Sunday, April 10, 2011

Happy 28th Anniversary Mak & Bapak!!

28 years ago, in the year 1983, marked the day when two souls become one, and together forms a common bond, love and commitment. From that point of the day, the wedding anniversary holds tremendous value of love and happiness that comes each year. Pasangan ini kemudiannya menyambut satu demi satu kelahiran permata dalam keluarga yang kini berjumlah 6 orang dan seorang menantu sulung. 

Keluarga Haji Azmi & Hajjah Kartini
(From left: Fatin, Bapak, Hanif, Amirah, Huda, Burhan, Mai, Mak, Hamizah)

Putera sulung, Muhammad Hanif (27 tahun), dilahirkan pada tahun 1984 diikuti dengan puteri sulung  bernama Amirah (26 tahun), dilahirkan pada tahun 1985. Kedua-duanya diberikan didikan sempurna dari zaman persekolahan sehingga meniti alam dewasa. Dan sehingga hari ini, putera dan puteri sulung ini masih dan sentiasa memerlukan sokongan dan doa daripada pasangan ini untuk terus mencapai satu demi satu kejayaan dalam hidup.

Pada tahun 1989, seorang lagi puteri yang dinamakan Fatin Anisah (22 tahun) dilahirkan ke dunia. Diikuti dengan kelahiran seorang lagi putera bernama Burhanuddin (21 tahun) pada tahun 1990. Seperti kakak dan abang mereka, kedua-duanya turut diasuh dan dididik menggunakan formula yang sama. InsyaAllah, diiringi doa daripada ibu bapa, kejayaan peringkat pengajian tinggi akan jadi milik mereka.

Permata yang ke lima dilahirkan pada tahun 1994 yang diberi nama Hamizah (17tahun), kini di alam sekolah menengah. Selepas 20 tahun usia perkahwinan, pada tahun 2003, pasangan ini dikurniakan seorang lagi puteri yang bernama Ainul Huda (8tahun) yang kini menjadi penyeri dalam keluarga. Semoga abang-abang dan kakak-kakak mampu menjadi contoh kepada adik-adik yang masih jauh lagi perjalanan dalam hidup mereka.

Pada tahun 2010, pasangan ini menerima menantu sulung di dalam keluarga, Mai Nazura, yang kini menjadi tulang belakang kepada anak sulung mereka. InsyaAllah, berkat restu dan doa pasangan ini, keluarga besar ini akan terus berkembang dengan menerima kehadiran pasangan terbaik pilihan anak-anak.

Bukan sedikit dugaan yang perlu dihadapi oleh pasangan ini terutamanya cabaran membesarkan anak-anak yang berbeza sifat dan karenah. Alhamdulillah, they made it. For them, parenting is both a never ending process and a journey. The father works hard to provide the needs of his offspring. And the mother gives all her life so that the children know where the home is even when they were given wings to fly away.

To Haji Azmi and Hajjah Kartini, we can't thank you enough for the love, education and your never ending support. And most importantly we want to thank Allah for granting us with the most invaluable most precious parents in the whole world. Happy anniversary again!

2 comments:

Nyra_Ahn said...

Ingy lg, ko tlis surat kt mak&bapak ko kt klas dlu...:)

amirah said...

Barely remember that.hehehe..ko ingat eh..=))