Wednesday, May 4, 2011

The fashion week spirit

In parallel of celebrating Royal Australian Fashion Week, UOW also held its own series of modelling and design events for the second time. Ha, jangan ingat fashion capitals of the world macam New York, London, Milan and Paris je yang boleh organize fashion week. University of Wollongong pun ada tau!


Walaupun fashion show ni agak entah apa-apa, tapi untuk tengok suka-suka jadi pengkritik bebas tak bergaji memang best. Geli hati tengok gelagat manusia yang beraneka ragam ber 'catwalk' atas mini runway tu. Ada yang sporting gila, ada yang macam terpaksa, tak kurang jugak ada yang betol-betol talented macam supermodel.

She got the look and the talent as well. Very leggy. I like!


The duckpond was turned into runway complete with makeup tents and frantic backstage changes. So I, Kak Su, Aimy, Fatin, Rem and Farizal siap cari port yang paling dekat dengan stage semata-mata nak dapat view yang paling perfect. Sudahnya, kitorang lagi banyak gelak tengok aksi lawak model-model atas stage tu berbanding tengok baju-baju yang diorang peragakan. kahkahkah.

Us


Eh, suka hati je gelakkan orang. Cuba kau yang naik atas pentas tu jalan silang-silang kaki dengan kasut setinggi 4-5 inci, baru nak langkah naik pentas dah tergolek dok rasanya. Masa tu baru kau sedar diri pergi je la belajar pandai-pandai, tak payah berangan nak jadi model lah. haha.


Apa yang menariknya, ambassador UOW Fashion Week tahun ni adalah Rachael Herraman. She is currently a UOW student and once became Miss Universe 2010 finalist. Tinggi gila perempuan tu okeh! Bila tengok dari jauh nampak biasa ja. Tapi bila jumpa dekat-dekat, I yang perempuan ni pun tak berkelip mata tengok dia. Very beautiful she is.


Me and the pretty Rachael. Aduhh, terasa sungguh rendah diri.

Monday, May 2, 2011

Garage jamming session


Semalam ada BBQ session dekat rumah Madoline. Biasalah bila dah di perantauan, majlis makan-makan macam ni la yang jadi aktiviti paling menarik untuk eratkan hubungan sesama Malaysian di Wollongong ni. Dari pukul 12 tengahari I dah berkampung kat sana membawak sampai ke malam. Eh, sebok je macam kau pulak yang tuan rumah kan.haha.


Biasanya majlis macam ni memang berkonsepkan pot-luck. Time tu lah nak merasa makan yang beraneka jenis. Tapi kan, I tak sempat jamah langsung all the barbequed chicken or lamb. Sempat cuit kuih sikit, mihun sikit, dengan kek seketul dua. Bila dah malam baru la nak selongkar balance makanan yang ada. Masa majlis tu tak terasa nak makan, sekarang bila teringat, tiba-tiba teringin. Aiyoo!


The occasion ended at around 5pm. Lepas tu sesi mengemas lah pulak. Sekarang baru I faham kenapa orang-orang tua kita semua nak dapur yang besar and mesti kena ada paip air dekat luar. Senang nak basuh pinggan mangkuk, periuk, kawah semua. Kat sini gasak lah kau sental semuanya dalam sinki yang comel. Membasuh bekas-bekas marinate ayam yang besar gedabak memang menguji kesabaran tau tak!


Lepas dah siap mengemas, sementara nak tunggu orang tolong hantar balik, sempat lah I melepak sambil tengok artis-artis MAS_UOW jamming. Garage jamming session namanya. Kenapa? Sebab jamming tu buat kat dalam garage kereta lah. Style kan? hehe.


Fyi, I memang suka gila tengok live band. I really love watching their skills and passion in handling all the musical instruments. And without noticing how fast the time flies, I can sit there, listen to them playing for hours without feeling anything close to bored.


I ade ambik banyak video tapi susah gila nak upload full song kat dalam ni. I have no idea why. Maybe the size is too big I guess. Walaupun dah guna HD video, bila dah cut hasilnya jadi tak clear and sound pun tak berapa nak sedap. Geram! Geram! Hey Amirah, jangan banyak bunyik boleh tak? Layan je lah apa yang ada ni haaa.


Starlight by Muse


Cinta by Flop Poppy 
(my most favourite)


Friday, April 29, 2011

Kenapa saya suka mengira

I have a very noticeable habit that will make people tend to look at me in a very confusing way. Kalau sesiapa yang pernah lepak dengan I mesti tau to what extent do I love to count. Mathematically speaking, counting ni sebenarnya the action of finding the number of elements of a finite set of objects.
(Hape benda la yang minah ni mengarut huh?)


Secara tradisionalnya, perbuatan mengira ni boleh dibuat secara mental atau lisan. You boleh kira dalam hati, dalam otak, atau pun kira kuat-kuat sampai orang sebelah dengar pun menyampah. But for my case, the counter unit is continually increasing in my mind.

Mungkin macam ni la berseliratnya numbers dalam otak I kot. hehe.
[photo courtesy]


Kalau nak tau betapa extremenya sifat suka mengira I ni kan, I ada satu habit, kalau I drive pergi mana-mana tak kira la jauh atau dekat, I akan set dalam otak nak kira apa-apa saja benda menarik yang I jumpa sepanjang jalan.


Kalau hari tengah active berfikir, I akan pilih untuk kira kereta Myvi sebab melambak-lambak atas jalan and otak I pun takkan stop bergerak. Kadang-kadang bole bergaduh dengan diri sendiri sebab terlepas kira beberapa bijik Myvi yang tiba-tiba time tu lah jugak nak datang berbondong-bondong.


Tapi kalau time I agak malas, I akan pilih untuk kira kereta BMW atau Mercedes yang agak kurang sikit jumpa sepanjang jalan. So, otak I pun tak perlu nak kira laju-laju sangat. Siap boleh sambil-sambil kira berapa banyak kereta Kancil  merah selang seli dengan BMW atau Mercedes tadi.


Bila dah siap mengira tu, bila ada masa lapang, I akan mencongak percentage kereta Myvi warna hijau, merah, putih, hitam and so on. Memang calculation tu sangat lah tak accurate, sebab takde rekod, tapi I tetap akan buat, sebab I think that is how to keep my brain working.


Ha, lagi satu contoh, Biasanya, bila kita bagi direction, kita akan guna landmarks kan? Contohnya:
"Bila kau dah exit highway nanti, nampak Shell kau amik kiri, then jalan terus sampai nampak masjid warna biru belah kiri, then ko ambik simpang kanan. Rumah aku betol-betol depan kedai runcit Pak Abu tu."

Tapi kalau you mintak direction dari I, I akan cakap macam lain. Contohnya:
"Bila dah sampai pintu gerbang UTM tu, kau akan lepas satu bumper, then kau amik kiri, jalan terus sampai lepas 7 bumper, ko amik kiri lagi, jalan terus sampai jumpa simpang kiri yang ke tiga, then tu la blok aku. Bilik aku betol-betol kat depan kotak parking number 3 dari kanan.
**(Teringat kenangan masa duduk di Kolej Tun Hussien Onn, UTM Skudai)**

Nampak tak perbezaannya? Siap la kau kena mengira kalau mintak direction dari I. Sepanjang jalan perlu focus sebab kalau terlepas satu bumper, maka lain lah tempat yang kau sampai nanti. Tu pun kira okay sebab I tak bagi direction guna berapa batang pokok. Mau mati I kena ketuk dengan you nanti.huhu..


Wednesday, April 27, 2011

Sedetik Lebih

I have been very silent for the past few days if you had noticed. Hmm, it's not like I don't have anything to say. No! But it turned out that I have so many things on my mind until I decided to let everything left unsaid.


Okay, leave all the nosiness alone. I should have known how to handle things very well now. You are and adult already Amirah. Ingat, setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya kan? So, way to go girl!


Semalam, 26 April 2011, ulangtahun kelahiran ibunda kesayangan yang ke-51. Rindu, rindu, rindu! How I wish Malaysia and Australia is just a few steps away from each other. You nak tau tak apa yang I paling rindu sangat? I rindu nak borak-borak dengan mak, sambil baring dekat katil, biasanya lepas solat Isyak. We can talk about almost everything for hourssss. The mother-daughter bonding is just soo tight. I miss my mum. I really do.

Cinta hati dunia dan akhirat

Then tengahari tadi, I join Fathul dengan Nash lunch dekat Out For Lunch. They called me to meet them over there. Rupa-rupanya it was a belated birthday treat from Fathul to Nash. Tetiba I pun turut dibelanja sekali. Rezeki jangan ditolak orang kata.hehe. A piece of cake and a cup of latte really made my day.

Me and Mr President, Nash Abdillah, the birthday boy.
(I melaram birthday present Nash. Yellow RayBan. Elok sangatlah tu tudung merah sunglasses kuning. Funny tapi sangat cool tau. Bukan sebarang orang boleh menggayakan sunglasses warna bright cam gitu. Salute you la bro!)

Ha, I have a new favourite song that I have been listening to over and over again lately. Pagi petang siang malam semua I dengar lagu ni. I'm not really a big fan of Anuar Zain though. Ada sesetengah lagu je yang I boleh layan. But this time, I'm totally in love. Cuba dengar lagu ni, hayati lirik dia, then you will probably understand why.



**Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya**

Thursday, April 21, 2011

Apa nak buat bila Easter Break menjelma?


Today will be the last working day for this week and I am going to have a long weekend as Easter break has finally starts now. Maknanya uni akan cuti selama lima hari bermula dari Jumaat-Selasa. Yippie!! Walaupun takde la apa kaitan sangat dengan I ni as I am a fulltime research student. Tapi tetap nak tumpang happy jugak.hehehe..:p


As for now, I don't have any particular plan on what to do during the break. Nothing interesting on my mind, really! Rasa macam semua dah buat dah. Bosan, bosan! Hello sayang, kerja melambak-lambak tu pun you ada hati nak cakap bosan lagi eh. Pergi study lah Amirah!!! T___T


But hey, did I tell you that Josh is going to pay me a visit tomorrow? No? I hope you still remember Josh. I mentioned about him in here when I went to Summer School in Melbourne last year. He is one of my closest buddy over there. A very nice Australian guy who is currently finishing his PhD at anytime soon. He is originally from Blue Mountains and currently studying at University of New South Wales, Sydney.


Me and Josh at Saint Kilda beach, Melbourne.

Biasanya kitorang just keep each other in contact through email and facebook. Sebenarnya dah banyak kali dia cakap nak datang Wollongong dari tahun lepas lagi. Tapi asyik tak jadi je semuanya sebab I selalu tak available. But this time I promise him that I am going to make it since I have no particular plan at the moment.


My other close buddies, Mick, Sean and Hoan.
(Memang takde girl yang pergi summer school masa tu, sebab tu kawan-kawan I semua lelaki)

Owh by the way, tadi sampai je office I tengok ada seketul telur warna merah besar penumbuk atas meja. It is an Easter egg from Diane. She mentioned that the egg represents fertility and new life in Spring. Ada banyak kisah pasal Easter egg ni sebenarnya. I may not have the same beliefs, but I respect theirs as much as they respect mine.

Gigantic red Easter Egg from Diane. Thanks!


Kadang-kadang kitorang selalu duduk sama-sama and share apa-apa pasal religion and beliefs masing-masing. Seronok jugak bila dengar sejauh mana understanding masyarakat luar terhadap Islam sebenarnya. Setakat ni, I bersyukur sebab orang sekeliling I sangat menghormati Islam dan I cuba sedaya-upaya untuk tunjuk contoh yang terbaik. That's the least I could do I guess.


HAVE AN AWESOME HOLIDAY EVERYONE!!!

Monday, April 18, 2011

When The War Is Over


Me and Aimy before the war began

Ha?? Ape war war pulak ni? Bikin ribut je kamu ni tau!hehe. Bukan war ape pun lah. I pegi perang dekat paintball battlefield hari Sabtu lepas. Delta Force Paintball, Appin. Do you want to know how fun was it? It was totally awesome!! Lebam sini sana. Muka comot tak hengat. Penat jangan cakap la. Balik terus pengsan!


Okay, let me tell you a bit about the game. When we got there, we were divided into two groups. The White Team and The Orange Team. The colour codes were indicated by the white or orange strap on our hand. Ada la dalam 20 orang dalam tiap-tiap kumpulan. Ramai sangat rasanya. Nak-nak bila dah dressed up into the full uniform, memang tak kenal siapa dah.
The White Team. Spot me!

The Orange Team

When we first arrived, each of us were given Body Armour to cover the chest, coverall Combat Suit to protect our wear, Battle Pack that hold up to 400 paintballs, full head anti-fog Goggle Protection, and a 0.68 Calibre Inferno Machine Gun. Gila power hafal nama gun. Tapi serious cool sangat rasanya masa bawak gun tu! Terus rasa macam wirawati negara nak pergi berperang. kahkahkah! Berangan~~

Battle Pack, Goggle, and The Gun
[Photo courtesy]

Kitorang main dekat 3 battlefields. First main SPEED BALL. We need to protect the checkpoints so that the other team cannot penetrate our defences. Mula-mula I blur and tak berapa nak dapat feel. I don't like this one that much because all the bunkers were too crowded with soo many people. Awal-awal lagi I dah kena keluar. Tak best!

Then masuk second battlefield, JUNGLE CRYPT. Here is where I started to get the excitment. Dalam game ni each team kena conquer kubu yang dekat tengah-tengah jungle. Team mana yang paling ramai ada dekat kubu bila habis masa, team tu yang menang. I love this one as I was among the earliest who conquered The Crypt. Gila best tapi I injured teruk dekat sini. ;O

Finally masuk third battlefield, TROPIC THUNDER. Dalam game ni, sorang wakil dari tiap-tiap team akan jadi prisoner. So, kita kena selamatkan prisoner tu and at the same time kena defend kawasan so that the opponents tak dapat masuk kawasan kita. I berjaya defend satu entrance supaya opponents tak dapat pecah masuk dengan jayanya without being shot. Yeay!!

Sesudah perang tamat

Balik tu bila check kesan tembakan, lengan kanan paling kronik and bruises everywhere. Sakit gila! Tapi kalau orang tanya nak join lagi tak lepas ni. I will simply say YES!!! Without any hesitation. Best sebenarnya main tembak-tembak orang ni. Bila dapat shoot orang, rasa dia macam terawang-terawang di udara. But when I was being shot, perghh!! Rasa dia memang sungguh tidak enak. Kalau nak tau macam mana, cubalah!


Our group photo after the war

All photos were credited to Zaki and Aimy's Facebook. Thank you guys!

Friday, April 15, 2011

Bila tiba waktu itu..

When you are at THAT time of the month, your physical and emotional traits are normally affected. Kadang-kadang I pun hairan macam mana la semua ni boleh jadi. Tapi tu la yang perlu dihadapi setiap bulan. Orang sekeliling sila bersabar ye. Masalah teknikal ni berlaku paling lama pun seminggu je..:p


The most common physical symptoms are fatigue, bloating, acne and appetite changes with food cravings. I usually have all that every cycle. Keletihan terlampau, rasa macam semua parts kembang bermangkuk-mangkuk, jerawat jangan cakap lah kan, dan selera makan berkuasa harimau bintang. Kalau boleh semua pun aku nak bantai!


Then when it comes to mood-related symptoms, there are depression, oversensitivity, mood swings with alternating sadness and anger and sometimes irritability. Ini semua bukan dibuat-buat ye. Ingat senang ke nak handle perasaan yang tak tentu arah macam ni. Sungguh mencabar tau!


Biasanya hampir semua perempuan normal akan menghadapi keadaan yang macam ni. Bezanya teruk atau tidak je. For my case, I lebih ke arah physical symptoms. Berguling-guling atas lantai selama 2 jam itu adalah hobi setiap kali menstrual. Rasa macam seronok pulak dapat main guling-guling tahan kesakitan melampau tu. huhu.


Okay, itu saja nak mengadu hari ni. Biasanya mengadu dekat tempat lain tapi kali ini tidak dapat dihubungi. So, you gotta lend me your ears then! I feel really exhausted, tired and weak. And now I think I just want to lay down for the whole day, and cry like a baby.


Please take care
[photo courtesy]

Wednesday, April 13, 2011

Besarnya nilai RM50 bagi yang memerlukan

Dear diary,

I talked to my mum for more than 1 hour just now. Melepaskan rindu. hehehe. If you read this, I miss you so much mak! Mirah teringin sangat nak balik, but I don't think I can do that within this short time. Tak sabaq nak tunggu mak mai sini tau!


Dalam banyak-banyak topik yang kitorang berborak hari ni, hati I tersentuh bila dengar cerita mak macam mana dengan hanya RM50, kita boleh menggembirakan hati orang yang sangat-sangat memerlukan. Mungkin bagi setengah orang, RM50 tu apa lah sangat kan? Sekali dinner di fine dining restaurant pun boleh habis lebih RM50 per individu ye tak?


Okay, ceritanya macam ni. Mak baru balik dari umrah baru-baru ni. Lepas keluarkan belanja untuk beribadat ke jalan Allah, Alhamdulillah Allah gantikan balik duit mak dengan kurniakan rezeki berlipat kali ganda nilainya. So, bila dah ada rezeki lebih sikit, mak terasa nak hadiahkan cleaner dengan guard dekat office mak RM50 sorang. Saja nak bagi diorang duit belanja minum niat hati mak.


The cleaner is a very humble Indonesian woman. Mak cakap bagus dia kerja. Solat tak pernah diabaikan. Lepas dapat je duit dari mak, dia cakap dia nak beli sesuatu yang berharga sebagai tanda kenangan. Tak pernah dia dapat hadiah sebanyak tu katanya. So, dia beli jam tangan dengan sejadah. Ya Allah, dengan RM50 dia dapat beli 2 benda yang sangat berharga bagi dia. Kita ni pulak, kalau boleh jam tangan nak yang berjenama je. Paling cikai pun mesti nak harga yang cecah ratusan ringgit. Insaf~~


Tu kisah cleaner. Yang paling buat I terharu bila dengar cerita guard pulak. Masa mak bagi duit tu, dia dah ucap terima kasih. Then bila dia naik solat, dan check amount yang mak bagi, dia terus turun dan ucap terima kasih yang tak terhingga dekat mak sampai buat mak terpinga-pinga. Besar sangat ke RM50 tu sampai dia beria-ia ucap terima kasih sampai macam tu sekali?


Rupa-rupanya baru mak tau, sebelum dapat duit dari mak tu, dalam poket dia hanya tinggal RM2 saja. Apa sangat yang boleh kita buat dengan nilai 2 ringgit hari ni kan? Nak beli nasik putih lauk telur pun tak lepas. Boleh bayangkan tak apa yang dapat dia makan sepanjang minggu tu? Ya Allah, sedih sangat dengar. Menitik air mata I masa tu. Kita ni hidup serba serbi cukup, sedangkan ramai lagi manusia di luar sana yang terpaksa mengikat perut untuk teruskan kehidupan.


Ayat mak yang I pegang hari ni, jangan kedekut untuk belanjakan duit untuk orang lain. Kita tak pernah tahu, mungkin dalam setiap rezeki berlebihan yang Allah kurniakan untuk kita tu, terselit rezeki yang boleh dikongsi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Bear that in mind kay Amirah.
 
 
Ringankan tangan untuk memberi, InsyaAllah, Allah pasti akan gantikan dalam bentuk gandaan pahala yang tak terhingga nilainya. Yang penting, segalanya perlu diniatkan hanya kerana Allah swt.

Tuesday, April 12, 2011

She is White Admiral

Dear diary,


I have no idea why but the feeling is just so not right. Everything seems to be so complicated. I never felt this way before. The state where I am not really there.


I think I understand most of the things that are happening, but maybe I am worried about everything that can't make any sense of all.


I want to be like that beautiful butterfly, fly freely in the sky, spread the rainbow color wings, shine among the trees, and just be happy.


White Admiral
 [Click here if you want to know the reason behind the name]

Sunday, April 10, 2011

Happy 28th Anniversary Mak & Bapak!!

28 years ago, in the year 1983, marked the day when two souls become one, and together forms a common bond, love and commitment. From that point of the day, the wedding anniversary holds tremendous value of love and happiness that comes each year. Pasangan ini kemudiannya menyambut satu demi satu kelahiran permata dalam keluarga yang kini berjumlah 6 orang dan seorang menantu sulung. 

Keluarga Haji Azmi & Hajjah Kartini
(From left: Fatin, Bapak, Hanif, Amirah, Huda, Burhan, Mai, Mak, Hamizah)

Putera sulung, Muhammad Hanif (27 tahun), dilahirkan pada tahun 1984 diikuti dengan puteri sulung  bernama Amirah (26 tahun), dilahirkan pada tahun 1985. Kedua-duanya diberikan didikan sempurna dari zaman persekolahan sehingga meniti alam dewasa. Dan sehingga hari ini, putera dan puteri sulung ini masih dan sentiasa memerlukan sokongan dan doa daripada pasangan ini untuk terus mencapai satu demi satu kejayaan dalam hidup.

Pada tahun 1989, seorang lagi puteri yang dinamakan Fatin Anisah (22 tahun) dilahirkan ke dunia. Diikuti dengan kelahiran seorang lagi putera bernama Burhanuddin (21 tahun) pada tahun 1990. Seperti kakak dan abang mereka, kedua-duanya turut diasuh dan dididik menggunakan formula yang sama. InsyaAllah, diiringi doa daripada ibu bapa, kejayaan peringkat pengajian tinggi akan jadi milik mereka.

Permata yang ke lima dilahirkan pada tahun 1994 yang diberi nama Hamizah (17tahun), kini di alam sekolah menengah. Selepas 20 tahun usia perkahwinan, pada tahun 2003, pasangan ini dikurniakan seorang lagi puteri yang bernama Ainul Huda (8tahun) yang kini menjadi penyeri dalam keluarga. Semoga abang-abang dan kakak-kakak mampu menjadi contoh kepada adik-adik yang masih jauh lagi perjalanan dalam hidup mereka.

Pada tahun 2010, pasangan ini menerima menantu sulung di dalam keluarga, Mai Nazura, yang kini menjadi tulang belakang kepada anak sulung mereka. InsyaAllah, berkat restu dan doa pasangan ini, keluarga besar ini akan terus berkembang dengan menerima kehadiran pasangan terbaik pilihan anak-anak.

Bukan sedikit dugaan yang perlu dihadapi oleh pasangan ini terutamanya cabaran membesarkan anak-anak yang berbeza sifat dan karenah. Alhamdulillah, they made it. For them, parenting is both a never ending process and a journey. The father works hard to provide the needs of his offspring. And the mother gives all her life so that the children know where the home is even when they were given wings to fly away.

To Haji Azmi and Hajjah Kartini, we can't thank you enough for the love, education and your never ending support. And most importantly we want to thank Allah for granting us with the most invaluable most precious parents in the whole world. Happy anniversary again!

Thursday, April 7, 2011

Hunting for a new pair of boots

I seriously need to get myself a new pair of boots. I used to have three pairs before this. One has worn off, one has been sold, leaving myself with only one more left. Cuaca yang makin sejuk and hujan yang tak menentu buat I rasa tak sabar nak beli lagi satu.

Once upon a time at Pebbly's Beach. Me wearing my favorite mid-calf boots

The thing is, I couldn't really make up my mind on which type of boots should I go for this time. I always love the mid-calf length but I'm eyeing for the knee length at the same time. Urghh.. Susahnya jadi perempuan. Cerewet gila!

My knee-high boots that has been sold

I know that the length of your boots is a personal choice, but there are some golden rules that you need to follow whether you want to go for the ankle, mid-calf, knee or even thigh length boots. Tak boleh nak belasah sesuka hati je ye kalau takmau jadi fashion victim.

Ankle boots
It is a great alternative to shoes but I personally think they look nice with trousers. Very funky footwear when worn with tights and skirts. But please please avoid wearing it with long skirts. Nanti kaki nampak pendek and you tend to look frumpy and matronly. Oh no!;O

Grey look good on anything, don't they? [photo courtesy]

Mid-Calf Boots
A unique cut that looks great with skirts of all lengths as this style accentuates your calf muscle. This is my favorite of all. Tapi!! cutting macam ni mungkin sesuai untuk orang betis kecil atau sederhana. Kalau betis yang agak besar, mungkin kurang selesa untuk dipakai. Please go for options okay.

I want this like so badly but I'm pretty sure the price is wayyy over my budget.. Duhh!! [photo courtesy]

Tall Boots
The classic knee-high boot. Haaa, I'm admiring this cut at the moment. It looks fabulous and very versatile. The point is, please ensure that the boot fits snugly around your leg. Memang cantik if worn with jeans tau. Wear them over the top if they are skinny or under if they are a bootleg cut.


Aikk, apehal tetiba cakap pandai pasal boots pulak minah ni. Giving out tips is so not me lah. I nak berangan sorang-sorang dah la ye. Susah-susah nanti I pakai je boots Phua Chu Kang. Dari jauh kalau nampak kaki kuning berjalan tu tandanya I la. Mesti you pusing ikut jalan jauh tanak terserempak sebab malu nak say hello kan.hahaha.

Sunday, April 3, 2011

Azra Sofi's birthday celebration

Hello dear,

I was invited to attend Sofi's birthday bash today. Owh, I love birthday parties as they always filled with fun, joy and happy faces. The best thing about this party is, it was all themed in black, red and white hues. So everybody was kindly asked to dress up in any combination of these colors. Fun wasn't it?

As soon as all the invited guests arrived, the celebration started with doa recitation from Sofi's father, just before we had our pleasurable time indulging into tremendous amount of foods prepared by Sofi's mum, Kak Suzana. We had nasi beriyani, roasted chicken, kari dalca, mee goreng, fresh homemade pizza, and a long list of yummy desserts and sweets.

Shortly after that, it was time for cake cutting ceremony. There were not only one, but two birthday cakes prepared by Kak Shikin. We gathered all around the birthday girl and as usual, sing a birthday song for her. Being the centre of attraction for today, Sofi looked just like a little princess in her gorgeous black dress.


To add into the fun, we played a game right after that. Poisonous stick. Everybody was included, no matter kids or adults. When the music is played, we need to pass around the stick and when the music stopped, the last person who hold the stick need to pick anybody and ask that person to do something. Very easy, but we had a whole loads of fun laughing and singing around.

Before we went back, it was time for the princess to open up all her presents and looking at her happy face admiring all the gifts, making me feel like going back to the good old time, when I was still a cheerful little girl like Sofi.

Pretty 4-year old Sofi

Then, the celebration ended shortly after that. So, to Kak Suzana and family, thank you for being such a warm host. All in all, we really had our great time. Till we meet again in any other event.

My another favorite boy

Hai!!

I woke up with a very bright mood today. Happy! Happy! bangun je tengok jam, alamak, pukul 10 pagi. Apa nak jadi anak dara bangun tengahari ni. Haihh. But I think I have a good reason for that. I tido pun pukul 5 pagi, macamana nak bangun awal kan? So, 10am it was..=))

I don't want to talk much today. Just want to share two photos of my another favorite boy. I mentioned about cute little fella, Adam in here and here before this right? Now, it's Aydin's turn to get the extra highlight.

Charming! Isn't he?


Okay, yang ni mahal. Jeling okay tengok camera.

They are brothers with two substantial characters. Aydin is the little one. Everything they did, they never failed to crack a smile on my lips. I believe they both will grow up as a non-separable brothers later in future. InsyaAllah.

Thursday, March 31, 2011

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum,

Tengahari tadi I join Farizal dengan Mad minum dekat duck pond. Memandangkan Cik Laili belom balik lagi, mati kutu jugak dibuatnya bila bosan dekat office sebab geng ngeteh pergi bercuti. So, bila terjumpa diorang, I pun join la sekaki.

Bila dah lepak dengan diorang, comfirm la I akan kena kutuk akibat selalu ketinggalan dalam dunia teknologi. Tadah je la telinga dengar. Ayat paling kejam hari ni dari Farizal, "Yaperda.. Pakai henpon 2ribu, tapi tak reti gune. Hammmpeeehhh...". Kejam tak kejam? Kena sound baeeek punya. Siot btol! Grrr!

Apa nak buat, jiwa I ni old school la. Layak pakai tepon Nokia 2100 yang ada torchlight tu je. Kasi yang canggih sikit memang la terkial-kial. hahaha.. So, hari ni diorang ajar I suruh download satu application dekat iTunes. WhatsApp Messenger namanya.

WhatsApp is the top leftmost green icon

Application ni lebih kurang macam Yahoo Messenger dengan Skype jugak. What makes this one different?? Ha, it is a cross platform smartphone messenger currently available for iPhone, Android, Blackberry and certain Nokia phones.

The concept is similar to other instant messenger that utilizes push notifications to instantly get messages from friends, colleagues and families. So, kepada para pengguna smartphones tak kira iPhone, Blackberry atau Android, mari kita ramai-ramai download application ni okay!

For those who already have this application in your smartphones, and if I'm in your contact list, you will certainly see my name in your favorites. You can contact me at anytime you like no matter from which part of the world you are currently at. Yang penting FREE!!hehe.

Some of my contacts with WhatsApp installed in their smartphone.
Status Nadiah comel gila. hehehe..:p


Okay, that's all for sharing. Kalau ada apa-apa benda best yang I masih jauh ketinggalan, do update me okay. Maklumla, dalam hal-hal macam ni I memang slow sikit. Eh, bukan sikit, tapi banyak!! ;p

Wednesday, March 30, 2011

3 things to do at the gym

Hai everybody!

Pardon me for my long silence. Things has been very very hectic for the past few days. I need to settle quite a number of things before I see my supervisor next Monday. Phewww. Bless me Ya Allah.

Well, I received a friendly message from Azlina via FB last night. Hello Azlina if you read this! She mentioned that she is one silent reader of this blog. Thank you for that dear. Very much appreciated. Yang baik jadikan tauladan tau. Yang buruk please please please jadikan sempadan.

Okay, back to the main point, Azlina asked me if I could write something about the workouts that I normally do at the gymnasium. Hmm, susah jugak nak cerita. Ye la, I pengguna biasa je. Bukan yang dapat special assists daripada trainer. Tapi I cuba cerita je la ek.

First of all, I would like to highlight here that people might see me as an enthusiastic fitness classes or gym user, but please don't expect me to have one perfect figure like those fantastic people at the gym. I'm wayyy too far from perfect. With the height of 166cm, I really need to do something to keep my weight ranging from 52kg to 54kg. Cannot more, or less than that. Jadi, I perlu kerja keras!

The latest me. Agak-agak I tengah buat apa tu? hehe..:p

(Photo courtesy from Hovis's FB)


The other thing is, I only focus on cardio workouts using treadmill, elliptical trainer, and excercise bike. I didn't go for the ones that will tone and shape my body. Tamau! Tamau! Kang keluar muscles ketul-ketul mau terkejut monkey mak bapak I tengok nanti. Tu baru mak bapak, kalau suami, comfirm kena halau tido luar. Selamat la I belum kawen.hahaha..:p

Okay, chopp!!! It's Zumba time. Kejap lagi balik Zumba I sambung cerita lagi ehh..

Done!! Mari sambung.

The first thing that I usually do is to run on treadmill. I normally start with fast walk with the speed of 6km/hr. Then I gradually increase the speed up to 12km/hr until my heart rate raise until 160. After that, I will steadily decrease the speed and go back to slow jog. Time taken normally around 15-20minutes with a total distance of 3-4km depending on the speed level.



Treadmill [photo courtesy]


Then, I will move on to the elliptical trainer. I really love this one as both hands and legs will be fully occupied. Yang ni biasanya I terus buat laju sebab kononnya energy tengah maksimum, I akan maintain speed 8km/hr with a total distance around 5-6km within 20-30minutes. Heart rate pun I buat sampai 155-160. Penat!! Peluh jgn cakap la. Lencun baju dibuatnya.



Elliptical trainer [photo courtesy]


Finally, I akan spend setengah jam naik bicycle. 10 minit pertama, I kayuh lenggang-lenggang Mak Limah ambik mood dulu. 10 minit kedua, I akan pecut laju gila konon macam tengah racing dengan mat rempit. Masa ni heart rate comfirm naik 155-160. Termengah-mengah dibuatnya. Then, 10minit terakhir I dah relax macam tengah kayuh bot itik yang dekat Taman Tasik Taiping tu. hehehe. Easy huh?



Excercise bike [photo courtesy]


So, these are basically all the things that I will do at the gym. Kalau tanya pasal yang lain-lain, comfirm fail. Memang tak reti nak jawab. Harap membantu you ye Azlina. Owh, you pakai apa-apa je yang you rasa selesa and serap peluh. Nobody cares about what you wear.

The whole idea is not to jump on cardio equipment without knowing the rules. Feel free to ask for help. Till then, have fun working out!! =))

Tuesday, March 22, 2011

Permata Buat Isteri

Hari ni I bawak hati yang tak berapa tenang ke Botanic Garden. Self soothing kata orang. Dah lama tak datang sini rasanya. Rindu pulak.

Berbekalkan secawan mocha, satu journal (supaya tak rasa bersalah sangat sebab curi tulang masa bekerja) dan Ipod on shuffle, hari ni terasa nak cari port baru lah. Yang jauh dari kawasan orang lalu lalang. Yang indah. Yang tenang.

Hijau alam. I tenang di sini.


Sambil telinga mendengar lagu, muka tekun mengadap journal, mata melilau tengok pokok-pokok dan burung-burung, otak pulak dah sesat entah kemana-mana. Multitasking. Hebat jugak kamu ye boleh buat semua serentak. Bab lain tak pandai pulak nak multitask.

Sambil-sambil berangan tu, baru I perasan kerusi kayu hijau yang I duduk tu sebenarnya didedikasikan untuk sepasang suami isteri (pangkat moyang I rasanya) oleh anak-anak mereka. Bila ibu bapa dah meninggal dunia, mereka dedikasikan sebuah bench untuk orang ramai duduk menghayati keindahan ciptaan Tuhan di taman.

Pasangan Tribolet. (Atok-84tahun, Nenek-78tahun). Comel.


Hmm, mungkin atok dengan nenek Tribolet suka dating dekat botanic garden ni semasa hayat mereka dahulu. Alololo, comel pulak kalau bayangkan. Dah tua jalan-jalan pegang tangan sambil tengok bunga dekat taman. Sungguh comel kan. Nak jugak lah!! hehe..:p

Sambil berangan kisah atok dengan nenek Tribolet tu, tiba-tiba pulak keluar lagu Permata Buat Isteri dari Kopratasa. Ya, dalam ipod I ni semua lagu I campur sekali. Ada lagu slow rock, rancak, nasyid, rock kapak, sentimental, Jepun, semua bercampur macam rojak. Ohh, tapi dangdut tak ada. Hindustan jauh sekali. Tak minat.

Okay, back to the song Permata Buat Isteri, hmm, bila dihayati lirik lagu tu, mendalam maknanya. Tapi, itu lagu untuk para isteri. Sekarang I masih sendiri, tak perlu berangan lah ye. Jadi, I dedikasikan lagu ni untuk atok dan nenek Tribolet. Entah kenapa, jauh di sudut hati, I dapat rasakan yang pasangan ini sangat bahagia sewaktu hayat mereka. Rest in peach to both of you..=))

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janji
kan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Sunday, March 20, 2011

Mt Keira rainy day adventure

Assalamualaikum,

It is another gloomy day we have in Wollongong. It was raining since a few days back. Tapi dalam hujan-hujan tu pun sempat jugak I panjat Mount Keira semalam. Ya, bahaya, I know, I know. But Alhamdulillah I went back home safe and sound..=))


I really love hiking. Antara bukit dan gunung yang I dah pernah tawan (cewah!):


1) Gunung Jerai (Kedah) - 1217 m
2) Gunung Brinchang (Cameron Highland) - 2031 m
3) Gunung Berembun (Perak) - 2077 m
4) Gunung Ledang (Johor) - 1276 m
5) Gunung Belumut (Johor) - 1010 m
6) Bukit Bendera (Penang) - 830 m
7) Gunung Kinabalu (BERANGAN!!!hehehe)
8) Gunung Everest (Dah, boleh stop berangan sekarang!!)



Some of the mountains are not too difficult to go up there by car. Yes, by car! But when it comes to hiking, it is not that easy people. For the adventurous, a few hours of hiking is such a rewarding experience. Tergelincir, tarjatuh tu perkara biasa lah. Jumpa binatang pelik-pelik pun biasa jugak. Tapi jumpa pacat, aaaaaaa!!!! I paling menyampah. Geli tau tak, geli! Yuck, yuck!


The blood-sucking companion all the way up to the top. Urghhh!!



Eh, kejap!! Boleh ke orang macam Amirah panjat-panjat bukit ni? Nanti kata gayat la, takut la, bla bla bla. Yeah, I may looked a bit keperempuanan, sopan santun, ayu la konon to some eyes. Such a girly la senang cakap. hahaha. But the fact is, I'm actually not. Not really I mean.


Tak semestinya kena ada sifat lasak macam lelaki baru kita boleh buat aktiviti lasak kan? Apa salahnya, dalam kelembutan, sekali sekala baru kita selitkan sikit sifat lasak tu bila perlu. Barulah balance ye tak?


So, kalau nampak perempuan yang lemah lembut, sopan-santun tu, jangan cuba main-main, sekali dia bukak langkah, berterabur lari nanti.hehehe.. Kidding!:p

Wednesday, March 16, 2011

My new addiction

I went to my second intensive Zumba fitness training today. How was it? Hmm, it was a total fun and sweaty class I tell you! I never knew that dancing will make you sweat like mad huh? The routines feature aerobic/fitness interval training with a combination of fast and slow rythms that tone and sculpt our body.

Basically, Zumba program includes the combination of Latin and International dance styles. Some of my favorites are salsa, merengue, mambo, cha-cha, reggae, samba, belly-dancing, hip hop and tango. Perghh, banyak betol favourite. Mana la tak tercabut pinggang.hahaha. But yes, the combination of those is completely awesome! I suka gila! Dah addicted dah ni.

Sebelum ni, I join Zumba bila ada apa-apa event dekat uni je. And I started to fall in love with it since then. Lepas tu, bila URAC offer intensif class, apa lagi, terus la I register nama. Hmm, right after my second class, I think Zumba is a "feel-happy" workout that is great for both the body and the mind..=))

Here is one example of what we had in the class. The routines are almost similar to this one. Fast beats and catchy tempos.


And here is my favorite routine of all. Sangat-sangatlah best!! I really really love Melinda lah!!


Comfirm lepas habis je, I kena minum air bergelen-gelen sebab nak ganti balik peluh yang dah keluar. Lepas tu, balik rumah, terus pengsan!!

Okay, sekarang berangan nak ade satu bilik besar dengan cermin keliling dekat rumah nanti. I'm so into dancing right now.. It's totally like my new addiction at the moment..=))

Monday, March 14, 2011

Shopping + Swimming = Fun

I started my day as early as 6.30am today. Awal gila lah untuk orang yang bukan jenis morning person macam I. Hari ni hari untuk shopping Corelle, yay!! Lepas solat, mandi, siap-siap semua, dalam pukul 7.45am I dah gerak pergi rumah Kak Emy. Lebih kurang pukul 9.40am kitorang dah sampai dekat O'riordan St, Sydney.


I tak beli banyak sangat pun. Cuma tambah loose items untuk lengkapkan my Enhancement Set untuk 20 orang makan. Kalau dekat Malaysia mau beribu-ribu habis. Tapi dekat sini baru a few hundreds dollar. Jimat! Nanti jemput lah datang rumah ye. Kalau I tak jamu dalam pinggan-pinggan Corelle ni, sila jentik telinga I okeh! :p


Then, I also bought 2 sets of 16 pieces Secret Garden. Satu untuk maksu, satu lagi teringat nak bagi dekat mak Am. Untuk my mum pulak I belikan set 18 pieces Country Cottage siap dengan casserole sekali. Altogether, I only paid AUD300 for everything.


Hasil tangkapan untuk hari ni


I never thought of buying all these before I came to Australia. Buying pinggan mangkuk is so like makcik-makcik! Tapi bila tengok sendiri harga set Corelle dekat Jaya Jusco sampai RM500-600, whereas dekat sini I boleh dapat dalam AUD50-80 for the same exact item, terus rasa nak buat collection sementara ada peluang.


Lepas tu, masa on the way balik, kitorang singgah La Kemba beli barang sikit, lunch dekat situ, then terus balik Wollongong. Lepak rumah Kak Emy kejap sambil main belit-belit shawl, lepas tu teringat nak pergi swimming. Walaupun harini sangat lah windy!


Mula-mula pergi mandi pool dekat beach, tapi pukul 6.45pm dah kena panggil naik sebab pool dah nak tutup. Disebabkan tengah bersemangat waja nak belajar swimming technique yang betul dari Farizal, kitorang sambung dekat Beaton Park pulak. Luckily the pool there is heated. Kalau tak, mati kejung I dalam air tu rasanya.


The instructor was really really strict. Tak kasi chance berehat walau seminit pun. Memang kejam lah! Tak cukup nafas nak kejar. But towards the end of the lesson, I managed to learn a couple of important basic skills like blowing bubble, star float, back float, push and glide and a whole loads more. Good job Amirah! You're now starting to overcome your underwater fear..=))

Thursday, March 10, 2011

Saying I LOVE YOU..

Now I think I have gotten so obsessed with numbers. Or equations to be exact. I was scribbling something on my draft paper just now, deriving my never-ending Carnahan-Starling formula before this idea came. And look at how it ended up. Nothing close to what I want. Nothing!

Okay, here is one equation. A very easy one.

From here, you can turn it into the miracle words that you would always want to say to someone you love. How?? Check this out.


Easy?? And yet very meaningful.. =))


So ladies and gentlemen, if you are the type of person who won't simply say those words loud, or you want your partner to put some efforts before they can actually know it, maybe you should try giving this out.=))

WARNING!!
Please make sure that she/he has the basic algebraic skills before you give it that person. Or you will probably get a punch on your nose. Don't blame me then!


Okay, I'd better get back to my work. Enough merepek-repek. Tata!

Monday, March 7, 2011

Dear Huda..

Hari ni I nak cerita pasal adik kecik yang dah tak berapa nak kecik lagi dah, Ainul Huda. She's celebrating her 8th birthday today. And at this point of her life, she is just like a spoiled little brat in the family. Why? Because we made her like that. Blame us!

Tak pernah berjaya marah lama-lama. Lepas marah comfirm pujuk balik.

I remembered last week, when I logged into my Skype account, and she suddenly video-called me from home. Guess what did she said? "Hai kakak! Saja ja call kakak. Ceq tengok kakak online, kesian pulak kalau tak call". hahaha. Padahal dia nak mengelak daripada kena buat online tuition, Score A. Jadi, bagi alasan kesian dekat kakak, boleh la dia online tanpa perlu buat homework. Bertuah punya budak.

Masa I mula-mula datang sini dulu, teman dia buat homework dalam Skype dah jadi kebiasaan. She did her homeworks at one end, while I continued doing my stuffs at the other end, as if we were just next to each other. Padahal jarak beribu batu jauhnya. Kalau tak teman, dia takmau siapkan homework. Grrr!

Kadang-kadang, kalau tak ada siapa-siapa dekat rumah, dia takut nak pergi mandi, sudahnya I la yang kena teman. I mean, teman dari dalam Skype lah. She checked on me from the toilet in her room for almost every minute.

"Kakak ada lagi tak tu?".

"Kakak jangan pi mana-mana tau, ceq tengah sabun ja ni".

"Kakak tunggu sat saja lagi tau, ceq dah nak siap dah ni".

Lepas tu dia akan berlari-lari keluar dari toilet sambil rambut basah-basah tak lap, just to tell me that she's done with her shower. Dah satu hal nak kena membebel suruh lap kering-kering siap pakai baju semua baru I sambung online. Alahai Huda. Kakak rindu ceq lah.

Huda imitating my pose. Dia punya nakai memang first class!

One more thing, Huda ni sangat lah loyal orangnya. Masa balik Malaysia hari tu, I ajak dia teman pergi airport nak hantar Am balik lepas kenduri abang. I pesan dekat dia, "Huda kena teman kakak tau especially masa on the way balik. Kakak takut mengantuk masa dekat Penang bridge nanti. Dah midnight ni". Then dia betul-betul teman I sepanjang pergi dan balik sambil bercerita and menyanyi lagu Maher Zain kot.

Bila sampai exit Sungai Dua yang dah dekat dengan rumah, dia cakap, "Kakak, boleh tak ceq tidoq sekarang? Ceq mengantuk sangat-sangat dah ni tak boleh bukak mata. Kakak dah okay kan drive sorang-sorang. Dah dekat rumah dah ni". Masa tu rasa macam nak peluk ja dia. Kesian. Mengantuk rupanya budak kecik tu. Tapi sebab I pesan suruh teman, dia betol-betol teman walaupun mata dah tak boleh angkat. Sorry dear..

Hmm, writing about her really makes me miss her even more. I'd better stop now. Or else, I will start hunting for flight ticket all over again which is a big no no for me. Not until the end of the year at least. Hmmph..

So, to my babysister Huda, I still remember the times when you were little, we used to gather all around you, mesmerizing your beauty while you sleep, fascinating your laughs while you play and we even got charmed with your tears while you cry. For us, you are still like that fragile little baby that need to be hold forever. May you grow up as a beautiful girl with beautiful heart and soul. We love you so much.

HAPPY 8TH BIRTHDAY, SWEETHEART!


With lots of love,
Kakak

Friday, March 4, 2011

How complete is your life?

Dear diary,

I had a conversation with my long lost bestfriend last night. It has been ages since we last catch up with each other until I couldn't remember when exactly was that. Not until last night when we had a very longgg chat through yahoo messenger.

We shared about quite a number of things. I never knew that I missed so much about her. Itupun ada hati nak mengaku bestfriend kan. Haihh. I'm so sorry. I truly am. But honestly, you are one of the best. Tak pernah lupakan aku walau kat mana pun kau ada. Thank you for updating dear.

Lepas berkongsi semua perkembangan masing-masing, towards the end, she said something that made me awake almost for the whole night. I couldn't sleep after that. Really.

"Mira, aku kadang-kadang cemburu dengan kau. Kehidupan kau boleh dikatakan hampir sempurna. Keluarga yang penyayang, kelulusan yang tinggi, kerjaya yang terjamin, kisah cinta yang bahagia. Kau ada semua yang orang impikan".

Apa yang dia tulis buat I berfikir panjang. I terdiam agak lama. Kalau itulah gambaran kehidupan sempurna untuk seorang gadis yang akan meniti usia 26 tahun, sebenarnya kata-kata ni buat I takut. Ya, sangat takut. Mungkin ini juga satu bentuk ujian Allah swt untuk I. I ambik masa yang panjang sebelum dapat reply.

"Alhamdulillah, aku bersukur dengan nikmat hidup sekarang. Tapi kau kena ingat, kehidupan yang pada mata orang luar sangat sempurna tu kadang-kadang boleh menjadi ujian yang paling besar dalam hidup kita."

Itulah perasaan sebenar waktu tu. I tak boleh bayangkan bagaimana suatu hari nanti kalau semua yang nampak sempurna itu ditarik balik nikmatnya satu persatu oleh penciptanya. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.

Wednesday, March 2, 2011

Ada duit lebih? Mari menyimpan

I received my Commonwealth Bank Debit Card earlier this morning. Yeay! Apa yang kamu happy sangat dapat kad bank je pun? Mind you, ini bukan sebarang kad. With this, I can now enjoy the freedom and control of purchasing things even just with my everyday groceries. Errr, bukan semua debit card berfungsi sedemikian ke? Heee..:p

Okay, let me go on with the details. Masa O-Week hari tu, I dengan Laili merayau-rayau sambil kutip goodies bag dari semua booth yang ambik bahagian. So, bila sampai dekat booth Commonwealth Bank, diorang ada buat promotion untuk tertiary-student, hanya perlu bank in $500 dalam account, then they will reward you $100 for joining them.

O-week 2011 (From left: Izzatie, me, Laili)
(photo courtesy from Izzatie's FB)

Wahhh!! Ini sudah bagus. Sistem hadiah kepada customer. Tetapi khas hanya untuk pelajar universiti sahaja. Bila kitorang tanya kenapa buat offer macam ni? Dengan jujur ikhlasnya marketing officer tu jawab, "We are trying to get more and more NAB customers to join us". Jujur tak jujur tak? But I love it that way. Bersaing secara sihat. Buat lah lagi. Lepas ni bank lain pulak offer ye.hehehe..

Lepas balik tu fikir-fikir, apa salahnya bukak satu account baru dekat Commonwealth Bank. Selain dapat hadiah $100 tu, boleh jugak jadi satu tempat simpan duit lagi. Baru la I tak perasan macam ada duit extra dalam bank NAB. Jadi, esoknya, I pun pergi lah register. Lepas 2-3 hari, dapat comfirmation untuk setup internet banking. I pun dah selamat pindahkan duit berlebihan yang konon-konon taknak guna kat dalam savings account yang baru tu. After 24hours, that amount has been safely deposited into my new savings account. Yeay!=))

I was a bit nervous because everything was done electronically, but Alhamdulillah, I can smile very happily now especially when the debit card is already in my grip. Well, when it comes to customer service, I can't deny that the systems in Australia are very very much reliable. They never dissapoint me so far. Thank you~~

My brand new debit card from Commonwealth Bank

Okay, sekarang dah boleh sorok kad baru ni baik-baik. I will pretend that he's not there. Cewah!! Yakin je. InsyaAllah boleh. "You stay away from me okay, good boy! Just come out whenever I really really need you. Be good. See you again in the next milestone. Tata Debbie~".