Thursday, February 24, 2011

Buku kira-kira saya

When I was recording my daily expenses in my note book just now, I suddenly came up with the idea of sharing this with you. For those who are close to me might have known how my everyday expenses will be recorded in my little 'buku belanjawan tahunan'. And I'll try not to miss any single cent in there.

Buku belanjawan 2011

I started doing all the recordings since I was in primary school. Masa tu rekod cara budak-budak la. Mak akan bagi duit poket sebulan sekali. Kalau tak salah RM45/sebulan ~ RM10/seminggu ~ RM2/sehari. Itulah duit tambang bas, itulah duit makan, itulah duit pegi mengaji, itulah duit nak beli jajan. Pendek kata, itulah segala-galanya.

Jadi, pandai-pandailah kau buat bajet sendiri supaya hujung bulan tak payah buat muka kesian mintak duit extra dekat mak. Susah sungguh bagi seorang budak Darjah 5 untuk buat semua tu. Tiap-tiap minggu I akan simpan RM1 supaya hujung bulan boleh beli komik Doraemon yang berharga RM4.20. Ohh, kenangan~~

Kesukaan semua kanak-kanak [photo courtesy]

Masuk sekolah menengah pulak, Mak bagi duit belanja seminggu sekali. Up sikit masa tu. RM15/seminggu ~ RM3/sehari. Sama macam dulu. Itulah segala-galanya. Tambang bas pergi dan balik, duit makan pagi, duit makan tengahari, duit aktiviti petang, duit nak beli getah rambut, duit nak beli Cornetto etc. Pandai-pandailah adjust sendiri.

Tapi masa tu I pengumpul setia novel Sweet Valley Senior Year. Jadi tiap-tiap minggu I akan simpan RM2 untuk beli novel yang berharga RM11.90 dekat Kedai Buku Harfa. Ohh, collection setiap bulan hanya RM8, balance lagi RM3.90 tu I akan buat muka kesian dekat bapak suruh belanja. Mengelat!:p

I have the same collection as above (SVH Senior Year 1-43) [photo courtesy]

Bila masuk UTM, I dah ada duit belanja sendiri, memang kurang sangatlah mintak duit dekat mak. Paling tidak pun hujung semester buat suara kesian dalam telephone, mak pun akan bank in dua tiga ratus. Yahuuuu!! Masa dekat UTM ni la yang I mula buat buku belanjawan secara komprehensif. Takkan tinggal sesen pun. Sungguh tabah merekod!

Masa tu bajet adalah RM50/seminggu. Itupun dah lebih dari cukup. Siap boleh pergi makan dekat KFC atau McD dengan kawan-kawan masa hujung minggu dekat JJ Taman U. Zaman di UTM pulak I kumpul novel dari siri Little Black Dress. Harga novel tu RM19.90 dan I takkan miss satu buku pun setiap bulan.

Salah satu favorite dalam koleksi [photo courtesy]

Sekarang, I ada 2 jenis buku belanjawan. Satu untuk record segala perbelanjaan duit gaji di Malaysia. Nak bayar rumah, kereta, credit card, duit untuk mak dan bapak, savings Tabung Haji. Percaya atau tidak, lepas ditolak semua perbelanjaan kat atas, tinggal lah angka yang tak seberapa dalam akaun CIMB ku. Ohh~~

Perbelanjaan di Malaysia

Lagi satu buku pulak untuk record semua perbelanjaan I dekat sini. My daily expenses. Lebih kurang AUD100/seminggu. Dalam tu lah segala-galanya. Groceries, mangkuk tingkat, lepak-lepak, coffee, beli fries, topup, beli solution contact lense, beli baju Cotton On. Eh,tetiba masuk shopping sekali. hehe. Tapi itulah hakikatnya.

Rekod perbelanjaan harian di sini

Mungkin ada setengah orang akan anggap I ni jenis calculative orangnya. Maybe I am. Tapi I bukan lah jenis yang kedekut untuk berbelanja. I will grab anyting I like, but everything must be recorded. Bukan apa, bila kita rekod, kita dapat trace balik macamana perbelanjaan yang lepas samada keperluan atau nafsu semata-mata. InsyaAllah kita tak akan salah membeli lagi lepas tu..=))

9 comments:

asfahani said...

contoh yg baik!nak buat jugak lah!stat bulan depan bole tak?kirenye dah tetapkan brape byk yg boleh belanja dlm sebulan ke?ko tulis dlm buku panjang ke pendek?*nak tiru sebijik2*haha

MHazrat said...

i looikee that..after this send your resume to me & be my private accountant.. deal.. thanks.. :-)

amirah said...

As:

Mula-mula aku senaraikan dulu apa benda yang aku biasanya belanja (keperluan). Lepas tu baru tetapkan bajet mingguan. Kiranya make sure duit kat tangan ada banyak tu je. Kalau perlu baru withdraw lagi.

Aku guna buku nota pendek je. Bahagi 3kolum. Kolum 1 untuk day/date. Kolum 2 untuk Particulars. Kolum 3 untuk Amount. Lepas tu tiap-tiap minggu aku akan totalkan. Baru boleh nampak belanja mingguan berapa.. Kalau agak2 minggu ni terlebih,minggu depan aku akan adjust la bagi tak over budget.

Selamat mencuba!=))

amirah said...

Hazrat:

You probably wont like it if I tell you how much is the service charge..muahahaha!! Ada bran??:p

una said...

bgusnyer kmirah...huhu!btol2 mcm akauntan lah..hihi!cek pon wat jgak tp catat atas kertas kosong jerla than ilang ntah kemana..haha!tetbe rase cam nk catat dlm bku plak mcm kmirah..bleh refer blik nnt.thanks 4 d idea!=))

amirah said...

Hai Una!

Apa yang elok boleh la ikut ye. Ada lagi satu tips, rekod semua perbelanjaan keluar je. Perbelanjaan masuk tak payah rekod.

Contohnya macam menabung duit syiling 50sen. Lepas 2-3 bulan tgk duit syiling banyak dalam tabung mesti senyum sampai telinga.hehe..

Have fun trying!=))

una said...

owh..oryte than!best jgak cdgn tuh.. dlu masa kcik2 ja suka menabung duet syiling nie..hihi!thanks ya kmirah.. keep updating ur blog..coz i'm one of ur followers..(^_^)

amirah said...

Thank you for reading dear cuzzie..
Apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan kay..=))

Anonymous said...

u are a good person... =D