Wednesday, August 1, 2012

Misi mencari kad raya di bumi Australia

Assalamualaikum semua,


Selamat menjamu selera kepada yang dah atau akan berbuka kejap lagi. Kepada yang belom, sabar ye. Sila focus buat benda lain dulu, nanti masuk time berbuka boleh makan puas-puas. :) I had my iftar at Kak Fish's place today. Chicken meatbal soup, ikan masin goreng dengan bawang sedapnya ya ampunnn and ketam masak black pepper. Ok ok fine, tak payah cerita pun dah tau sedap dia macam mana kan. hihi. :p


Sejak dua menjak ni, cuaca kat sini pelik satu macam. When I said strange, it really is strange. Sejuk yang mencengkam ke tulang. Selama ni kalau sejuk macam mana pun, asalkan tido dalam sleeping bag + comforter dua lapis + flanette blanket satu lapis dah cukup untuk buat I rasa warm, but not this time around. Tu pun dah siap pakai wool sleep attire from top to toe pun masih tidak membantu. huhu.


Seriously, malam tadi boleh pulak menggigil-gigil kat dalam tu walaupun dah zip sleeping bag tutup sampai muka. Nak bangun turn on heater pun tak sanggup nak keluar dari selimut tau. I wonder if this is the age factor or the weather has not been on my side lately. huhu. Tapi bila tanya orang lain pun, depa semua kata cuaca sejuk lain macam minggu ni. huhu. So, definitely bukan sebab usia ye. Eceh, macam tua sangat bunyinya. hehehe.


Ohh nak cerita pasal kad raya sebenarnya hari ni. Walaupun semoden macam mana pun dunia hari ni dengan  segala Facebook, Twitter, Skype, Whatsapp, just to name a few, tapi hati I tetap tradisional. hehehe. Dah nak dekat-dekat raya ni teringin pulak nak hantar kad raya dekat insan-insan yang istimewa kat dalam hati ni. cewah! hihi. :p


Jadi, dengan gigihnya I pun pegi la cari kehulu kehilir kad yang sesuai untuk jadi kad raya. Don't expect something designed with pelita, ketupat or gambar masjid lah please. Cerok mana nak cari kad raya macam tu kat bumi Australia ni. huhu. Gambaq kangaroo, Sydney Opera House, Harbour Bridge banyak laaaa. T___T


Cari punya cari, finally I jumpa satu packet 10-piece plain cards with the most suitable design for Hari Raya. tak sangka pulak ada yang sesuai. Happy happy!! Okay, 5 dah ada tuan punya, lagi 5 je belom. Still thinking nak bagi dekat sapa lagi ye? Siapa nak sila letak address!! hehehe. Takde la special mana pun, cuma ingatan tulus ikhlas dari saya yang jauh di perantauan. huhu. Paling special pun nanti dapat setem gambaq kangaroo saja la. kehkehkeh. :p


Sending out Aidilfitri wishes all the way from the land down under


8 comments:

laskar pelangi said...

nak kad raya jugak boleh? hihi:)

Farah Zainal Abidin said...

AAAAAAA.....rajin-nya.....touching babe! U noe what, past few days ago..dlm duk study for test, tiba-tiba ein teringat nak antaq kad raya kat korang! Dulu surat..la nie kad raya...hahahaha

amirah said...

laskar pelangi:

meh la address. bole hantar. hehehe. :p

amirah said...

ein:

hahaha. ketinggalan zaman sungguh kan main kad-kad raya ni. tapi nak jugak buat!! saja kenangan. :p

Unknown said...

nak!! nak... hohohohohohoho...

nurul nawwarah
no5, lorong tembikai,
taman changkat intan,
jalan changkat jong,
36000 teluk intan,
perak.. :)

amirah said...

che_wawa:

okay!! InsyaAllah next Monday post kad raya tu. memang ada extra lagi. :)

Unknown said...

thank.. hehehehhe.. x sabar nak dpt kad raya y cntik tu... ^_^

amirah said...

che_wawa:

Okay dah post pagi tadi! tunggu ye.. :) tapi kad ala kadar je sebab kat sini takde kad raya la sayang.. setem je special dari Aussie. :)