Sunday, January 27, 2013

Sunday Blues

Assalamualaikum,


Good morning everyone! Amboi pagi-pagi ahad dah lapor diri kat sini. Orang lain mesti sedap tengah sarapan pagi nasik lemak sambal kerang dengan kuih seri muka lemak berkrim sekarang ni kan. Tak pun lontong dengan karipap kentang pusing-pusing. Ya Allah sedap gila. Okay balik nanti mesti mau cari. huhu.


Sebenarnya bangun pagi ni I rasa nak pegi Wollongong City. Dah lama tak buat perangai merayau sorang-sorang sebab asyik busy manjang. Hari ni bangun pagi terus semangat mandi wangi-wangi ingat nak keluar awal la. Saja nak cuci-cuci mata, nak shopping memang tak la. haha. Sekali bila dah siap, bukak je pintu depan, ambik kau hujan yang kalau redah boleh tahan kuyup jugak la. 


Okay takpe, hujan je pun bukan kilat sabung menyabung. Takde hal la boleh pakai payung. So I terus masuk bilik selongkar beg, sekali tengok takde makhluk berupa payung pon kat dalam tu. Payung purple takde, payung polka dot warna warni pun takde. Dua-dua tinggal kat office. Takkan nak bawak payung gabak yang muat empat orang tu naik bas. Dah rupa nenek kebayan bawak tongkat la pulak nanti. Huwaaaaa. T___T


Sudahnya, dengan penuh kecewa, masuk dalam rumah, tersandar dekat sofa sambil belek pamphlet Woolies, Myer, David Jones, Kmart and Coles. Padan muka kau Amirah, cuci mata tengok pamphlet je la sudahnya. Haihhhh. Bila tengah ada mood nak merayau, keadaan pulak tak mengizinkan. Time hari cerah terang benderang, tak sempat pulak nak merayau ni. Adoii what a loser. :(


Untuk neutral kan balik mood yang ke laut hari ni, meh sini nak share video fireworks yang I record masa Australian Day celebration last night. Walaupun I sempat pegi yang malam punya je, the celebration was quite exciting after all. Dah banyak kali I tengok fireworks kat sini, but last night was the best. Let's chek it out. 


video


Okay, dah siap satu entry pun hujan still tak benti-benti. Akan aku tunggu hujan ni reda. Tak kira!! Nak jugakkkk merayau hari ni. Tepu dah otak ni dah lama tak tengok barang yang indah-indah. hahaha. Amacam? Baik punya alasan kan. hehe. :p


Enjoy your Sunday everyone!!
Tata!


2 comments:

farah zainal said...

Kesian cik kak kita nie! sabar ye...harap hujan stop sebelum kedai tutup. :)

amirah said...

Ein:

yup berjaya pergi walaupun kena redah hujan sikit-sikit. :)