Thursday, January 31, 2013

Carrie Beach re-visited

Assalamualaikum,


Salam hari terakhir untuk bulan Januari 2013. Is it seriously tomorrow is February 1st already? MasyaAllah cepatnya masa berjalan. Tak terkejar rasanya perjalanan masa yang terlampau laju ni. Speaking of which, this means my big day is coming in less than two months time!! Yayy!! But too bad both of the pengantins are still living abroad. Nayy!!


After a series of gloomy and rainy days in Wollongong (generally New South Wales), hari ni cuaca terang dengan matahari yang agak terik. Funny betol la cuaca dekat sini. Sampai ke sudah I tak bole nak biasakan diri. Minggu ni panas melampau sampai berlaku kebakaran hutan, minggu seterusnya pulak hujan lebat sampai keluar amaran banjir. Hmm, bencana alam silih berganti tanda usia bumi ni dah makin lanjut tunggu masa nak tamat agaknya kan? :(


Masa cuti Australian Day hari Isnin lepas, I had chance exploring most of the interesting places along Grand Pacific Drive (again). Kali ni lagi banyak tempat yang sempat singgah termasuklah Garie Beach yang I ada cerita baru-baru ni. Walaupun hujan yang boleh tahan lebat, tapi tetap best jalan-jalan dekat tepi laut!! Ombak sangat sangat sangat ganas, so memang tak dapat la nak bermandi manda. huhu. But we still had loads of fun anyway! :)


Ombak bekepul-kepul memutih kat belakang tu. Cantik! Tapi boleh tahan scary jugak la.


Larger view of Garie Beach.  Quite a private one with not so many people around.
Best kalau mandi dengan syarat cuaca elok la. Kalau macam ni punya gaya, mokcik takutttt.


Behind the scene. Right after the previous photo. Elok punya dok posing, sekali ombak kuat gila!
Hanna relax tak bergerak and statik je pun. Haku je yang over. Drama sungguh. T___T


Konon niat di hati nak mandi laut la, sekali tengok ombak macam nak telan orang, memang tak berani. Sudahnya jalan-jalan kat tepi pantai je. Tu pun basah sampai paha. Dah habis mengelak dah tu tapi tewas jugak dengan ombak yang ternyata lagi bertenaga. huhu.






Sunday, January 27, 2013

Sunday Blues

Assalamualaikum,


Good morning everyone! Amboi pagi-pagi ahad dah lapor diri kat sini. Orang lain mesti sedap tengah sarapan pagi nasik lemak sambal kerang dengan kuih seri muka lemak berkrim sekarang ni kan. Tak pun lontong dengan karipap kentang pusing-pusing. Ya Allah sedap gila. Okay balik nanti mesti mau cari. huhu.


Sebenarnya bangun pagi ni I rasa nak pegi Wollongong City. Dah lama tak buat perangai merayau sorang-sorang sebab asyik busy manjang. Hari ni bangun pagi terus semangat mandi wangi-wangi ingat nak keluar awal la. Saja nak cuci-cuci mata, nak shopping memang tak la. haha. Sekali bila dah siap, bukak je pintu depan, ambik kau hujan yang kalau redah boleh tahan kuyup jugak la. 


Okay takpe, hujan je pun bukan kilat sabung menyabung. Takde hal la boleh pakai payung. So I terus masuk bilik selongkar beg, sekali tengok takde makhluk berupa payung pon kat dalam tu. Payung purple takde, payung polka dot warna warni pun takde. Dua-dua tinggal kat office. Takkan nak bawak payung gabak yang muat empat orang tu naik bas. Dah rupa nenek kebayan bawak tongkat la pulak nanti. Huwaaaaa. T___T


Sudahnya, dengan penuh kecewa, masuk dalam rumah, tersandar dekat sofa sambil belek pamphlet Woolies, Myer, David Jones, Kmart and Coles. Padan muka kau Amirah, cuci mata tengok pamphlet je la sudahnya. Haihhhh. Bila tengah ada mood nak merayau, keadaan pulak tak mengizinkan. Time hari cerah terang benderang, tak sempat pulak nak merayau ni. Adoii what a loser. :(


Untuk neutral kan balik mood yang ke laut hari ni, meh sini nak share video fireworks yang I record masa Australian Day celebration last night. Walaupun I sempat pegi yang malam punya je, the celebration was quite exciting after all. Dah banyak kali I tengok fireworks kat sini, but last night was the best. Let's chek it out. 




Okay, dah siap satu entry pun hujan still tak benti-benti. Akan aku tunggu hujan ni reda. Tak kira!! Nak jugakkkk merayau hari ni. Tepu dah otak ni dah lama tak tengok barang yang indah-indah. hahaha. Amacam? Baik punya alasan kan. hehe. :p


Enjoy your Sunday everyone!!
Tata!


Thursday, January 24, 2013

Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum,


Salam Maulidur Rasul untuk semua. Hari ni sangat istimewa bukan hanya sebab cuti umum di Malaysia, tapi sebab hari ulangtahun kelahiran kekasih umat Islam di seluruh dunia, Nabi Muhammad SAW. Rasanya bukan budaya para sahabat untuk sambut hari kelahiran Rasulullah ni kan? Why? Sebab tiap-tiap hari mereka ada peluang nak bertemu dengan Rasulullah. Kalau tak dapat jumpa sekali pun, sekurang-kurangnya selawat ke atas baginda akan meniti di bibir tanpa henti bagi menghilangkan rasa rindu.


Berbeza dengan kita pada hari ni, jarang sangat jumpa orang yang menjadikan selawat ke atas Rasulullah tu suatu kebiasaan di bibir. Sebok hafal lagu lagi ada la. Tak payah cakap orang lain, aku la tu.huhu. Lepas tu bila datang ulang tahun kelahiran nabi baru la sibuk nak selawat la apa la. Tak ke terang-terang lagi dah tak betol caranya tu. Ingatan ke atas Rasulullah tu sepatutnya setiap masa, bukan setahun sekali je. :(


Dulu masa kecik-kecik dekat tadika ustazah akan suruh hafal macam-macam maklumat tentang baginda Rasulullah. Lepas tu I dengan bangganya akan balik bercerita dekat rumah. Nama pun budak-budak kan, setiap benda baru yang dapat kat sekolah mesti nak balik cerita dengan excited. Contohnya I ingat lagi mak cerita, masa umur 5 tahun, tiap-tiap kali nak masuk toilet, I akan baca doa masuk toilet kuat-kuat sampai pakcik kedai bawah rumah pun boleh dengar. Aduiii habis satu blok tau budak kecik ni nak berak sebab baca doa masuk tandas sekuat-kuat alam style yang kat dalam kelas tu. kahkahkah. Tak senonoh gila perangai. T___T


Anyhow, as time goes by, semua cerita-cerita zaman nabi yang dulu semuanya I hafal tu makin lama makin hilang dari ingatan. Bukan la hilang terus, tapi kena tunggu orang cerita baru refresh balik. Kalau saja-saja nak jadi ibu mithali cerita kisah-kisah Rasulullah kat anak sendiri nanti mesti fail. Ya Allah makin hari makin teruk gayanya ni. Sibuk sangat nak cari ilmu dunia, ilmu akhirat asyik je terpinggir. :(


Okay lah, sempena hari yang mulia ni, I nak refresh balik ingatan I pasal Rasulullah kita. Semoga dengan mengingati butir-butir tentang baginda akan tingkatkan kecintaan kita kepada kekasih Allah ini. 


Nama Penuh : Muhammad bin 'Abdullah

Nama Ayah / Ibu : 'Abdullah bin 'Abdul Mutallib / Aminah binti Wahab

Tarikh Lahir : 12 Rabiulawal / 20 April 571Masihi (Makkah)

Tarikh Wafat : 12 Rabiulawal / 24 September 622Masihi (Madinah)

Nama Isteri : Khadijah, Saudah, 'Aisyah, Hafsah, Ummi Habibah, Hindun, Zainab binti Jahsy, Maimunah, Safiyah, Zainab binti Khuzaimah

Nama Anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Ummi Kalthum

Warna kegemaran : Hijau, putih, merah

Sukan : Menuggang kuda, memanah, berenang

Makanan kegemaran : Bali, kurma, buah tin, buah anggur

Peperangan yang pernah disertai : Badar, Uhud, Bani Nadhir, Khandak, Bani Qhuraizah, Khaibar, Fath Makkah, Hudaibiyah, Tabuk


Ni antara biodata baginda Rasulullah yang I dapat kongsi serba sikit. Banyak lagi benda sebenarnya yang patut kita tau terutamanya kronologi hidup baginda yang sangat menarik walaupun penuh dengan cabaran. Jom sama-sama kita cari peluang untuk baca dan hayati ya! :)



Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Tuesday, January 22, 2013

Happy Birthday Dear Fiancé!

Assalamualaikum,


Eh, saya datang lagi. hehe. Hari ni takmo membebel panjang-panjang. Nanti orang ingat I ni kuat membebel pulok. Tapi memang pun. Cakap banyak potpet potpet macam bertih jagung. I berhenti bercakap time tido je. Tu pun entah-entah ngigau pun bercakap. haha. 


Okaylah, sebenarnya hari ni special sikit. It's my fiancé's 28th birthday! So of course I want to commemorate something inside this favourite space of mine. He was born on this date 28 years ago and today also marks the day I was literally 'made'. ihiks. Sebab selepas 9 bulan 10 hari dari tarikh hari ni, is my turn to celebrate my 28th birthday. Very remarkable kan? :)


My favourite birthday boy latest look.
Haven't seen  him for quite a while. Tengok gambar pun jadi le. huhu.
Though I'm not physically present, I always pray the best for him.
Happy birthday sayang!


I got confused nak wish dia ikut time mana. Kalau time Australia, hambek kau 10jam awal sungguh tak feel. hahaha. Kalau ikut time Malaysia pun sama jugak sebab 7 jam awal. Kalau ikut jam Austria pulak, I dah masuk pukul 10 pagi, rasa loser gila wish lambat-lambat. huahuahua. Sudahnya wished ikut semua local times. Senang cerita. :p


Sama macam doa pada hari-hari biasa, I sentiasa mohon yang terbaik untuk dia, panjang umur so boleh jaga I sampai hujung hayat I atau dia, dan sentiasa dimurahkan rezeki tak kira la dalam bentuk apa sekalipun. Harta, kasih sayang, masa, dan yang paling penting semoga dikurniakan rezeki anak-anak yang ramai berderet-deret. Amboi berangan tak sedar diri sendiri yang nak kena beranak. haha. :p


That's all for his birthday this year. InsyaAllah tahun depan bertukar title ucapan dari seorang isteri pulok. hihi. Tengok tu dalam dok kata takmau membebel, panjang jugak jadinya Ampun ampun. I better get going now, banyak benda nak kena tulis hari ni. Tata. :)


Monday, January 21, 2013

I wasn't really feeling myself

Assalamualaikum,


Hari ni saje nak borak-borak kosong sementara nak ambik mood menulis chapters. Apart from working on my thesis, I am also in the process of producing a new journal paper on Colloidal Solitary Wave. Journal kali ni akan focus ke arah real fluid problem. Sebelum ni I banyak focus pasal theoretical model je, kali ni kita up lagi sikit tengok yang real problem pulak.


Alhamdulillah semua simulation untuk real fluids dah berjaya. Seronok bila tengok output yang keluar tu menepati theoretical solution yang dah dibuktikan kebenarannya. Tak sia-sia rasa penat lelah dan air mata yang keluar sepanjang dok running simulation tu. Seriously, running simulation sangat mencabar minda dan sekali-sekala turut bagi tekanan kat jiwa.:')


Tapi masalahnya, journal kali ni I rasa melampau-lampau pulak panjangnya. Belom habis bab discussion lagi dah mencecah 25 pages, kalau masuk discussion nanti takut lebih dari 30 pages. I bet nobody  keen to read academic journal with such thickness. Buat orang mengantuk lagi ada la. Pening dah ni nak buang yang mana. Tapi semua rasa macam perlu. huhu. T___T


One more thing, I'm worried about my tremendous weight lost very recently. Puncanya dari yang I diarrhoea and muntah-muntah 2 minggu lepas. I totally lost my appetite since then. And you know, losing appetite doesn't represent myself at all. Yes, it is so not me. I sangat enjoy makan. Nama pun orang Penang kan, kalau tak suka makan memang rugi besaq la. hoho.


Tapi sekarang ni perut dah rasa kecut. Nak masuk makanan lebih sikit pun tak boleh. Sebelum ni I mesti makan berat sekurang-kurangnya 2 kali sehari, but now I can survive with only 3 pieces of bread that keep me going for the whole day. Satu pagi, satu tengahari, satu petang. And I just drink gallons and gallons of plain water in between.


Hmm, I have no idea if this is good for me or not. Yeah, it's good to lose some extra bulging on my tummy (flat belly come to mama!), but I am afraid if this will cause other nutritional deficiency problems. Mana taknya, makan buah, roti, air, buah, roti air, tak nikmat gila hidup kamu cik kak oiii. huhu.


Apa tengok-tengok?
Sikit hari lagi muka boleh jadi benggali jual roti.
T___T


Harapannya, bila balik Malaysia nanti, selera makan I akan kembali terbukak. But honestly, my food craving level is at the lowest stage now. huhu. Kira macam takde perasaan sangat pun bila teringat makanan. Ohhh nooo, ini bukan saya. Saya sangat suka makan. I want myself back!


Saturday, January 19, 2013

Saudades de você


Assalamualaikum,


Salam hujung minggu semua! Kepada yang ada peluang balik kampung jumpa parents masing-masing bila ada masa terluang macam hujung minggu ni, anda sungguh bertuah. Tak semua dapat peluang macam tu dalam hidup yang serba serbi busy sekarang ni tau. huhu.


Anyway, I baru lepas whatsapped dengan Kak Fish. She went back to Malaysia last night and I started to feel the absence already. Huwaaa. Takde dah orang nak tanya "Mira dah makan ke? Akak masak ni hari ni, ko nak tak?". Jawapan tak penahnye tidak. Kalau tak sempat pi makan sekalipun, nanti mesti dah siap tapau. Gila manja. haha. :p


Pastu dah takde coffee date dekat Rush lagi dah untuk sesi luahan perasaan pasal PhD yang memanjang je tertekan. Walaupun masing-masing tak penah paham dengan research masing-masing, tapi sesi luahan perasaan tu sangat crucial untuk tenangkan hati.


Well, every research is different but similar at the same time. Everybody has their own shitty time throughout the journey, but what's important is that you put yourself among the positive people that will keep you moving forward. I have so many positive people around me and one of them is Kak Fish.


So, when she's gone, I was quite taken aback. But it's okay, it won't take long before my turn to go. Focus with what I'm suppose to focus now. Knowing that I have got soo many things to do when I go back later on, I must at least complete the crucial parts while I'm still here. Positive Amirah, positive. :)


Sydney Airport, 18th January 2013. Well, it wasn't really a goodbye though.
I said "Jumpa dekat Malaysia nanti!" :')


Anyway, I started to miss the boys already, especially Adam. Sejak kebelakangan ni asyik busy memanjang, and Kak Fish pun pindah dok jauh sikit, so susah nak lepak rumah main dengan Adam and Aydin macam selalu. Hopefully they will still remember me the next time we see each other. Kalo tidak memang nak kene laaaa. haha.


Chenta hatiku. hikhik.


I miss those puppy eyes.
Tapi kalau time dia buat perangai banyak akai. Gerammmmm.
T________T


"Saudades de você" means "I miss you" in Portuguese. :)


Thursday, January 17, 2013

More interesting places to explore around Sydney-Wollongong

Assalamualaikum semua,


I'm back! Tapi kali ni dah tak emo-emo dah. hahaha. Adatlah tu manusia kan? Kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. Mana ada orang yang happy go lucky setiap masa kan? Memandangkan mood hari ni agak baik, I nak kongsi cerita sikit pasai tempat yang berpeluang explore baru-baru ni.


I ni nama je dah duduk 3 tahun lebih kat sini, berulang alik ke Sydney tak terkira dah berapa banyak kali. Tapi tak penah pun terfikir nak singgah kat New South Wales Royal National Park tiap-tiap kali balik dari Sydney ke Wollongong. I just knew that this National Park is the second oldest national park in the world! The oldest is somewhere in Mongolia if I am not mistaken.


Sebenarnya ada beberapa jalan yang menghubungkan Wollongong dan Sydney. Salah satunya Grand Pacific Drive yang ada Royal National Park ni la. Tapi dah nama pun jalan hutan, jarak perjalanan jauh sikit la daripada highway biasa tu, lepas tu boleh tahan bengkang bengkok pulak. Kalau siapa yang suka drift tu boleh la test power. Kalau terlebih power ada chance la terjun masuk hutan cium kangaroo or wombat. hahaha.


Sepanjang perjalanan yang dipenuhi dengan spectacular scenery of the tropical rainforests, ada baaaanyak signboards yang tunjuk ke arah lookouts yang boleh nampak dramatic coastal cliffs and unspoilt beaches.  And the views are fascinatingly breathtaking!! Ya Allah ruginya rasa tak explore dari dulu lagi semua tempat-tempat ni. Dah dekat-dekat nak balik ni baru la sampai. huhu. :(


So, memandangkan tak banyak masa hari tu and it was actually an unplanned visit, so I sempat singgah dua tempat je. Hacking River and Garie Beach. I believe there are more to explore, apparently I've got no chance to do so. It's okay, sekurang-kurangnya dapat la jugak peluang nak singgah. Mana tau info ni berguna untuk sesiapa yang ada peluang travel ke Sydney kan? So sila la lalu Grand Pacific Drive (Royal National Park Exit), you'll discover something interesting throughout the journey.


Hacking River


I'm sorry because the photos didn't do any justice to the real ones. Seriously it is wayyy better in real.
Tempat ni sangat best and tenang kalau pergi lepak time hujung minggu. Picnic and camping pun sesuai jugak.
Jangan terkejut kalau jumpa biawak commodore. Dah nama pun hutan kan. I found one. And it is realllyyyy hugeee!! ;O



Hope this video is helpful to give clear view of the actual place.
You can even hear the birds chirping. Ohhh I love this place so much!! 


Garie Beach


You should also know that Australia is rich with beautiful beaches like this. If you ask me to make a list, I will definitely lost my count.
Tiap-tiap tempat mesti ada lookout yang cantik, and I personally think Garie Beach is among the best! 

Clear blue sky, chlorophyll colour wide ocean, and golden sandy beach.
What more could you ask for from one beautiful place like this?


 Please listen to the sound of the waves.
Somehow it gives the calming effect that words cannot explain.


The famous Grand Pacific Drive.
Don't miss out the chance to explore this route if you are travelling from Sydney to Wollongong or vice versa.
It involved a great deal of engineering works to get this road built. Something that you will appreciate!!

So I think that's all I could share about interesting places to visit near Sydney or Wollongong. Semuanya free of charge tak payah bayar sesen pun. Cukup dengan ucapan MasyaAllah/Subhanallah untuk keajaiban dan keindahan ciptaan-Nya dan Alhamdulillah sebab diberi peluang menghayati keindahan tersebut. :)

Tuesday, January 15, 2013

I just want more hellos than goodbyes in my life

Assalamualaikum,


Hai everybody! 
I'm down with a really bad emotion tonight. Urghh, I hate goodbyes
Sending people off to the departure hall is kinda big torture for me as I find it really hard to fight back my tears. 
I ALWAYS try not to cry but I fail all the time. 
It's not that I am weak, I was just a little bit fragile, you see.


I really don't like the feeling when I had to say goodbye especially to some great people that I have known over these last few years. 
It was such a great blessing to get to know them. 
I'm not quite sure when I'm going to see them again but,
I'm positive that we will keep in touch


Hmm, I guess it wasn't suppose to be a "Goodbye" after all. 
"I'll see you later" sounds more appropriate.



p/s: I talked to my mum earlier today, telling her that I'm sad to see everyone leave, one after another. Ohh, tiap-tiap kali lepas hantaq orang memang I akan mengadu dengan mak pasai how sunyi Wollongong is. hehe. Lepas tu mak tanya, "Nanti Mirah balik sapa hantaq?". Err, I said "Pakcik limo, maybe?". haha. Being the last person to go is so not cool heh? :p


Wednesday, January 9, 2013

Confronting the hottest summer

Assalamualaikum,


Apa khabar semua orang hari ni? Harap semuanya sihat walaupun dalam keadaan cuaca yang tak berapa nak menentu sejak kebelakangan ni. I baru je sihat sikit lepas diarrhea and muntah-muntah sejak hari Isnin lepas. Rasa macam food poisoning but I presume it must has something to do with the sudden weather exchange.


Siapa yang duduk dekat New South Wales mesti tau yang kawasan Illawara, Shoalhaven dan Southern Ranges dah dapat amaran pasal catastrophic fire danger akibat kebakaran hutan semalam. Walaupun tempat I ni jauh dari kawasan bush fire, tapi akibat yang kitorang kena tanggung adalah temperature meningkat mendadak sehingga 43 degree celcius (maximum).


Tuesday, January 8th 2013.
Hari ini dalam sejarah


I can barely breathe in such a very high temperature! Can you imagine, breathe in udara panas lepas tu breathe out pun udara panas jugak. The temperatures soared across the day and we also struggled through a very warm night. Yesterday's scorching heat was the worst phenomena I have ever experienced so far!


Luckily, the weather for today has been significantly cooler than what it was yesterday. It is good by some means but it will literally affect your health on the other hand. Mana taknya, semalam cuaca sepanas-panasnya sampai sakit kepala, tiba-tiba hari ni turun mendadak. Memang senang jatuh sakit la jawabnya. huhu.


Wednesday, January 9th 2013.
Perbezaan hampir 20-degree celcius dari semalam.


But it's okay, ni satu pengalaman yang I akan ingat sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya jadi satu peringatan yang ini hanya SECEBIS dari panas api neraka yang rasanya lagi tak tertanggung azabnya. When I look back and think, Allah SWT is being soooo great! Sebelum Dia bagi rasa azab yang sebenar, Dia bagi hint sikit-sikit dulu supaya manusia dapat sedar dan kembali ke jalan sepatutnya sebelum terlewat. Wallahualam.


Monday, January 7, 2013

Tips to beat the summer heat in Australia

Assalamualaikum,


Hello!! How is everything going for you guys? I hope the first 7 days of 2013 is treating you very well thus far. Alhamdulillah, ini permulaan minggu yang baik untuk I terutamanya hari ni, ada perkembangan yang memberangsangkan dalam research, harap semua kebaikan akan berterusan sampai bila-bila. :)


I baru balik dari uni pukul 9 malam tadi. Balik-balik terus mandi air sejuk sebab Ya Allah, panas yang amat hari ni. Serious tahap kepanasan yang boleh buat orang sakit. Dengar khabar esok temperature akan jadi lagi tinggi approaching 40-degree celcius. ;O


Uni pun dah hantar email pasal persediaan menghadapi summer especially for the first timers. Kepada sesiapa yang berada di tempat bermusim panas, kesihatan diri sangat perlu diambil berat okay. These are some of the steps that you probably need to know to prevent heat related illness;



1.      Drink water - stay hydrated
2.      Avoid the sun - between 11am to 4pm
3.      Use sun protection - 30+ sunscreen and wear a hat
4.      Keep cool - in the shade and in air conditioned rooms
5.      Go to an air conditioned space like a library or shopping centre
6.      Go to the local pool
7.      Have a cool bath or shower
8.      Check on your neighbours, friends and family
9.      Never leave anyone or an animal in the car - temperatures can reach more than 60 degrees in a very short time!!



Fyi, this year is gonna be my fourth summer in Australia and kali ni rasanya yang paling lama I ada kat sini sepanjang musim panas. Biasanya asal summer je mesti I cabut balik Malaysia. Haah la hampir tiap-tiap tahun I balik Malaysia masa summer dari tahun 2009/10, 2010/11 and 2011/12. See, walaupun Malaysia panas sepanjang tahun, ku tetap cinta tanah tumpah darahku. :)


Pengalaman summer yang paling panas yang penah I rasa is masa I dekat Melbourne in January 2010. Time tu the temperature went up to 45-degree celcius and it was scorching hot I tell you!!! Tu la first time seumur hidup I rasa panas yang sampai tak boleh nak bernafas.




Mount Macedon, North-west Melbourne, Victoria, 24 January 2010
There was not even a single cloud in the sky. Tu la punca panas melampau!


Saint Kilda Beach, Melboune, 26 January 2010.
First time rasa heat yang mencecah 40-degree masa ni. Kulit dah mula tukar warna jadi semakin malap.
T_____T


Lorne via Great Ocean Road, Victoria, 31 January 2010.
This is the climax of the highest temperature. Look at how tanned I was that time. :p
Tapi I percaya yang hitam itu tetap menawan. kehkehkeh. :p


Tapi biasanya cuaca yang extreme macam ni bertahan selama 5-10 hari je, lepas tu the temperature will drop down like summer never existed at all. Siap boleh hujan berhari-hari pulak kadang-kadang tu. That is how funny Australian weather is. Sesuka hati je nak panas ke nak sejuk. huhu.


Friday, January 4, 2013

Borang Kebenaran Berkahwin

Assalamualaikum,


Salam hari Jumaat semua. Sekejap je dah masuk hari ke-4 tahun 2013 kan? And trust me, this year will pass by in a blink of an eye, just like the previous years. So let's make full use of every moment we have in this year okay? :)


I baru lepas scan Borang Kebenaran Berkahwin (bagi pihak lelaki) and email it to my fiance. Sebenarnya dah banyak hari I janji nak kasi, tapi asyik lupaaa je. Hari-hari dia tanya baik-baik, "Dah siap ke belom isi borang?". I pulak hari-hari terlupa nak scan padahal dah siap isi lama dah.


Borang Kebenaran Berkahwin Negeri Melaka


Tapi pagi tadi masa message, macam biasa I tanya la "Nak kawen dengan saya tak?". Pastu dia jawab, "Nak, tapi awak tak bagi lagi borang cane nak kawen". Tersentap I you know. Terus haku kelam kabut pegi ofis scan borang, dan-dan tu jugak hantar email sebab takut tak boleh kawen punya pasal. hihihi. :p


Haa kau, dah kena sound macam tu baru nak terhegeh-hegeh nak buat. Biasala manusia, kalau tak kena pressure selalu la ambik ringan benda-benda macam ni. Padahal bukan kerja susah pun tapi nakk jugak tangguh-tangguh. My bad. Haihh.


Macam tu la kisahnya bila menguruskan hal perkahwinan bila sorang kat Australia, sorang kat Austria. Benda yang cepat jadi lambat lah sikit. hehe. But we are lucky because we have our parents at home to manage everything about the wedding ceremonies. We can never thank them enough though.


I personally think that mothers are by far the loveliest person ever created by Allah SWT. Like my mum, she has taken care of almost EVERYTHING for me. My wedding, my house, my money, my car, or you just name it, SEMUA pun mak yang tolong uruskan. I wish to be like her one day. I really do.


Wednesday, January 2, 2013

Kisah lembu yang sangat menepati masa

Assalamualaikum,


Hari ni semua orang dah mula masuk kerja after a long Christmas and New Year break kan? Wall FB pun penuh dengan update orang hantar anak pi sekolah. Ohh my, anak-anak kawan yang seangkatan pakat-pakat dah masuk pre school. Jauh sangat ketinggalan keretapi dah nampak gayanya ni. huhu. It's okay, lain orang lain rezeki yang Allah tentukan, am I right? So who we are to question his plan? :)


Anyway, I ada cerita pasal I nak ship barang balik Malaysia kat SINI kan? Sepatutnya tarikh pick up barang-barang tu semua hari Khamis 3 Januari 2013 which is esok. Lepas tu pagi tadi Kak Fish called agent shipping tu tetiba dia boleh pulak cakap postpone hari Jumaat dengan alasan sebab lori penuh. Grrrrrr!!


Bayangkan kalau Kak Fish tak call pagi tadi, matila esok pagi semua orang tercongok dengan barang masing-masing tunggu lori tak datang-datang. Kot ye pun postpone at least inform la awal-awal. Takde la susahkan semua orang. huhu.


Gigih semua orang siapkan kotak semalam sebab ingat nak angkat esok.
Tapi bagus jugak, at least takde la buat kerja last minute. :) 


Cakap pasal tak menepati masa ni, kita manusia memang selalu buat kesalahan ni kan? Tak payah cakap orang lain, diri I sendiri pun tak terkecuali. Rasanya ni antara benda yang I nak kena improve. Tak kira la menepati waktu dari segi apa pun, dengan Allah swt, dengan manusia atau dengan diri sendiri. Jom sama-sama kita pakat berubah ye. :)


Ha, meh sini nak cerita pasal lembu yang sangat menepati masa. Hari tu I ada peluang pergi visit satu Australian family sempena Christmas di Gerringong. Tuan rumah tu dah pangkat atuk and nenek so we called them Poppy and Nanny. Note here, I tak celebrate Christmas ye. Cuma sekadar menghormati jemputan tuan rumah dan budaya mereka. Nothing religious at all.


Okay back to the story, rumah yang I pergi ni ada ladang ternakan lembu yang sangat luas.  Poppy sangat suka bercerita, macam-macam yang dia kongsi termasuklah pasal lembu dia yang ada lebih kurang 300 ekor tu. Kalau tengok iklan kat TV pasal lembu dari Australia atau New Zealand, ha macam tu la rupa lembu-lembu Poppy tu. 


Poppy cakap setiap hari tepat pukul 6.30 pagi dan 2.30 petang, semua lembu akan beratur jalan beramai-ramai masuk ke kilang untuk proses pam susu. Tak perlu ada orang jaga pun they know when and how to make their way as in their schedule. I dengan innocent nya tanya "How can the cows follow the exact time, they don't even have watches with them?". Hellooo, tu lembu kot. Mana ada jam nak tengok macam manusia. huhu.


And then Poppy said, "If you don't believe me, please have a look yourself". So I pun tunggu dekat luar rumah dalam pukul 2.20pm macam tu kot-kot la ada lembu yang tersesat gerak awal sebelum pukul 2.30 pm maknanya I boleh cakap teori Poppy salah. hehe. Time tu I tengok semua lembu rileks je khusyuk dok makan rumput tak panggung-panggung kepala.


Masuk pukul 2.29pm, masih takde yang bergerak. Gigih hokeyy aku tengok jam semata-mata nak tengok ketepatan masa lembu-lembu tu semua. And then, tepat pukul 2.30pm, sekor-sekor mula bergerak keluar dari ladang membentuk satu barisan dan bergerak ke arah kilang. Tepat 2.30pm okay!! Tak lebih tak kurang. Ya Allah kagum nya sayaaaa!!! T___T


Menyaksikan lembu yang sangat menepati masa.
Semua ikut giliran beratur dalam barisan tak kira la kat ceruk ladang mana pun diorang merayau.


Malunya dengan Poppy sebab tak percaya dia cakap tadi. Tapi I lagi malu dengan lembu sebab I yang ada jam kat tangan and jam kat handphone pun tak boleh nak tepati masa sampai macam tu sekali. huhuhu. Ajaib kan ciptaan Allah ni? Walaupun binatang tak dikurniakan akal macam manusia, tapi pengurusan masa mereka jauhhh lagi cekap dari kita. 



Mulai hari ni siapa yang guna ungkapan "Bodoh Macam Lembu" memang I pangkah awal-awal. Lembu sangat bijak okayy, takde jam pun diorang boleh tepati masa. Hmm, jadi kalau kita yang tak menepati masa ni masuk kategori mana ye?? * Cricket sound*