Wednesday, April 13, 2011

Besarnya nilai RM50 bagi yang memerlukan

Dear diary,

I talked to my mum for more than 1 hour just now. Melepaskan rindu. hehehe. If you read this, I miss you so much mak! Mirah teringin sangat nak balik, but I don't think I can do that within this short time. Tak sabaq nak tunggu mak mai sini tau!


Dalam banyak-banyak topik yang kitorang berborak hari ni, hati I tersentuh bila dengar cerita mak macam mana dengan hanya RM50, kita boleh menggembirakan hati orang yang sangat-sangat memerlukan. Mungkin bagi setengah orang, RM50 tu apa lah sangat kan? Sekali dinner di fine dining restaurant pun boleh habis lebih RM50 per individu ye tak?


Okay, ceritanya macam ni. Mak baru balik dari umrah baru-baru ni. Lepas keluarkan belanja untuk beribadat ke jalan Allah, Alhamdulillah Allah gantikan balik duit mak dengan kurniakan rezeki berlipat kali ganda nilainya. So, bila dah ada rezeki lebih sikit, mak terasa nak hadiahkan cleaner dengan guard dekat office mak RM50 sorang. Saja nak bagi diorang duit belanja minum niat hati mak.


The cleaner is a very humble Indonesian woman. Mak cakap bagus dia kerja. Solat tak pernah diabaikan. Lepas dapat je duit dari mak, dia cakap dia nak beli sesuatu yang berharga sebagai tanda kenangan. Tak pernah dia dapat hadiah sebanyak tu katanya. So, dia beli jam tangan dengan sejadah. Ya Allah, dengan RM50 dia dapat beli 2 benda yang sangat berharga bagi dia. Kita ni pulak, kalau boleh jam tangan nak yang berjenama je. Paling cikai pun mesti nak harga yang cecah ratusan ringgit. Insaf~~


Tu kisah cleaner. Yang paling buat I terharu bila dengar cerita guard pulak. Masa mak bagi duit tu, dia dah ucap terima kasih. Then bila dia naik solat, dan check amount yang mak bagi, dia terus turun dan ucap terima kasih yang tak terhingga dekat mak sampai buat mak terpinga-pinga. Besar sangat ke RM50 tu sampai dia beria-ia ucap terima kasih sampai macam tu sekali?


Rupa-rupanya baru mak tau, sebelum dapat duit dari mak tu, dalam poket dia hanya tinggal RM2 saja. Apa sangat yang boleh kita buat dengan nilai 2 ringgit hari ni kan? Nak beli nasik putih lauk telur pun tak lepas. Boleh bayangkan tak apa yang dapat dia makan sepanjang minggu tu? Ya Allah, sedih sangat dengar. Menitik air mata I masa tu. Kita ni hidup serba serbi cukup, sedangkan ramai lagi manusia di luar sana yang terpaksa mengikat perut untuk teruskan kehidupan.


Ayat mak yang I pegang hari ni, jangan kedekut untuk belanjakan duit untuk orang lain. Kita tak pernah tahu, mungkin dalam setiap rezeki berlebihan yang Allah kurniakan untuk kita tu, terselit rezeki yang boleh dikongsi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Bear that in mind kay Amirah.
 
 
Ringankan tangan untuk memberi, InsyaAllah, Allah pasti akan gantikan dalam bentuk gandaan pahala yang tak terhingga nilainya. Yang penting, segalanya perlu diniatkan hanya kerana Allah swt.

8 comments:

sue. said...

absolutely true my dear!!!

PeNgEmiS dUniA said...

memang , kita membazir xigt dunia , orang susah dibiar sahaja . tapi serius , once kita derma ,Allah akan melipat gandakan rezki kita lebih dr itu . itu memang fad pegang , n ia sememangnya terjadi :)

fArhAnA said...

:)

amirah said...

@sue.

very true kan dear.. kita memang kena muhasabah diri lebih sikit. same2 usaha kay..=))

amirah said...

fad:

btol la fad..kadang2 kita sendiri tak sedar cara kita berbelanja sebenarnya dah masuk kategori membazir. mungkin kalau kita kongsi sikit dengan orang yang memerlukan, Allah gandakan lagi rezeki kita nanti..

amirah said...

farhana:

sama2 kita remind each other kay..=))

Sophie Al-yahya said...

terharunya baca cerita ni T_T

amirah said...

Masa mak cerita tu pun menitik air mata I. Kita hidup senang lenang, rupa-rupanya ada orang lain keliling kita yang susah. Mungkin kena lebih alert lepas ni.. Sama-sama ambik iktibar kay..=)