berbuka dekat mana-mana? I tak pi mana pun, duduk rumah je hari ni settle kan kerja-kerja kat rumah. I just completed my second laundry, maknanya menimbun la kain baju yang nak kena lipat nanti. :)


Hari ni dah masuk 12 Ramadhan kan? Kejap gila rasa. Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menikmati kelebihan Ramadhan di samping ibadat-ibadat sampingan yang diharap dapat jadi penambah berat untuk timbangan di hari perhitungan nanti. :)


Anyway, tahun ni takde pun plan nak pergi berbuka dekat mana-mana restaurant atau pun hotel. Hmm, memang bukan budaya dalam my family pun untuk makan kat luar. We prefer to break our fast at home, lagi selesa, senang untuk solat, dan tak terkejar-kejar untuk solat tarawikh. :)


Anyway, semalam I and my husband balik berbuka dekat rumah tok sebelah bapak. Kebetulan ada saudara lain lagi yang balik rumah tok, jadi meriah jugak la majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan ni. hehe. Menu utama nasik daging Tok Yam, di samping macam-macam lagi makanan yang semua orang bawak secara pot luck.


Foods galore. Nyummsss!!
Alhamdulillah for this rezeki. :)


Masterchef yang duduk atas kerusi biru kat belakang tu. Yang lain anak, menantu, cucu, cicit.
Ni baru sikit. Kalau semua ada kena beratur dalam barisan. :p


Meh tepek gambar dengan suami terchenta.
Sapa suruh asyik kutuk I amik gambaq makanan,
akibatnya I paksa sengeh kat depan front camera. hihihi. :p


As far as I can remember, masa kecik-kecik dulu memang kerap jugak balik berbuka dekat rumah tok. Tapi sekarang bila semua dah besar panjang, masing-masing dah ada family sendiri, ada komitmen sendiri, so jadi makin jarang balik dah. So bila sekali sekala balik bukak puasa ramai-ramai tu seronok pulak. :)


Okay lah, I nak pegi godek-godek fridge nak tengok barang apa yang ada untuk masak petang ni. Kadang-kadang mati kutu jugak taktau nak masak apa. Belasah je la, asalkan rupa macam makanan tu suami I makan je apa-apa. Sedap ke tidak tu letak sebelah, effort tu yang penting. :)


It is almost half past Ramadhan already
Let's appreciate every single minute of it
Assalamualaikum! :)


Thursday, July 18, 2013

A mother's unconditional love

Assalamualaikum semua,


Semalam I dengan husband balik berbuka dekat rumah my parents. Saje je sebab last bukak puasa sama-sama masa first Ramadhan je pastu dah pegi KL and balik Melaka. So semalam lepas Am balik keje kitorang balik la rumah mak untuk berbuka sama-sama.


Earlier that day, I talked to my mum via telephone saja borak-borak about random stuffs and bagitau nak balik berbuka dekat rumah petang tu. Pastu I ada ajak mak buat kek macam dulu-dulu untuk raya kali ni. We used to enjoy baking when I was a little younger. Our favourites are fruit cake, chocolate cake, banana cake and not forgotten, classic cheese cake. :)


Biasanya malam raya la baru bakar kek-kek tu semua. And then bila dah start bau vanilla semerbak je dalam rumah, masing-masing dok tunggu je oven mak bunyi "tingg!!!" tanda kek dah ready, apa lagi jom kita serbuuuu!! Dalam sekelip mata, kek tinggal separuh sebab lagi separuh yang panas-panas and lazat tu dah selamat masuk dalam perut kitorang especially part yang garing kat tepi-tepi tu. Nyummsss!!


That was memory. We haven't been doing that for quite a while. Maybe I rasa camtu sebab I dah lama tak sambut raya kat rumah kot. Tapi seingat-ingatnya memang dah jarang buat kek untuk raya dah sekarang ni. And yesterday I told mum, "Let's do that again this year!!". I miss my mom's cake like very seriously. :)


Our conversation on the phone ended just like that. I pun sambung buat kerja, tunggu husband balik, and terus siap-siap nak pergi rumah mak. I bawak kuey teow dengan bahan-bahan cendol yang my parents in law kirim untuk bagi dekat my parents. Mak bagitau yang kuey teow tu nak buat Char Hor Fun.


Cendol dari Serkam, Melaka.
Very famous kat sana. Kalau pegi Serkam boleh cari ye. :)


Kuah Char Hor Fun mak. Sedap gila!!
Easy to make and effortlessly yummy! Tapi of course ada secret ingredient. hehehe. :p


So, sampai je rumah mak I tengok mak tengah kat dapur tengah prepare bahan untuk masak Char Hor Fun. Pastu ada bau pisang and vanilla essence pulak! Omg, I smelled banana cake. So, I excitedly looked around the kitchen to find a real mom's banana cake in the oven! I just told mom that I want to eat her homemade cake about a couple of hours ago, and when I went back home, Tadaaa!! The cake is already there!! :)


Banana slice. Richhhh with banana. Sedapppp!! :'))


Mak cakap kebetulan semua bahan lengkap, so that made her job easier. And that little girl in me was beyond excited! As expected, baru je keluar oven, half of the cake went gone just like that. hahaha. Sedap okehh makan kek panas-panas masa berbuka. I siap tapau satu bekas bole buat kunyah-kunyah sambil tengok tv. hehehe. :D


Now Amirah is like a happy little girl!
Her cake craving has been satisfied. :) 


Wednesday, July 17, 2013

Don't over eat your Sahur

Assalamualaikum,


Selamat pagi semua! Amboi pagi-pagi buta dah muncul. hehe. I just had my sahur and now while waiting for Subuh I think I'd better do something to keep me fresh and awake. So, here I am, pagi-pagi dah ajak you all sembang kat dalam blog ni. :)


Hari ni dah masuk hari ke-8 Ramadhan, tapi baru dua kali I sahur dengan suami dekat rumah sendiri. Yang lain semua dekat rumah my parents and the in-laws. So dah dua hari bila I tanya husband nak makan apa, he said he just wanted to eat light meal for sahur. Then I wonder what type of light meal in his definition right? Is that nasik goreng? Mee goreng? Roti telur? Sandwich? Or any other similar meals that I think are quite 'light' for me. Then he said, 


"No, just telur goreng and 3 pieces of buah kurma."


"That's all???"


"Yes. that's all".


So, I basically need only 10 minutes, well no, 5 minutes to prepare everything at the kitchen. Goreng telur and bancuh a mug of black coffee for him, and two pieces of bread and a big mug of milo for myself. Ain't that easy peasy??Amazingly, those light meals are more than enough in preparation of our fast for the next day. Alhamdulillah. :)


Our humble meal for sahur.
Please get something to eat even if it is just some water.
In it, there is Barakah. :)


So to all young ladies out there, if you are worried bila ada suami nanti komitmen memasak tu jadi complicated, well, it is actually not. Bila buat apa-apa pun untuk suami dengan hati yang ikhlas, kira masak with love lah orang kata kihkihkih, insyaAllah benda yang simple pun akan dapat keberkatan dia. :)


Okay, sekian kuliah Subuh oleh Ustajah Amirah untuk hari ni.
I better read a few pages of the Al-Quran to fill in some more precious time before Subuh.
Till I see you again next time.
Tata! :)


Friday, July 12, 2013

Nak makan apa eh berbuka hari ni?

Assalamualaikum semua,


Salam hari Jumaat, hari ke-3 Ramadhan. You all masih berpuasa hari ni? Alhamdulillah I still am. Soalan ni orang pompuan je boleh jawab tak ye, sebab ada alasan kukuh kalau miss flow datang melawat. Orang lelaki kalau jawab tak memang mintak pelempang la tu. haha.


Anyway, I am in KL right now, ikut husband ada meeting dekat sini. He went out to work this morning while I continue doing my work from home. Hari ni taktau lagi nak berbuka dekat mana. Semalam pegi bazar dekat bawah rumah kakak ipar ni je. Bazar takde la besar sangat, tapi ok la jugak ada banyak pilihan.


I noticed harga makanan kat KL ni a little bit pricy compared to Penang ehhh? Kesian pulak tengok student kat sini mesti tertekan je nak bajet-bajet beli makanan. Apa nak buat kan, dah nama pun bandar besar. Mana boleh nak samakan dengan pekan Kepala Batas tu. hikhik. :p


InsyaAllah malam ni lepas berbuka or lepas terawikh kitorang gerak balik Melaka. Dah alang-alang dekat tu boleh balik berpuasa dengan mak and abah kat kampung for the weekend. This is gonna be my first experience celebrating Ramadhan with the inlaws. InsyaAllah it will turn out to be fun and interesting. :)


Tiba-tiba terasa nak makan ayam penyet la pulak. Hari tu makan dekat L.A. Tea Garden, tapi tak menepati citarasa sangat. Dekat area KL ni banyak tempat yang ada ayam penyet yang sedap-sedap kan? Tapi nak meredah jem pegi beli tu yang hazab. Takpolah, lain kali je ajak husband pi makan. huhu.


. Nasi ayam penyet L.A. Tea Garden. Presentation menarik, portion besar.
Tapi tak berapa ikut selera as I have tasted something better before this.
Ada satu gerai dekat Jalan Gombak. Perghhh ayam penyet situ memang sempoi. Slurppp. Hoihh puasa la. T___T


Okay, I better get back to work now. 
Have a wonderful weekend everyone!
Tata.


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan pertama untuk pengantin yang tak berapa baru :)

Assalamualaikum,


How is Ramadhan treating you so far? Eh, sebenarnya how you treat your Ramadhan sounds better kan? As for me, I am enjoying every single bit of this holy month with people I love around me. Excited weh! Dah bape tahun posa kat tempat orang. Akhirnya tahun ni dapat rasa kemeriahan Ramadhan kat tanah air sendiri.


Anddd, to make it more special, tahun ni first time sambut Ramadhan dengan suami. Cliche sangat bunyi tu kan? Tapi perasaan dia memang lain sikit. I really don't know how to describe it, tapi memang seronok la. Rasa macam ada tanggungjawab untuk pastikan makanan untuk berbuka dan bersahur tersedia untuk suami.


Dulu masa bujang, sahur makan Koko Crunch dengan fresh milk pun dah cukup dah, pastu bukak puasa, goreng telur makan nasik panas dengan kicap pun cukup dah. (in other word MALAS la kahkahkah). Tapi sekarang ni, kena la fikir kan lauk berbuka yang senonoh sikit kan? Mana boleh layan perut macam masa bujang lagi. :p


Pastu sebelum start puasa hari tu, excited mengemas rumah, cuci semua toilet, basuh cadar, comforter, telekung apa semua. Kebetulan hujung minggu lepas kami panggil orang pasang alarm dekat rumah, pakcik tu bawak extra driller, ha apa lagi, terus paksa rela suami tebuk lubang untuk gantung 3 keping frame hadiah masa wedding hari tu. hahaha.


Mula-mula ukur tu main agak-agak je. Tapi being me yang cerewet asyik komplen nampak senget la, tak balance la hapa la, ha, terus Am ambik measurement tape, siap draw atas kertas nak balance kan kiri kanan dinding. Padahal secoet je pun dinding tu. Tapi I nak jugak kira!!! Am muka bengang je kena layan perangai wife dia. hahahaha. :p


Tengah tengok balance ke tidak measurement tu. hihi.


Husband in action!
Two up, one more to go. 


Tapi hasilnya agak membanggakan tau untuk orang yang tak pernah pegang driller. hehe. Seronok tengok dinding dah dihiasi dengan Ayat Seribu Dinar, diapit dengan kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW. Harapnya kami dapat jadikan amalan untuk baca ayat ni setiap kali pandang dinding ni. Bukan sekadar hiasan semata-mata. InsyaAllah. :)


Sejuk je mata tiap-tiap kali pandang dinding ni. Now it feels like home. :))
Anyway, ni wedding present dari family Paklang I dari Port Klang. Thank you so much! :)


MAY WE HAVE A BLESSED RAMADHAN AHEAD
AND LETS GRAB EVERY SINGLE CHANCE TO DO GOOD DEEDS
:)


Tuesday, July 9, 2013

A Decade Long Love Story :: Amri & Amirah

Today marks a decade of long love story between Amri & Amirah.


It was MRSM Beseri that brought them together. They started as two high school strangers who got interested into each other but never had the guts to let each other know about it. Two years in high school ended with nothing. Only their love sparkled from within.


Their 17-year old MRSM Beseri's Yearbook Photos


Then fate brought them closer when they are destined to continue their degree level in UTM Skudai, Johor. On 9th July 2003, Amri asked Amirah out for a lunch date, and from there, they continue as a lovebird for the next couple of years until today, 9th July 2013. For ten years.


However, being together meant being apart in their love diary. After 4 years in uni life, they reluctantly made to agree with a long-distance relationship by only seeing each other some times in a while for nearly 2 years. He started working while she continued her Master's Degree at the same university.


What followed was yet a longer separation for another 3 years when both of them are meant to live abroad. Abroad here means two continents apart, one in Australia and the other one in Austria. This was basically like the most challenging part for the couple. The distance and work commitment had been so tough on them,  apparently, they proudly survived.


London allowed them to see each other at the heart of the metropolitan city in September 2012.


They got engaged in December 2011, and when decision has been made, they decided to tie the knot a year later. Despite all the things they have gone through in their 10 years relationship, they now become stronger not only as individuals, but also as a couple.


On the day they tied the knot.


They promise to go through sorrow and succes
for all the days of their life

They also promise to walk together hand in hand to wherever their journey leads them.
Living, Learning and Loving each other. Forever.


HAPPY 10th ANNIVERSARY
AND KEEP ON COUNTING THE YEARS COMING.


You may read the full version of their love story in here:

Wednesday, July 3, 2013

Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA!! :)

Assalamualaikum semua,


Do you reckon that PERKESO (SOCSO) ada organize Helth Screening Program (HSP) untuk semua pekerja berdaftar tak kira kerajaan atau swasta yang berumur 40 tahun ke atas? Alaa, yang banyak keluar iklan kat dalam The Star and TV tu. 


Dalam program percuma ni, PERKESO sediakan voucher untuk pekerja yang berkelayakan secara PERCUMA!!


  1. Standard Screening Voucher
    Physical examination, consultation, blood test, urine test and Pap Smear (for women)

  2. Mammogram Screening Voucher


Cara dia senang je, kena pergi dekat mana-mana klinik panel yang berdaftar di bawah program HSP ni, then you ask for the standard screening voucher. Lepas dah siap semua tu, doctor akan keluarkan referral letter untuk you pergi mana-mana hospital untuk buat Mammogram Screening. Easy peasy! Yang penting FREE! :)


So last week, I teman my mom pergi buat Mammogram Screening dekat Pantai Hospital, Sungai Petani. Cantik betol hospital baru tu. Staf pun very dedicated, buat kerja cepat, tak sempat kita tanya diorang dah datang untuk advise kita nak pergi buat apa semua. Bagus, bagus. I suka pekerja yang pantas camtu. :)


Jabatan Pengimejan Diagnostic, Hospital Pantai, Sungai Petani
Mammogram and ultra sound buat kat sini.
Pekerja bagus, doctor pun bagus. I like! :)



Ruang menunggu yang luas dan selesa.
Tunggu lama pun rileks je rasa.


So, everything is completed in less than one hour, with mammogram and ultra sound as well. Kalau tanpa voucher, bayaran untuk mammogram ni RM100, untuk ultra-sound pun lagi RM100. Tapi sebab mak guna voucher program HSP PERKESO ni, mak dah jimat RM100. hehe.


And then, staff Pantai tu pulak advise mak untuk guna voucher Lemabaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pulak untuk ultra-sound. Borang voucher ni boleh dapat dekat pejabat LPPKN, klinik atau hospital. So, mak jimat lagi RM100 with a total of RM200 altogether. Alhamdulillah.


So, jom pakat-pakat bagitau parents, pakcik, makcik, atok, nenek, mak sedara, pak sedara segala kaum kerabat semua lah, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan secara percuma anjuran PERKESO ni. Voucher ni valid sampai hujung tahun ni je tau. Tapi kalau bukan pekerja berdaftar jangan risau, sebab boleh guna voucher dari LPPKN.


Kita yang muda-muda ni boleh buat jugak, tapi takdela voucher free ni yek. Plus untuk yang berumur kurang daripada 40tahun tak berapa digalakkan buat mammogram untuk detect breast cancer tu sebab otot dan cell dekat breast masih active. Takut ada mudarat pulak. Tapi digalakkan untuk buat pemeriksaan sendiri.


So apa lagi? Let's take care of our health okay?
Not only us, but also people around us.
Tata! :)


Monday, July 1, 2013

Jalan-jalan terjumpa durian.

Assalamualaikum,


Happy Monday everyone! Kat sini hujan tengah lebat gila. Pagi tadi dah turun lebat, pastu benti jap nampak matahari terik sikit, ni dah petang sambung hujan lagi. huhu. Tempat korang hujan tak? Kalau yang nak balik keje memandu or bawak moto dalam hujan tu hati-hati la ye.


I told you yang I balik Melaka in my previous entry last weekend kan? Petang Ahad dalam pukul 4pm tu baru bertolak balik Penang dari kampung. Tapi singgah KL jap drop kakak and adik ipar dekat Bangsar, pastu pegi Kelana Jaya pulak picked up my mom dengan Huda. From there we all gerak terus balik Penang and sampai rumah dekat pukul 1am macam tu. Letih~~


It was obviously my husband who did all the driving to and from Melaka. I adalah co-pilot yang tak berapa boleh harap yang asyik tidoq dalam perjalanan. hehehe. Tapi tido-tido ayam je la. Baru nak lelap tetiba jeling tengok meter laju je naik dekat 160km/jam. Then I looked at my husband sambil doa banyak-banyak je semua selamat.


Risau jugak, but I can't deny the fact that my husband is a very good driver. Fast but safe. Alhamdulillah. Biasanya orang lelaki ni memang lagi cekap berbanding perempuan bila bab memandu ni. Walaupun laju, tapi diorang lebih focus and lagi cepat bertindak di atas sebarang kemungkinan. Perempuan ni kan cepat panik and kengkadang menggelabah jugak. Takyah cakap orang, tuju kat diri sendiri lettew. :p


Owh, masa kat kampung hari tu, I sempat pi jalan kat dusun durian belakang rumah my parents in law. Hmm, kalo tak salah ada lebih kurang 40 batang pokok durian kot. Hmm, lebih kot. Entah la I tak sure sangat. Tapi I pi tengok yang dekat-dekat je la. Nak pi jauh-jauh masuk dalam semak takott lah pulok. hihi.


Baka Durian Musang King.
Nampak tak ada beberapa bijik yang dah besar bargayut-gayut?


Baka Durian D24.
Cara nak kenalpasti, dahan berselirat. Oooo, baru ku tahu. hehe.


Baka Durian Kampung. Kot. Lupa pula. Tapi rasa macam betol. hihi.
Yang ni pun ada banyak buah yang dok bergayut tunggu masa nak gugur.


Sambil my husband dok explain jenis-jenis pokok yang ada kat situ, tetiba bau durian semerbak je menusuk hidung. He said, "Mesti ada yang baru jatuh ni, cuba cari!". And he was totally right!! Memang ada sebijik yang baru jatuh. Walaupun satu pangsa dah ditebuk tupai, tapi pangsa lain semua elok lagi. Apa lagi, terus bawak balik, dan-dan tu jugak abah bukak bagi kitorang makan.


Tadaaaaa!! Durian Baka Masmuar.
Rezeki di petang hari. :D




Sumpah. Sedap. Gila.
Hoii meleleh ayaq lioq lagi sekali.
T___T


Perghh sedap gilaaa weh!! First time ooo pi kutip buah durian fresh dari dusun la kiranya. Hilang habis segala kempunan masa duduk dekat Aussie dulu. Bila musim durian, tahan je ayaq lioq bila tengok orang update makan durian kat Pesbook. Sekarang ni hambek kau, kat kampung ada berapa ratus bijik lagi tengah tunggu masa nak gugur. Makan la kau sampai muntah. kehkehkeh. :p