Wednesday, August 29, 2012

My Wedding Journal

Assalamualaikum semua,


How is everybody's midweek doing? Mesti semua tengah busy dengan kerja masing-masing kan? Takmau bagi alasan still dalam mood raya untuk bermalas-malasan lagi ye. No good no good! Time raya kita raya, time kerja kita kerja. Bole kan? :)


Anyway, hari ni I rasa nak kongsi something dengan semua orang. Since most people already knew that I am getting married by, ehem, early next year insyaAllah. So I rasa, sekarang ni masa yang sesuai untuk I berkongsi sikit-sikit perjalanan sebelum menempuh alam perkahwinan. Semua tu ada dicoretkan dalam My Wedding Journal.


I have been writing in that journal since a few months back. Tapi disebabkan preparation yang tak banyak mana, maka kuranglah cerita kat dalam tu. Bukan apa, bila orang tau wedding akan berlangsung lebih kurang 6 bulan dari sekarang (soo soon kan?), soalan yang orang selalu tanya adalah macam mana dengan preparation? And that question usually keep me puzzled at least, for a while. Why?? Sebab belom prepare apa-apa pun lagi, except for being a bride herself. hahaha. :p


Owh anyway, I decided to separate stories about my wedding in different space because I personally don't want people to get confused. Is that Amirah who's struggling with her PhD or Amirah who's getting married soon? Well, both are myself. haha.  So, siapa yang nak tau apa perkembangan cerita pasal kawen, sila-sila lah jenguk ke sana. Otherwise, just enjoy my updates like usual in here. :)


Okay lah, kat sini I ada letak link untuk ke wedding journal entitled Her Amri & His Amirah. Kalau perasan, I jugak ada letak link dekat bawah Twitter and Blog Archive. Next time kalau nak jenguk boleh ikut link tu saja ye. Mind you, kalau takde update, maaf ye. Mungkin bila dah banyak preparation tu banyak lah update nya nanti. So, lets join me in my journey as a bride-to-be in there! Have fun reading people! :)


My journal looks like this. Simple but totally meaningful for me.
Hope you enjoy reading my updates in there. :)


Sunday, August 26, 2012

We are Amirahs. We are Penangites.

Assalamualaikum and happy beautiful Sunday everyone!


What have you guys been up to today? Jalan-jalan raya mesti tak habis lagi kan? Kalau di Malaysia memang meriah la dengan open house segala, and budaya yang sama di pupuk di sini. Ye lah, time-time raya camnilah nak melawat sedara-sedara jauh or dekat. Kalau saja-saja nak pi tepek muka kat rumah orang tak tentu pasai haruslah segannn. :p


Anyway, semalam I pi beraya rumah Abang Din & Kak Su di Shellharbour and rumah adik-adik Pai & the geng dekat William St. Hari ni pulak I pi rumah Kak Fish. I think I don't need to mention about the foods, they are all fantastic. Serious rasa tak ada beza pun dengan hidangan kat Malaysia. Hilang rindu. hehe.


Ha, masa dekat rumah Abg Din & Kak Su tu kan, ada surprise birthday celebration untuk Kak Amirah. Wait, wait, this is another Amirah. Not me! We share the same name but my birthday is in November, please take note. haha. Yang menariknya, bukan takat nama ja yang sama, negeri asal pun sama jugak! We are Amirahs, the two proud Penangites. :D


The only different is that this Kak Mira is happily married and granted with two handsome sons already. Anak-anak Kak Mira sangat adorable macam mak depa jugak. hihi. Me? Soon I guess. Kita pelan-pelan ligan Kak Mira dari belakang okeh. Rasa macam nak kena pi menuntut ilmu anak comey-comey la dekat kakak-kakak kat sini la sebelum balik kawen nanti. :p


And one more thing, I just came to know that Kak Mira is also a new reader of this space of mine. So welcome, welcome Kak Mira! To be honest, I do feel awkward sometimes when people tell me that they read my blog. Ye lah, kadang-kadang tu entah apa-apa yang ditulisnya. Ai sungguh segan you know! :p


But when I write anything in here, it means that I'm happy to share that thing with all my lovely readers! Kalau takmau orang baca, baik tulis dalam diary, kunci baik-baik simpan bawah bantal ye dak? So, to all my avid readers (no matter you are an active or the silent one), please make yourself comfortable here and do come again yea! :)


Birthday mommy!
Dear Kak Mira, happy belated birthday, from Mira. hehe :)


Friday, August 24, 2012

My upcoming short trip to London

Assalamualaikum semua,


Dah masuk hari ke-6 bulan Syawal ni still rancak berhari raya ke? Esok lusa ni mesti banyak open house nak kena attend kan? Sambutan kat sini pun tak kurang hebatnya, jemputan open house tak putus-putus tau. Seronok sebab dapat makan sedap-sedap. hehe.


Dalam dok sibuk-sibuk berhari raya ni, I pulak dok sibuk plan trip untuk conference presentation di London dalam 2 minggu lagi. Itula padahnya bila last minute baru nak buat bookings, dari flight ticket sampai ke acommodation, semua pun nak kena fikir serentak. Sedikit serabut, tapi alhamdulillah semua dah selesai. :)


So, kesimpulannya nanti I akan balik ke Malaysia pada 7 September 2012, and come back here on 23rd September 2012. 17 hari total perjalanan, seminggu di UK, seminggu di Malaysia. Selebihnya dalam kapal terbang atau kat airport. hahaha.


Well, I haven't really decided on what am I going to do there other than attending the conference. Probably the same common things like what other tourists would do. Lagipun masa terlampau singkat, so tak banyak sangat tempat yang dapat pegi. Yang mana tak sempat tu, kalau ada rezeki next time aje lah pegi nampak gayanya. :)


Haaa, ada satu benda nak cerita ni. For this upcoming conference trip, I will fly to London via Amsterdam. Masa on the way pegi tu okay la sebab transit 2 jam je dekat sana sebelum outbound to London. Tapi!!! Tadi I baru perasan masa on the way balik tu I akan transit almost 23 jam dekat sana. Meloncat la kejap! Apa aku nak buat 23 jam dekat sana haa??? Sorang-sorang pulak tu. Tak sanggup ai nak tawaf airport tu 23 jam tau!!!


Sudahnya, I browsed through the internet, booked myself a hotel for one night, and looked for interesting places around Amsterdam city. hahaha. I think I should start learning a little bit of Dutch. Kalua tak nanti nak beli sandwich seketol pun tak reti. Hadoiii laaa!! Takpe-takpe, anggap je la ni rezeki nak jalan-jalan Amsterdam kan? Kalau saja-saja nak pergi tu memang tak la ye dak? :)


I think I should go find this place. So cool!
[photo courtesy]


~I amirah~


Tuesday, August 21, 2012

Indahnya berhari raya di perantauan :: Wollongong 2012

Assalamualaikum semua,


How's your Eid celebration so far? Ada yang masih seronok bercuti, ada jugak yang dah masuk kerja esok kan? Mesti lemau je rasa bila nak masuk kerja balik lepas-lepas raya ni. Maklumla, dah berkilo-kilo rendang dengan ketupat berkampung kat dalam perut tu. hihi. I pulak, hari raya pertama je yang cuti, tu pun sebab hari Ahad, masuk hari ke dua, I dah kena pi office macam biasa. huhu.


Anyway, memandangkan ni mungkin sambutan Aidilfitri I yang terakhir di bumi Australia ni I rasa macam nak compile gambar-gambar sepanjang sambutan hari raya dekat sini lah. Nanti bila dah tua-tua bila rindu kenangan berada di luar negara bole jugak jenguk-jenguk dalam blog ni. hehehe. Mana tau nak tunjuk kat anak cucu dulu I pernah sambut raya dekat perantauan cool ja tak nangeh pon. hahahaha. Auta sangat tu. :p


Takbir malam raya kat rumah Kel and Mad. Elok ja kami cari port kat dapoq. Nak lagi best dekat tong sampah. haha.
I was totally unwell that night. Malam raya demam adalah sungguh tak cool. T__T


Suatu pagi di aidilfitri. Cewah. Baru balik solat raya. Antara tetamu pertama yang mai ketuk pintu rumah carik makanan.haha. Anyway, that's my house at the back! Very the kampung kan??? :)


Baru sampai kat botanic garden untuk gathering. Sebelah tangan pegang tupperware rendang, sebelah lagi tarik tangan Adam. Gaya tak boleh blah. Serious dah macam mak-mak. hoho.
[Photo courtesy: Pai Theartsoul]


Introducing my housemate, Fatin Ayuni. She is single but technically unavailable. Sorry! :p
[Photo courtesy: Hovis Ho]


Me and Kelly!! She's leaving us soon. Hilang lagi sorang penyeri di Wollongong. :(


Kak Fai. We are in the same school. Pun dah nak balik jugak. :( 


Me and Kak Shaza. Eh tak perasan sama merah rupanya. haha.
Antara kakak-kakak yang tinggal di Wollongong.


From left: Me, Mai, Fatihah & Hanna. Ni adik-adik dekat sini.
Bijak-bijak depa semua ni tau.


Me in between Fatin and Pai Theartsoul.
Pai ni our talented photographer yang selalu kena bahan. Sorry Pai! :p


Part of the Malaysian family in Wollongong. Tapi separuh dah balik time ni.
Bila di perantauan, mereka ini lah keluarga, mereka jugak lah saudara. 


You know what? Part of me feels so excited that this was my last Aidilfitri abroad, apparently, another part of me says I'm going to miss this place like so badly. I really love this place, maybe not as much as I love Malaysia, but more than enough for me to call it my second home. Eh, tetiba sayu pulak bila ingat nanti dah nak balik. huhu. :(


Thursday, August 16, 2012

Kenangan Aidilfitri di perantauan


Assalamualaikum semua,


How's your raya preparation for this year? Baju baru? Kasut baru? Beg baru? Sofa baru? Langsir baru? Pendek kata semua pun nak baru lah kan? Tak salah kalau nak berbelanja ikut kemampuan, tapi lagi indah kalau hari kemenangan ni disertakan sekali dengan semangat as a brand new person with a brand new heart. Tu baru erti sebenar untuk menyambut ketibaan Syawal..:)


Kalau disebut dari segi persiapan, ada yang jenis suka buat persediaan awal sebab malas nak bersesak-sesak. Ada pulak yang jenis suka buat last minute sebab kadang-kadang yang last minit tu lah we can get a better bargain. I pulak masuk kategori dua-dua kot. hahaha. Standard lah tu perempuan. Kalau tak sibuk-sibuk masa raya bukan perempuan lah namanya ye dak? :p


Kalau nak cerita pasal pengalaman menyambut Syawal di perantauan, mau meleleh air mata air hidung semua nanti kot. hahaha. Best tu best lah jugak sebab cara sambutan yang sedikit berbeza, cuma perasaan tu of course la tak mungkin akan sama dengan sambutan hari raya di tanah air sendiri. Meh sini nak tunjuk sikit gambar-gambar kenangan sepanjang I menyambuat Aidilfitri dekat perantauan ni. 


AIDILFITRI 2009


Our Malaysian family. Masa ni I baru sampai sini lebih kurang 2 bulan.
Terubat sikit rindu dekat Malaysia bila berkumpul ramai-ramai.


Among the first big group of singles in Wollongong.
Some are still here some have already left.



AIDILFITRI 2011 


Malaysian gathering. Tahun yang paling meriah.
I'm so gonna miss the year 2011 in my whole experience living abroad.


Among the not so available single ladies.
Only me and Fatin will be around this year :(


Semua gambar di atas tu adalah serba sedikit kenangan yang I dapat gambarkan bagaimana suasana berhari raya di perantauan bersama sahabat handai dari Malaysia. Komuniti Malaysian di Wollongong ni tidak lah terlampau besar dan tidak terlampau kecik. Just nice orang kata untuk kenal semua orang. hehe.


Nampak gayanya tahun ni tahun terakhir I berpeluang untuk sambut hari raya di perantauan. So I'm hoping for something more meaningful to mark my final year abroad. Till I see you again right before Ramadhan comes to it's end. :)


Thursday, August 9, 2012

Is life possible without a computer?


Assalamualaikum,


Wah sedar tak sedar hari ni dah cukup 3 minggu kita berpuasa kan? Time flies very quickly sometimes I wish I could pause it for a while. huhu. Tak terkejar rasanya masa yang ada sekarang ni. :( Alhamdulillah setakat hari ni I masih lagi berpuasa penuh dan dapat terus menikmati kelebihan Ramadhan musim sejuk di Australia. Alangkah indahnya kalau tak payah ponteng puasa tahun ni kan? :)


I went off to bed quite earlier than usual for the past few days. Biasanya pukul 11 or 12 macam tu baru I siap-siap nak tido, tapi ni dah masuk dua malam I masuk tido around 9-10 pm. You want to know the reason why? Sebab computer I buat hal so tak boleh nak spend masa golek-golek sambil online sebelum tido. Serve you right Amirah! Reti pulak nak tido awal kan? haha. :p


Sekarang ni asalkan I on je laptop, dalam tempoh sejam mesti dia terpadam sekurang-kurangnya dua kali. Kalau sekali sekala takpe jugak, tapi kalau hari-hari memang boleh bikin hangin satu badan tau! I know there must be something wrong with it. I rasa dia marah or merajuk la sebab I asyik sebut nak beli laptop baru. Huahuahua. Jangan la merajuk sayangggg!! Memang la teringin nak beli laptop baru but definitely not now! I still need you to be good to me until the end of my studies. At least. huhu.


Sebab dah tak tahan dengan laptop yang kejap mati kejap hidup ini, makanya terpaksa la I hantar dia pegi jumpa dokter kat sepital. Urghh, life must be so dull without my computer at home. huhu. Tak boleh nak buat kerja kat rumah dah satu hal, tak bole busybody kat facebook, tak bole tengok movie, tak bole layan youtube. Ohh nooo!! Macam mana nak skype ni??? ;O 


Hisshh, tengok la tu manusia zaman sekarang. Takde computer rasa macam hilang segala-galanya. Buruk betol perangai! Cuba duduk diam-diam baca Al-Quran banyak-banyak. Elok la tu laptop buat perangai di akhir-akhir Ramadhan ni kan? Dapat puasa mata dan telinga daripada tengok or dengar benda-benda yang tidak sepatutnya. T___T


Ohh speaking of the doctor for my computer, I nak pi hantar dekat Kerul mintak dia tolong godek-godek kan pape yang patut. Selamat ada tukang repair computer yang handal kat sini kalau tak mati aku nak kena pi hantaq kat kedai. hoho. Anyway, it is his birthday today!! So happy birthday tuan doctor! Style jugak kasi hadiah laptop masa birthday orang kan? Tapi bukan bagi terus la, mintak tolong repair jeee. hakhakhak. :p


Kerul on his birthday last year. 09/08/11
Walaupun rasa bersalah tapi nak letak gak gambo ko pakai spek gedabak ni. hahaha. :p


Monday, August 6, 2012

His victory. Our unity.

Assalamualaikum,


How's everybody doing today? Kalau di Malaysia ada yang bercuti sempena Nuzul Quran kan? Seronok nya! I kat sini memang takde la cuti-cuti umum yang macam tu. Tahun ni pun kebetulan Hari Raya nanti masa weekend, baru lah ada mood nak buat preparation sikit. Kalau macam tahun-tahun sebelum ni, raya masa weekdays, pakai sambut ala kadar je la jawabnya sebab masing-masing kena masuk office ataupun kelas. huhu.


Ohh, I wasn't feeling quite well today. Bangun pagi tadi perut rasa tak sedap, loya sangat macam nak muntah. Mungkin salah I sebab sahur minum air kosong je pagi tadi. Bukan apa, sebelum tido tu rasa macam kenyang lagi, kononnya tak payah makan dah masa sahur. Sekarang ni bila sakit perut tak ke diri sendiri yang susah? Mana ada mak kat sini nak tolong layan. hukhuk. :(


Lepas tu masuk office tadi tiba-tiba ada mood nak dengar lagu raya. So I created a playlist full of evergreen Aidilfitri songs. Bijak tak? Bijak tak? Dengan mood yang tak berapa nak stable sebab homesick, time ni jugaklah terasa nak dengar lagu raya. Tak ke cari pasal namanya tu? Sekarang dah syahdu sorang-sorang siapa nak jawab? ;O


Anyway, sempena kejayaan wira badminton kita yang mendapatkan pingat pertama negara di Kejohanan Sukan Olimpik London 2012, I would like to congratulate Dato' Lee Chong Wei on his silver medal winning. We have seen how he tried his very best till the last bit of the game. It was a tough one though. To us, you are the true hero and you already won the gold medal in our hearts. And looking at our hero with tears running down his cheek, my ohh my, that moment was heart breaking. :(


I feel like crying when he had his tears running. :'(


Sebak hokeyy bila tengok dia tweet "I'm sorry" right after his loss to Lin Dan. And I guess all Malaysian wouldn't accept his apology. You wanna know why? Because to us, the gold medal is not the matter anymore, what more meaningful is he brought us the golden moment united as Malaysian. 


Adiwira negara


And guess what? Only until last night's game, I never realized a badminton player could turn out so good looking and handsome moving around the court with a racket and shuttlecock in hands. Ngeee. Eh eh, ke situ pulak dia. hahaha. Sayang jangan marah, awak pun main badminton kan? So this compliment is specially dedicated for you. Bodek ni bodek. kehkehkeh. :p


* all photos were taken from google.

Friday, August 3, 2012

Impian tahun 2012 yang hampir terlaksana :)


Assalamualaikum wbt,


Salam hari Jumaat untuk semua, penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya matahari tidak terbit dan terbenam pada hari-hari yang lebih mulia dan lebih afdal daripada hari Jumaat. You got what this means? If yes, good for you, if you don't, go find out about this.


Kepada yang lelaki, jangan tinggal solat Jumaat tanpa sebab ye? Dah terang-terang lagi memang semua orang tau Allah murka, dah tu makin kurang pulak point kalau perempuan nak nilai calon yang boleh dijadikan suami nanti. Ye la, semoden mana pun wanita zaman sekarang, tapi kalau nak cari suami, dia tetap utamakan calon yang boleh dijadikan imam di dalam solat. Kalau solat sendiri pun tak terurus, macam mana nak imamkan isteri dan anak-anak ye dak? Look back and think, okay? :)


Ohh, I have something to share here. It's about reciting Al-Quran during Ramadhan. Dah lama nak kongsi sebenarnya, tapi takut pulak kalau salaf tafsir jadi riak. Hopefully it isn't and please get what I'm trying to deliver. Rasanya tiap-tiap kali masuk bulan Ramadhan mesti semua orang ada semangat nak cuba khatamkan 30 juzuk Al-Quran kan? Kepada yang berjaya, Alhamdulillah, I salute you guys. Kepada yang masih mencuba, teruskan usaha ye! :)


As for me, I have been trying to do so for the past few years, but I normally fail to complete all 30 juzuks of Al-Quran every year. Paling banyak pun 15-20 rasanya lepas tu berhenti macam tu saja. Bad bad Amirah rite? So, masuk awal tahun 2012, dengan azam yang baru, I bertekad nak khatamkan 30 juzuk Al-Quran beserta dengan terjemahan sekali sebelum tamat bulan Ramadhan.


So what I did was, I started reciting Al-Quran and the translation since the 1st Rejab this year. Sebab I tau, dengan cara bacaan I yang tak konsisten, mustahil untuk I khatamkan semua dalam tempoh sebulan, hence the early starts. I cuba amalkan setiap kali lepas solat I akan baca 1-2 mukasurat, dengan terjemahan sekali. Biasanya, lepas solat Subuh dan Isyak je la yang I dapat buat, sebab waktu-waktu lain I solat kat office.


Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Alhamdulillah, masuk minggu kedua bulan Ramadhan, I dah menghampiri juzuk terakhir Al-Quran, dan berjaya baca hampir keseluruhan terjemahannya sekali. Bila dihayati betol-betol, ada banyak kisah dalam Al-Quran tu yang sangat terkesan dalam hati. To be honest, this is my first time reading the complete translation after almost 27 years of being born and brought up as a Muslim. :'(


I know I should have done this earlier but hopefully this is not too late. I have seen how this changes me for the better and I bet everybody else will agree with me as well. Good luck! :)




Wednesday, August 1, 2012

Misi mencari kad raya di bumi Australia

Assalamualaikum semua,


Selamat menjamu selera kepada yang dah atau akan berbuka kejap lagi. Kepada yang belom, sabar ye. Sila focus buat benda lain dulu, nanti masuk time berbuka boleh makan puas-puas. :) I had my iftar at Kak Fish's place today. Chicken meatbal soup, ikan masin goreng dengan bawang sedapnya ya ampunnn and ketam masak black pepper. Ok ok fine, tak payah cerita pun dah tau sedap dia macam mana kan. hihi. :p


Sejak dua menjak ni, cuaca kat sini pelik satu macam. When I said strange, it really is strange. Sejuk yang mencengkam ke tulang. Selama ni kalau sejuk macam mana pun, asalkan tido dalam sleeping bag + comforter dua lapis + flanette blanket satu lapis dah cukup untuk buat I rasa warm, but not this time around. Tu pun dah siap pakai wool sleep attire from top to toe pun masih tidak membantu. huhu.


Seriously, malam tadi boleh pulak menggigil-gigil kat dalam tu walaupun dah zip sleeping bag tutup sampai muka. Nak bangun turn on heater pun tak sanggup nak keluar dari selimut tau. I wonder if this is the age factor or the weather has not been on my side lately. huhu. Tapi bila tanya orang lain pun, depa semua kata cuaca sejuk lain macam minggu ni. huhu. So, definitely bukan sebab usia ye. Eceh, macam tua sangat bunyinya. hehehe.


Ohh nak cerita pasal kad raya sebenarnya hari ni. Walaupun semoden macam mana pun dunia hari ni dengan  segala Facebook, Twitter, Skype, Whatsapp, just to name a few, tapi hati I tetap tradisional. hehehe. Dah nak dekat-dekat raya ni teringin pulak nak hantar kad raya dekat insan-insan yang istimewa kat dalam hati ni. cewah! hihi. :p


Jadi, dengan gigihnya I pun pegi la cari kehulu kehilir kad yang sesuai untuk jadi kad raya. Don't expect something designed with pelita, ketupat or gambar masjid lah please. Cerok mana nak cari kad raya macam tu kat bumi Australia ni. huhu. Gambaq kangaroo, Sydney Opera House, Harbour Bridge banyak laaaa. T___T


Cari punya cari, finally I jumpa satu packet 10-piece plain cards with the most suitable design for Hari Raya. tak sangka pulak ada yang sesuai. Happy happy!! Okay, 5 dah ada tuan punya, lagi 5 je belom. Still thinking nak bagi dekat sapa lagi ye? Siapa nak sila letak address!! hehehe. Takde la special mana pun, cuma ingatan tulus ikhlas dari saya yang jauh di perantauan. huhu. Paling special pun nanti dapat setem gambaq kangaroo saja la. kehkehkeh. :p


Sending out Aidilfitri wishes all the way from the land down under