Saturday, March 16, 2013

Effortlessly beautiful bride

Assalamualaikum,


Hai semua! I tengah tunggu Huda balik sekolah ni. Jap lagi nak pegi rumah Bertam nak cat grill rumah yang ada karat-karat sikit tu. Dinding dalam rumah semua okay lagi, alhamdulillah tak payah repaint, cuma grill je kena touch up sikit-sikit. Memandangkan my younger brother balik cuti, meh sini tolong kakak mengecat. hehe.


I baru je sampai dari KL tengah malam tadi. Rabu lepas I dengan my sister Hamizah teman Am balik sebab takut dia ngantuk drive sorang-sorang.  Memandangkan I takde pape nak buat kat sana, so Jumaat petang tu balik naik bas sorang je sebab Hamizah nak stay umah abang.


Well, last Thursday would be the last time I saw my fiance before we both change our status. InsyaAllah the next time when I see him is the day when we will officially become husband and wife. Doakan kami panjang umur sampai tiba hari tu ye? Tak lama lagi pun, tak sampai dua minggu lagi. :)


Semalam sampai dari KL, I terus singgah tailor tengok perkembangan baju akad nikah dengan baju untuk reception. Dua-dua dah nearly completed, tinggal nak buat finishing touch up je. I love both of my wedding outfits. They turn out simple yet elegant as what I expect them to be. Fuhh legaaa. I hope I can become a simple but nice bride without trying so hard. :)


For me, a woman will look beautiful if she is comfortable with what she is wearing. Tak payah la nak transform jadi orang lain semata-mata nak nampak cantik kan? Of course I want to look pleasantly beautiful to husband's eyes on the wedding day, but I don't want to look like I put too much effort on that. 


My dream is to become effortlessly beautiful bride. Tapi memandangkan I manusia biasa yang sememangnya banyak cela sini sana, mesti la kena touch up jugak sikit-sikit kan? Takkan la sampai tak bersiap langsung pulok, tetamu tengok pun takot. haha. Ohh well, kita tengok la nanti cemana. Sekarang cakap je pandai, dah sampai masa nanti lain pulak jadinya mana nak tau kan? :)


Have confidence! That's the key to look effortlessly beautiful.
Walk, talk, smile and communicate with confidence. :)


Okay lah, dah habis membebel pun Huda tak sampai-sampai balik lagi. Perut dah lapaq I nak turun pi cari makan jap. Have a wonderful weekend everyone! 

Monday, March 11, 2013

Welcome back dear fiancé

Assalamualaikum,


How's everything going for you guys? Me? My schedule was kinda tight in the past few days. Did I mentioned that my fiance has finally came back to Malaysia last week? No huh? Well, yes, he has safely arrived from Austria and to add into the excitement, he's not only in Malaysia, but in Penang as well. Yeayy!! 


Lama gila tak jumpa tunang sendiri sebab masing-masing pun duduk dekat negara orang. Bagus jugak bila duduk jauh lama-lama ni sebab rindu tu bertambah-tambah buat lagi excited nak jumpa especially when the wedding is realllyyyyy near. 


But as we expected, jumpa kali ni bukan untuk dating lovey dovey macam dunia ni kami yang punya. haha. Tak, tak, tak langsung! 3 hari yang sangat la full, macam-macam nak kena settle kan pasal preparation untuk wedding and nak masuk rumah. Alhamdulillah setakat ni semua benda yang besar-besar dah selesai. :)


He has started working (in Gurun this week), and I keep praying it continues until he gets better job offer somewhere around Penang. Kalau ada sesapa yang nak pakai engineer with working experience kat Penang habaq la naaa. I have my husband to offer. He's really good you won't regret. Amboih kemain lagi promote husband sendiri nanti eh. hehe. :p


Anyway, it was my babysister's birthday last Friday. Ainul Huda turned 10 years old already. Nama ja umur 10 tahun tapi perangai macam 5 tahun. Depan orang gengster bukan main, tapi balik rumah dok usung Moo dengan bantal peluk sebijik, tidoq dengan bapak. hahaha. She's no longer a baby in size but she's always a baby to our hearts. Kakak loves you Huda! :)


Birthday treat from Abang Am.
Top left: Birthday girl with mom and sister
Top right: The most important men in my life, bapak and future husband.
Bottom: Beloved


Eh, baru perasan yang I dengan tunang takde ambik gambar sama-sama pun lagi lepas jumpa hari tu. Kalau tak, bole jugak share kat sini. Takpe la, let's keep the heat until our wedding day okay? Tak syok pulak kalau sebelum majlis dah letak gambar sesame, nanti dah hilang seri tu. hahaha. :p


Okay, nak sambung buat kerja sikit. 
I'll get back to you soon.
Tata! 

Wednesday, March 6, 2013

Girlfriend di zaman hingusan

Assalamualaikum!


Good morning!! Amboi pagi-pagi kamu dah muncul ye. Selalunya batang hidung pun tak pernah nampak time-time macam ni. huhu. I tengah tunggu tukang urut sebenarnya. Kalau buat kerja lain nanti terbantut pulak time tukang urut sampai. Memandangkan ada masa pendek ni, update blog pun syok jugak. :)


I dah lepas sesi urut yang tiga kali berturut-turut tu. Amazingly, my body feels lighter and I dah tak sakit kepala macam selalu especially time cuaca yang terlampau panas tu. Agaknya darah dah mengalir lancar dalam badan kot. Happy! :)


Sekarang ni I akan berurut dan lulur seminggu sekali sampai dekat-dekat dengan majlis. Lepas tu kalau nak maintain badan sihat, boleh urut sebulan atau dua bulan sekali. Sambil tu if you eat helthily with a good exercise routine, insyaAllah boleh maintain figure macam mana pun yang diidam-idamkan. Wah kemain Amirah bagi nasihat kat orang. Kita tengok sikit setahun dua lepas kahwin nanti macam mana la rupa kamu ye. hahaha. :p


Tengahari sikit I nak pi jumpa my old time best buddy masa dekat UTM, Siti Ramizah. Alhamudlillah walaupun masing-masing dah ada life sendiri, hubungan kitorang masih maintain rapat macam dulu. Kiranya walaupun lama tak jumpa, sekali lepak pun boleh borak macam hari-hari jumpa. No doubt, I miss all my best friends masa zaman UTM dulu


When we were sooo young. Tahun 2008 punya gambar.
Aduii rantai mutiara tak boleh nak panjang lagi. kehkehkeh. :p 


She was there on my Master's graduation ceremony.


She was there too a day before I got engaged.
She's always there no matter rain or shine.
See! How not to love this girl eh?


Okay lah, nak pi turun bawah la takut nanti tukang urut sampai tekan bell tak dengar pulak. Have a good day everyone! Tata! :)

Tuesday, March 5, 2013

Healthy lifestyle at Bertam Perdana

Assalamualaikum,


Amacam rajin tak hari ni jenguk sini sampai dua kali? hehe. Saje je sementara nak tunggu solat isyak dapat la jugak curi masa update serba sikit. Bukan selalu ada masa macam ni sejak kebelakangan ni. Tu yang bila ada masa baik update laju-laju. :)


Hari ni I cuma pi rumah I yang dekat Bertam Perdana tu je. Dua hari lepas masa hujan lebat, I tengok ada dripping sikit dekat ceiling master bedroom. Tu yang terus panggil tukang tolong tengokkan apa yang patut. Dia cakap bumbung renggang sikit so dia terus betolkan. Tengok la sehari dua lagi kalau ada lagi baru dia check nak kene tukar ke apa.


Pastu I sambung pasang curtain kat bilik belakang and dapur. Bercinta jugak nak sumbat besi empat jari tu satu-satu kat dalam slot curtain tape tu. Sampai nak terlelap dibuatnya. Huwarghhh! Kan senang kalau cucuk dawai je from end to end, pastu tarik regag-regang sangkut kat paku. hahaha. Dasar pemalas yang amat tu. :p


Lepas dah settle rumah, I dengan my sister, Hamizah merayau cari kedai yang buat frame kayu untuk cermin. Habis satu Kepala Batas kami pusing tapi satu pun tarakkk. Tengok jam dah dekat pukul 6 petang, Plannya nak pegi jogging tapi matahari terik bukan main. Sudahnya parked kereta kat Kiosk Bertam, kami pekena tempek nyiok cicah gulai dengan buboq pulut hitam dulu. kehkehkeh. :p


Dalam pukul 6 suku macam tu terus pegi Vision Park yang dekat dengan Masjid Abdullah Fahim yang dekat dengan rumah I tu. Sempat la jugak jogging 2 round kat situ, bila orang dah start ramai kitorang pun cabut. I don't fancy crowded place. I'd rather stop and leave daripada kena bersesak-sesak dengan orang. huhu.


Taman rekreasi sebelah Masjid Abdullah Fahim.
A very good place to encourage healthy lifestyle.



Okay lah, dah nak masuk waktu Isyak ni. I better stop now. 
Till we meet again. 
Bubbye semua!


p/s: To my non-Penangite readers: Tempek nyiok = Lempeng kelapa. Kalau mai Penang cari lempeng memang tak jumpa. Kena sebut tempek baru depa paham. hehe. Happy learning Penang language you people! :) 

Monday, March 4, 2013

Monday ramblings

Assalamualaikum semua,


How's Monday treating you so far? Blues or no blues? I hari-hari pun tak sempat nak blues-blues ni. Bangun pagi solat Subuh, lepas tu mula la dok susun apa yang nak kena sepanjang hari. Kiranya sejak I balik 3 minggu yang lepas, tak sempat lagi nak bergolek bermalas-malasan macam I selalu buat bila balik cuti zaman dulu-dulu. :(


Sekarang ni aktviti hidup sangat pack! Tiap-tiap hari ada ja benda nak kena buat. Mostly pasal wedding and persediaan nak masuk rumah. I never know that moving into an empty house is such a tedious task. Semua nak kena ambik kira dari sekecik-kecik benda sampai la sebesar-besarnya. Tu pun I cuma focus untuk benda basic yang perlu saja ikut bajet yang ada. 


Selain barang electric macam fridge and washing machine, perabot pun perlu jugak kena ada ada dalam rumah. Paling kurang pun satu set bilik tidur dan cabinet dapur. Benda kecik macam towel rack pun perlu jugak, kang tuala yang lembab lepas mandi tu nak campak mana kan? Sejadah dengan telekung boleh tumpang sekali. Takkan semua nak lambak atas lantai je ye dak?


Ha, bab bantal tido pun penting jugak. Takkan nak tido berbantalkan lengan, kesian sangat aihh. Kalau beli yang kat supermarket tu dah la harga mahal, lepas 3-4 bulan mesti penyek pastu dah tak sedap nak tido kena beli lagi. Pfft! I'm lucky sebab mak belanja bantal kekabu 8 bijik. Fuhhh legaaa. Mahaii jugak rupanya bantal kekabu ni eh? Ingatkan murah je. huhu. But the price is worth the money I guess. Boleh pakai bertahun-tahun dengan structure yang maintain fluffy. Yayy!! Thank you mom!


My most beloved person. Bonda tercinta.
People say I look a lot like my mom. Sama tak?
Mungkin sama tapi version pipi tembam sikit.hihi :)



Okay lah nak pi makan perut dah lapaq gila dah ni. Bangun pagi tadi godek-godek peti ais tengok barang nak masak dah tak banyak. Jadi masak lah simple-simple lauk orang malas. Masak singgang, makan dengan sambal belacan, pastu goreng ikan temenung. Siap!! Sekali sekala makan lauk simple macam ni pon sodap. Okay la tu daripada tak masak langsung kan kan kan?? :p


Walaupun lauk tak semenggah nak jugak boh kat sini.
Masak singgang taktau ikan nama apa. hahaha. :p


Haaa, ni wajib ada tak kira masa.
Hujan, panas, ribut, taufan, ikan temenung goreng tetap jadi pujaan hati. :p



Have a blessed Monday everyone!
See you again soon.
:)